Gombak merupakan sebuah daerah di dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Ia bersempadan dengan daerah Hulu Selangor di bahagian utara, daerah Kuala Selangor di bahagian barat, daerah Petaling dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di bahagian selatan, negeri Pahang Darul Makmur di bahagian timur dan Hulu Langat di bahagian Tenggara.

tempat menarik di tapah

Imej via [ema-mel0dy]

Terdapat beberapa tempat menarik di Gombak yang menjadi tarikan pengunjung untuk datang singgah bercuti mahupun untuk bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan. Ia juga menjadi buruan ramai anak muda untuk travel!

 

1.  Forest Research Institute Of Malaysia (FRIM)

tempat menarik di gombak

Imej via [thestar]

Forest Research Institute of Malaysia atau FRIM terletak 16 km dari Kuala Lumpur.  Pengunjung yang datang boleh menyusuri 6 trek hutan berjejak iaitu Jejak Keruing, Jejak Sebasah dan laluan berjalan kaki Razak.

Berada di tempat menarik di Gombak ini memudahkan pengunjung bagi melalui tempat perkelahan dan mandi di kawasan air Terjun. Selain aktiviti berjalan di dalam hutan, institusi ini juga adalah tempat popular untuk berkelah, berjoging dan berbasikal selain menjadi tempat tumpuan pengkaji alam sekitar.

Pengunjung mungkin akan melihat beberapa kumpulan di sekitar FRIM sedang mengadakan acara hari keluarga atau dalam pertandingan memburu harta karun sepanjang berada di sini. Tapak perkhemahan disediakan bagi mereka yang ingin bermalam di hutan ini tetapi perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu.

 

2. Batu Caves

tempat menarik di gombak

Imej via [klsentral]

Batu Caves merupakan salah satu destinasi pelancongan yang sangat popular di Negeri Selangor baik pelancong tempatan mahupun luar negara. Rata-rata yang datang tempat menarik di Gombak ini kerana ingin melihat budaya dan keagamaan masyarakat Hindu terutamanya ketika festival-festival seperti Thaipusam.

Antara aktiviti menarik yang boleh di lakukan di sini adalah menyusuri 7 anak tangga sebelum sampai ke bahagian atas gua yang mempunyai kuil dan statu patung dewa Hindu.  Pada ketinggian hampir 100 meter dari dasar laut, kompleks Kuil Batu Caves terdiri daripada tiga gua utama dan beberapa gua kecil.

Gua yang terbesar dikenali sebagai Cathedral Cave atau Gua Kuil. Didalamnya terdapat sebuah kuil hindu. Sebuah patung Dewa Muruga mengambil masa sehingga 3 tahun untuk di bina.

Ia adalah patung Tuhan Muruga mengikut kepercayaan penganut Hindu adalah yang paling tertinggi di dunia.  Anda boleh bersiar-siar, bergambar dan mengkaji kebudayaan india di sini.

 

3.  Gua Damai Extreme Park

tempat menarik di gombak

Imej via [hmyc]

Taman Extreme Gua Damai merupakan Taman Awam yang dibangunkan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan pengurusan aktiviti Wira Adventure Consultant. Pemilik Taman Awam ini mula menerokai sukan lasak sejak tahun 1997 dan sejak itu beberapa kemudahan lain dibangunkan bagi mengembangkan lagi aktiviti lasak lain seperti sukan basikal lasak, meneroka gua, ‘flaying fox’, aktiviti papan luncur dan kasut beroda.

Kemudahan yang terdapat di Gua Damai Extreme Park ini menjadi pilihan utama pelancong luar negara untuk melakukan aksi base jump di Malaysia. Selain dibuka kepada peminat sukan lasak, Gua ini menjadi pilihan banyak syarikat dan kelab sukan universiti seluruh negara untuk mengadakan aktiviti bersukan di situ.

Anda boleh bertandang ke sini untuk mencuba aktiviti lasak yang ditawarkan. Memang menarik, sesuai dengan hobi anda yang suka hiking dan sebagainya.

 

4.  Hutan Lipur Bukit Lagong

tempat menarik di gombak

Imej via [mazhard]

Daerah Gombak merupakan kawasan yang masih mengekalkan kawasan hijau dan berpotensi menjadi kawasan pelancongan yang berasaskan eko-pelancongan yang menarik iaitu Hutan Lipur Bukit Lagong.

Pembangunan pelbagai kemudahan rekreasi dan pelancongan secara tidak langsung membantu mengurangkan lawatan keluar penduduk untuk tujuan rekreasi dan menambahkan lagi sektor ekonomi. Sekaligus menjadikan tempat ini sebagai tempat menarik di Gombak yang boleh dikunjungi ramai.

Kemudahan telah disediakan oleh pihak kerajaan seperti wakaf, gerai buah, tandas, jambatan dan juga bilik persalinan. Aktiviti outdoor seperti wall climbing, berkayak,berkhemah dan jungle trekking boleh dilakukan di sini.

Para pengunjung untuk melakukan aktiviti air bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati keindahan flora dan fauna di samping dapat bermandi-manda di air terjun yang sejuk dan segar.

5.  Air Terjun Di Hutan Lipur Sungai Tua

tempat menarik di gombak

Imej via [cibuka]

Destinasi mandi manda air tejun di Hutan Lipur Sungai Tua ini agak popular dan terletak tidak jauh dari Empangan Batu. Kawasan air terjunnya tidaklah tertalu besar kerana paras airnya agak cetek untuk menyelam. Lokasinya adalah di Ulu Yam.

Keistimewaan kawasan ini ialah terdapat sungai yang mempunyai batu-bata yang sangat unik dan cantik. Selain itu, terdapat flora dan fauna dari Hutan Dipterokarp Pamah yang tumbuh secara semulajadi.

Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah kemudahan mandi, berkelah, berkhemah, trekking dan berjgging.  Pengunjung juga boleh bersiar-siar melalui persiaran kaki untuk menikmati keindahan alam semulajadi di tempat menarik di Gombak ini.

 

6.  Air Terjun Di Hutan Lipur Kanching

tempat menarik di gombak

Imej via [unikversiti]

Tempat menarik di Gombak seterusnya adalah Hutan Lipur Sungai Kanching yang terletak di area Selangor. Air Terjun ini adalah antara port air terjun semulajadi yang cukup terkenal di area Selangor dan Kuala Lumpur. Lokasi Air Terjun ini amat sesuai untuk aktiviti berkeluarga seperti ‘family day’ kerana terdapat kawasan lapang untuk pelbagai aktiviti riadah.

Anda boleh melakukan sukaneka dan menyusuri denai hutan sambil menikmati suasana hijau di sekeliling air terjun.  Terdapat 7 strata air terjun dan di setiap strata terdapat kolamnya yang tersendiri, laluan trek yang disediakan memudahkan pengunjung mendaki sehingga ke puncak.

Dengan melalui laluan pintas ‘Rawang bypass’ berhampiran air terjun, pengunjung dapat menikmati keindahan alam seperti Pokok Giam Kanching atau nama saintifiknya Hopea Subalata yang merupakan sejenis pokok endemic hanya tumbuh di kawasan itu sahaja.

 

7.  Tasik Biru Kundang

Imej via [malaysiaaktif]

Tasik Biru Kundang merupakan salah satu kawasan riadah dibawah seliaan Majlis Perbandaran Selayang yang semakin menjadi sebutan ramai terutama bagi penduduk Lembah Klang. Ini disebabkan oleh keindahan serta jarak berhampiran Kuala Lumpur iaitu lebih kurang 30 Kilometer.

Terletak di KampungSetia, Tasik Biru dahulunya sebuah kolam lombong bijih timah kini menjadi destinasi rekreasi kegemaran ramai dengan persekitaran yang di kelilingi kawasan perumahan. Airnya yang jernih serta memantulkan warna biru langit menjadikan ia kelihatan kebiruan dan nama Tasik Biru kekal hingga kini.

Aktiviti yang sering dilakukan pengunjung di tempat menarik di Gombak ini adalah memancing dan juga menaiki jet ski. Kemudahan asas disediakan untuk pengunjung yang datang bagi menikmati aktiviti santai sambil menikmati pemandangan tasik yang damai itu bersama keluarga dan rakan-rakan.

 

8.  Taman Rimba Komanwel

tempat menarik di gombak

Imej via [forestry]

Taman Rimba Komanwel yang terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong ini mempunyai jenis Hutan Dipterokap Pamah. Ia dilancarkan sempena dengan persidangan perhutanan Komanwel ke 14 pada tahun 1993. Tempat menarik di Gombak ini mempunyai pokok-pokok hutan dan keindahan landskap yang cantik.

Keistimewaan di taman ini ialah pengunjung berpeluang menaiki titian silara yang memberikan pengalaman melihat silara pokok-pokok yang terdapat di sekitar kawasan taman.  Di samping itu pengunjung juga akan dapat melihat pemandangan panorama sebahagian besar kawasan Taman Rimba Komanwel melalui titian silara ini serta melihat hidupan liar di sini.

Kawasan untuk berkhemah, monumen air pancut, trek joging dan lain-lain aktiviti memberi peluang kepada orang ramai dan pengunjung untuk menikmati alam semulajadi.  Kemudahan lain yang disediakan adalah chalet serta tempat untuk berkelah, berkhemah, trekking dan bersiar-siar.

 

9.  Empangan Batu

tempat menarik di gombak

Imej via [malaysiadateline]

Empangan ini merupakan kawasan rekreasi yang popular dalam kalangan penduduk tempatan. Pada tahun 1971, berlakunya peristiwa banjir besar di mana seluruh bandaraya Kuala Lumpur ditenggelami air ekoran hujan lebat tanpa henti selama seminggu.

Kini, kemudahan disediakan adalah gerai-gerai, tandas awam serta kemudahan fizikal seperti trek berjalan kaki dan joging serta kawasan permainan kanak-kanak. Terdapat juga penginapan chalet dan kemudahan sokongan lain seperti aktiviti sukan air tidak bermotor seperti kayak dan bot.

Pemandangan tasik dengan bukit-bukau menghijau di empangan ini sangat mempersonakan dan sesuai untuk aktiviti santai sambil menikmati keindahan illahi. Pengunjung yang inginkan kelainan dan ingin bersantai sesuai berkunjung ke sini.

 

10.  Muzium Orang Asli

tempat menarik di gombak

Imej via [tourismselangor]

Muzium Orang Asli terletak di Jalan Gombak kira-kira 20 km dari Kuala Lumpur.  Tempat menarik di Gombak ini mempamerkan koleksi artifak seperti sumpit buluh dan belanga yang diwarisinya berusia lebih dari 600 tahun serta penerangan mengenai Orang Asli.

Muzium ini menyimpan pelbagai bahan sejarah dan alat-alat tradisional masyarakat kaun Asli. Selain itu, muzium ini juga terletak berhampiran dengan kawasan perumahan kaum orang asli. Walaupun lokasinya agak jauh dari pusat bandaraya, ia masih di lengkapi dengan pengangkutan awam dan laluan jalan yang baik.

Pengunjung yang ingin datang, perlulah membuat perancangan lebih awal sesuai dengan jarak yang perlu ditempuhi untuk melawatnya.  Jom lihat pameran menarik di muzium ini!

 

11.  Temple Forest Park

tempat menarik di gombak

Imej via [kualalumpur]

Taman ini berjarak 6 kilometer dari bandar Rawang dan 22 kilometer dari Kuala Lumpur. Luas Templer Park dijangkakan seluas 1.214 hektar. Nama Templer Park ini diberikan sempena menghormati Sir Gerald Templer iaitu seorang Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Malaya suatu ketika dahulu.

Uniknya di sini ialah pengunjung boleh menikmati pemandangan 360 darjah sekeliling Hutan Simpan Kanching. Hanya 30 minit dari Kuala Lumpur dan tempat ini memang sesuai untuk lari seketika dari kesibukan kota. Terdapat Villa khas buat pengunjung yang ingin bermalam dan bercuti.

Pelbagai haiwan boleh anda lihat di sini. Tempat menarik di Gombak ini kaya dengan keindahan flora dan fauna.  Kehijauan serta udara yang nyaman di sini mampu merehatkan minda dan menenangkan fikiran anda. Para pengunjung boleh menikmati percutian bersama keluarga atau rakan-rakan di sini kerana ia adalah lokasi yang amat sesuai untuk semua aktiviti.

 

12.  Bukit Tabur

tempat menarik di gombak

Imej via [backpackingmalaysia]

Bukit Tabur adalah salah satu tempat hiking yang mula terkenal dalam kalangan pendaki-pendaki baru. Bukit Tabur ini terletak di Taman Melawati. Kepada pendaki amatur, trek di Bukit Tabur ini memerlukan skil memanjat untuk sampai ke puncak. D

engan ketinggian 396 meter dan pendakian selama 3-4 jam, ia mampu membuahkan hasil apabila pemandangan yang bakal pengunjung lihat memang tidak akan mengecewakan. Apabila sampai di puncaknya sahaja mampu memukau pandangan mata pendaki kerana pemandangannya yang cantik serta panoramanya yang unik dan menarik.

Kepada pendaki baru yang inginkan kelainan , anda boleh mencuba mendaki di Bukit Tabur ini kerana kelainan yang ada di sini mampu menghilangkan rasa penat dan sukar ketika mendaki di Bukit Tabur.

 

13.  Pisang Waterfall

tempat menarik di gombak

Imej via [google]

Bagi peminat tegar aktiviti trekking dan air terjun, jom datang ke Air Terjun Sungai Pisang yang terletak di tepi Lebuhraya Karak ini.  Tempat menarik di Gombak ini menyediakan kemudahan seperti Chalet kepada pengunjung yang ingin bermalam.

Aktiviti bermandi-manda boleh dilakukan, di samping melakukan aktiviti berkhemah, berkelah, bersantai dan berbarbeku. Menariknya, airnya yang jernih serta bersih dilengkapi dengan pemandangan hijau boleh membuatkan pengunjung tidak rugi datang ke sini.

Bagi pengemar alam semulajadi, suasana nyaman dan hirupan udara yang segar mampu menenangkan fikiran. Perancangan yang betul untuk berkelah di sini perlu dibuat supaya percutian lebih bermakna dan diamati dengan sepenuhnya.

 

14.  Zoo Negara

tempat menarik di gombak

Imej via [nasilemaklover]

Zoo Negara merupakan sebuah pusat pemeliharaan hidupan liar dan diuruskan spenuhnya oleh Persatuan Zoologikal Malaysia iaitu sebuah badan bukan kerajaan. Mereka memainkan peranan utama dalam hal ehwal konservasi hidupan liar, penyelidikan, pendidikan dan rekreasi.

Zoo yang dihuni kira-kira 5000 haiwan ini telah mengalami banyak transformasi dengan konsep pameran secara terbuka untuk keselesaan haiwan dan juga para pengunjung. Tahukah anda, terdapat pelbagai hidupan liar seperti mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan di sini?

Para pengunjung yang datang ke tempat menarik di Gombak ini berpeluang melihat dengan lebih dekat hidupan yang jarang di temui dan dapat mengenali spesis yang ada di Zoo ini. Pendidikan merupakan objektif utama Zoo Negara.

Zoo ini berusaha dalam menyediakan perkhidmatan pendidikan percuma kepada sekolah-sekolah dan lawatan sambil belajar. Antara aktiviti berkenaan adalah lawatan berpandu, ceramah, seminar dan sesi interaktif.  Sangat bagus kan!

15.  Taman Rekreasi 99 Wonderland Park

tempat menarik di gombak

Imej via [99wonderlandpark]

Taman Rekreasi 99 Wonderland Park ini tampil dengan tarikan unik dimana boleh dikatakan sangat bertepatan dengan namanya. Antara tarikan tempat menarik di Gombak ini adalah taman burung kasawari dan rusa, rumah arnab, Sky Fountain, Magical Bridge,T-Rex Ring dan banyak lagi.

Pada waktu malam pula, taman rekreasi ini kelihatan sangat cantik berikutan cahaya LED yang menyinari taman tersebut. Malah, pengunjung dapat melihat keindahan water Fountain apabila lampu dinyalakan. 

99 Wonderland park ini merupakan taman rekreasi yang dibaikpulih daripada sebuah tasik terbiar berubah menjadi imej sebagai sebuah kawasan yang menjadi tular di media sosial. Jadi, tidak rugi untuk anda mencuba datang dan merasai keseronokan yang ada di 99 Wonderland Park ini.

tempat menarik di gombak

Imej via [ezdiet]

Daerah Gombak memudahkan anda membuat pilihan untuk bersiar-siar atau beraktiviti di sini. Sememangnya anda boleh beristirehat sambil menenangkan fikiran di sini. Selain tempat menarik di Gombak, jom baca tempat menarik di Tapah, tempat lepak best di KL dan tempat menarik di Kampar juga.

 

Rujukan:

  1. Wikipedia
  2. bharian
  3.  selangor

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.