Lebih dari seribu pulau dan wilayah yang terbentang luas dari Laut Aegea selatan ke tengah-tengah Semenanjung Balkan, Greece adalah salah satu destinasi pelancongan paling popular di dunia.  Negara Eropah yang dikenali sebagai ‘negara terbenam matahari’ ini amat sinonim dengan pantai berpasir. Ia dikatakan sejarah kuno yang mempunyai pengaruh besar terhadap masyarakat barat pada hari ini dari pelbagai aspek.

tempat menarik di greece

Imej via [bayubuanatravel]

Antara destinasi Greece yang diperkenalkan, terdapat pelbagai citarasa percutian bermula dari peminat sejarah hinggalah kepada peminat tempat-tempat hiburan yang sememangnya terbaik.  Semua tempat menarik di Greece sangat indah dan berbaloi untuk percutian.  .  Jom lihat 20 tempat menarik di Greece yang amat menakjubkan!

 

1.  Mata Air Acheron (Acheron Springs)

tempat menarik di greece

Imej via [tripadvisor]

Bagi anda yang sememangnya pencinta sejarah kuno purba Greek (Yunani) ataupun peminat setia movie dewa dewi olympus seperti Zeus, Hera, dan lain-lain, pastikan anda ketinggalan untuk ke Mata Air Acheron. Tempat menarik di Greece ini juga dikenali sebagai Acheron Springs yang amat indah.

Mata air Acheron terletak di perkampungan Glyki dan Kanalaki yang bersempadan dengan Preveza dan Thesprotia.  Perairannya kristal dan kaya dengan flora turut merangsang aliran air dan tasik di sepanjang sungai.  Selain dari ketenangan dan kedamaian, anda juga boleh menemui restoran indah di sini.  Tempat menarik di Greece ini sesuai untuk anda yang sukakan aktiviti ‘hiking’ dan merakit. 

Tahukah anda mitos di Mata Air Acheros ini? Dalam mitologi Yunani, Zeus berasa jijik apabila Titans mengambil bahagian dalam perairan Acheron dan telah menyumpah (mengutuk) perairan tersebut lalu menenggelamkannya di bawah bumi selama-lamanya. Maka dengan itu, terjadilah Mata Air Acheron akibat tenggelamnya Sungai Acheron suatu ketika dahulu. 

 

2.  Lefkada

tempat menarik di greece

Imej via [pinterest]

Salah satu tarikan yang mesti dilihat di Greece adalah sebuah pulau di Laut Ionian, Lefkada.  Tempat menarik di Greece ini boleh dijumpai di arah pantai barat Greece dan dihubungkan ke tanah besar Greece melalui jambatan terapung dan tambak. Lefkada merupakan salah satu pulau di Greece yang anda membolehkan anda mengunjunginya dengan menaiki kereta.

Lautannya biru dan pasir pantainya keemas-emasan merupakan keindahan mutlak bagi pelawat dan dikatakan amat mirip dengan Caribbean. Selain itu, terdapat banyak kedai ikan serta perkampungan indah dengan persekitarannya yang subur menghijau. Pantai Egremi, Kathisma dan Porto Katsiki juga adalah destinasi menakjubkan dan sesuai untuk kaki-kaki fotografi untuk mengambil gambar.

 

3.  Zagori

tempat menarik di greece

Imej via [kimkim]

Zagori adalah ikon untuk geologi yang luar biasa dan keindahan semulajadi yang mempesonakan.  Untuk pengetahuan anda, terdapat dua Taman Negara yang popular di sini.  Bukan itu sahaja, Zagori juga dipenuhi lebih 46 buah kampung yang saling berkaitan dengan jalan raya moden.

Jambatan batu yang dibina pada abad ke 18 masih lagi utuh berdiri.  Tempat menarik di Greece ini termasuklah Tasik Alpine Drakolimni yang indah dan jambatan batu Kalogeriko.  Jambatan Batu Kalogeriko merupakan permata berharga bagi aktiviti perlancongan dilakukan.

Anda pasti teruja melihat perairan semulajadi Ovires pada musim panas, Biara Agia Paraskevi yang dibina pada abad ke 15 dan pemandangan melankolis yang menakjubkan dari biara Spileotissas di Sungai Viodomatis. Tak sabar rasanya nak ke Zagori.

 

4.  Kubu Monemvasia (Monemvasia Fotress)

tempat menarik di greece

Imej via [greeka]

Kubu Monemvasia terletak di sepanjang pantai timur Peloponnese dengan penempatan pertama yang dikesan dibina pada abad ke-6.  Ia merupakan salah satu tapak bersejarah yang paling mempesonakan di Greece.  Kubu Byzantine yang kukuh dan pantai-pantai yang luar biasa yang berdekatan terbuka untuk penduduk tempatan dan pelancong amat menonjolkan keindahannya.

Kubu Monemvasia yang mempamerkan Gua Kastania juga dikatakan adalah tarikan ikonik pulau-pulau yang terbentuk berjuta-juta tahun lalu dengan banyak keajaiban geologi yang jarang berlaku. Kawasan ini juga lengkap dengan gereja dan kafe terdekat. Selain itu, tugu-tugu yang sering dikunjungi adalah Gereja Besar Aghia, Gereja Kecil Christ Helkomenos dan Gereja Panaghia Myrtidiotissa.

 

5.  Tasik Kerkini (Lake Kerkini / Kerkini Lake)

tempat menarik di greece

Imej via [agreekadventure]

Terletak di tengah-tengah laluan penghijrahan burung dalam perjalanan ke Lautan Hitam, padang rumput Hungary dan Laut Aegean, Tasik Kerkini adalah keajaiban flora dan fauna yang direka secara inovatif pada tahun 1932. Sudah pasti ia merupakan salah satu tempat menarik di Greece yang paling menakjubkan dan indah untuk anda lawati.

Tasik Kerkini adalah rumah beribu-ribu burung terlindung dan jarang ditemui serta pelbagai jenis ikan.  Ia juga menawarkan pemandangan hebat dari gunung Krousia dan Belasica. Selain dihuni lebih daripada 227 jenis burung bukan migrasi, Kerkini juga merupakan tempat bagi kerbau, 10 spesies amfibia, 19 spesies reptilia dan beratus-ratus jenis serangga.

Terletak di Serres dengan Thessaloniki 100km jauhnya, Kerkini adalah gedung bagi pemerhati burung pada musim luruh dan musim panas serta setiap hari sepanjang tahun. Empangan yang dibina disini juga terkenal dengan aktiviti bot perahu tradisional yang romantis, menunggang kuda, berkanu, berbasikal dan mendaki di sepanjang laluan pejalan kaki.

 

6.  Bandar Nafplio

tempat menarik di greece

Imej via [neoskosmos]

Di wilayah Peloponnese Timur Argolis terdapat sebuah bandar iaitu Nafplio yang merupakan pelabuhan laut dan ibu kota negeri baru di Greece antara tahun 1821 dan 1834. Sesiapa sahaja pelawat yang datang ke destinasi pelancongan Greek ini akan terperanjat gara-gara melihat istana zaman pertengahan yang memukau.

Bukan itu sahaja, tempat menarik di Greece ini juga membolehkan anda melihat puncak bukit Ottoman, dinding purba, patung, dan monumen bangunan neoklasik dan Venetian.  Jaraknya dengan bandar Athens hanya 94 kilometer, membolehkan anda menaiki bas atau kereta untuk ke sana.

 

7.  Sungai Voidomatis (Voidomatis River)

tempat menarik di greece

Imej via [tripadvisor]

Sungai Voidomatis ataupun Voidomatis River dikenali dengan gelaran ‘the eye of the ox’ ataupun ‘mata seekor lembu’ kerana airnya yang berwarna biru yang jelas seperti mata lembu yang berwarna biru sepanjang 15 kilometer. Sungai ini adalah tempat semulajadi dan tempat menarik di Greece yang popular untuk pelbagai aktiviti lasak.

Antaranya adalah berkayak, berakit dan pelbagai sukan air yang lain.  Voidomatis terletak di atas senarai sungai paling bersih di Eropah yang dikendalikan oleh Taman Negara Vikos-Aoos. Ia dipenuhi oleh jambatan batu seperti Jambatan Kledonas dan Jambatan Aristi di mana para peminat kayak dan rakit bertemu serta memulakan pengembaraan mereka menuju ke perairan yang jernih.

 

8.  Taman Negara Gunung Olympus (Mount Olympus National Park)

tempat menarik di greece

Imej via [g-switch]

Taman Negara Gunung Olympus yang telah diisytiharkan pada tahun 1938 ini merupakan gunung tertinggi di Greece yang berketinggian 9,573 kaki pada puncak tertinggi. Kawasan ini terkenal dengan ciri-ciri yang menakjubkan dan menawan dari hutan tebal, ladang alpine, puncak batu menonjol dan jeram yang sangat dalam.

Dalam mitologi Yunani, Gunung Olympus terkenal sebagai tempat kediaman 12 dewa Yunani purba. Taman Negara Gunung Olympus kaya dengan flora dan fauna dengan spesies tumbuhan sebanyak 1700 yang jarang ditemui, malah telah tersebar di seluruh rantau ini.

Oleh sebab tempat menarik di Greece ini amat popular, banyak tapak perkhemahan dan hotel murah telah dibina dan berkembang.  Litochoro adalah kampung utama yang mudah diakses dari Athens dengan kereta api dan bas. Selain itu, Muzium Arkeologi Purba Dion di dasar Gunung Olympus mesti dikunjungi oleh sesiapa sahaja yang datang kesini.

 

9.  Thassos

tempat menarik di greece

Imej via [discovergreece]

Thasos adalah keindahan semulajadi yang perlu dilawat oleh sesiapa sahaja yang datang ke Greece.  Tambahan pula langit kebiru-biruan, air laut yang indah, tumbuhan hijau dan pantai berpasir yang menjadikan ia salah satu tempat menarik di Greece.

Terdapat aktiviti sukan air yang boleh anda lakukan di sini seperti selaman skuba, ski air dan sebagainya.  Selain itu, tempat pemujaan dewa dan pahlawan Yunani iaitu Artemis, Poseidon dan sebagainya pun berada di sini.

 

10.  Teater Delphi, Phocis (Delphi Theatre, Phocis)

tempat menarik di greece

Imej via [naftemporiki]

Delphi adalah tapak arkeologi dan juga merupakan sebuah bandar moden di Greece di barat daya Gunung Parnassus, di lembah Phocis.  Teater Delphi dibina di atas bukit menghadap lembah yang indah pada abad ke-4.  Kini, ia dikategorikan sebagai tapak warisan dunia, UNESCO.

Dibina sebagai tempat perlindungan suatu ketika dahulu, 35 baris tempat duduknya dapat menampung sehingga 5,000 tetamu yang pada zaman purba menikmati drama, bacaan puisi, dan acara muzik. Jadi, jika anda datang ke Greece, jangan lupa melawat Delphi ya.

 

11.  Pulau Naxos (Naxos Island)

tempat menarik di greece

Imej via [kayak]

Pulau Naxos merupakan rumah kepada Mt. Zeus yang tidak dapat ditemui oleh ramai pelancong dan merupakan salah satu acara utama jika melawat ke Greece. Ini adalah salah satu pulau paling hijau di Cyclades dengan gunung tinggi dan lembah yang subur. Pantai-pantai di sini turut menjadi sebab Pulau Nexos adalah sebahagian daripada tempat menarik di Greece. 

Menariknya, Pulau Nexus membolehkan anda berenang, melakukan sukan air dan bersantai.  Terdapat perkampungan dan bandar-bandar pelabuhan yang dipenuhi dengan rumah berbentuk kubu serta rumah-rumah Venetian abad pertengahan yang menakjubkan.

 

12.  Bandar Mystras, Peloponnese (Mystras Town, Peloponnese)

tempat menarik di greece

Imej via [viator]

Mystras adalah sebuah perkampungan bergunung yang berdekatan dengan Sparti, Laconia yang dikategorikan sebagai Monumen Warisan Dunia oleh UNESCO. Mystras dulu pernah menjadi bandar zaman pertengahan yang sangat penting dalam Era Byzantine dan sekarang ini merupakan tapak arkeologi terpenting disini. 

Tapak arkeologi bagi tempat menarik di Greece ini terdiri daripada gereja-gereja Byzantine yang dipelihara dengan baik dan kubu yang kuat pada suatu ketika dahulu. Bagi anda yang sukakan bidang arkeologi, jangan lupa datang ke Bandar Mystras apabila anda bercuti di Greece.

 

13.  Pulau Rhodes (Rhodes Island)

tempat menarik di greece

Imej via [greeka]

Pulau Rhodes adalah satu lagi tempat menarik di Greece yang membolehkan anda menemui Pantai Lindos dan St. Pauls. Pantainya berpasir putih dan sangat cantik sesuai untuk mereka yang sukakan pulau. Disini terdapat banyak runtuhan kuno dan bekas runtuhan ketika zaman Ksatria St. John semasa Perang Salib suatu ketika dahulu.

 

14.  Samaria Gorge, Crete

tempat menarik di greece

Imej via [katherinebelarmino]

Samariá Gorge adalah Taman Negara Greece di pulau Crete yang popular dan merupakan Rizab Biosfera Dunia. Orang ramai boleh berjalan melalui jurang dan lulus dengan tebing yang sangat tinggi di sepanjang jalan sebelum wujudnya kampung kecil Agia Roumeli. Jadi, tidak hairanlah tempat ini menerima setengah juta pelancong setiap tahun kerana ianya merupakan daya tarikan utama pelancongan di Greece.

 

15.  Pulau Kefalonia (Kefalonia Island)

tempat menarik di greece

Imej via [tui]

Pulau Kefalonia adalah salah satu tempat yang paling indah untuk ditemui di Greece. Walaupun terdapat beberapa perkembangan, ia masih mengekalkan cara hidup bahasa Yunani tradisional.  Tempat menarik di Greece yang indah ini pernah menjadi tempat jalan cerita bagi novel Kapten Corelli Mandolin. Disini juga terdapat gunung dan tebing yang curam namun panoramanya sungguh menakjubkan.

 

16.  Pulau Zakynthos (Zakynthos Island)

tempat menarik di greece

Imej via [asceno]

Pulau Zakynthos menawarkan banyak pemandangan indah, terutamanya Shipwreck Beach of Navagio di teluk terpencil, termasuk Banana, Porto Zoro, Kalamaki dan Gerakas. Tidak terkecuali Bandar Zakynthos yang merupakan rumah kepada berpuluh-puluh muzium dan Istana Venetian yang menarik di puncak bukit.

Terdapat pelbagai aktiviti seperti selaman skuba, tempat bersiar-siar dan banyak lagi aktiviti yang menarik disini boleh anda lakukan.  Amat rugi jika tidak datang ke sini jika melancong ke Greece.

 

17.  Pulau Santorini (Santorini Island)

tempat menarik di greece

Imej via [safirgotravel]

Santorini adalah salah satu pulau Cyclades yang terletak di Laut Aegean.  Ia merupakan salah satu pulau yang paling indah dan romantis di dunia. Matahari terbenam yang sangat memukau, rumah bercat putih tradisional dan pemandangan laut yang menakjubkan yang membuat pulau ini begitu istimewa dan cantik.

Boleh dikatakan kebanyakan kedai yang menjual poskad di Greece terpampang gambar pulau Santorini ini.  Ia juga dikatakan salah satu tempat menarik di Greece boleh anda kunjungi.

 

18.  Monumen Parthenon Acropolis, Athens

tempat menarik di greece

Imej via [ancient-origins]

Selain tempat menarik di Greece, tapak bersejarah yang menarik juga boleh diterokai.  Monumen Parthenon Acropolis yang terletak di Athens dan amat terkenal di dunia ini dianggap sebagai bangunan yang paling penting dalam sejarah Yunani Klasik.

Terletak di tengah-tengah ibukota Greece, runtuhan kuil kuno di Acropolis ini asalnya dibina untuk didedikasikan kepada dewi sulung Athena.  Ia telah dibina selama beberapa dekad bermula 447BC.

 

19.  Pulau Mykonos (Mykonos Island)

tempat menarik di greece

Imej via [getaway.10best]

Pulau Mykonos ini merupakan salah satu pulau yang paling indah di rantau Aegean yang juga menjadikan destinasi hebat untuk diteroka di Greece.  Walaupun Mykonos adalah sebuah pulau parti yang popular namun masih terdapat banyak keindahan alam semula jadi dan tradisional yang ditawarkan.  Tempat menarik di Greece ini mempunyai koleksi seni bina Cycladic unik yang terletak di teluk nelayan nan indah.

 

20.  Bandar Heraklion (Heraklion City)

tempat menarik di greece

Imej via [booking]

Bandar Heraklion adalah ibukota Crete dan terletak di sepanjang pantai utara. Jangan melepaskan peluang melawat bandar ini jika anda pergi ke Crete! Disini terdapat Air Pancut Morosini yang cantik, gereja dan Muzium Arkeologi Heraklion yang mempunyai pelbagai khazanah. Muzium ini juga turut dibuka untuk tempahan para pelancong yang hadir.

Kesimpulannya, pastikan anda memilih agensi perlancongan yang betul serta memilih waktu yang baik untuk sesi pelancongan sebelum anda ke Greece. Jangan lupa juga untuk semak pasport dan segala dokumen sebelum memulakan percutian ke Greece bagi mengelak kejadian yang tidak dingini berlaku.  Selamat bercuti!

Jom baca juga tempat menarik di Hokkaido, tempat menarik di Da Lat dan tempat menarik di Hungary.

Rujukan:

  1. Explorista
  2. voyagetips
  3. Trekeffect

 

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.