Gua Musang merupakan salah satu daerah di kawasan pedalaman yang terletak di selatan negeri Kelantan. Menjelang tahun 2017, kerajaan negeri kelantan telah mengiktiraf Gua Musang daripada Majlis Daerah kepada Majlis Pembandaran untuk menjadikannya sebagai salah satu bandar maju di negeri Kelantan.

Gua Musang merupakan jajahan terbesar di Kelantan dan merangkumi 3 DUN iaitu DUN Galas yang merupakan bandar Gua Musang, DUN Paloh dan DUN Nenggiri (Bertam).

tempat menarik di gua musang

Imej via [suterazen]

Di Bandar Gua Musang ini terdapat beberapa tempat menarik yang anda boleh lawati bersama keluarga atau rakan-rakan sambil menikmati panorama yang indah.  Jom kita kenali tempat menarik di Gua Musang yang indah dan semulajadi untuk anda nikmati.

 

1.   Lojing Highlands

tempat menarik di gua musang

Imej via [nst]

Lojing Highland merupakan salah satu tempat menarik di Gua Musang yang perlu anda lawati. Bukan sahaja anda boleh melihat keindahan bukit bukau yang hijau, anda juga boleh melihat bunga Rafflesia yang merupakan warisan alam semulajadi.  

Antara tarikan yang terdapat di sini adalah keindahan flora dan fauna yang mempersonakan serta air terjun.  Terdapat pakej pelancongan yang menanti anda di sini iaitu Pakej Rafflesia @ Lojing. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan pakej yang berbeza dan boleh melakukan aktiviti yang pelbagai di sini.

 

2.  Kolam Air Panas BER Lojing

tempat menarik di gua musang

Imej via [mdgm]

Kolam Air Panas BER merupakan salah satu tempat menarik di Gua Musang. Lokasinya terletak di kawasan berhampiran penempatan Orang Asli Pos Hendrop, Gua Musang. Tahukah anda, kolam air panas ini merupakan kolam air panas yang terpanas di Kelantan dengan suhu 72 darjah celsius?

Tempat menarik di Gua Musang ini berpotensi menjadi tarikan geo-pelancongan di Kelantan. Selain mempunyai keindahan alam semulajadi yang segar, air panas di sini dikatakan mampu merawat penyakit kulit dan melancarkan peredaran darah.

Kemudahan yang disediakan adalah 3 buah kolam air panas dan tempat letak kereta yang memuatkan 20 buah kereta.  Anda boleh melihat sebatang sungai yang bercantum dengan sungai Kelantan iaitu sungai BER.

 

3.  Hentian Eco R&R Lojing

tempat menarik di gua musang

Imej via [tripcarta]

Hentian Eco R&R Lojing telah dibina oleh Majlis Daerah Gua Musang. Kini, tempat menarik di Gua Musang ini dikenali dengan gelaran Majlis Pembandaran Gua Musang yang terletak berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Pos Brooke Lojing, Kelantan.

Terdapat Pejabat Majlis Pembandaran Gua Musang cawangan Lojing serta beberapa buah unit motel untuk disewa bagi kemudahan para pelawat serta pelancong dari dalam dan luar negeri. Pengguna jalan raya boleh berhenti seketika di sini untuk makan ataupun berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi mereka.

 

4.  Taman Etnobotani

tempat menarik di pekanbaru

Imej via [twitter]

Pernahkah anda datang ke Taman Etnobotani yang terletak di Kesedar Gua Musang?   Taman Etnobotani ini dibangunkan sebagai tempat pusat penyelidikan hutan serta pusat rekreasi yang bertujuan memelihara hasil hutan dan produk berkaitan produk-produk herba.

Sebahagian taman ini digunakan untuk program Pusat Latihan Khidmat Negara kerana isu sambutannya agak kurang daripada para pengunjung dan penduduk tempatan malahan pelancong. Namun, anda terdapat tarikan yang pasti anda suka di tempat menarik di Gua Musang ini.

Antara tarikan di sini ialah tanaman herba, pusat penternakan rusa dan burung Kasawari.  Ia turut menjadi tempat rekreasi bagi aktiviti rock climbing, berkhemah dan banyak lagi. Kemudahan disediakan juga adalah penginapan untuk para pengunjung.

 

Kemudahan Di Taman Etnobotani

tempat menarik di gua musang

Imej via [titiwangsa]

  • Cafe dan Restoran (Tempat Makan)
  • Taman Herba (Ruang Tumbuh-tumbuhan)
  • SPA dan Sauna (Sesuai untuk memanjakan diri)
  • Surau (Ruangan Solat)
  • Tandas/Bilik Persalinan
  • Aktiviti Riadah (Berbasikal,Jogging dan lain-lain lagi)

 

5.  Taman Negara Kuala Koh (Taman Negara Kelantan)

tempat menarik di gua musang

imej via [kats]

Salah satu tempat menarik di Gua Musang yang terletak di sempadan negeri Kelantan dan berada dalam Jajahan Gua Musang. Ia terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Lebir dan Hutan Simpan Bukit Hantu. Ia terletak kira-kira 96 kilometer dari Bandar Gua Musang-Kuala Krai dan mudah dikunjungi oleh semua pengunjung.

Aset semulajadi yang dimiliki oleh taman ini adalah kepelbagaian kehidupan flora dan fauna serta ekosistem hutan hijau tropika. Antara aktiviti boleh anda lakukan adalah memerhati burung yang terdapat iaitu kira-kira 300 spesies, memancing, berkhemah, menaiki titian kanopi, berkayak dan banyak lagi aktiviti yang disediakan di sini.

Kemudahan prasarana yang disediakan pula adalah chalet, asrama, restoran, tapak perkhemahan, perkhidmatan bot, surau, tempat letak kenderaan dan lain-lain lagi.  Anda boleh mendapatkan pengalamana memancing di bukit.

 

6.  Tasik Ketitir

tempat menarik di gua musang

Imej via [ Come2Kelantan]

Tempat menarik di Gua Musang berkonsepkan tasik yang diberi nama Tasik Ketitir ini terletak di dalam Bandar Baru Gua Musang bersebelahan Ibu Pejabat Polis Pembandaran Gua Musang.

Tasik ini menjadi tumpuan masyarakat tempatan untuk bersiar-siar, berehat dan berekreasi di samping menikmati persekitaran segar dan nyaman.  Tasik Ketitir merupakan sebuah bekas tapak aktiviti perlombongan suatu ketika dahulu dan kini ianya telah dijadikan satu kawasan rekreasi di dalam bandar Gua Musang.

Nama tasik ini diambil daripada nama burung yang banyak bersarang di pokok-pokok sekitar taman tasik yang masih boleh dilihat pada hari ini iaitu burung Ketitir. Antara kemudahan yang disediakan adalah chalet, asrama, tandas, kedai makan serta tempat letak kereta.

 

7.  Gua Madu

tempat menarik di gua musang

Imej via [utusan]

Salah satu gua yang merupakan tempat menarik di Gua Musang adalah Gua Madu. Ia terletak kira-kira 4 Kilometer dari Bandar Gua Musang di Kampung Batu Papan. Gua Madu adalah sebahagian gua batu kapur yang unik terdapat di Gua Musang yang kaya dengan sumber sungai yang dikelilingi oleh hutan-hutan hijau.

Gua Madu juga sesuai untuk penduduk kampung dan pelancong melakukan aktiviti rekreasi. Alkisahnya, di dinding-dinding gua ini terdapat sarang-sarang lebah dan madu lebah, maka gua ini dipanggil Gua Madu.

Anda boleh menggunakan surau, kedai makan serta tempat letak kereta yang telah disediakan. Tempat menarik di Gua Musang ini dibuka setiap hari tanpa dikenakan sebarang bayaran.

 

8.  Padang Golf dan Sukan Berkuda

tempat menarik di pekanbaru

Imej via [kesedartravel2013]

Sekiranya anda berminat dengan sukan golf ataupun sukan berkuda, anda bolehlah datang ke Kelab Rekreasi Perdana yang merupakan salah satu tempat menarik di Gua Musang. Ia terletak berhampiran Taman Etnobotani dan tujuan pembinaannya adalah untuk para pengunjung beriadah.  

Tempat ini juga menjadi tarikan bagi penggemar sukan berkuda dan golf. Padang golf di sini merupakan padang golf 9 lubang yang terbuka untuk semua orang dengan bayaran yang berpatutan.

Anda boleh singgah di rumah kelab dan sebuah restoran di sini.  Tak sabar rasanya nak bermain golf ataupun menunggang kuda sambil menikmati keindahan bukit bukau di sini yang menghijau.

 

9.  Sungai Nenggiri

tempat menarik di gua musang

Imej via [sAyE_mEyji]

Aktiviti berkayak di kawasan sungai, tak lain tak bukan tempatnya adalah di Sungai Nenggiri yang berlatar belakangkan bukit bukau.  Sungai Nenggiri menawarkan aktiviti berkayak dan berakit selain aktiviti memancing.

Ia mempunyai lebih daripada 40 buah jeram dan amat sesuai untuk aktiviti berakit, berkayak serta berteraskan eko pelancongan. `Nenggiri River Cruise’ ialah perjalanan sejauh 50 kilometer dengan menaiki bot atau rakit yang bermula di pengkalan jeti Kuala Betis hingga Kampung Setar.

Antara tempat yang dilawati sepanjang perjalanan termasuklah Gua Cha, perkampungan orang asli Kuala Jenera dan Pos Pulat yang menarik hati para pengunjung. Acara tahunan seperti `Nenggiri Challenge’ iaitu berkayak yang melibatkan peserta tempatan dan luar negara seperti Switzerland, Thailand, Singapura dan Indonesia turut diadakan di sini.

 

10.  Tokong Swee Nyet Keung (Tokong Mek)

tempat menarik di gua musang

imej via [astroawani]

Tokong Swee Nyet Keung ini dikenali sebagai Tokong Mek. Ia terletak di dalam gua batu kapur di Kampung Pulai. Dengar khabarnya, dalam tokong ini terdapat sekeping gambar lukisan ‘Tokong Mek (Kuan Yin)’ yang dibawa dari negara China oleh penganut Buddha yang berhijrah ke sini.

Mereka selalunya membawa gambar Tokong Mek untuk memberi kuasa perlindungan kepada keselamatan mereka ketika berhijrah. Tokong ini pernah dibakar oleh tentera Jepun pada zaman pendudukannya di Tanah Melayu sekitar tahun 1941 dan ia dibangunkan semula pada tahun 1971.

 

11.  Kampung Redip, Pos Hau Gua Musang

tempat menarik di gua musang

Imej via [hmetro]

Ramai tak sangka Gua Musang ini mempunyai sebuah perkampungan orang asli yang menarik iaitu Kampung Redip.  Anda brpeluang untuk melihat aktiviti demonstrasi masakan traditional, demonstrasi menyumpit,demonstrasi pemasangan jerat, permainan traditional, Eksplorasi Bunga Rafflesia, persembahan kebudayaan dan lain-lain lagi.

Di Kampung Redip ini, terdapat sungai yang boleh anda mandi-mandaatau berendam menyejukkan badan sambil menghirup udara segar kampung. Seronokkan tempat menarik di Gua Musang ini?

 

12.  Stesen Kereta Api Lama Gua Musang

tempat menarik di gua musang

Imej via [Flickr]

Stesen kereta api lama di Gua Musang ini sebenarnya merupakan peninggalan sejarah kerana ia telah ditutup sejak 2014 lagi akibat banjir besar. Namun begitu, tempat nostalgia ini amat nyaman jika anda berkunjung untuk melihat-lihat dan bergambar.

Anda boleh bergambar di tempat menunggu kereta api, di tengah-tengah jalan kereta api dan di mana sahaja anda inginkan. Di sini, anda bebas berfotografi seolah-olah tempat ini anda yang punya!

 

13.  Gua Musang

tempat menarik di gua musang

Imej via [mejorimagen]

Dah nama daerah pun Gua Musang, pastilah terdapat sebuah gua yang dinamakan Gua Musang di daerah ini.  Gua Musang berlokasi di sebelah stesan kereta api lama Gua Musang sahaja. Khabarnya, dalam gua ini terdapat sebuah batu besar yang berbentuk musang. Sebab itulah ia dipanggil Gua Musang!

 

14.  Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra

tempat menarik di gua musang

Imej via [teropongmasa]

Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra adalah salah satu tempat beribadat yang boleh anda kunjungi usai bercuti di sini. Tempat menarik di Gua Musang ini boleh dijadikan tempat berteduh dan berehat untuk sementara waktu. Anda boleh bergambar  di bangunan yang cantik dan bersih ini, tiada masalah.

 

15.  Moonriver Lodge

tempat menarik di Gua musang

Imej via [missyblurkit]

Moonriver Lodge adalah tempat penginapan, homestay ataupun hotel yang boleh anda kunjungi jika berkunjung ke Gua Musang.  Anda boleh berkumpul di ruangan indah sambil menikmati udara segar dan keindahan pokok serta bunga hidup di sini.  Tempat parking kereta dan sebuah taman disediakan di sini untuk kemudahan dan keselesaan anda.

tempat menarik di gua musang

Imej via [citytrvl]

Walaupun bandar di Gua Musang ini lebih kepada kawasan pedalaman namun ia menyediakan pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati oleh kita semua. Oleh itu, semua pihak perlu memandang serius tentang beberapa isu agar tempat menarik di Gua Musang ini tetap terpelihara sepanjang masa.

Jemput baca pula tempat menarik di Sepang dan tempat menarik di Manjung.  Semoga anda boleh memilih destinasi terbaik untuk anda bercuti sambil menikmati keindahan alam semulajadi.

 

Rujukan

  1. Mdgm
  2. Kesedar
  3. Wikipedia

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis sepenuh masa yang aktif berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.