Dalam kesibukan melayari bahtera kehidupan, manusia juga memerlukan waktu untuk bercuti. Anda bosan asyik bercuti di dalam negara sahaja? Haruslah anda bercuti sekali sekala di luar negara juga! Kali ini saya cadangkan tempat yang menarik dan harga yang berpatutan untuk anda lawati di Hanoi, Vietnam.

Hanoi merupakan pusat pentadbiran bagi negara Vietnam yang terkenal sebagai salah satu tempat tarikan utama pelancong. Untuk pengetahuan anda, Hanoi tersenarai pada tangga ke 12 sebagai destinasi pelancongan terbaik dunia.

Imej via [vietnamguide]

Hanoi terletak di wilayah utara vietnam tepatnya di Delta Red River Vietnam dan hampir 90 km dari kawasan pantai. Tahukah anda, Hanoi merangkumi 3 jenis medan asas iaitu kawasan delta, kawasan tengah dan zon pergunungan.  Berikut saya kongsikan beberapa tempat menarik di Hanoi untuk anda lawati dengan bajet yang berpatutan.

  1.  Vietnam Military History Museum

tempat menarik di hanoi

Imej via [Vietnam.guide]

Muzium ketenteraan sejarah Vietnam yang ditubuhkan pada 17 Julai 1956 ini merupakan salah satu daripada 7 muzium negara di Vietnam. Tempat menarik di Hanoi ini terletak ditengah- tengah Hanoi yang meliputi 12, 800 meter dan berhampiran makam Ho Chi Minh. Bagi pencinta sejarah, anda harus datang kesini kerana mereka menyediakan lebih 20,000 koleksi sejarah bermula dari zaman pra sejarah sehinggalah ke zaman revolusi 1947 dan pembentukan Republik Demokratik Vietnam.  Waktu tempat menarik di Hanoi ini beroperasi adalah dari jam 8 pagi hingga 11 malam setiap hari.  Sementara bayaran masuk pula sebanyak VND 30, 000.  Kedudukan muzium ini berada di alamat 28A Dien Bien Phu, Ba Dinh District Hanoi, Vietnam.

 

  1. Ionah Show Hanoi 

tempat menarik di hanoi

Imej via [tripadvisor]

Pertunjukan di Ionah Show Hanoi ini tidak kalah hebatnya dengan sarkas terkenal iaitu Cirque Du Soleil. Persembahan yang mereka tampilkan mampu membuatkan sesiapa sahaja terpana dan ternganga melihatnya. Sebagai pelancong asing anda harus datang melihat sendiri persembahan seni bertaraf tinggi yang unik ini. Persembahan mereka menawarkan kepada anda pengalaman yang unik hasil gabungan tarian moden, teater, sarkas, muzik, visual dan kesan cahaya. 

Persembahan diadun sesuai dengan kebudayaan Vietnam secara umumnya dan Hanoian khusus, Ionah Show Hanoi adalah untuk setiap pelancong yang datang ke Hanoi. Sebaik sahaja anda duduk, setiap minit yang lewat akan membawa anda pelbagai nada gerakan, dari keinginan cinta kepada keputus asaan, kesengsaraan dan akhirnya, kebahagiaan . Ia beroperasi hanya pada hari selasa, khamis dan sabtu pada jam 8 malam hingga 9.30 malam. Bayaran masuk pula bagi kelas pertama VND 950,000 manakala kelas kedua VND 750,000.  Untuk tengok keadaan di sini, apa kata anda datang terus ke alamat ini Tháp Rùa, Hàng Trống, Hoàn Kiếm, Hanoi, Vietnam.

3.  Bat Trang Ceramic Village

tempat menarik di hanoi

Imej via [evivatour]

Bat Trang Ceramic Village merupakan perkampungan membuat tembikar sejak abad ke 14 lagi.  Bukan sahaja anda boleh membeli beberapa produk seramik buatan tangan terbaik di Vietnam, anda juga boleh melihat cara mereka membuatnya semasa lawatan anda. Terletak di sebelah Sungai Merah di Daerah Gia Lam, Bat Trang Ceramics Village Hanoi memegang tempat terpenting dalam sejarah industri seramik di Asia. Di sini juga anda boleh membuat produk seramik anda sendiri. Ia berharga kira-kira VND 10,000 ke atas untuk menyertai bengkel membuat tembikarnya, ditambah VND 50,000 untuk tukang membakar dan memancarkan produk akhir anda.

 

4.  Hang Da Market

tempat menarik di hanoi

Imej via [ietnampackagetravel]

Hang Da Market, yang terletak di tengah-tengah daerah perniagaan pusat Hanoi, adalah sebuah pusat membeli-belah tiga tingkat yang menempatkan pelbagai gerai.Mungkin pasar ini ebih kecil daripada Dong Xuan namun disini tidak akan mengecewakan hasrat anda untuk membeli belah kerana mereka menawarkan pelbagai barangan seperti pakaian, perhiasan , cenderahati seramik dan banyak lagi yang pastinya dalam keadaan baik dan sempurna. Yang lebih menariknya disini anda boleh tawar menawar harga dengan penjual. Jika bernasib baik potongan diskaun sehingga 50 peratus pun anda boleh dapat. Pasar ini dibuka pada jam 5 pagi hingga 5 petang setiap hari. Ia terletak di alamat 1 Hang Da Street, Hoan Kiem District, Hanoi.

 

5.  Hanoi Opera House

tempat menarik di hanoi

Imej via [vietnam]

Rumah Opera Hanoi yang indah ini dibina pada tahun 1911 oleh Perancis dalam era kuasanya ketika itu. Ia adalah seni bina Perancis neo-klasik yang memaparkan tema Gothik di pintu dan kubah dengan tiang, tingkap yang tertutup, balkoni dan bilik kaca. Para pemuzik, pelakon dan penari yang berkebolehan akan mempersembahkan untuk 600 orang penonton bersifat klasik, menjadikannya tarikan teater yang sangat popular. 

Pastikan anda membuat tempahan awal untuk mendapatkan tiket baig menyaksikan persembahan di sini.  Bahagian dalamannya lebih megah daripada luaran serta lebih estetik daripada Paris Opera House.  Opera House Hanoi adalah teater terbesar di Vietnam dan  sebagai bukti sejarah dan budaya Vietnam di bawah pemerintahan Perancis.  Harga tiket serendah VND 100.000 boleh anda dapatkan untuk ke sini.

 

6.  Temple of Literature

tempat menarik di hanoi

Imej via [journeyvietnam]

Temple Of Literature sering disebut sebagai salah satu tarikan pelancong yang paling indah di Hanoi. Pada mulanya ia dibina sebagai universiti pada tahun 1070 yang didedikasikan kepada Confucius, para ulama dan ahli bijak, bangunan ini sangat terpelihara dan merupakan contoh seni bina tradisional Vietnam yang hebat.  Tapak kuno ini menawarkan tasik sastera, Kejernihan Syurga Baik, penyu steles, astaka, halaman dan laluan yang pernah digunakan oleh kerabat diraja suatu ketika dahulu.  Pada asalnya, universiti disini hanya menerima aristokrat, ahli keluarga elit dan raja sebagai pelajar dan akhirnya ia turut dibuka kepada orang biasa.  Anda boleh datang dan bergambar di tempat menarik di Hanoi yang indah ini.  Bayaran masuk ke sini adalah sekitar VND 10,000 sahaja.

7.  Ba Vi National Park

tempat menarik di hanoi

Imej via [vietnam guide]

Taman Negara Ba Vi adalah salah satu kawasan paling terkenal di Vietnam yang mempunyai keindahan alam semulajadi yang luar biasa. Taman negara ini menjanjikan kepada anda dengan udara gunung segar yang sejuk serta berlatar belakangkan awan mistik dan hutan tropika yang misteri.  Taman yang berkeluasan 26,720 ekar ini menjanjikan kepada anda permandangan yang indah disamping pelbagai jenis tumbuhan, spesis burung dan haiwan. Juga disediakan beberapa kolam air panas untuk anda rehatkan tubuh yang seharian berjalan.  Lokasi taman nasional ini hanya 48 km dari bandar Hanoi.

 

8.  Dong Xuan Market

tempat menarik di hanoi

Imej via [vietnam guide]

Salah satu tempat menarik untuk anda datang membeli belah adalah Dong Xuan.  Ia ditempatkan dalam bangunan bergaya empat tingkat Soviet di pinggir utara Hanoi Old Quarter. Pasar ini lebih besar daripada Hang Da. Ia juga dikenali sebagai pasar tertutup terbesar di Hanoi, yang menawarkan pelbagai barangan seperti hasil segar, cenderamata, aksesori ,pakaian serta peralatan elektronik. 

Sama seperti kebanyakan pasaran di Asia Tenggara, Pasar Dong Xuan mempunyai seksyen pasar basah yang sibuk di tingkat bawah, di mana penduduk tempatan membeli makanan laut, daging, dan sayur-sayuran manakala bahagian belakangnya menjual pelbagai haiwan peliharaan  dan bunga segar dari seluruh Vietnam. Sekiranya anda ingin membeli cenderahati, pergi ke tingkat atas, di mana anda boleh menemui banyak gerai menjual baju ,kain, pakaian sekolah, beg tangan, kraf tangan, semuanya dijual pada harga borong.  Jangan lupa borong habis habisan di tempat menarik di Hanoi ini.

 

9.  Hoan Kiem Lake

tempat menarik di hanoi

Imej via [Vietnam Guide]

Tasik Hoan Kiem di Hanoi menarik pelancong dan penduduk tempatan yang ingin menghindari kebisingan dan kesibukan bandar. Damai dan tenang itulah gambaran yang sesuai mengenai tasik yang mengelilingi Kuil Ngoc Son ini.  Kuil ini menarik banyak pelawat dan dibina sebagai peringatan kepada pemimpin ketenteraan abad ke-13, Tran Hung Dao yang terkenal dengan keberaniannya dalam pertempuran melawan Dinasti Yuan. Tasik tempat menarik di Hanoi ini mungkin tempat paling terkenal di bandar Hanoi di mana orang datang untuk berehat dan menikmati pemandangan.  Tasik ini cukup indah untuk dilawati terutama nya pada waktu lewat petang atau malam kerana pada masa itu kawasan ini disimbahi cahaya lampu yang amat cantik.  Lokasi ini pasti menmberi suasana tenang dan tenteram buat anda.

 

10.  Lotte Observation Deck Hotel

tempat menarik di hanoi

Imej via [vietnam guide]

Anda boleh menikmati pemandangan indah sekitar bandar Hanoi tanpa batasan dari sini. Lotte Observation Lotte menawarkan pemandangan panorama bandar yang indah kerana ia terletak di tingkat 65 di Lotte Centre.  Ia dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu Zon Tarikan, Zon Selamat Datang, Zon Pengalaman dan Zon Romantik.  Ciri-ciri zon yang berbeza ini termasuk Skywalk, Jalan Bambu, Teater Selamat Datang, Zon Foto, Pemandangan Teres dan Galeri Sky.  Harga untuk masuk ke tempat menarik di Hanoi ini dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuk umur, masa dan hari.  Lebih mahal bayarannya jika anda kunjungi pada siang hari berbanding waktu petang.  Harga tiket murah kebiasaannya pada waktu pagi sekitar 9.am hingga 10 a.m.

 

  1. Imperial Citadel Of Thang Long

    tempat menarik di hanoi

    Imej via [vietnam guide]

Citadel Imperial of Thang Long adalah peninggalan sejarah Vietnam yang menarik dan menandakan kepentingan sejarah serta kebudayaannya.  Tempat menarik di Hanoi ini juga telah dijadikan Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2010.  Ia juga dikenali sebagai Kota Benteng Hanoi di mana banyak artifak dan barang sejarah pada abad ke-6 dan abad ke-20 yang digali pada tahun 2004, termasuk asas-asas istana lama, jalan kuno, kolam dan juga telaga.  Di samping penemuan ini, ahli arkeologi juga menemui syiling gangsa, seramik dan tembikar dari China. 

Untuk pengetahuan anda, barangan dan artifak sejarah yang berasal dari banyak tempat di Asia, yang semuanya berkaitan hubungan dagangan yang dekat di kawasan Asia turut terdapat di sini . . Dengan bayaran sebanyak  VND 30,000, anda boleh melihat artifak sejarah yang dipamerkan.  Serious tak rugi datang ke tempat menarik di Hanoi ini!

 

tempat menarik di hanoi

Imej via [hoangyentravel]

Sekadar ini sahaja perkongsian saya tentang tempat menarik di Hanoi. Jelas sekali terdapat pelbagai tarikan yang pasti menambat hati anda untuk ke tempat menarik di Hanoi ini.  Harga atau kos untuk anda ke sini pula lebih berpatutan jika dibandingkan dengan negara yang lain.  Tidak disangkal lagi sememangnya Hanoi mempunyai ciri kebudayaan istimewanya  yang tersendiri wajib anda lawati. Sambil makan angin sambil itu juga kita dapat menimba ilmu dan pengalaman yang baru. Jemput baca tempat menarik di Cambodia dan tempat menarik di Iceland pula.

 

RUJUKAN.

  1.  Vietnam Guide
  2. Mai Singgah
  3. Trip Advisor

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis sepenuh masa yang aktif berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.