Hokkaido merupakan pulau kedua terbesar di Jepun dan wilayah utara yang terbesar.  Dari perayaan musim salji dunia yang terkenal sehinggalah ke arah bunga dan lavender.  Meneroka keindahan alam semulajadi di sini adalah sesuatu yang tidak boleh anda terlepas pandang apabila berada di Jepun. 

Pelbagai aktiviti boleh anda alami di Hokkaido dan sememangnya ia adalah kenangan terbaik buat anda.  Pasti anda juga sudah tidak sabar lagi untuk berkunjung ke sana. Jom lihat 15 tempat menarik di Hokkaido wajib anda kunjungi sepanjang berada di Hokkaido.

 

1.  Gunung Hakodate (Mount Hakodate)

tempat menarik di hokkaido

Imej via [japanhoppers]

Dari puncak Gunung Hakodate, anda boleh melihat pemandangan panorama Bandar Hakodate di bawahnya. Di hadapannya terdapat Teluk Hakodate yang luas dan Selat Tsugaru yang indah. Permandangan tempat menarik di Hokkaido ini berubah berikutan musim tetapi keindahan yang luar biasa akan muncul pada waktu malam. Ia amat mempersonakan dan rugi jika tak lihat.

Terdapat banyak cara untuk sampai ke puncak Gunung Hakodate yang mempunyai ketinggian 334 meter ini, antaranya adalah anda boleh mendaki naik ke sana dalam masa lebih kurang tidak sampai 60 minit. Sebagai contoh, ada laluan khas untuk pejalan yang santai dimana anda boleh cuba laluan yang disyorkan untuk mencapai puncak.  Sambil-sambil lalu di situ, bolehlah anda melihat Gunung Hakodate yang indah ini.

Anda juga boleh melihat bas-bas pelancongan dan bas terus dari Stesen JR Hakodate ke puncak. Namun, perjalanan ke puncak Gunung Hakodate dengan menaiki gondola besar adalah salah satu pengalaman yang indah.

 

2.  Stadium Lompatan Ski Okurayama (Okurayama Ski Jump Stadium)

tempat menarik di hokkaido

Imej via [tripadvisor]

Stadium Lompatan Ski Okurayama adalah platform lompatan ski yang digunakan untuk melompat sepanjang 90 meter pada Sukan Olimpik Musim Sejuk yang telah diadakan di Sapporo pada tahun 1972. Pada masa ini, banyak pertandingan antarabangsa yang masih diadakan di stadium ini.

Bukan hanya untuk kegunaan melompat ski semata-mata tetapi tempat menarik di Hokkaido ini juga merupakan tempat dimana anda boleh menghilangkan tekanan dan berseronok. Stadium ini dibuka kepada orang ramai apabila tiada acara atau latihan yang dilakukan.  Anda boleh sampai ke puncak dengan menggunakan lif yang telah disediakan.

 

3.  Gunung Moiwa (Mount Moiwa)

tempat menarik di hokkaido

Imej via [japan-guide]

Gunung Moiwa boleh dikatakan salah satu tempat ketiga teratas yang mempunyai permandangan yang menarik pada waktu malam di Hokkaido.  Selain itu, hutan purba di Gunung Moiwa telah ditetapkan sebagai Monumen Semula Jadi.  Tempat menarik di Hokkaido ini membolehkan anda menemui pelbagai jenis flora dan fauna di sini.

Pemandangan indah dimana anda boleh melihat pemandangan panorama Sapporo yang mempersonakan dari puncak Gunung Moiwa yang berketinggian 531 meter.  Selain itu, pemandangan 360 darjah bandar yang terdapat di sini juga boleh anda lihat.

 

4.  Ladang Lavender Farm Tomita

tempat menarik di hokkaido

Imej via [tripadvisor]

Ladang Lavender Farm Tomita merupakan salah satu tempat menarik di Hokkaido berkonsepkan lokasi pelancongan terkemuka.  Anda boleh menikmati keindahannya sepanjang hari di padang lavender seluas 15 hektar ini.  Bunga-bunga lain yang ditanam di sini akan memukau sesiapa sahaja yang melihatnya.

Ladang lavender nombor satu  di Jepun ini sangat terkenal dengan lavendernya dan setiap tahun, terdapat ramai pelancong datang dan melawat untuk menikmati aroma bunga dan kecantikan pemandangan ladang ini. Ladang Lavender Farm Tomita juga merupakan ladang tradisional yang mempunyai sejarah paling lama di Jepun.

 

5.  Kolam Biru (Blue Pond)

tempat menarik di hokkaido

Imej via [tripjepun]

Dalam kawasan semula jadi dan berbukit di Biei, Hokkaido, terdapat satu kolam semulajadi yang dipanggil kolam biru ataupun Blue Pond.  Ia merupakan tempat pelancongan yang sangat menarik untuk dilawati dan salah satu tempat menarik di Hokkaido.

Kolam mistik yang bersinar kebiru-biruan di Pekan Biei, Hokkaido ini mempunyai tarikannya yang tersendiri dimana lokasinya berada jauh sedikit dari kawasan bandar dan amat menenangkan jiwa bagi sesiapa sahaja berada di sini. Udara kawasan ini juga  amat segar serta suhunya yang sejuk membuatkan suasananya begitu mengasyikkan.

 

6.  Tasik Toya (Lake Toya)

tempat menarik di hokkaido

Imej via [mylittleadventure]

Tasik Toya ataupun dikenali juga dengan nama Lake Toya yang terletak di Taman Negara Shikotsu-Toya, merupakan tasik kaldera yang terbentuk daripada aktiviti gunung berapi.  Namun, keindahan alam semulajadi dan landskap sekitarnya menjadikan tempat ini amat indah. 

Tasik Toya yang turut dipenuhi dengan flora dan fauna.  Tempat menarik di Hokkaido ini merupakan salah satu tempat pelancongan utama yang telah diiktiraf untuk pemandangan indahnya serta telah dipilih sebagai salah satu daripada ‘100 Keajaiban Terbesar di Jepun’.

Tasik ini mempunyai status sebagai tasik kaldera ke 3 terbesar di Jepun serta tempat yang indah untuk melihat Gunung Usu, Gunung Showashinzan, dan juga Gunung Yotei.

 

7.  Resort Ski Perkampungan Niseko

tempat menarik di hokkaido

Imej via [livingnomads]

Resort ski di perkampungan Niseko ini bukan hanya berkait rapat tentang ski sahaja, tetapi banyak aktivitinya di sini.  Anda boleh menikmati pelbagai aktiviti di Gunung Niseko Annupuri di Niseko, Hokkaido. Pemandangan semulajadi yang indah terutamanya pada musim sejuk dan ianya dibanjiri oleh pelancong di seluruh dunia untuk menikmati pelbagai aktiviti disini. Kalau anda nak merasai pengalaman meluncur salji, bolehlah datang kesini.

 

8.  Kami-no-Koike

tempat menarik di hokkaido

Imej via [hokkaidolikers]

Sebuah kolam yang mempunyai kedalaman sehingga 5 meter yang diberi nama Kami-no-Koike.   Kolam ini sangat cantik dan indah jika dilihat pada siang hari.  Di perairannya yang jernih, terdapat pohon dan ikan yang kelihatan di dasarnya dan warna air birunya sering berubah setiap musim. Kolam ini amat popular dikunjungi oleh para pelancong yang inginkan suasana aman dan tenang.  Menariknya, udara di sini sangat bersih.

 

9.  Kilang Keju Furano

tempat menarik di hokkaido

Imej via [japan-guide]

Berada di Kilang keju Furano ini bukan sahaja membolehkan anda melihat cara keju dibuat, tetapi terdapat kemudahan bagi mereka memperkenalkan keju di sini.  Untuk mengetahui sejarah keju dan bengkel proses pembuatannya, kilang keju Furano sedia berkongsi.

Tempat menarik di Hokkaido ini merupakan tempat pembuatan keju paling lazat yang pernah dihasilkan di Hokkaido.  Jika anda pencinta keju, jangan lepaskan peluang untuk melawat ke kilang keju Furano tau apabila datang ke Hokkaido nanti.

 

10.  Kuil Hokkaido

tempat menarik di hokkaido

Imej via [his-travel]

Kuil Hokkaido telah dibina di Hokkaido sejak zaman perkembangan negara ini lagi. Keindahan panorama bunga ceri dan bunga plum pada musim bunga juga merupakan sesuatu yang tidak boleh anda terlepas.  Jika datang ke tempat menarik di Hokkaido ini pada musim bunga, datang saja ke Kuil ini.

Pada setiap 14 Jun sehingga 16 Jun, terdapat acara perayaan Sapporo diadakan di sini dan ianya cukup meriah dengan pelbagai alatan musik dan paluan gendang yang sememangnya amat sesuai untuk anda yang sukakan keseronokkan.

 

11.  Muzium Penjara Abashiri (Abashiri Prison Museum)

tempat menarik di hokkaido

Imej via [ohmymedia]

Muzium Penjara Abashiri sebenarnya adalah sebahagian daripada bangunan yang digunakan semasa Era Meiji yang telah dipelihara. Kini, ia dibuka sebagai muzium. Di sini anda boleh mempelajari tentang cara kehidupan tahanan penjara semasa pemerintahan era Meiji dan segala aktiviti yang dilakukan oleh mereka suatu ketika dahulu.

Terdapat juga makanan ataupun hidangan ala-ala tahanan penjara yang mirip semasa era Meiji. Macam pelik je kan? Nak tahu dengan lebih lanjut, datanglah sendiri untuk merasai pengalamannya.

 

12.  Taman Jem Furano (Furano Jam Garden)

tempat menarik di hokkaido

Imej via [enaknyakemana]

Taman Jem Furano ataupun dikenali juga dengan Furano Jam Garden ini adalah tempat menarik di Hokkaido yang amat unik.  Anda boleh menikmati jem yang menggunakan bahan-bahan terbaik.  Anda juga boleh mengambil bahagian dalam bengkel menghasilkan jem Furano yang menggunakan resipi rahsia mereka.

Ia terletak kira-kira 20 kilometer jauhnya dari pusat bandar Furano di Kampung Rokugou yang menjadi terkenal kerana drama drama popular “Kita no Kuni Kara”.  Anda boleh memilih 38 jenis jem di kedai hadiah untuk dibeli dan dibawa pulang. Nak rasa jem kat sana pun boleh je.

Di sudut kafe, terdapat juga ais krim dengan jem terbaik di lapisan atasnya. Selain itu, terdapat juga maskot Taman Jem Furano yang digelar “Auntie Jam” telah dicipta oleh Takashi Yanase iaitu pelukis anime bertajuk ‘Anpanman’. Pada tahun 2000, kedai Anpanman telah dibina di taman ini dan menjual patung watak anime tersebut dan sebagainya.

Tahukah anda, Furano merupakan salah satu kampung terbaik yang dikunjungi pengunjung di Jepun. Jadi, memang untung sangat jika anda berkunjung ke tempat menarik di Hokkaido ini.

 

13.  Gudang Bata Merah Kanemori

tempat menarik di hokkaido

Imej via [japanrailandtravel]

Tanda yang ditulis di bawah sudut kanan yang ditunjukkan pada gudang batu bata merah adalah tanda dagang rasmi Kanemori Yobutsu-Ten yang lama (Western Goods Store).  Gudang ini dibina di Era Meiji dan telah dikendalikan oleh Kanemori Shosen Inc. yang bermula sebagai Kanemori Yobutsu-sepuluh.

Untuk pengetahuan anda, tempat menarik di Hokkaido ini juga telah diiktiraf sebagai Daerah Pemuliharaan untuk Kumpulan Bangunan Bersejarah malah turut dikenali sebagai tapak pelancongan terkenal di bandar Hakodate yang telah didaftarkan sebagai tapak warisan di Hokkaido. 

Gudang elegan ini juga telah digunakan untuk menempatkan restoran dan pusat membeli-belah supaya golongan muda tidak hanya menikmati landskap tetapi mereka juga gembira dengan pelbagai makanan dan juga barangan berbelanja.  Khas buat anda yang gemar berbelanja, jom singgah di sini nanti!

 

14.  Menara TV Sapporo (Sapporo TV Tower)

tempat menarik di hokkaido

Imej via [thegate12]

Menara TV Sapporo yang terletak di Taman Odori di pusat Sapporo terkenal sebagai tempat pelancongan yang mewakili bandar yang berketinggian 147.2 meter.  Ia mudah dilihat dan diakses sebaik sahaja berjalan di Odori Avenue.

Semasa acara seperti Tahun Baru diadakan, menara ini diterangi dengan pelbagai warna supaya ia disyorkan sebagai tempat fotografi. Ia tidak hanya memenuhi peranan sebagai menara siaran televisyen, tetapi juga merupakan kemudahan komersial di mana anda boleh menikmati pusat membeli-belah dan pusat makanan.

 

15.  Taman Nakajima (Nakajima Park)

tempat menarik di hokkaido

Imej via [kayak]

Taman Nakajima ataupun Nakajima Park amat disyorkan kepada anda untuk merasai alam semula jadi.  Tempat menarik di Hokkaido ini merupakan kawasan yang paling menarik di Sapporo.

Walaupun terletak di tengah-tengah bandar, ia kaya dengan kehijauan alam sekitar.  Tidak kira musim yang anda lawati, gunung-gunung sekitarnya membantu mewujudkan pemandangan yang indah.  Terdapat juga burung-burung liar yang menghiasi panorama di Taman Nakajima.

 

tempat menarik di hokkaido

Imej via [visitjapanpat]

Kesimpulannya, apabila anda merancang perjalanan bercuti ke Hokkaido, anda perlu mengambil kira betapa besarnya pulau itu kerana Hokkaido sememangnya sangat besar dan luas. Oleh itu, ketahui jarak dan masa memandu serta tempat menarik di Hokkaido yang bakal anda terjah untuk bercuti.

Jom baca juga tempat menarik di Greece, tempat menarik di Hungary dan tempat menarik di Da Lat.

Rujukan 

  1. Triplelights
  2. tripadvisor
  3. Planetyze

 

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.