Tiada idea tempat menarik di Hong Kong?

Hong Kong adalah wilayah pentadbiran khas di sebelah timur muara Sungai Pearl di selatan China. Walaupun kota maju ini merupakan  wilayah keempat paling padat penduduk di dunia, namun ia menempatkan lebih 7.4 juta orang penduduk. Hong Kong sememangnya kota yang sangat penting dalam budaya dan sejarah dunia. Dengan itu, tak hairanlah jika dikatakan Hong Kong terkenal dalam kalangan pelancong.

tempat menarik di hong kong

Imej via [recesstips]

Selain terkenal dengan pusat perdagangan dan perbankan dunia, Hong Kong juga berperanan sebagai pusat pelancongan di China.  Jom lihat 20 tempat menarik di Hong Kong yang menjadi tarikan seluruh dunia untuk ke sini.

1.  Starferry

tempat menarik di hong kong

Imej via [PlanetWare]

Starferry adalah salah satu tarikan terkenal di Hong Kong serta dikatakan tempat menarik di Hong Kong. Feri ini menghubungkan pulau Hong Kong dengan semenanjung Kowloon yang terletak di tanah besar China.

Anda dapat menikmati keindahan pelabuhan terindah di dunia. Jika anda datang selepas jam 8 malam, feri ini akan berhenti sejenak di Symphony Of Lights iaitu sebuah pertunjukkan lampu, bunga api dan laser berwarna warni. Jangan lupa bergambar dan amati setiap pemandangan yang boleh anda lihat secara real ini.

  • Alamat : Kowloon Point, Tsim Sha Tsui, Kowloon, Hong Kong, China

2.  Ocean Park

tempat menarik di hong kong

Imej via [iCosmos]

Ocean Park merupakan syurga hidupan laut terutama sekali Grand Aquarium. Dengan keluasan 170 hektar, taman ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu The Waterfront dan The Summit.  Anda boleh ke setiap satu bahagian tempat menarik di Hong Kong ini. Pasti menyeronokkan!

Pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di sini antaranya ialah menyaksikan pertunjukan ikan lumba-lumba, menaiki roller coaster dan melihat hampir 400 jenis spesis hidupan laut yang unik dan eksotik.

  • Alamat::180 Wong Chuck Hang, Aberdeen.
  • Waktu Operasi:10:00 – 18:30

3.  Tsim Sha Tsui

tempat menarik di hong kong

Imej via [minube]

Tak sahlah jika ke Hong Kong tetapi tidak berbelanja di tempat menarik di Hong Kong ini. Tsim Sha Tsui adalah sebuah tempat berbelanja disamping berhibur. Tempat ini terkenal dengan pelbagai kebudayaan dan merupakan pusat perdagangan di Hong Kong.

Nathan Road di sini terkenal dengan restoran, butik dan pelbagai kedai yang boleh anda kunjungi. Anda juga dapat melihat Canton Railway Clock Tower iaitu sebuah menara jam yang berdiri sejak tahun 1915.

  • Alamat:  Tsim Sha Tsui, Hong Kong, China
  • Waktu Operasi:  12:00 AM – 12:00 AM

4.  Madam Tussauds Wax Museum

tempat menarik di hongkong

Imej via [commons]

Jika di Thailand, terdapat muzium lilin yang terkenal, di Bangkok juga ada rupanya. Ia diasaskan oleh pengukir lilin Marie Tussaud. Madame Tussauds Wax Museum mempamerkan patung lilin tokoh-tokoh politik, artis serta orang-orang penting dan terkenal di dunia. Selain di Hong Kong, muzium ini juga terdapat cawangan lain di pelbagai negara. Namun, anda boleh ke tempat menarik di Hong Kong ini untuk melihat keadaan muzium wax yang dikatakan sebati dengan warna merah ini.

  • Alamat: Shop P101, The Peak Tower, No, 129 Peak Road, The Peak.
  • Waktu Operasi: 10:00 AM – 10:00 PM
  • Harga Tiket: HK$ 190

5.  SKY100 Hong Kong Observation Deck

tempat menarik di hong kong

Imej via [hollywoodreporter]

Tempat menarik di Hong Kong ini merupakan sebuah bangunan pencakar langit yang menjanjikan kepada anda pengalaman menarik yang pastinya memacu adrenalin anda. Ia dibina sejak tahun 2011 lagi.  Bangunan dengan ketinggian 484 meter ini mampu memberikan spot terbaik untuk anda menikmati keindahan kota Hong Kong.

Ramai pelancong suka bergambar dengan sinaran lampu bewarna-warna ini bermula dari senja sehingga tengah malam. Seronok bukan?

  • Alamat: 100/F, ICC Tower, 1 Austin Road West, Kowloon.
  • Waktu Operasi: 10.00 – 20.30.
  • Harga Tiket: HK$ 151.

6.  Noah’s Ark

tempat menarik di hong kong

Imej via [Booking]

Noah Ark merupakan sebuah muzium yang dibentuk seperti replika bahtera Nabi Nuh yang kisahnya amat terkenal. Kapal Nabi Nuh digunakan ketika banjir besar yang Allah SWT hantar sebagai bencana untuk kaumnya yang ingkar. Terdapat hampir replika 67 pasang patung binatang dengan ukuran asli. Anda boleh bergambar di replika kapal gergasi ini. Sungguh tak dapat dinafikan, Noah Ark adalah tempat menarik di Hong Kong yang unik dan tiada di mana-mana tempat.

  • Alamat:  33 Pak Yan Road, Ma Wan, New Territories.
  • Waktu Operasi:  10.00 – 18.00.
  • Harga Tiket: HK$ 155.

7.  Hong Kong Maritime Museum

tempat menarik di hong kong

Imej via [hong-kong-hotels]

Tempat menarik di Hong Kong seterusnya adalah berkonsepkan sejarah.  Disebabkan Hong Kong adalah sebuah daerah pelabuhan yang terkenal, kerajaan telah membina sebuah muzium berkonsepkan maritim. Muzium yang dibuka pada tahun 2013 ini mempamerkan kepada anda pelbagai tingalan sejarah seperti peninggalan perdagangan canton, pelabuhan Hong Kong, Pirate Coast dan macam-macam lagi. Muzium ini dibina bertujuan memaparkan sejarah tentang maritim dan Pearl River Delta.

  • Alamat: Isnin hingga Jumaat, 09.30 – 17.30.
  • Harga Tiket: HK$30.

8.  Hong Kong Wetland Park

tempat menarik di hong kong

Imej via [commons]

Taman Wetland Park ini mempamerkan pelbagai info berguna serta flora dan fauna yang sangat menarik. Taman seluas 61 hektar ini mempunyai pelbagai jenis haiwan, bermula dengan burung, haiwan liar, reptilia dan banyak lagi.  Anda boleh bergambar dengan suasana pemandangan di tempat menarik di Hong Kong ini sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa dan udara segar.

  • Alamat:  Wetland Park Road, Tin Shui Wai, Hong Kong

9.  Trick Eye Museum

tempat menarik di hong kong

Imej via [timeout]

Tempat menarik di Hong Kong seterusnya ini banyak bermain magik dengan mata anda. Muzium lukisan 3 dimensi ini sangat sesuai untuk bergambar dengan pelbagai adegan dan aksi. Muzium menarik di Hong Kong ini menawarkan kepada anda pelbagai jenis lukisan imaginasi dalam bentuk 3 dimensi. Terdapat juga taman permainan yang pastinya menyenangkan anak-anak anda.

  • Alamat:Shop No 1, Level 3, The Peak Galleria, 118 Peak Road.

10.  Disneyland

tempat menarik di hong kong

Imej via [barkada]

Destinasi yang merupakan Disneyland ketiga yang ada diluar Amerika Syarikat ini sememangnya menjadi tarikan utama pelancong. Pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini misalnya bermain di parade Disney Character, Toy StoryLand, Mystic Point dan macam-macam lagi.

Lebih menarik lagi, anda dapat bertemu dengan karakter Disney kegemaran anda. Anak-anak bahkan orang dewasa sekalipun pasti teruja berada di sini. Bagaikan kayalan dimana anda boleh bertemu dengan semua watak-watak disneyland yang comel dan menyeronokkan.

  • Alamat: Hong Kong Disneyland, Lantau Island
  • Waktu Operasi:10.00 – 21.00.

11.  Stanley Beach

tempat menarik di hong kong

Imej via [photos]

Anda bosan dengan gedung-gedung besar sebagai destinasi percutian? cubalah ke pantai indah yang merupakan tempat menarik di Hong Kong ini pula. Pantai dengan pasir putih yang bersih ditambah pula dengan air lautnya yang jernih membolehkan anda melakukan pelbagai aktiviti pantai. Disamping itu, terdapat juga gerai makan serta menjual cenderamata di sekitar pantai.

  • Alamat: Stanley Market Road, Standley, Hong Kong.

12.  Victoria Peak

tempat menarik di hong kong

Imej via [flickr]

Terdapat banyak tarikan berkonsepkan membeli belah dan berhibur di Victoria Peak antaranya The Peak Tower dan The Peak Galleria. Anda boleh menikmati keindahan kota ini dari ketinggian.  Victoria Peak ini adalah tempat menarik di Hong Kong yang pastinya anda akan teruja sekiranya berpeluang ke sini.  Jangan melepaskan peluang untuk menaiki The Peak Tram iaitu kereta kabel sejak tahun 1888 lagi.

  • Alamat: The Peak Road, Central.
  • Waktu Operasi:  07.00 – 24.00

13.  Symphony Of Lights

tempat menarik di hong kong

Imej via [klook]

Symphony Of Lights merupakan sebuah pertunjukan cahaya dan laser berwarna-warni di sekitar 40 bangunan pencakar langit. Pertunjukan ini hanya akan bermula pada jam 8 malam.  Anda boleh menontonnya dari bangunan bertingkat tinggi. Guinness World Records juga pernah menobatkan tempat ini sebagai world’s largest permanent light di samping ia adalah salah satu tempat menarik di Hong Kong.

  • Alamat: Tsim Sha Tsui, Yau Tsim Mong Distict, Hong Kong

14.  Lan Kwai Fong

Imej via [booking]

Lan Wai Fong adalah tempat menarik di Hong Kong untuk anda berhibur. Kawasan ini merupakan lokasi nightlife yang paling popular di Hong Kong. Lan Kwai Fong menyediakan hampir 90 buah restoran dan kedai untuk anda singgah. Lokasi ini sangat popular di Hong Kong bagi para pelancong.  Jika anda beruntung, anda akan berjumpa orang terkenal ataupun artis di sini.

  • Alamat: Central, Hong Kong

15.  Avenue Of Stars

tempat menarik di hong kong

Imej via [Coconuts]

Avenue Of Stars adalah sebuah lokasi yang dibina untuk memberi penghargaan kepada para bintang industri perfileman Hong Kong. Anda dapat melihat patung bintang Hong Kong seperti Bruce Lee dipamerkan. Dikatakan Avenue Of Star ini mirip seperti Walk Of Fame di Hollywood.  Jom bersiar-siar di sini sambil melihat pelbagai ragam pelancong tempatan dan luar negara!

  • Alamat: No.20 Salisbury Road, Tsimshatsui, Kowloon, Hong Kong

16.  Golden Bauhinia Square

tempat menarik di hong kong

Imej via [wikipedia]

Bauhinia Square boleh dikatakan sebagai tempat hangout yang sesuai untuk anda selain dari tempat menarik di Hong Kong. Anda dapat melihat sebuah monumen yang terletak di Hong Kong Convention And Exhibition Center. Monumen ini merupakan hadiah dari pemerintah cina dan untuk memperingati sejarah Hong Kong. Bolehlah anda bergambar di sini memandangkan dekorasinya sangat unik dan cantik.

  • Alamat: Hong Kong Convention and Exhibition Center, Wan Chai.

17.  Lamma Island

tempat menarik di hong kong

Imej via [studyabroad]

Pulau Lamma Island memiliki keindahan alam yang mempesonakan. Pasir putihnya sangat halus serta air lautnya amat bersih. Jika anda singgah ke pulau ini, jangan lupa untuk mencuba makanan laut yang dimasak segar dan sangat terkenal di sini. Mereka juga menyediakan resort dan tempat penginapan buat pengunjung. Menarik kan?

  • Alamat: Lamma Island, Islands Distict, Hong Kong

18.  Temple Street Night Market

tempat menarik di hong kong

Imej via [hong-kong]

Pasar malam ini menjual pelbagai jenis makanan, perhiasan, pakaian dan kraf tangan. Anda pasti rambang mata memilih barang untuk dibeli. Selepas membeli-belah, anda bolehlah rehat sebentar di restoran ataupun menyaksikan pertunjukan opera tradisional yang dinyanyikan dari dalam Kuil Hua Tin.

  • Alamat: Kansu Street and Jordan Road, Mongkok, Kowloon, Hong Kong

19.  Po Lin Monastery

tempat menarik di hong kong

Imej via [fupping]

Di Po Lin Monastery, anda dapat melihat sebuah patung Buddha yang diberi nama Tian Tan Big Buddha. Pada mulanya, biara ini merupakan sebuah kuil kecil yang didirikan oleh 3 orang biarawan. Lama kelamaan, biara ini bertambah besar dan ramai penganut Buddha yang hadir ke sini. Tidak masalah, anda juga boleh melawat dan mempelajari sedikit sebanyak tentang sejarah dan pengenalan ajaran ini. Ia juga tersenarai sebagai salah satu tempat menarik di Hong Kong.

  • Alamat: Lantau Island, Hong Kong

20.  Repulse Bay And Beaches

tempat menarik di hong kong

Imej via [pinterest]

Pantai ini merupakan salah satu pantai terpopular dan tempat menarik di Hong Kong. Pantai ini direka dengan konsep mewah dan bergaya moden kolonial. Tempat ini sangat sesuai untuk anda datang berkelah seisi keluarga. Banyak aktiviti boleh dilakukan di sini disamping terdapat banyak kedai makan untuk anda menjamu selera.

  • Alamat: South of Taiping Mountain, South District, Hong Kong

tempat menarik di hong kong

Imej via [eater]

Itulah 20 tempat menarik di Hong Kong yang sempat saya kongsikan pada artikel kali ini. Selain melancong dan bercuti, banyak lagi manfaat yang boleh kita perolehi jika melawat ke tempat-tempat menarik di Hong Kong. Jom baca tempat menarik di Ranau, tempat menarik di Thailand dan tempat tercantik di dunia pula.

Rujukan

  1. Tempat Wisata
  2. Aneka Tempat Wisata
  3. Trip Advisor

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.