Kata orang, perkara terbaik yang perlu dilakukan di Hua Hin adalah berhibur di tepi pantai.  Memang benar bahawa kebanyakan orang Thailand menganggap Hua Hin sebagai destinasi percutian gerbang yang romantis dan elegan.  Situasi dek idea ini bermula kira-kira 100 tahun yang lalu apabila ahli-ahli keluarga diraja dan orang-orang kenamaan akan menghabiskan musim panas mereka di sini. 

Akibatnya, Hua Hin kini mempunyai banyak rumah, villa dan beberapa buah rumah musim panas vintaj yang menarik. Ini bermakna Hua Hin merupakan lokasi untuk semua generasi. Hua Hin biasanya sarat dengan orang ramai yang berehat dari Bangkok pada hujung minggu.  Untuk pengetahuan anda, kebanyakan tarikan Hua Hin terletak di lokasi bersejarah dan tempat percutian menarik yang pasti takkan dilepaskan oleh sesiapa sahaja.

Jom kami senaraikan tempat menarik di Hua Hin yang sesuai untuk anda kunjungi bersama kaum keluarga. Ia amat mesra keluarga dan sungguh menyeronokkan. 

 

1.  Venezia, Hua Hin

tempat menarik di hua hin

Imej via [thelapahotel]

Venezia adalah tempat menarik di Hua Hin yang bertemakan shopping atau membeli-belah.  Ia adalah tarikan tema terbaru di Hua Hin, berikutan populariti yang semakin meningkat dan kejayaan lain-lain destinasi hujung minggu di Thailand. Palio di Kao Yai mungkin salah satu pencetus untuk kegilaan epidemik bagi kampung-kampung cantik, diikuti oleh Taman Santorini yang indah di Hua Hin dan Asiatique yang terkenal di Bangkok pada masa ini.

Tema yang dipilih oleh Venezia adalah seakan Venice.  Anda juga diingatkan supaya tidak terlepas akan replika menara loceng San Marco ketika memandu melalui Cha Am dalam perjalanan ke Hua Hin.  Taman ini sangat besar dan juga terdapat ‘Grand Canal’ 200 meter yang mana anda boleh menaiki gondola Venetian yang ikonik.

tempat menarik di hua hin

Imej via [thaitourismguide]

Terdapat juga rumah-rumah Mediterranean serta kedai-kedai yang berwarna-warni terletak di setiap sisi jalan yang berakhir di depan sebuah taman.  Anda boleh melihat dua bangunan seperti gereja besar yang menempatkan mini zoo dan kedai barangan import yang berjenama. Separuh lagi Venezia terlindung di bawah bumbung yang besar. 

Jika anda terlalu malas untuk berjalan-jalan di taman besar ini, anda boleh menaiki kereta kuda untuk bersiar-siar di kawasan sekitar.  Venezia mempunyai beberapa tarikan iaitu zoo mini dan muzium 3D yang sangat popular di Thailand pada masa kini, tetapi semuanya memerlukan bayaran tambahan untuk dinikmati.

tempat menarik di hua hin

Imej via [hotels2thailand]

Terdapat juga taman kecil yang kelihatan tidak lebih daripada taman permainan. Anda boleh mendapatkan tiket bagi tempat menarik di Hua Hin ini di pintu masuk secara keseluruhan ataupun satu per satu.

 

2.  Taman Santorini Cha-Am

tempat menarik di hua hin

Imej via [glitzmedia]

Tempat menarik di Hua Hin tidak terkecuali adalah Taman Santorini Cha-Am.  Taman Santorini ibarat membawa sepotong pulau Yunani yang sempurna untuk Cha-Am kerana mempunyai semua butiran yang betul, dari bangunan klasik yang bercat putih, tingkap yang berwarna dicat, ke jalan batu yang berturap dan menaranya yang berkubah.

Rangkaian kedai, restoran dan taman hiburan yang menakjubkan ini menjanjikan kepuasan untuk semua orang. Kedai hiburan luaran fotogenik ini menduduki kawasan yang luas sebelum jalan raya utama sampai ke Pantai Cha-Am. 

Lima zon di Santorini Park menyediakan hiburan yang merangkumi kesemuanya. Park Zone pada dasarnya adalah bahagian taman hiburan yang terletak di atas dasar landskap yang luas. Zon Village pula adalah tentang seni bina kampung pulau Yunani dan pantainya yang sejuk. Terdapat juga kawasan rehat di mana anda akan menemui banyak kedai makanan segera, kafe, salun penjagaan diri, stesen minyak, kedai serbaneka dan kedai cenderahati.

 

3.  Gua Phraya Nakhon

tempat menarik di hua hin

Imej via [blog.tiket]

Gua Phraya Nakhon adalah salah satu mercu tanda mistik dan misteri dari Thailand tetapi hanya beberapa pelancong yang berpeluang untuk mengambil gambarnya.  Alasannya adalah amat sukar untuk menuju ke lokasi gua ini dan hanya segelintir pengunjung yang berdedikasi sahaja yang akan melakukan usaha untuk ke sini.

Gua Phraya Nakhon terletak di Taman Negara Khao Sam Roi Yot di wilayah Prachuap Khiri Khan, 45 minit dari selatan Hua Hin.  Langkah pertama untuk sampai ke gua adalah memandu ke kampung kecil Bang Pu yang terletak di tepi pantai. Kemudian anda perlu menaiki bot ke pantai Laem Sala. Selepas itu, ekspedisi anda ke Gua Phraya Nakhon akan bermula dengan menaiki bukit setinggi 430 meter untuk tiba ke gua tersebut. 

Menarik bukan? Walaupun bunyinya begitu misteri, tiada salahnya anda datang bersama keluarga untuk bergambar dan melihat-lihat suasana di sini.

 

4.  Istana Maruekhathaiyawan

tempat menarik di hua hin

Imej via [renown-travel]

Seperti bangunan-bangunan lain di Hua Hin, istana pantai musim panas gaya Thai-Victoria ini dibina pada awal tahun 1920-an semasa pemerintahan Raja Rama VI.  Tempat menarik di Hua Hin khas untuk keluarga ini direka oleh seorang arkitek Itali dan dibina dengan emas dari Istana Hat Chao Samran yang dirobohkan.

Istana cantik ini mempunyai banyak beranda serta siling yang tinggi untuk menjaga strukturnya agar sentiasa sejuk pada musim panas.  Terletak di landskap yang terbentang luas di depan pantai Cha Am yang indah, istana ini turut terdiri daripada tiga pavilion satu tingkat dengan lebih daripada 1,000 tiang yang menyokong struktur bangunan ini. Ia dihasilkan sebegitu untuk mengelakkan kerosakan akibat banjir.

Semua bangunan ini disambungkan oleh laluan kereta bawah tanah yang dilindungi dan direka untuk memerangkap angin sejuk dari segala arah, menuju ke depan pantai. Hari ini, dewan dan dewan diraja ditubuhkan sebagai muzium serta dihiasi dengan artifak diraja dan juga gambar-gambar vintage yang dibingkai cantik.

Fotografi tidak dibenarkan masuk ke beberapa ruang kerana tidak boleh bergambar di situ.  Namun, untuk ke sini, pastikan anda berpakaian sopan bagi menghormati tempat ini.

 

5.  Stesen Kereta Api Hua Hin

tempat menarik di hua hin

Imej via [lovepik]

Dibina semasa pemerintahan Raja Rama VI dan jaraknya berdekatan dari pusat bandar, stesen keretapi Hua Hin merupakan stesen kereta api bersejarah di bandar ini.  Berdekatan dengan stesen kereta api ini, terdapat juga Hotel yang direka oleh arkitek Itali, A Rigazzi.

Hotel ini dikendalikan oleh Royal Siam Railway (RSR) yang mempunyai dua tingkat dan menawarkan seni bina gaya kolonial yang elegan dengan beranda di kedua-dua sisi. Hari ini, ia menjadi sebahagian daripada Centara Grand Beach Resort & Villas Hua Hin dan Hilton Hua Hin Resort & Spa.

Pada tahun 1926, Hua Hin adalah sebuah bandar tepi pantai yang popular, lengkap dengan stesen kereta api, hotel mewah, dua istana diraja (Klai Kang Won dan Maruekhathaiyawan) serta padang golf sembilan lubang yang telah dibina pada tahun 1921.  Jelas menunjukkan bahawa kereta api ini telah menjadi salah satu tempat menarik di Hua Hin yang boleh anda kunjungi bersama keluarga.

 

6.  Pasar Cicada

tempat menarik di hua hin

Imej via [mollyta]

Pasar Cicada terkenal dengan kesenian, kraf tangan dan pusat tumpuan makanan. Dengan konsep pasaran terbuka, tempat menairk di Hua Hin ini menyatukan bakat artistik Hua Hin dan mereka yang gemarkan kebebasan. Selain pasar kraf tangan, anda juga dapat melihat galeri seni, taman bir dan muzik secara langsung di sini.

Dibuka hanya pada malam hujung minggu, pasar ini biasanya dibanjiri dengan para penonton dari Bangkok. Ia terletak diantara bandar Hua Hin dan Khao Takiab. Pasar ini mempunyai empat bahagian iaitu Art a la Mode, Art Indoors, Art of Act dan Art of Eating. 

tempat menarik di hua hin

Imej via [tripadvisor]

Art a la Mode menduduki sebahagian besar ruang luar dan didedikasikan untuk pakaian, pakaian rumah, barangan hiasan dan aksesori buatan tangan. Art Indoors terletak di galeri seni di mana sebagian besar lukisan, sketsa dan arca dijual. Bertempat di dalam bangunan yang sama seperti galeri seni, terdapat juga kedai yang menjual cenderahati yang kreatif.

Art of Eating pula adalah sebuah lapangan makanan terbuka serta dapat menikmati suasana taman yang indah. Di sini terdapat semua jenis makanan ringan yang lazat, gula-gula, salad, kentang goreng, stik, pasta dan barbeku makanan laut. Sebahagian daripada Pasar Cicada adalah bertujuan untuk membantu mempromosikan Hua Hin sebagai destinasi seni serta platform untuk kumpulan seni tempatan untuk meluahkan bakat dan kreativiti mereka. 

Tempat menarik di Hua Hin ini mencerminkan keperibadian Hua Hin yang santai namun menyeronokkan untuk dikunjungi bersama keluarga. Ia bukan hanya satu pasar malam luaran tetapi satu tempat di mana anda boleh menghargai seni dan bergembira. Anda nak merasai makanan yang sedap?  Sudah pasti Pasar Cicada juga tempatnya.

 

7.  Taman Air Black Mountain

tempat menarik di hua hin

Imej via [blackmountainhuahin]

Taman Air Black Mountain menawarkan hari yang menyeronokkan untuk seisi keluarga dan sesiapa sahaja yang inginkan keseronokkan yang luar biasa.  Taman ini mempunyai sembilan gelongsor air yang berbeza, kolam gelombang, sungai malas, kolam renang pantai, kolam renang kanak-kanak dan banyak lagi.

Ia terletak di landskap yang memukau menghadap ke tasik utama hanya 10 kilometer ke utara Hua Hin.  Dimiliki dan dikelola oleh orang yang sama di Black Mountain Golf Course, tempat menarik di Hua Hin ini adalah tarikan terbaru daerah ini.  Ia terletak bertentangan dengan padang golf, di jalan tempatan yang melalui Wat Huay Mongkol dan Baan Silapin.

Kebanyakan taman mempunyai ruang yang terbuka serta terdapat kehijauan pokok-pokok yang mengagumkan di taman ini. Kepada kaki main air tu, cepat-cepatlah berkunjung ke sini ya.

 

8.  Khao Takiab

tempat menarik di hua hin

Imej via [tripadvisor]

Salah satu tarikan terbesar di wilayah ini adalah Khao Takiab yang bermaksud ‘Gunung Chopstick’. Anda mungkin mendengar tempat menarik di Hua Hin ini disebut sebagai Gunung Monyet kerana terdapat monyet yang hidup di atasnya. Gunung ini juga terletak di kuil puncak bukit dengan pemandangan Hua Hin yang sangat indah panoramanya.

Gunung Khao Takiab menyediakan pemandangan nan indah serta pengalaman berehat bersama dengan kumpulan monyet yang berada di sini.  Penat berjalan-jalan di sepanjang Khao Takiab, anda boleh berhenti untuk makan tengah hari dan melakukan aktiviti laut atau sukan air yang menyeronokkan pula.

Terdapat beberapa kuil yang terletak di kawasan tersebut.  Kuil yang paling terkenal adalah Wat Huaymongkol. Sekali sekala, jom bawa keluarga berjalan-jalan di sini!

tempat menarik di hua hin

Imej via [tripadvisor]

Kesimpulannya, Hua Hin adalah sebuah tempat percutian yang kaya dengan tempat rekreasi dan sesuai untuk anda yang suka membeli belah. Selain itu, ia juga merupakan lokasi terbaik untuk anda dan keluarga berseronok. Jika nak luangkan masa bersama keluarga pada musim cuti, Hua Hin adalah lokasi yang kami syorkan. Jom baca juga tempat menarik di Edinburgh, Tempat Menarik di Eropah Timur dan tempat menarik di Estonia.

Rujukan:

  1. traveltriangle
  2. thrillophilia
  3. planetware

 

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Avatar

Merupakan penulis sepenuh masa yang aktif berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.