Tertanya tempat menarik di Incheon?

Jika anda merancang untuk bercuti di Korea Selatan, maka satu perkara yang tidak harus anda ketinggalan pastinya adalah melawat ke tempat yang indah di Incheon. Incheon terletak di rantau barat laut Korea Selatan, bersempadan dengan Seoul dan Gyeonggi di timur. Tahukah anda Incheon adalah bandar ketiga terbesar Korea Selatan?

Incheon, perkataan Korea membawa maksud ‘sungai yang baik’.  Ia bersambung dengan baik secara dalaman dan luaran dengan rangkaian pengangkutan udara, jalan raya, kereta api dan air yang luas. Terdapat banyak tempat yang boleh dikunjungi sepanjang berada di Incheon. Di sini kami senaraikan tempat menarik di Incheon boleh anda lawati.

2.  Muzium Jajangmyeon (Jajangmyeon Museum)

tempat menarik di incheon

Imej via [trippose]

Jika anda seorang peminat besar jajangmyeon (mie kacang hitam), anda perlu melawat Muzium Jajangmyeon. Muzium Jajangmyeon dikenali dengan nama Gonghwachun, berdasarkan restoran Cina yang menyediakan jajangmyeon yang sedap pada tahun 1905. Setelah selesai melawat muzium ini, anda boleh pergi ke restoran Gonghwachun yang baru terletak di Chinatown.

2.  Kuil Jeondeungsa

tempat menarik di incheon

Imej via [korea]

Sekiranya anda mempunyai sifat rohani, Kuil Jeondeungsa adalah lawatan wajib untuk anda. Kuil Buddha yang indah ini hanya mengambil masa selama 2 jam perjalanan dari Seoul dan ia juga sangat dekat dari bandar Incheon. Tempat menarik di Incheon ini merupakan seni bina purba dan telah wujud selama sekitar 1300 tahun. 

Bagi menikmati kedamaian dan ketenangan, anda perlu datang ke sini.  Satu lagi tempat yang terkenal adalah di Kuil Bomunsa. Oleh kerana ia terletak betul-betul di sebelah laut, suasananya amat indah. Anda juga berpeluang mengenali budaya Korea di sini. 

3.  Bandaraya China Incheon (Incheon China Town)

Tarikan sebenar tempat menarik di Incheon ini adalah sejarahnya yang tersembunyi.  Terdapat barang jualan yang murah-murah dan cantik.  Untuk pengetahuan anda, tarikan utama di sini adalah Jajangmyeon dan juga Pelabuhan Incheon.

Ketika berada di bandar ini, anda mungkin juga dapat melihat pelbagai jenis gula-gula beraneka warna yang dibuat di pelbagai kedai di bandar ini. Bolehlah anda membeli-belah sepuas hati di sini.

4.  Songdo Central Park

tempat menarik di incheon

Imej via [agoda]

Jika anda ingin membawa keluarga anda untuk bercuti ke Incheon, salah satu tempat paling disyorkan untuk anda ialah Songdo Central Park. Percutian hujung minggu anda pastinya dapat mengeratkan lagi hubungan keluarga anda. Kemudahan yang disediakan di sini adalah basikal dan perahu. 

Tempat menarik di Incheon ini juga mempunyai banyak tempat berehat yang boleh digunakan. Selain itu, ia juga dikelilingi oleh seni bina moden iaitu bangunan dan jambatan. Menarik sekali, permandangan tasiknya pasti memukau sesiapa sahaja yang melihatnya.

5.  Pasar Ikan Sorae (Sorae Fish Market)

tempat menarik di incheon

Imej via [trippose]

Pasar Ikan Sorae merupakan pasar ikan masin tradisional yang terletak di pinggir barat daya Incheon. Ketika hari biasa, pasaran ini menarik kira-kira 3,000 pengunjung. Terdapat pelbagai produk makanan masin dan marin boleh anda beli di sini. 

Antara jualan utama di sini adalah udang, sotong, ketam dan sebagainya. Malah banyak restoran ikan mentah terdapat di pasar ini. Jualan besar-besaran yang diadakan di pasaraya ini adalah pada bulan Jun, Ogos dan November.

6.  Bupyeong Underground Shopping Center

tempat menarik di incheon

Imej via [better-guesthouse]

Pusat membeli-belah ini amat terkenal dengan jualan pelbagai produk dari pakaian hingga ke buku. Daya tarikan utama di sini ialah harga barangannya yang sangat murah. Ia merupakan salah satu tempat yang harus dilawati sekiranya anda datang ke Incheon!

7.  Altar Chamseongdan (Chamseongdan Altar)

tempat menarik di incheon

Imej via [thisiskoreatours]

Terletak di puncak Gunung Manisan, Chamseongdan adalah sebuah altar di mana satu-satunya harta sejarah yang berkaitan dengan Dangun di Korea Selatan. Altar ini terdiri daripada batu-batu alam dan menyerupai kubu di atas tebing. Ianya mencerminkan nenek moyang Korea yang mengagumkan ke langit. 

Satu lagi perkara yang anda tidak boleh ketinggalan ialah Korea Hornbeam, pokok pain yang tumbuh di Korea. Apa yang menariknya tentang Korea Hornbeam adalah pokok itu tumbuh dengan sendiri di atas batu itu.  Tempat menarik di Incheon ini mempunyai pemandangan yang sangat menakjubkan.

8.  Jambatan Incheon (Incheon Bridge)

tempat menarik di incheon

Imej via [everaoh]

Jambatan ini adalah sebuah seni bina yang menakjubkan, yang telah dibina pada tahun 2009. Panjangnya adalah kira-kira 21 kilometer. Tujuan sebenar jambatan ini dibina adalah untuk menyediakan akses terus antara Lapangan Terbang Antarabangsa Songdo dan Incheon. 

Selepas itu, jambatan ini berkembang menjadi tarikan utama pelancong. Kini, ia menjadi jambatan kemegahan bagi rakyat Incheon. Pada waktu malam, jambatan ini akan dihiasi dengan lampu yang sangat indah.

9.  Pulau Wolmi-Do (Wolmi-Do Island)

tempat menarik di incheon

Imej via [trazy]

Wolmi-do bukan sahaja berfungsi sebagai zon percutian yang menarik untuk masyarakat Incheon, tetapi juga tempat yang menarik untuk pelawat asing. Ia menawarkan banyak kemudahan rekreasi untuk pelancongnya seperti taman hiburan kecil, restoran sushi Korea, dan taman tradisional Wolmi. 

Tempat ini juga mempunyai pantai yang indah dan panoramanya sangat memukau. Ianya juga merupakan rumah kepada kebudayaan yang bertanggungjawab membawa ribuan pelawat ke Incheon setiap hari. Jika anda berkunjung ke Incheon, jangan lupa untuk berseronok di tempat menarik di Incheon ini.

10.  Songwol-dong Fairy Tale Village

tempat menarik di incheon

Imej via [tribaeast]

Jika anda pernah bermimpi untuk menjadi putera atau puteri kisah dongeng, Songwol-dong Fairy Tale Village adalah tempatnya! Songwol-dong Fairy Tale Village asalnya pernah menempatkan bangunan usang yang runtuh. Tidak lama selepas itu, Kerajaan Korea memutuskan untuk memberikan bandar baru ini dengan nafas yang baru. 

Kini, beratus-ratus pelawat berkumpul di sini setiap hari untuk melihat tempat yang ajaib ini. Di sini anda akan menemui watak Disney popular seperti Beauty and the Beast dan sebagainya. Walaupun anda tidak menjadi cerita dongeng, anda masih boleh merakam beberapa gambar bangunan berwarna pastel di Instagram anda!

Itulah 10 tempat menarik di Incheon yang harus anda kunjungi di korea. Jom lihat juga tempat menarik di Pulau Aur, tempat menarik di Asia, tempat menarik di Pulau Belitung dan tempat menarik di Pulau Aman.

Rujukan

  1. tripzilla
  2. lexparadise
  3. traveltriangle

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.