Kemboja tidak sepopular Vietnam dan Thailand. Tapi tahukah anda yang sebenarnya, ada banyak tempat menarik di Kemboja selain Candi Angkor Wat yang merupakan salah satu daripada benda ajaib di dunia. Kali ini kami akan kongsikan kepada anda 15 tempat menarik di Kemboja yang wajib anda lawati.

tempat menarik di kemboja

Sumber: Asiavipa

1. Candi Angkor Wat

Percutian anda  ke Kemboja tidak akan lengkap jika anda tidak melawat ke Candi Angkor Wat di Siem Reap. Kompleks kuil yang telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO ini dibina pada zaman Empayar Khmer, di antara abad ke 9 dan 15  dalam kawasan seluas 400 kilometer persegi. Candi Angkor Wat merupakan di antara tapak arkeologi yang terpenting di dunia kerana ia adalah antara bukti kehidupan manusia terawal di dunia.

Candi ini sangat besar sehinggakan anda memerlukan selama 3 hari untuk menghabiskan keseluruhan kuil. Kalau anda tunggu sehingga matahari terbenam, anda akan berpeluang melihat di antara pemandangan matahari tercantik di dunia dengan berlatar belakangkan Candi Angkor Wat yang berusia ribuan tahun.

2. Melihat ikan lumba-lumba Irrawaddy

Anda teringin nak tengok ikan lumba-lumba yang tinggal di sungai? Anda boleh pergi ke Kratie yang terletak di timur laut Phnom Penh. Kratie merupakan sebuah pekan kecil yang terletak di tepi Sungai Mekong dan memiliki bangunan lama dari era penjajahan Perancis.

Di sini anda berpeluang melihat ikan lumba-lumba Irrawaddy di habitat asalnya walau pun jumlahnya makin berkurangan akibat pencemaran dan tangkapan yang tidak terkawal. Kratie merupakan pusat perlancongan tumpuan backpackers dari seluruh dunia. Oleh itu, kami nasihatkan anda menempah bilik dengan lebih awal, terutamanya pada musim kemuncak.

tempat menarik di kemboja

Sumber: Cambodiapanda

3. Sihanoukville

Sihanoukville yang juga dikenali sebagai Kampung Som merupakan bandar perlabuhan dan pusat peranginan di tepi pantai ini terletak di pantai barat Kemboja. Pantainya yang putih dan halus pastinya mempesonakan anda. Selain menikmati pantai yang indah dan pemandangan matahari terbenam, anda juga boleh lakukan aktiviti seperti snorkeling, skuba diving, dan meluncur angin.

4. Phnom Penh

Phnom Penh yang merupakan  pintu masuk ke Kemboja adalah ibu negara Kemboja. Dengan populasi sebanyak 2,000,000 penduduk, Phnom Penh merupakan bandar terbesar di Kemboja. Phnom Penh juga dikenali sebagai Mutiara Asia kerana menjadi bandar bercirikan Perancis yang paling cantik di seluruh Indochina.

Bangunan-bangunan di sini kebanyakannya masih memperlihatkan ciri-ciri dari era penjajahan Perancis. Kami cadangkan anda menyewa basikal untuk menjelajah ibu kota yang menarik ini. Di antara bangunan bersejarah di Phnom Penh yang wajib anda kunjungi ialah French Colonial Building dan  Pavilion of Napoleon III yang merupakan bangunan gabungan ciri Perancis & Kemboja.

5. Menaiki bot di Sungai Mekong

Menaiki bot di sepanjang Sungai Mekong adalah aktiviti yang wajib anda lakukan apabila sampai di Kemboja. Tak lengkap percutian anda jika anda tak lakukan aktiviti menarik ini. Anda boleh memilih sama ada mahu menaiki bot pada waktu siang atau pada waktu malam.

Kedua-duanya mempunyai kelebihan yang tersendiri. Jika anda memilih untuk menaiki bot di Sungai Mekong pada waktu siang, anda berpeluang untuk singgah di salah sebuah pulau yang berada di sepanjang Sungai Mekong untuk melihat kehidupan mereka yang masih bercirikan tradisional.

Jika anda teringin untuk menikmati pemandangan Sungai Mekong pada waktu malam yang nyaman dan dihiasi lampu yang berkelipan, anda boleh lakukan aktiviti menaiki bot di Sungai Mekong pada waktu malam. Usah risau, ada ramai pelancong yang datang pada waktu malam. Anda takkan berseorangan.

tempat menarik di kemboja

Sumber: Mylittleadventure

6. Koh Kong

Jika anda jenis yang sukakan alam semulajadi dan sukakan kehijauan, kami cadangkan anda melawat ke Koh Kong yang terletak di luar pesisir selatan Kemboja. Di sini terdapat beberapa hutan paya bakau yang diiktiraf sebagai antara paya bakau yang tercantik di Asia Tenggara. Terdapat banyak lawatan eko yang mengkhususkan kepada melawat paya bakau. Terdapat juga Pusat Perlindungan Hidupan Liar Peam Krasop di mana anda berpeluang melihat binatang liar dalam habitat asalnya.

7. Menaiki keretapi buluh di Battambang

Ini adalah aktiviti menarik yang amat kami syorkan untuk anda cuba. Battambang terletak di Barat Kemboja. Untuk aktiviti ini, anda akan berpeluang menaiki keretapi yang diperbuat daripada buluh. Rupa bentuk keretapi ini serupa dengan rakit. Anggap sahaja anda menaiki rakit di atas landasan keretapi.

Keretapi ini akan dikawal oleh seorang pemandu yang duduk di belakang anda. Dialah yang akan menentukan berapa kelajuan keretapi anda bergerak. Kalau rasa terlalu perlahan dan kurang thrill, minta kepada pemandu supaya lajukan sedikit keretapi anda.

tempat menarik di kemboja

Sumber: Summertage

8. Toul Tom Poung

Toul Tom Poung yang juga dikenali sebagai Pasar Rusia terletak di selatan Phnom Penh.  Pasar ini sangat popular di kalangan pelancong dan menjadi pusat tumpuan untuk membeli cenderamata dan barangan kraftangan kerana harganya yang murah. Kalau anda nak cari cenderamata sebagai kenangan bercuti di Kemboja, bolehlah cari di sini.

9. Kilang kopi Mondulkiri

Orang Kemboja sangat suka minum kopi. Malah kopi di Kemboja sangat sedap dengan aroma yang sangat lazat. Jika anda pencinta kopi, boleh melawat kilang kopi jenama Mondulkiri yang merupakan di antara jenama kopi paling sedap di Kemboja. Semasa lawatan, anda boleh melihat sendiri proses pembuatan kopi di Kemboja.

10. Preah Vihear

Preah Vihear merupakan sebuah kuil Khmer yang terletak di Pergunungan Dangrek. Kuil di sini telah dibina pada abad ke 11 dan abad ke 12 semasa pemerintahan Raja Khmer Suryavarman I dan Raja Khmer Suryavarman II. Pemandangan di sini sangat indah. Bayangkan kuil lama yang terletak di kawasan pergunungan. Semasa matahari terbenam, suasana yang tenang dan indah pasti membuatkan anda rasa taknak pulang.

tempat menarik di kemboja

Sumber: Cambodiatravel

11. Tonle Sap

Tonle Sap adalah tasik air tawar yang terbesar di asia tenggara dan apa yang menariknya, tasik ini boleh berubah saiz mengikut musim. Pada musim panas, tasik ini akan mengering kerana air dari tasik ini akan mengalir keluar ke Sungai Mekong. Semasa musim tengkujuh, air tasik ini akan naik secara mendadak dan ajaibnya, aliran tasik ini ke Sungai Mekong terhenti 100%. Apabila tiada aliran air keluar, kesemua air hujan akan terkumpul di dalam tasik, menjadikan saiz tasik Tonle Sap akan membesar berkali ganda. Ada banyak perkampungan terapung di sekeliling tasik ini yang boleh anda lawati.

12. Pagoda perak

Pagoda Perak terletak di perkarangan Royal Palace di Phnom Penh. Dinding di dalam pagoda perak ini dihiasi dengan mural yang menceritakan dengan epik Ramayana & Mahabrata. Menurut sejarah, mural tersebut dilukis pada tahun 1903 oleh 40 orang pelukis Khmer. Apa yang menarik, di dalam pagoda perak ini tersimpannya khazanah negara Kemboja seperti patung-patung emas, baccarat budha kristal, Meitraya budha yang dibuat daripada emas dan dihiasi dengan berlian.

tempat menarik di kemboja

Sumber: Asiatravelguide

13. Bokor Hill Station

Kalau anda suka mendaki, kami cadangkan anda mendaki di Bokor hill Station. Ia telah dibina semasa penjajahan Perancis pada tahun 1920 an. Bokor Hill Station dibina sebagai tempat percutian semasa musim panas di mana Bandar Phnom Penh menjadi terlalu panas untuk didiami. Pembinaanya terbengkalai semasa perang dunia kedua, dan sekali lagi terbengkalai semasa berlakunya peristiwa Khmer Rouge.

Akibat terlalu lama terbengkalai, bangunan yang lama ditinggalkan ini menjadi sebuah tempat pendakian yang menyeramkan. Kalau anda jenis yang sukakan adventure dan aktiviti yang ekstrem, bolehlah jadikan mendaki di Bokor Hill Station sebagai salah satun daripada agenda semasa bercuti di Kemboja.

14. Bayon Temple

Bayon Temple dibina pada abad ke 12 oleh Raja Jayavarman untuk meluaskan kota pemerintahannya iaiatu Angkor Thom. Bayon Temple merupakan salah satu daripada lokasi penggambaran bagi filem Tombrider lakonan Angelina Jolie. Uniknya, di sini terdapat 200 biji batu yang diukir berbentuk wajah yang memandang ke arah yang berlainan.

Menurut pakar sejarah, di antara ratusan batu ukir berbentuk wajah tersebut, terdapat sebiji batu yang menyerupai wajah Raja Jayavarman VII yang membina kuil ini. Batu yang mewakili wajah raja itu diukir dengan wajah yang sedang senyum dan ingin tahu. Ada juga pakar sejarah yang mengatakan bahawa waja tersebut adalah gabungan wajah Raja Jayavarnam VII dan Budha.

tempat menarik di kemboja

Sumber: Siemreap

15. Banteay Srei

Banteay Srei merupakan satu lagi kuil yang terkenal di Kemboja. Menariknya, ia dibuat dari batu pasir berwarna merah bata dan warnya kekal sehingga hari ini.

tempat menarik di kemboja

Sumber: Asiaholidaydeal

Itulah dia 15 tempat menarik di Kemboja yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Semoga perkongsian kami ini dapat menjadi panduan anda semasa bercuti di Kemboja.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.