Mencari idea tempat menarik di Klang? Tahukah anda, Klang merupakan daerah yang sangat terkenal dengan pelabuhannya dari sektor perkapalan dan ia juga dikategorikan sebagai kawasan kedua terpenting di Selangor selepas Shah Alam.  Seperti daerah lain, Klang juga memiliki keistimewaannya yang tersendiri.

tempat menarik di klang

Imej via [Propwall]

Klang dikenali sebagai sebuah bandar diraja dan ia amat sinonim dengan ayat, bandar Klang Indah dan Permai. Terdapat banyak tempat menarik di daerah Klang yang boleh anda lawati pada hujung minggu mahupun musim cuti sekolah. Ayuh kita kupas  sedikit sebanyak tempat menarik di Klang.

1.  Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz

tempat menarik di klang

Imej via [Mostphotos]

Tempat menarik di Klang ini adalah sebuah bangunan kolonial yang sangat unik iaitu Bangunan Sultan Suleimna. Galeri ini merupakan hasil idea A.B Hubback pada tahun 1909 yang memaparkan pelbagai sumber informasi bersejarah tentang Kesultanan Melayu Selangor.

Kepada mereka yang ingin mengetahui dan mendapatkan ilmu pengetahuan lebih lanjut berkenaan kehidupan Yang di-Pertuan Agong yang ke-11 dan Sultan Selangor yang ke-8, anda boleh berkunjung ke sini untuk menambah pengetahuan sejarah anda.

Antara perkara yang paling mencuri tumpuan di galeri besar ini adalah anda berpeluang melihat pelbagai koleksi barangan diraja seperti barangan peribadi kerabat Diraja, replika pedang negeri dan juga replika mahkota berlian Diraja Selangor.

2.  Pulau Ketam

tempat menarik di klang

Imej via [TrekEarth]

Pulau Ketam ini adalah sebuah perkampungan nelayan masyarakat Cina yang sudah bertapak di Klang sejak sekitar tahun 1880.  Jika ingin ke pulau ini, anda perlu menaiki feri dari kawasan darat yang kemudiannya akan melalui kawasan paya bakau sebelum tiba di pulau ini.

Anda akan dapat menyaksikan cara hidup masyarakat tempatan yang kesemuanya menggunakan basikal sebagai medium pengangkutan utama di tempat menarik di Klang ini. Seperti berada di zaman klasik, anda tidak akan dapat melihat sebarang kereta yang akan digunakan sebagai pengangkutan di sini.

3.  Pulau Indah

tempat menarik di klang

Imej via [Tourism Selangor]

Dahulunya Pulau Indah ini hanya sebuah pulau terbiar yang langsung tidak diterokai dan hanya merupakan sebuah perkampungan nelayan yang dikelilingi oleh paya bakau. Pada tahun 1994, tempat menarik di Klang ini telah dibangunkan selepas wujudnya jambatan Selat Lumut yang menghubungkan Pulau Indah dan Pelabuhan Klang.

Jika anda berpeluang menaiki jambatan ini, anda akan dapat melihat dua dunia yang berbeza iaitu di sebelah utara pulau ini sebuah bandar yang sedang pesat maju dari segi pembangunan, perniagaan dan perindustrian manakala di bahagian selatannya pula masih kukuh mengekalkan ciri-ciri keharmonian sesebuah kampung.

4.  Tanjung Harapan

tempat menarik di klang

Imej via [pinterest]

Tanjung Harapan merupakan destinasi yang paling sesuai untuk anda menghirup udara segar dan menikmati  bayu laut yang mendamaikan. Panorama matahari terbenam juga sangat indah ditonton di sini.

Terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai makanan lazat di sini terutamanya masakan laut dan ikan bakar. Tanjung Harapan juga adalah port lepak paling best buat para pemancing tegar. Para pemancing sangat disarankan untuk membawa banyak batu ladung kerana airnya yang berbatu akan menyebabkan mata kail sering tersangkut.

5.  Pantai Acheh

tempat menarik di klang

Imej via [Tourism Selangor]

Tempat menarik di Klang ini terletak agak jauh namun ia masih merupakan pantai yang menjanjikan panorama cantik dan memukau sesiapa sahaja yang berkunjung. Pantai Acheh ini sangat sesuai buat mereka yang ingin berkelah, mandi laut dan berkhemah.

Selain itu, terdapat juga aktiviti parasailing yang boleh anda cuba sekiranya anda seorang peminat sukan air. Bagi yang minat memancing pula, tempat ini juga sangat sesuai sebagai port memancing.

Tidak seperti di Tanjung Harapan, para pemancing tidak perlu risau akan mata kail yang sering tersangkut kerana di sini airnya tidak banyak berbatu.

6.  Laguna Park

tempat menarik di klang

Imej via [youtube]

Terdapat pelbagai kemudahan awam yang tersedia di tempat menarik di Klang ini seperti pondok rehat, jeti kecil dan pelbagai restoran yang menyajikan makanan yang sedap. Laguna Park ini sangat sesuai untuk beriadah bersama keluarga mahupun mengadakan aktiviti memancing.

Bagi mereka yang ingin bermalam di sini, jangan risau kerana terdapat juga kemudahan hotel yang boleh anda sewa supaya anda dapat lebih lama menikmati pemandangan di sini bersama keluarga tercinta.

7.  Port Klang Cruise Centre

tempat menarik di klang

Imej via [pka]

Port Klang Cruise Centre atau dikenali sebagai Glenn Cruise Terminal ini adalah terminal berlepas yang moden dan canggih di Klang.  Terdapat balai berlepas yang tersendiri dan juga jambatan yang bersambung terus dengan cruise. Inilah tempatnya anda berpeluang melihat kapal-kapal mewah berlabuh dan berlepas di tengah lautan menjelajahi Selat Melaka.

Cruise Terminal ini dimiliki dan diuruskan oleh Glenn Marine Group. Jika anda tidak berpeluang untuk menaiki kapal mewah ini tidak mengapalah asalkan boleh cuci mata kan? Jom ke tempat menarik di Klang ini!

8.  Wisma GM Klang Wholesale City

tempat menarik di klang

Imej via [tripadvisor]

Tempat menarik di Klang inilah tempat shopping yang paling terkenal di Klang.  Terdapat pelbagai barangan yang boleh anda beli dengan harga borong yang ternyata jauh lebih murah berbanding harga di kedai-kedai biasa yang lain. Meskipun anda bukan peniaga, tidak semestinya anda tidak boleh membeli-belah di sini.

Harganya yang murah membuatkan tempat ini tidak lekang dengan kunjungan para pengunjung di setiap masa. Antara barangan yang boleh anda dapatkan di sini adalah handbag, barang perkahwinan, barangan bayi, pakaian muslimah, perkakas rumah dan sebagainya.

9.  Pasar Jawa Klang

tempat menarik di klang

Imej via [basikaltouring]

Jika anda ingin mencari makanan ringan dan mudah untuk dijadikan sebagai buah tangan atau ole-ole, anda sangat disarankan untuk singgah di Pasar Jawa ini yang mempunyai pelbagai deretan kedai yang banyak menjual produk hasil pertanian. Antara barangan yang terjual di sini adalah kerepek, kuih tradisional, ikan bilis, ikan kering dan banyak lagi.

Selain makanan, barangan lain seperti kain ela, tudung, telekong sembahyang, dan buku agama juga ada dijual di sini. Selesai membeli-belah, anda juga boleh singgah dan solat di Masjid Pasar Jawa Klang yang tersergam indah berdekatan dengan Pasar Jawa Klang itu.

10.  Little India Klang

tempat menarik di klang

Imej via [timeout]

Lokasi Little India Klang ini terletak di Jalan Tengku Kelana. Little India ini sangat kaya dengan barangannya yang berasaskan kain. Terdapat juga banyak barangan lain orang berbangsa India atau apa sahaja yang berkaitan dengan budaya masyarakat India yang dijual di sini seperti sari, aksesori wanita, rempah-ratus dan kalungan bunga.

Tidak terkecuali restoran india muslim untuk anda singgah makan setelah letih membeli-belah. Suasana tempat menarik di Klang ini akan membuatkan anda berasa seolah-olah berada di Negara India.

11.  Gedung Raja Abdullah

tempat menarik di klang

Imej via [nandros]

Gedung Raja Abdullah ini adalah bangunan lama yang kini dijadikan sebagai muzium timah yang dahulunya telah dibina sekitar tahun 1854 bagi tujuan menyimpan stok timah atau gedung timah oleh Raja Abdullah.

Ketika era pemerintahan British, tempat menarik di Klang ini kemudiannya dijadikan muzium dan juga pernah  menjadi tempat penyimpanan barang dagangan. Jika anda berpeluang berkunjung ke sini, anda akan merasakan seperti kembali ke zaman 1854 kerana seni bina bangunannya yang sangat retro.

Kepada penggemar sejarah, jangan lepaskan peluang untuk melawat muzium ini apabila anda ke Klang bagi menghayati nilai-nilai tinggalan sejarah yang masih bersisa di sini.

12.  Kota Raja Mahadi

tempat menarik di klang

Imej via [bhplus]

Kota Raja Mahadi ini adalah kota atau kubu pertahanan  yang telah di bina oleh Raja Mahadi sendiri sekitar tahun 1866 berikutan perang saudara yang berlaku di antara Raja Mahadi Ibni Almarhum Sultan Sulaiman dengan Raja Abdullah Ibni Raja Jaafar.

Meskipun ia merupakan bangunan yang sangat lama dan kuno, namun struktur bangunannya masih utuh, kemas dan dijaga rapi sehingga ke hari ini. Tempat menarik di Klang ini berdiri megah benar-benar berhadapan dengan sungai Klang.

Untuk pengetahuan anda, tempat ini juga menjadi saksi sejarah dari perebutan kuasa antara dua saudara dalam usaha menakhluki sungai Klang yang mana menyebabkan meletusnya perang saudara suatu ketika dahulu.

13.  Taman Pengkalan Batu

tempat menarik di klang

Imej via [mdfaiez84]

Tempat ini sangat sesuai dikunjungi untuk melakukan kegiatan memancing mahupun sekadar ingin bersantai sambil menikmati panorama indah nan permai. Pelbagai kemudahan terdapat di sini seperti taman bermain, pondok rehat, dek memancing dan tempat letak kereta.

Taman ini terletak di tengah bandar Klang.  Terdapat laluan jalan berbatu merah serta dihiasi dengan landskap hijau yang mendamaikan yang dapat anda lihat jika beriadah ke sini.

Dari Taman ini anda juga berpeluang menyaksikan panorama indah Masjid Bandar di Raja Klang yang terletak tidak jauh dari pondok-pondok di taman ini.

14.  AEON Bukit Tinggi Shopping Centre

tempat menarik di klang

Imej via [wikipedia]

Tempat menarik di Klang ini dikenali sebagai Jusco Bukit Tinggi yang terletak di tengah Bandar Bukit Tinggi.  Ia merupakan pusat membeli-belah yang sangat besar yang lengkap dengan panggung wayang, menawarkan pelbagai jenis barangan untuk dibeli, tempat hiburan keluarga dan kemudahan lain.

Justeru itu, pusat membeli-belah ini sering menjadi tumpuan pengunjung sekitar Klang mahupun para pengunjung dari luar Klang kerana lokasinya yang agak strategik.

15.  Taman Tugu Keris

tempat menarik di klang

Imej via [Fiveprime]

Taman Tugu Keris ini dipanggil Tugu Peringatan Jubli Perak dan telah dibina sekitar tahun 1985 sebagai lambang kekuasaan seorang raja Melayu.  Tugu ini berbentuk menyerupai sebilah keris dari bahan yang diperbuat daripada perak yang menjulang tinggi menandakan kuasa mutlak pemerintahan seorang raja dan juga menjadi mercu tanda bagi Klang sendiri.

Replika keris gergasi ini dikelilingi oleh taman rekreasi yang sangat sesuai untuk para pengunjung mengadakan aktiviti riadah. Pelbagai kemudahan telah disediakan seperti taman permainan, landskap kebun dan air pancur.

Monumen bersejarah ini  bertempat di Kebun Istana Klang, iaitu di belakang Gereja Wanita Kami ‘Lourdes’ Klang. Baik monumen keris ini mahupun Gereja Lourdes itu, kedua-duanya adalah bangunan bersejarah di Selangor.

Sekitar bulan September 2014, monumen bersejarah ini kemudiannya telah dipindahkan sehingga mampu dilihat dengan mudah dari jauh.

tempat menarik di klang

Imej via [Wisata Dunia]

Siapa sangka Klang rupanya mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dilawati.  Di harap perkongsian di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda meneroka keindahan Bandar Klang bersama keluarga tercinta atau sahabat handai sebagai destinasi riadah anda yang seterusnya. 

Jom baca tempat menarik di Yogyakarta, tempat sambut birthday di Shah Alam dan tempat bersejarah di Kedah juga.

Rujukan:

  1.   wisatadunia
  2.  caridestinasi
  3.   bidadari

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.