Ternyata Johor mempunyai keunikannya yang tersendiri. Antara tempat yang tidak kurang menariknya adalah Kluang tetapi tidak ramai yang tahu Kluang juga menyimpan khazanahnya yang tersendiri.  Kluang kaya dengan kecantikan alam semulajadinya yang tersendiri, agro tourism dan makanan tempatan yang menjadi daya tarikan buat para pelancong.

tempat menarik di kluang

Imej via [SkyscraperCity]

Jika anda sedang merancang untuk bercuti ke Johor, datanglah ke Kluang untuk merasai sendiri kecantikkannya kerana terdapat banyak tempat menarik di Kluang yang bakal menceriakan anda dan keluarga.  


1.  UK Farm Agro Resort

tempat menarik di kluang

Imej via [ukfarm]

Tempat menarik di Kluang dipanggil dengan nama UK Farm merupakan satu destinasi pelancongan yang unik untuk dilawati. Ianya terletak lebih kurang 15km dari pekan Ayer Hitam. UK Farm adalah sebuah ladang ternakan dan juga pertanian yang bertaraf antarabangsa.

UK Farm bukan hanya ladang biasa, ia terbuka kepada orang ramai untuk merasai sendiri suasana kampung, ladang-ladang dan anda juga berpeluang melihat haiwan ternakan. UK Farm mempunyai kawasan yang sangat luas, oleh itu beberapa bus mini digunakan untuk membawa pelancong ke satu tempat tarikan ke tempat tarikan yang lain.

Ada juga cafe yang tersedia di ladang ini dimana kesemua bahan mentah yang digunakan di café ini adalah hasil dari ladang itu sendiri.


2.  Galeri Terompah Mastor

tempat menarik di kluang

Imej via [terompahmastortuah]

Terompah adalah lapik kaki seperti selipar tetapi diperbuat daripada kayu yang dilengkapi dengan tali kulit sebagai penguat dan tempat untuk memegang jari kaki. Kepada mereka yang sukakan benda unik atau  mempunyai elemen dan nilai-nilai kekampungan dan sejarah mungkin boleh datang melawat ke Galeri Terompah Mastor yang terletak di Jalan Benut, Simpang Renggam.

Di tempat menarik di Kluang ini, anda akan dapat melihat pelbagai jenis terompah daripada pelbagai saiz, rekaan dan juga warna yang berbeza. Selain daripada terompah, anda juga boleh melihat pelbagai aksesori yang turut dijual di sini seperti topi, tali pinggang dan sandal kulit malah boleh dibawa pulang sebagai kenangan atau cenderahati.

3.  Hairie Food Industries

tempat menarik di kluang

Imej via [facebook]

Hairie Food Industries adalah sebuah tempat menjual pelbagai jenis kudapan dan makanan ringan yang dikatakan tempat menarik di Kluang juga. Sinonim dengan lawatan pelancongan di negeri orang, sudah semestinya kita akan membeli kerepek sebagai buah tangan ataupun sebagai kudapan di rumah saat menonton televisyen atau semasa di pejabat.

Terdapat pelbagai jenis kerepek, jeruk dan makanan tradisi Johor yang boleh anda dapati di Hairie Food Industries ini. Premis ini terletak di Jalan Benut, Kg Dato Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Kluang iaitu tidak jauh dari Galeri Terompah Mastor.

 

4.  Gunung Belumut

tempat menarik di kluang

Imej via [utusan]

Hutan Lipur Gunung Belumut ini terletak kira-kira 32 km dari Bandar Kluang iaitu di Felda Ulu Dengar. Tempat menarik di Kluang ini menawarkan keindahan flora dan fauna yang sangat mengagumkan. Kepada mereka yang cintakan alam dan mahu lari jauh dari kesibukan kota, bolehlah datang ke sini.

Gunung Belumat ini dinamakan sempena batu-batu gunungnya yang licin dan berlumut. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di sini termasuklah jungle trekking, berkhemah, dan bermandi manda di kawasan air terjun. 

Air terjun di Gunung Lumut ini mempunyai air yang sangat jernih dan cantik kerana itulah ia sering menjadi tumpuan dan pilihan orang ramai untuk berkelah bersama keluarga dan sahabat handai.


5.  Gunung Lambak

tempat menarik di kluang

imej via [wikipedia]

Nama Gunung Lambak ini sememangnya tidak asing bagi seseorang yang suka dan gemar mendaki.  Kepada mereka yang sukakan sukan ekstrem pasti akan menyukai gunung ini. Tempat menarik di Kluang ini juga menjadi salah satu gunung tumpuan buat para pendaki Malaysia.

Kepada yang tidak suka mendaki, jangan risau kerana anda juga boleh datang sekadar untuk berjalan-jalan dan melihat keindahan gunung ini dimana terdapat laluan pejalan kaki yang disediakan di kawasan rekreasi.  Apa yang menariknya, di Gunung Lambak ini juga tersedia sebuah taman tema air mini.

Taman tema air ini menjadi tempat mandi yang menjadi pilihan ramai terutama untuk ibu bapa yang mahu meluangkan masa bersama anak-anak ketika musim cuti sekolah dan hujung minggu. Ibu bapa tidak perlu risau akan soal keselamatan kerana air kolamnya cetek sahaja.

 

6.  Kluang Mall

tempat menarik di kluang

Imej via [cavinteo]

Kluang Mall merupakan salah satu tempat utama dan wajib kepada pengunjung luar dan penduduk tempatan untuk singgah. Pusat membeli belah ini mempunyai pelbagai jenis premis yang menyajikan pelbagai pilhan kepada pengunjungnya seperti pakaian, akesesori, restoren serta pelbagai pusat hiburan.

Tempat menarik di Kluang ini bukan sahaja hidup di siang hari malah bertambah ceria pada malam hari. Ini kerana di sekitarnya terdapat banyak restoren dan gerai-gerai makanan di sepanjang jalan.  Lokasinya adalah di Jalan Rambutan.


7.  Kluang Rail Coffee

tempat menarik di kluang

Imej via [HungryGoWhere]

Jika anda bercadang untuk bercuti ke Kluang, ia pasti tidak akan lengkap jika anda tidak singgah ke Kluang Rail Coffee ini. Aroma kopi buatan di sini pasti memukau penggemar kopi. Bahkan ramai pengunjung yang sanggup datang dari jauh hanya untuk menikmati kopi di tempat menarik di Kluang ini.

Kluang Rail Coffee ini juga telah dikelaskan dan tersenarai antara tempat paling menarik di Johor. Tempat ini bukan sahaja menyajikan kopi yang enak dan lazat tetapi juga pelbagai masakan menarik yang lain seperti masakan panas, roti bakar, dan telur separuh masak.


8.  Laman Kreatif Kluang

tempat menarik di kluang

Imej via [twitter]

Laman Kreatif Kluang ini terletak di Jalan Dato’ Kaptain Ahmad.  Mural dan graffiti yang menarik ini sinonim sekali dengan sektor pelancongan banyak boleh dilihat di sini. Ianya terlakar sangat kreatif dan sangat sesuai untuk yang meminati seni fotografi.

Banyak mural menarik yang boleh anda gunakan sebagai latar belakang selfie atau berfoto sebagai kenangan. Kesemua mural di tempat menarik di Kluang ini menceritakan sejarah dan keunikan negeri Johor.


9.  Rassuria Dairy Goat Farm

tempat menarik di kluang

Imej via [TripAdvisor]

Jika anda seorang yang sangat menitikberatkan soal kesihatan, inilah tempat menarik di Kluang boleh anda datang. Rasurria Dairy Goat Farm menyajikan susu kambing yang segar, asli dan tanpa bahan pengawet. Susu kambing yang asli ini mampu melembab dan mencerahkan kulit.

Jika anda ke Kluang, jangan lupa singgah ke sini untuk menikmati dan membeli susu yang asli. Di sini pengunjung boleh menikmati susu kambing yang dijamin 100% segar dari ladang dan ianya juga tidak berbau.

Susu kambing yang kaya dengan khasiatnya ini merupakan kegemaran Rasulullah SAW. Ianya dijual dengan sangat murah di sini iaitu hanya RM5 sebotol.


10.  Restoren Bariani Desa

tempat menarik di kluang

Imej via [HungryGoWhere]

Restoren ini merupakan tempat makan best dan dikategorikan sebagai tempat menarik di Kluang yang menjadi pilihan ramai pengunjung tidak kira penduduk tempatan mahupun dari luar.  Menu utamanya sudah pasti nasi beriyani sesuai dengan nama restoren yang diberi.

Restoren ini menjadi popular kerana tekstur nasinya yang sangat lembut serta gabungan beberapa kuah yang pekat dan menyelerakan. Ditambah pula dengan aneka pilihan lauk-pauk yang lain seperti ayam goreng, ayam masak merah, paru, sotong goreng dan lain-lain yang pasti membuka selera sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini.

Restoren ini dibuka setiap hari dari jam 11 pagi sehingga 4 petang kecuali hari Sabtu dan ianya terletak di jalan Desa 1, Taman Desa.


11.  Kahang Organic Rice Eco Farm Resort

tempat menarik di kluang

Imej via [Cheekiemonkies]

Pernahkah anda merasai pengalaman tinggal di eko-ladang Johor? Jika tidak, inilah tempatnya.  Kini, Kahang Organic Rice Eco Farm Resort memberi anda peluang untuk tinggal di sebuah ladang padi di kawasan pedalaman yang tidak tercemar.

Di samping dapat mempelajari lebih lanjut mengenai gaya hidup kampung, anda juga seperti kembali ke desa dan hidup dalam suasana yang lebih aman damai jauh dari kesibukan kota serta pencemaran alam.

Bukankah tempat menarik di Kluang ini menarik? Resort ini adalah tumpuan sukan dan rekreasi kerana terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti flying fox, jungle trekking, berbasikal, berbaque, dan memancing yang boleh anda lakukan apabila menginap di sini.


12.  Zenxin Organic Park

tempat menarik di kluang

Imej via [thestar]

Lawatilah Zenxin Organic Park supaya anda terbawa ke dalam dunia organik di mana anda boleh menikmati pengalaman dan momen organik yang hebat. Menjelajah ke ladang ini membolehkan anda merasa sendiri bagaimana menuai dengan 4 prinsip penuaian organik.

Anda akan diajar bagaimana menuai bunga dan sayuran dengan hasil tangan sendiri. Tempat menarik di Kluang ini terletak di Batu 9, Jalan Batu Pahat.  Taman Organik Zenxin ini adalah ladang organik terbuka yang pertama di Malaysia, yang menggabungkan tujuan pendidikan dan rekreasi.

Pengunjung boleh memilih untuk meneroka ladang itu sendiri, dengan berjalan kaki atau dengan basikal.  Ladang ini menawarkan lawatan taman dengan pemandu pelancong dalaman dan pelawat boleh mengalami kehidupan negara sebenar, menikmati penuaian segar dan mengambil bahagian dalam program khas yang dianjurkan seperti memetik buah dan sayuran.

 

13. Kluang Street Art

tempat menarik di kluang

Imej via [bpdgtravels]

Ramai orang mungkin tidak tahu tempat menarik di Kluang ini. Ia terletak di Jalan Merdeka, Kampung Masjid Lama di belakang sebuah lorong kecil. Panjang Kluang Street Art ini adalah sekitar 150m sahaja.

Anda boleh menikmati beberapa lukisan yang cantik untuk berfoto sebagai kenangan.  Terdapat juga beberapa kafe kecil di sepanjang lorong, supaya anda boleh duduk dan berehat.


14.  Taman Rekreasi Sungai Teminggol

tempat menarik di kluang

Imej via [ronawarna]

Taman ini terletak di Kampung Sri Lukut.  Nama taman ini diambil sempena nama sungai, kampung dan Jalan Teminggol yang membentuk menjadi salah satu gugusan kampung-kampung di Kampung Sri Lukut.

Rata-rata penduduk tempatan menggelarnya Jambatan Biru. Kawasan rekreasi ini dilengkapi dengan tapak perkhemahan, surau, tandas, beberapa buah pondok dan juga chalet.

Di sini anda boleh melihat panorama indah tatkala matahari terbenam atau terbit. Bagi mereka yang sukakan cabaran, tempat menarik di Kluang ini juga boleh anda jalankan aktiviti berkayak.


15.  Taman Tasik MPK Kluang

tempat menarik di kluang

Imej via [twitter]

Taman ini adalah tempat yang menarik di Kluang yang sesuai untuk anda berjalan kaki, berjoging dan menghirup udara segar di pagi hari. Terdapat pelbagai kemudahan juga yang disediakan di taman ini.

Ianya sedikit sesak di hujung minggu, jadi jika anda mahukan sedikit ketenangan, mungkin boleh berkunjung pada hari biasa. Selain tempat berjoging, anda juga boleh bergambar di sini dan juga berkelah di sekitar tasik itu.

Ia dibuka selama 24 jam dan terdapat banyak lampu ketika waktu malam.  Pilihlah sama ada anda mahu berkunjung ke sini pada siang hari atau malam.

temapt menarik di kluang

Imej via [utusan]

Kami yakin tempat menarik di Kluang yang tersenarai di atas pasti menceriakan hujung minggu anda bersama keluarga tercinta. Jemput baca tempat makan menarik di Kelantan dan tempat menarik di Kemaman juga.


Rujukan

1.  jomjohor
2.  sayabackpacker
3.  visitjohor

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.