Kota Tinggi ada menyimpan pelbagai khazanah peninggalan ratusan tahun yang boleh anda terokai. Selain menjadi tumpuan utama destinasi buat pencinta sejarah, tarikan lain di Kota Tinggi Johor adalah seperti air terjun, pantai yang menakjubkan, taman buaya, gunung-ganang dan sebagainya.

tempat menarik di kota tinggi

Imej via [tempatmenarik]

Artikel ini akan membawa anda ke serata tempat menarik yang boleh dikunjungi di Kota Tinggi bagi mengisi masa lapang anda bersama keluarga tersayang. Jom lihat tempat menarik di Kota Tinggi, Johor khas untuk anda yang suka berjalan-jalan.

 

1.  Bangunan Sultan Iskandar

tempat menarik di kota tinggi

Imej via [Holmes Hotel]

Bangunan Sultan Iskandar ini terletak di Tambak Johor-Singapura. Melihatkan infrastruktur pembinaannya yang luar biasa, pasti akan membuatkan anda teruja. Bangunan ini telah diberi nama sempena nama Almarhum Sultan Iskandar Johor yang berlokasi di salah satu jalan masuk ke Malaysia di sempadan Malaysia-Singapura.

Keluasan bangunan ini adalah kira-kira 232 meter persegi. Bangunan ini digunakan sebagai kompleks imigresen, kastam dan kuarantin di Johor. Kerana mempunyai keluasan tanah yang cukup besar, bangunan ini telah menjadi kompleks kuarantin yang terbesar di Malaysia.

 

2.  Kampung Makam

tempat menarik di kota tinggi

Imej via [besiwaja]

Kampung Makam ini menempatkan pelbagai makam-makam penting dalam sejarah Johor dan lokasinya terletak tidak jauh dari pekan Kota Tinggi. Makam yang paling terkenal di sini dikenali sebagai makam Sultan Mahmud yang merupakan pemerintah Johor yang ke-10.

Tidak jauh dari makan Sultan Mahmud, anda akan dapat melihat kawasan perkuburan muslim yang menempatkan makam Tun Habab yang pernah menjadi Bendahara Johor suatu ketika dahulu. Selain makam Sultan Mahmud, makam Tauhid dan makam Dagang juga turut terkenal di Kampung Makam ini.

Kawasan perkampungan ini telah pun wujud sejak tahun 1900 dan cukup terkenal dengan kisah-kisah sejarah Melayu. Datanglah berkunjung ke tempat menarik di Kota Tinggi ini dan anda akan merasakan seolah-olah tenggelam bersama dunia lama Johor.

 

3.  Teluk Mahkota

tempat menarik di kota tinggi

Imej via [percutianbajet]

Tempat menarik di Kota Tinggi ini juga dikenali sebagai Jason’s Bay ketika era penjajahan zaman dahulu yang merupakan sebuah kawasan pantai yang sangat terkenal dalam kalangan pelancong kerana keindahan panorama Laut China Selatannya.

Kawasan pantai ini adalah sepanjang 12 km dan sesuai dijadikan tempat untuk melakukan pelbagai aktiviti riadah seperti berkelah, berenang, dan bersantai sambil menghirup udara segar dan menikmati pemandangan indah yang menakjubkan.

 

4.  Gunung Muntahak

tempat menarik di kota tinggi

Imej via [mai singgah]

Bagi yang mempunyai jiwa lasak dan sinonim dengan sukan ekstrem, anda pasti akan menyukai Gunung Muntahak ini. Ianya lebih tinggi berbanding Gunung Panti dan menjanjikan eskspedisi yang jauh lebih menarik daripada Gunung Panti.

Sekiranya anda bercita-cita untuk menawan Gunung Muntahak ini, pastikan anda keluar sesudah subuh untuk mendaki gunung ini kerana ketinggiannya adalah sekitar 713 meter atau bersamaan dengan 2,339 kaki maka pendakian ke puncak memakan masa untuk sampai ke atas.

Pendakian untuk menuju ke puncaknya bermula dari tingkat ke-7 daripada 10 air terjun bertingkat Ulu Sungai Tengkil. Untuk anda sampai ke tingkat 7 air terjun di tempat menarik di Kota Tinggi ini, anda boleh melalui trek yang telah disediakan di bahagian kiri air terjun.

 

5.  Muzium Kota Johor Lama

tempat menarik di kota tinggi

Imej via [jmm]

Muzium Kota Johor Lama ini merupakan sebuah muzium kecil sahaja yang mempamerkan tentang sejarah kubu pertahanan tempatan yang berlaku sekitar abad ke-16. Tempat menarik di Kota Tinggi ini juga mempamerkan sejarah awal Johor dari pertubuhannya sehinggalah ia menjadi sebuah pusat perdagangan dan pertembungan budaya.

Muzium ini telah diinpirasikan oleh kerajaan Johor lama dimana struktur dan reka bentuk binaannya masih mengekalkan ciri-ciri istana tradisional hingga ke hari ini. Muzium ini dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang dan masuk ke sini adalah percuma.

 

6.  Muzium Kota Tinggi

tempat menarik di kota tinggi

Imej via [norazhobbies]

Muzium ini telah dibina pada tahun 1997 dan kemudiannya dibuka kepada orang awam sekitar tahun 2002. Bagi pencinta sejarah, anda wajib berkunjung ke sini agar anda sekeluarga dapat mendalami dan mempelajari dengan lebih mendalam tentang sejarah kesultanan Melayu Johor yang bermula selepas berlakunya kejatuhan kesultanan Melayu Melaka di bawah pengaruh Portugis pada tahun 1511.

Dengan melawat tempat menarik di Kota Tinggi ini, kelak anda akan mengetahui dan mendapat pelbagai informasi berguna tentang betapa pentingnya bandar Kota Tinggi ini semasa zaman kesultanan Melayu Johor pada zaman lampau.

Muzium ini dibuka pada setiap Sabtu hingga Khamis bermula jam 9.00 pagi hinga 4.00 petang dan masuk adalah percuma sahaja.

 

7.  Taman Buaya Teluk Sengat

tempat menarik di kota tinggi

Imej via [sunahsukasakura]

Tahukah anda bahawa Taman Buaya Teluk Selat ini merupakan taman buaya yang paling besar di Malaysia dengan mempunyai lebih daripada 1000 ekor buaya. Usia buaya yang tertua di sini berumur lebih dari 150 tahun.

Kebanyakan buaya di Teluk Selat ini berasal daripada spesies buaya air tawar. Semakin jauh anda meneroka taman buaya ini maka semakin besar saiz buaya yang anda akan dapat lihat di sini. Untuk menjadikan pengalaman anda berkunjung ke tempat menarik di Kota Tinggi ini menyeronokkan, anda boleh ke tepi air untuk ‘mengacau’ buaya-buaya yang ada.

Taman buaya ini dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. Bayaran masuk untuk orang dewasa adalah RM8 manakala buat kanak-kanak, harga tiketnya cuma serendah RM4 sahaja.

 

8.  Firefly Valley Leisure Park

 

Tempat menarik di Kota Tinggi sesuai untuk anda berjalan-jalan adalah di Firefly Valley Leisure Park.  Anda berpeluang menyaksikan cahaya ajaib kunang-kunang atau lebih dikenali sebagai kelip-kelip.

Firefly Valley Leisure Park ini terletak di Jalan Jemaluang. Bayaran untuk masuk ke taman ini adalah RM20  untuk orang dewasa manakala untuk kanak-kanak adalah berharga RM12.  Ia dibuka pada setiap hari bermula jam 11.00 pagi hingga 9.00 malam.

 

9.  Sungai Lebam

tempat menarik di kota tinggi

Imej via [johornow]

Selain di Firefly Valley Leisure Park, Sungai Lebam ini juga membolehkan anda melihat kelip-kelip. Tiada yang lebih indah dan romantik daripada mendapat pengalaman melihat kelip-kelip pada waktu malam bersama yang tercinta.

Panorama indah penuh magikal ini dapat anda saksikan dan nikmati apabila meluangkan masa di sini pada waktu malam di Sungai Lebam. Perlu diingatkan juga apabila anda berkunjung ke sini jangan sesekali membuat bunyi bising atau mengambil gambar menggunakan flash kerana dikhuatiri serangga magikal ini akan lari.

Waktu paling terbaik untuk ke sini dan melihat kunang-kunang adalah di antara sejam ke 4 jam selepas waktu matahari terbenam iaitu sekitar pukul 8.00 hingga 11.00 malam.

 

10.  Desaru Ostrich Farm

tempat menarik di kota tinggi

Imej via [sg2desaru]

Jika anda ingin melihat burung unta dari jarak dekat, di sinilah tempatnya. Desaru Ostrich Farm merupakan tempat tinggal burung unta yang wajib anda lawati bersama keluarga sekiranya ke Kota Tinggi. Ladang burung unta ini bukanlah sebuah ladang biasa kerana ianya menempatkan lebih daripada 300 ekor burung unta yang ketinggiannya jauh lebih tinggi berbanding manusia.

Di samping dapat melihat burung eksotik ini dari jarak dekat, anda juga berpeluang mempelajari pelbagai perkara berkenaan spesies unik ini dan juga merasakan sendiri pengalaman memberi burung unta ini makan.

Sebelum pulang, anda mungkin boleh singgah dahulu di kedai cenderamata yang terdapat di ladang ini. Terdapat banyak barangan buah tangan yang berasaskan burung unta yang boleh anda temui di sini.

 

11.  Muzium Nelayan

tempat menarik di kota tinggi

Imej via [tripadvisor]

Tempat menarik di Kota Tinggi ini akan mendedahkan anda tentang bagaimana hasil-hasil laut yang lazimnya anda makan ini dibawa ke darat.  Muzium Nelayan ini terletak di Tanjung Balau, Kota Tinggi.

Antara barangan yang dipamerkan di sini adalah jaring, model-model kapal, diorama, filem, poster dan banyak lagi. Bukan selalu kita didedahkan dengan peluang melihat pameran selengkap ini tentang dunia nelayan yang masih ramai tidak tahu. Muzium ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Galeri Nelayan yang mempamerkan kehidupan seorang nelayan tradisional, kepercayaan tahyul dan banyak lagi.

Seterusnya Galeri Geologi pula memaparkan lebih dari 100 jenis batuan, Galeri Lautan yang mengisahkan tentang navigasi laut, komunikasi dan keselamatan dan terakhir sekali adalah Galeri Kapal Karam Desaru yang memberikan informasi berkaitan kapal-kapal karam di kawasan setempat.

 

12.  Pantai Desaru

tempat menarik di kota tinggi

Imej via [maisinggah]

Pantai Desaru ini merupakan sebuah destinasi indah yang menggugat jiwa sanubari anda apabila berkunjung ke sini. Bukan sahaja memukau pandangan orang Malaysia sendiri malah pelancong dari luar Malaysia juga terutamanya orang-orang Singapura.

Pantai ini bukan sekadar tempat untuk menikmati panorama indah tapi juga dapat menenangkan jiwa dan berpeluang melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti river cruise, bermandi-manda, memancing dan sebagainya.

 

13.  Air Terjun Kota Tinggi

tempat menarik di kota tinggi

imej via [agoda]

Alangkah indahnya dapat menghabiskan masa cuti dengan menghirup udara segar disamping mendengar bunyi aliran air terjun yang mendamaikan. Kedamaian ini dapat anda rasakan jika berkunjung ke Air Terjun Kota Tinggi.

Air Terjun ini terletak kira-kira 15 km dari Pekan Kota Tinggi. Kawasan air terjun ini turut lengkap dengan gelongsor buatan manusia yang menambahkan lagi keseronokan apabila anda berkunjung ke sini.

Jika anda merasakan sehari tidak cukup untuk menikmati kedamaian di sini, anda juga boleh menyewa bilik di resort yang ada disediakan. Selain mandi-manda, anda juga boleh berkelah dan mengadakan barbeku. Tempat menarik di Kota Tinggi ini amat tenang dan sejuk.

 

14.  Hutan Lipur Panti

temoat menarik di kota tinggi

Imej via [albumme]

Hutan Lipur Panti ini terletak di pinggir jalan raya Mersing, Kota Tinggi.  Tempat menarik di Kota Tinggi ini merupakan sebuah tarikan alam semula jadi yang telah dibuka kepada orang ramai sekitar tahun 1991.

Rimba hijau yang kaya dengan flora dan fauna ini berkeluasan sekitar 145 hektar menyimpan pelbagai khazanah alam yang menanti untuk diteroka. Untuk pengetahuan anda, sejenis tumbuhan spesies pokok simpuh putih hanya boleh didapati di hutan ini.

Selain dapat melihat spesies tumbuhan yang ‘rare’, anda juga dapat melihat dengan lebih dekat pelbagai tumbuhan herba yang melata yang sering digunakan bagi tujuan perubatan.

 

15.  Gunung Panti

tempat menarik di kota tinggi

Imej via [MalaysiaGazette]

Gunung Panti ini memiliki ketinggian sekitar 485 meter dan merupakan sebuah tarikan alam semula jadi yang terkenal sebagai lokasi untuk memerhati burung  dari pelbagai spesies yang menarik. Anda boleh melalui denai yang telah tersedia untuk menuju ke puncak gunung ini dan perjalanan ke puncak memakan masa sekitar dua jam setengah manakala untuk menuruninya adalah sekitar dua jam. Pastikan anda mempunyai stamina yang utuh jika berhasrat untuk menawan puncak gunung ini.

 

tempat menarik di kota tinggi

Imej via [tripadvisor]

Jadi anda sudah tahu ke mana hendak dituju sekiranya ke Kota Tinggi? Gunakan masa yang ada untuk anda tingkatkan stamina supaya anda tidak lesu dan lebih bertenaga untuk meneroka seluruh tarikan menarik yang ada di Kota Tinggi ini

Moga perkongsian ini dapat membantu anda membuat persiapan perjalanan untuk bercuti bersama keluarga. Jom baca tempat menarik di Klang, tempat bersejarah di Kedah dan tempat menarik di Yogyakarta juga.

 

Rujukan:

  1.  maisinggah
  2.   bidadari
  3.   caridestinasi

 


Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis sepenuh masa yang aktif berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.