Bandar Lahat Datu merupakan Bandar ke empat terbesar di Sabah selepas Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Lahad Datu ini mempunyai kisahnya yang tersendiri seperti daerah lain di Sabah.  Semasa zaman pemerintahan Chartered Company, Lahad Datu merupakan tempat persinggahan datu-datu dari Kesultanan Sulu. 

Lahad bermaksud tempat atau negeri manakala Datu merupakan Keturunan Bangsawan mahupun yang sudah lama menetap di daerah ini khususnya ketua-ketua suku kaum atau Panglima dan Pembesar daerah.

tempat menarik di lahad datu

Imej via [tallypress]

Terdapat beberapa tempat menarik di Lahad Datu yang best dan boleh anda bercuti dengan gembira.  Jom lihat tempat menarik di Lahad Datu Best dan terbaik untuk percutian.

 

1.  Tabin Wildlife Reserved

tempat menarik di lahad datu

Imej via [httpsmadeinsabah]

Tabin Wildlife Reserved ini telah di wartakan pada tahun 1984 di bawah Enakmen Hutan dan dikategorikan sebagai Hutan Simpan di Lahad Datu Sabah. Rezab ini berkeluasan 120,51 hektar dan merupakan kawasan yang di lindungi yang paling besar di negeri Sabah.

Rezab ini merupakan Hutan Hujan Tropika yang kaya dengan kepelbagaian biologi. Kewujudan rezab ini adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri Sabah untuk melindungi dan memelihara hidupan liar khususnya mamalia besar seperti Badak Sumatra.

Antara salah satu aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di tempat menarik di Lahad Datu ini adalah aktiviti pemerhatian hidupan liar pada waktu malam.  Ia boleh dilakukan dengan menggunakan kenderaan atau dengan berjalan kaki.

Pemerhatian burung biasanya dilakukan pada waktu pagi memandangkan ini adalah waktu burung sangat aktif mencari makanan dan mudah di lihat. 

 

2.  Tower Of Heaven

tempat menarik di australia

Imej via [facebook]

Tower of Heaven ataupun dikenali sebagai Menara Kayangan di lahad Datu Sabah.   Ia merupakan menara yang dibina di atas Gunung Silam di Kampung Lama. Kedudukannya di persimpangan jalan lebih kurang 11km dari arah bandar Lahad Datu.

Persimpangan ini juga merupakan pintu masuk ke Lembah Danum Conservation Centre. Menara ini di bina pada ketinggian 880m dan menghadap ke arah Teluk Darvel.

Sangat sesuai untuk anda bergambar di tempat menarik di Lahad Datu ini kerana keindahan disekitarnya yang di penuhi dengan flora dan fauna di samping udaranya yang segan dan nyaman.  Anda boleh melakukan aktiviti sihat seperti mendaki dan berjoging dimana terdapat trek disediakan pada anda yang ingin melakukan aktiviti tersebut.

3.  Gunung Silam

tempat menarik di australia

Imej via [silamgemilang]

Gunung Silam adalah tempat menarik di Lahad Datu yang merupakan sebuah Gunung di daerah Lahad Datu setinggi 883 meter dari paras laut.  Ia merupakan gunung ke 3 tertinggi di Lahad Datu. Gunung Silam dikelaskan sebagai Gunung Persisiran Ultramafik iaitu tanah pada persekitaran ultrafamik berwarna perang kemerahan dan terbentuk hasil batu asas.

Tanahnya mengandungi ketumpatan logam berat seperti magnesium, besi, nikel,khrominium dan kobalt tetapi kekurangan zat tumbuhan seperti notrogen, fosforus dan potassium.

Terdapat 374 spesis bunga dan pokok pada 4 jenis hitan pada ketinggian berbeza di Gunung Silam.  Terdapat dua laluan untuk mendaki iaitu hutan dan trail bersimen atau lebih dikenali sebagai denai kalung-kalungan dan denai kayangan.

Pondok rehat juga disediakan untuk para pengunjung datang sambil menikmati pemandangan setelah penat mendaki. Pemandangannya yang cantik menjadikan pendakian sangat berbaloi.

 

4.  Danum Valley

tempat menarik di australia

Imej via [borneoecotours]

Jauh dari arus pembangunan dan tempat tinggal manusia telah menjadikan Lembah Danum sebagai Syurga Alam kerana mempunyai persekitaran alam semulajadi yang sangat menakjubkan. Lembah Danum merupakan kawasan Pemuliharaan Ekosistem yang berfungsi sebagai rumah bagi spesis hidupan liar seperti gajah asia, harimau akar, orang utan, monyet probascis serta flora dan fauna yang terancam.

Lembah ini terletak 83km ke barat daya Lhad Datu dan diliputi kawasan hutan simpan seluas 440 kaki persegi.  Biarpun Lembah ini kelihatan misteri tetapi bagi pencinta alam, ia adalah khazanah semulajadi yang tidak ternilai.   Setiap langkah anda diiringi flora dan fauna yang menenangkan, hampir semua jenis spesis dapat dilihat.

Terdapat juga sebuah tapak perkuburan purba Kadazandusun yang lengkap dengan keranda belian dan balang semangat seramik yang berhampiran dengan pusat padang gurun dandi bawah tebing yang menghadap Borneo Rainforest Lodge.

 

5.  Air Terjun Madai

tempat menarik di lahad datu

Imej via [marissaqaisara]

Air Terjun Madai merupakan salah satu air terjun yang terdapat di Sabah. Oleh kerana Air Terjun Madai terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Baturong, maka air terjun ini berada dibawah penjagaan Jabatan Perhutanan Sabah. Kawasan ini pada awalnya hanya merupakan tempat rekreasi bagi kakitangan Jabatan Perhutanan Sabah sebelum ia dibuka kepada orang ramai pada tahun 1999.

Selain dari aktiviti mandi di sini, pengunjung yang datang ke kawasan ini berpeluang untuk berjalan di’Canopy Walk’ yang panjangnya lebih kurang 120 meter dengan ketinggian 40 meter. Antara kemudahan yang disediakan di sini adalah tandas awam, gerai makan, tempat letak reta dan bermacam lagi.

Aktiviti riadah bersama rakan-rakan dan keluarga dilakukan di sini sambil menikmati keindahan air terjun yang turun dari pinggir batu serta bunyi airnya yang nyaman dan menyegarkan.

 

6.  Borneo Rainforest Lodge

tempat menarik di lahad datu

Imej via [river-junkie]

Berhampiran dengan Lembah Danum, terdapat sebuah ekoresort yang pertama di Sabah iaitu Borneo Rainforest Lodge. Antara aktiviti yang ditawarkan di sini ialah menjejaki laluan trek dalam hutan, mandi di sungai, memerhati burung dan meninjau hutan pada waktu malam.

BRL Lembah Danum ini menyediakan perkhidmatan penginapan dalam rimba yang menjanjikan ketenangan kepada pengunjung, termasuk mereka yang memilih untuk meniti di atas titian berkenaan. BRL adalah antara tempat yang mempunyai ekosistem yang paling kompleks di dunia.

Spesis haiwan seperti gajah, badak sumbu, harimau, orang utan dan 300 spesis burung juga boleh anda lihat.  Penginapan kepada pengunjung yang ingin bermalam dan menikmati suasana malam di sini amat banyak di sini. Terdapat lebih dari 20 Chalet yang di sediakan dengan harga yang berpatutan. 

 

7.  Pantai Sahabat Resort

tempat menarik di lahad datu

Imej via [sandakans]

Pantai Sahabat Resort  ini merupakan salah sebuah pantai yang terdapat di Lahat Datu. Lebih kurang 1 jam memandu dari Lahat Datu untuk sampai ke Pekan Kecik Tungku dan 40 minit memandu dari Pekan Kecil Tungku ke Pantai Sahabat Resort Felda Wilayah Sahabat.

Felda sahabat ini merupakan Felda yang terbesar di Malaysia terletak berhadapan Lahat Datu Bay.  Tempat menarik di Lahad Datu ini mempunyai sebuah Resort Pantai yang dikenali sebagai Felda Residence Sahabat. Sahabat Beach Resort.  Ia mempunyai keluasan pantai sebanyak 200 meter ke depan dan sangat sesuai untuk mereka ingin berkelah membawa keluarga.

 

8.  Pantai Makuau

tempat menarik di lahad datu

Imej via [facebook]

Pantai Makuau merupakan salah satu Pantai yang terdapat di Lahad Datu. Sama seperti kepulauan yang lain, Pulau ini juga menarik kerana keindahan Pantai tersebut. Panorama yang cantik dengan wujudnya sebuah pokok di hadapan pulau ini menjadikan ia menarik dan sesuai untuk bergambar.

Sudah menjadi kebiasaan pengunjung datang untuk melakukan aktiviti riadah dan bersantai bersama yang tersayang. Persisiran pantainya yang cantik dan airnya yang biru jernih begitu indah sekali. Sayang sekali jika anda tidak singgah dan berehat di sini.

 

9.  Pantai Payang

tempat menarik di lahad datu

Imej via [wisatalpgselatanhq3hqh6]

Pantai Payang ini merupakan tempat menarik di Lahad Datu yang juga menjadi tarikan di sini.  Pantai ini juga merupakan pantai yang mempunyai keindahan alam semulajadi dan pemandangan yang cantik.

Pengunjung boleh menikmati pemandangan yang cantik dan terdapat tebing yang boleh pengunjung mendaki sehingga ke puncak untuk mendapatkan lebih lagi pemandangan yang menarik. Di Pantai ini, ada sahaja pegunjung yang datang untuk melakukan aktiviti memancing selain dari melakukan aktiviti air dan bersantai.

 

10.  Sungai Kapur

tempat menarik di lahad datu

Imej via [bikeandtours]

Sungai Kapur ini merupakan tempat pengembaraan bagi pencinta alam semulajadi kerana kawasan berkenaan sememangnya di kelilingi oleh hutan hijau rimba dan terdapat satu Sungai Kapur di tengahnya.  Pengunjung yang datang akan menikmati seratus peratus percutian di rimba dimana aktiviti seperti bot, berjalan kaki, memancing dan berkhemah dilakukan di sini.  Terdapat spesis haiwan dan tumbuhan liar boleh anda lihat di sini.

 

11.  Gua Bukit Tulug

tempat menarik di lahad datu

Imej via [trekearth]

Gua Batu Tulug ini merupakan gua kapur yang mempunyai 3 gua utama. Agop bermaksud gua dalam bahasa kaum Sungai Kinabatangan.  Tempat ini adalah tapak pengkebumian keranda kayu balak dari 500 sehingga 900 tahun dahulu.

Terdapat pelbagai bentuk keranda di sini boleh anda lihat.   Semakin besar saiz keranda dan saiz tanduk kerbau, semakin besar pangkat orang yang di kebumikan di situ. Berhampiran dengan gua ini terdapat trek untuk menuju ke puncak untuk melihat keseluruhan daerah Kinabatangan.

 

12.  Gua Madai

tempat menarik di lahad datu

Imej via [sentiasapanas]

Gua Madai merupakan sebahagian daripada banjaran bukit batu kapur yang terletak di dalam Hutan Simpan Madai, Baturong. Gua Madai ini tersenarai di dalam gua-gua yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Sabah sebagai hak warisan sesuatu komuniti.

Kaum Idahan merupakan suku Kaun yang mewarisi hak untuk menuai sarang burung layang-layang di lubang batu di Gua Madai malah ia tertakluk kepada pembayaran royalti 10% kepada kerajaan. 

Tempat menarik di Lahad Datu ini masih produktif dalam menghasilkan sarang burung layang-layang jenis hitam. Pengunjung yang datang boleh melihat bagaimana sarang burung dilakukan di situ. Terdapat juga pusat pelawat yang di lengkapi dengan kedai cenderamata, kantin, tandas awam dan Board Walk yang disediakan untuk pengunjung.

 

13.  SCCA

tempat menarik di lahad datu

Imej via [dailyexpress]

Silam Coast Convention Area merupakan kawasan pemuliharaan bagi kawasan geologi di sekitarnya. SCCA terletak di Silam di bahagian timur Sabah.  Aktiviti marin sangat popular kerana di sini kerana kawasannya yang strategik dan kepulauannya yang cantik.

Anda boleh menyelam, snorkeling, menaiki bot, menjelajah hutan dan banyak lagi. Anda boleh mengkaji terlebih dahulu dan dapatkan info bagi memudahkan percutian. SCCA juga berpenanan sebagai penyelidikan marin, hutan bakau, pendidikan alam sekitar dan sebagai hab eko-pelancongan.

SCCA berupaya menawarkan pakej eko-pelancongan yang boleh menarik pelbagai golongan masyarakat terutamanya mereka yang menghargai alam semula jadi dan seterusnya mempunyai potensi untuk menjadi salah satu daya tarikan eko-pelancongan di Lahad Datu.

 

14.  Borneo Paradise Eco Farm

tempat menarik di lahad datu

Imej via [dnqarinah]

Borneo Paradise Eco Farm merupakan salah sebuah infrastruktur serta kemudahan yang dikelilingi alam semula jadi. Tempat menarik di Lahad Datu ini menyediakan kepada pengunjung sebuah aktiviti yang jarang dilakukan seperti berkanu, berperahu, membiak kerang, membiak rusa, memancing, cabaran hutan dan bermacam lagi.

Aktiviti ini dilakukan bagi mendekatkan diri dengan alam semulajadi. Habitat yang ada di sekelilingnya tempat ini mampu memberikan pengalaman yang berlainan kepada sesiapa yang datang. Borneo Eco Farm ini sering di kunjungi masyarakat tempatan seperti orang Tawau, Kunak, dan Lahad Datu.

Aktiviti riadah bersama keluarga juga dilakukan di sini serta program persekolahan dan pendidikan dilakukan untuk generasi baru bagi mengenali kehidupan alam semulajadi.

 

15.  Air Terjun Bagahak

tempat menarik di lahad datu

Imej via [unnianje]

Tempat menarik di Lahad Datu ini menjadi lokasi yang amat dikenali kerana keindahan alam semulajadi yang kekal terpelihara sehingga kini. Air Terjun ini merupakan salah satu air terjun yang tercantik di Sabah. Untuk sampai ke air terjun ini, pengunjung perlu meredah trek dan perjalanan yang lama.

Walaubagaimanapun, sekiranya sampai di Air Terjun Bagahak ini, penat lelah pasti akan hilang setelah melihat dan menikmati keindahan disini. Aktiviti air sering dilakukan untuk merasai kesejukan dan kesegaran air terjun.  Pengunjung juga berpeluang melakukan aktiviti perkhemahan dan bermalam di sini.

tempat menarik di lahad datu

Imej via [bikeandtours]

Walaupun masih ramai yang tidak mengenali tempat menarik di Lahad Datu, Sabah ini, namun tidak mustahil dalam masa beberapa tahun ia akan dikenali kerana pengalaman pengunjung yang menyeronokkan.  Keistimewaan alam semulajadi di Lahad Datu mampu memberikan kenangan manis kepada setiap orang. 

Jom baca tempat menarik di Tokyo , tempat menarik di Pulau Perhentian dan tempat menarik di Australia juga.

 

Rujukan:

  1. Wikipedia
  2. sabahtourism
  3. tripadvisor

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis sepenuh masa yang aktif berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.