Lumut adalah sebuah bandar kecil yang terletak di Negeri Perak. Bandar ini telah diisytihar sebagai Bandar Tentera Laut, Pelancongan dan Maritim pada tahun 2009 kerana di Bandar ini terletaknya pelabuhan dan menempatkan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia yang terbesar di Malaysia. Jika anda datang ke sini sewaktu Hari Terbuka Armada anjuran Tentera Laut Diraja Malaysia, anda berpeluang untuk maniki kapal-kapal yang dipamerkan di pangkalan TLDM Lumut. Namun begitu, sekiranya anda ke sini bukan sewaktu Hari Terbuka Armada, masih banyak tempat menarik yang anda boleh lawati di sekitar Lumut. Jom kita lihat 12 tempat menarik yang terdapat di sini.

 

1) Terminal Jeti Lumut

Jeti Lumut

Imej via aziemahmood

Jeti Lumut adalah sebuah jeti model dan cantic serta dilengkapi fasiliti yang mesra pelancong. Terdapat banyak kedai yang menual barangan seperti cenderahati serta makanan untuk pengunjung di sini. Malah, kedai makan di sini menyediakan pelbagai menu yang enak-enak seperti mee udang yang enaknya bukan kepalang, air kelapa yang segar, cendol dan macam-macam lagi. Jadi, jika anda berhajat untuk mengisi perut sebelum menaiki kapal, anda boleh sahaja pilih kedai makan yang memenuhi selera anda di sini. Tidak perlu bersusah payah bawa bekal atau ke luar kawasan untuk mendapatkan makanan.

Selain itu, untuk kemudahan pengunjung juga, jeti ini turut menyediakan ruangan parkir kereta yang tersusun. Jadi tak perlulah risau tentang kenderaan anda sepanjang anda berada di Pulau Pangkor nanti.

Lokasi: Jeti Lumut, 32200 Lumut

 

2) Lumut Waterfront

Lumut Waterfront

Imej via mdfaiez84

Sementara anda menanti ketibaab kapal atau feri yang anda naiki, anda bolehlah luangkan masa untuk bersiar-siar di Lumut Waterfront yang terletak tidak jauh dari Jeti Lumut. Ia adalah sebuah lokasi yang cantik untuk anda bersantai-santai bersama keluarga. Panoranam sungai yang terbentang menemani anda di sini. Selain itu, anda juga boleh menikmati makanan seperti ais kacang yang dijual di sini sambal dibelai angin sepoi-sepoi bahasa.

Di sini juga terdapat perkhidmatan sewaan basikal ataupun skuter elektrik dalam harga yang berpatutan. Dah bosan berjalan kaki sekitar Waterfront Lumut ini, apa kata bersiar-siar dengan mengunggang basikal atau skuter pula. Barulah rasa pengalaman bercuti tu lain daripada yang lain. Apa salahnya sekali-sekala. Bukan selalukan?

Lokasi: Lumut Waterfront, 32200 Lumut

 

3) Pulau Pangkor

Pulau Pangkor

Imej via twitter

Inilah dia destinasi yang menjadi tumpuan para pelancong yang menaiki feri dari Jeti Lumut. Pulau ini menempatkan banyak khazanah alam serta tinggalan sejarah yang dapat mengujakan anda sekeluarga. Walaupun pulau ini kecil sahaja, tetapi banyak aktiviti yang anda sekeluarga boleh lakukan sepanjang percutian anda di sini.

Anda boleh meneroka sekitar pulau dengan menaiki van pink yang comel ataupun dengan menyewa motosikal. Pantai-pantai di sekitar Pulau Pangkor masih belum tercemar. Pepasirnya putih serta persekitaran di pantai juga terjaga. Antara pantai yang terdapat di Pulau Pangkor adalah Pantai Pasir Bogak, Pantai Pangkor Laut dan Pantai Puteri Dewi. Selain melakukan aktiviti air di pantai, anda juga boleh melawat pulau-pulau kecil yang terdapat berdekatan Pulau Pangkor.

Tempat menarik lain yang anda harus lawati di Pulau Pangkor adalah Kota Belanda, Batu Bersurat, dan Masjid Terapung al-Badr 1000 Selawat yang sangat cantik serta unik hiasan dalaman serta binaannya. Dah lang-alang sampai ke Pulau Pangkor, jangan lepaskna peluang untuk pergi ke Kilang Hasil Laut Pak Su untuk memborong pelbagai hasil laut di sini. Jangan risau, hasil laut dari kilang ini halal dan diusahakan oleh orang Muslim sendiri. Kebersihannya juga terjaga. Anda bolehlah membeli tanpa ragu-ragu.

Lokasi: Pulau Pangkor, Perak

 

4) Pulau Marina

Pulau Marina

Imej via mahamahu

Pulau Marina adalah satu-satunya pulau buatan manusia yang terdapat di Malaysia. Pantai yang terletak bertentangan dengan Pulau Pangkor ini boleh diakses secara terus dari Pulau Pangkor. Anda boleh memandu melalui jambatan yang menghubungkan kedua buah pulau ini.

Walaupun ia pulau buatan, tetapi binaannya pasti mengujakan anda. Pulau yang berkeluasan 316.9 hektar ini mampu menampung pelbagai infrastruktur untuk tarikan para pelancong.

Nak tahu dan lihat sendiri betapa kukuhnya pulau buatan ini, bolehlah melawat ke pulau ini sekiranya anda ke Pulau Pangkor nanti.

Lokasi: Marina Island, 32200, Perak

 

5) Rockbund Fishing

Rockbund Fishing

Imej via bashariahadnan

Bagi anda yang kaki pancing, Rockbund Fishing adalah sebuah destinasi yang sangat menarik untuk dilawati bersama keluarga. Jika anda berhajat datang ke sini, jangan lupa bawa peralatan memancing bersama-sama. Lebih menarik lagi, Rockbund Fishing ini juga lengkap dengan pelbagai fasiliti seperti surau, kedai makan, dewan dan bermacam lagi.

Jika anda bercadang untuk bermalam di sini, terdapat Rockbund Fishing Chalet yang menawarkan chalet-chalet comel dengan pelbagai warna ceria ini terletak bersebelahan dengan air laut yang indah.

Semestinya percutian anda di sini memberi pengalaman yang lain dari yang lain. Menikmati keindahan laut, malah dapat luangkan masa bersama keluarga memancing. Dapat berbbq di waktu malam dengan hasil pancingan pun pasti syok.

Lokasi: Marina Island, Jalan Utama Marina Island, 32200

 

6) Frenzy Water Park

Frenzy Water Park

Imej via thrillophilia

Inginkan aktiviti mencabar lain dari yang lain? Anda boleh pertimbangkan Frenzy Water Park untuk mencuba pelbagai aktiviti mencabar di atas air. Taman tema air yang terletak di Marina Island Pangkor Resort & Hotel ini menyediakan permainan membasahkan badan yang sangat best.

Kalau anda ke sini, anda akan perasan cabaran-cabaran atau permainan yang terdapat di sini persis di dalam rancangan Wipeout di saluran AXN. Pasti ia satu pengalaman luar biasa yang anda boleh peroleh di sini.

Lokasi: Frenzy Water Park Marina Island, Jalan Utama Marina Island, 32200

Harga Tiket: Dewasa RM20 | Kanak-kanak RM15

 

7) Pantai Teluk Batik

Pantai Teluk Batik

Imej via orangperak

Selain daripada Pulau Pangkor yang menjadi tumpuan pelancong di Lumut ini, Teluk Batik juga tidak kurang hangat sambutannya. Jika anda mencari tempat bersantai bersama keluarga di petang hari, Pantai Teluk Batik sememangnya tempat yang ideal buat anda. Namun, ketika musim cuti sekolah, kawasan pantai ini sangat meriah dengan para pengunjung.

Pasirnya yang putih, air laut yang tenang, serta persisir pantai yang landai dan teduh, membuatkan Teluk Batik sesuai sebagai tempat berkelah, bermandi-manda dan bermain sukan air seperti Big Mable dan Banana Boat. Malah, kewujudan pelbagai gerai makan di sini memudahkan para pengunjung untuk mencari makan bagi mengisi perut. Malah, kerusi pantai untuk anda berehat sambil menghirup udara segar di sini juga turut disediakan dengan sewaan sebanyak RM5.

Lokasi: Pantai Teluk Batik, 32200 Lumut

 

8) Teluk Senangin

Teluk Senangin

Imej via feldatrolakselatan

Jika Pantai Teluk Batik terlalu ramai dengan pengunjung, dan anda inginkan sedikit privasi, anda bolehlah pertimbangkan Pantai Senangin sebagai tempat anda untuk berkelah. Pantai ini ditumbuhi pokok rhu di sekitarnya. Panorama tersebut membuatkan Pantai Teluk Senangin sangat sesuai untuk anda sekeluarga berkelah bersantai-santai di sini.

Selain itu, anda juga boleh merancang menaiki bot untuk menikmati keindahan pantai dan lautan di sini. Dari atas bot juga, anda berpeluang melihat Pulau Pangkor yang terletak  tidak jauh dari sini.

Lokasi: Jalan Teluk Senangin, 32200 Lumut

 

9) Taman Paya Bakau

Taman Paya Bakau

Imej via dikembara

Antara tempat menarik yang menawarkan kehijauan alam semula jadi kepada anda adalah di Taman Paya Bakau. Taman Paya Bakau ini terletak kurang daripada 10 minit pemanduan dari Bandar Lumut. Ia adalah sebuah tarikan alam natural yang dilengkapi dengan laluan pejalan kaki berkepanjangan 366 meter dan lebar seluas 6 kaki.

Anda sekeluarga berpeluang melihat pelbagai jenis hidupan flora dan fauna sambil menghirup udara segar di sini. Pondok-pondok juga turut disediakan di hujung laluan untuk para pengunjung berehat sebentar melepaskan Lelah setelah berjalan meneroka Taman Paya Bakau ini.
Dah alang-alang bawa peralatan memancing di Rockbund Fishing, bolehlah bawa joran ke sini juga kerana anda boleh memancing ikan di Taman Paya Bakau ini.

Lokasi: Desa Manjung Raya, 32200 Lumut (Di Antara Jalan Ipoh – Lumut)

 

10) Bukit Engku Busu

Bukit Engku Busu

Imej via tourismmanjung

Selain Taman Paya Bakau, anda juga boleh mempertimbangkan Bukit Engku Busu untuk dilawati bersama keluarga. Kehijauan alam yang ditawarkan di sini juga tidak kurang hebatnya. Malah siap pekej dengan jungle trekking mendaki bukit yang berketinggian 331.4 meter ataupun 1087 kaki. Ia adalah puncak yang paling tinggi di bandar Lumut.

Untuk makluman anda, bukit ini mendapat Namanya sempena nama Raja Engku Busu. Mengikut kisah lama, Raja Engku Busu yang datang dari Selangor setelah dijemput oleh Sultan Perak pada sekitar 1840-an untuk menghapuskan lanun yang menjadikan kawasan sekitar sebagai tempat penyembunyian mereka. Namun begitu, misi tersebut gagal dan Raja Engku Busu pula terkorban.

Dah tahu serba sedikit mengenai bukit ini, barulah syok untuk mendaki bukit ini kan. Untuk sampai ke puncak bukit ini, anda boleh melalui trek yang telah disediakan yang berkepanjangan sekitar 1 km. Nampak je macam pendek 1km, tetapi treknya boleh dikategorikan mencabar ya. Treknya cukup curam dipenuhi pula dengan akar-akar pokok yang meliar.

Lokasi: Bukit Ungku Busu, 32200 Lumut

 

11) Swiss-Garden Beach Resort, Damai Laut

Swiss-Garden Beach Resort, Damai Laut

Imej via myukmjourneystartmac2018

Jika anda tercari-cari penginapan yang umphhhh di Lumut, anda bolehlah ke Swiss-Garden Beach Resort. Resort bukan sebarang resort tau, tapi anda pasti sangat berpuas hati meluangkan masa percutian anda di sini Bersama keluarga tercinta.

Resort ini menyajikan pemandangan air laut yang tenang, di samping air terjun buatan dengan bunyi air mengalir yang cukup menyegarkan, kolam ikan koi dan banyak lagi. Keindahan lanskapnya membuatkan anda teruja tetapi tenang menikmatinya.

Sekiranya anda bercadang untuk menginap di resort indah ini, kemudahan lain yang turut disediakan adalah seperti kolam renang yang luas dan lengkap dengan kerusi rehat, bilik sauna, pusat kecergasan, bilik karaoke dan lain-lain.

Anda juga boleh mengatur dengan pihak resort untuk melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti menaiki Banana Boat, ATV, memanah dan sebagainya.

Lokasi: Persiaran Swiss-Garden, Jalan Damai Laut, Off Jalan Teluk Senangin,32200 Lumut

 

12) Bazaar Lumut

Bazaar Lumut

Imej via flickr

Tak lengkap percutian keluarga jika tidak terjah tempat yang boleh untuk shopping. Bukan nak shopping beriya pun, cukup sekadar anda boleh pergi ke tempat di mana penduduk tempatan memasarkan barangan cenderamata juga makanan-makanan tempatan.

Tidak jauh dari Lumut Waterfront, terdapat sebuah tempat bershopping dengan bangunan berwarna merah yang dibuka khas untuk para pelancong yang datang dari jauh kerana di sini anda dapat membeli pelbagai kraftangan, pakaian dan pelbagai hasil laut yang termasuklah ikan bilis bermata biru, hasil laut yang terkenal di Lumut. Di samping itu, kedai Jeruk Pak Ali pun ada sekiranya anda terliurkan rasa masam manis jeruk buah. Pendek kata, macam-macam ada di sini. Bolehlah

Lokasi: Jalan Iskandar Shah, 32200 Lumut

 

Itulah dia 12 tempat menarik di Lumut, Perak yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini.  Selamat bercuti ke Lumut. Jemput juga baca artikel Tempat Menarik Di Pulau Pangkor dan Tempat Menarik Di Manjung.

 

Penulis: Husna Ismail

Husna Ismail

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.