Anda tak pernah bercuti keluar negara? Pernah juga terdetik hati ingin melakukan percutian keluar negara tetapi tak tahu nak ke mana? Jangan risau kerana kali ini saya akan mendedahkan kepada anda tentang tempat-tempat menarik yang berada di ibu negara Filipina iaitu Manila.  

Bandaraya ini terletak di bahagian timur Teluk Manila  di pulau terbesar dan paling utara Filipina iaitu Luzon. Walaupun terdapat beberapa buat tempat lebih kepada status kemiskinan, bandar ini merupakan salah satu bandaraya kosmopolitan dunia dan daerah metropolitannya merupakan pusat ekonomi, budaya, pendidikan dan industri negara ini. Manila yang mempunyai banyak tempat menarik ini juga sering disebut sebagai Mutiara Orient.

tempat menarik di manila

Imej via [realtyplusmag]

Tidak dinafikan lagi, terdapat beberapa tempat menarik di Manila yang jarang orang ketahui. Mungkin anda boleh datang berhibur di sini!

 

  1. Intramuros

Imej via [philippines-hotels]

Intramuros merupakan kota tertua di Manila yang dibina pada tahun 1571 oleh Sepanyol ketika mereka menjajah Filipina. Hasil daripada jajahan tersebut, kita melihat masih banyak bangunan di dalam kota tua ini yang berkonsepkan seni bina Sepanyol terutamanya Fort Santiago.  Tempat ini pernah menjadi tempat pertahanan bagi perwira Filipina iaitu Jose Rizal sebelum dia dihukum mati.

Anda boleh sampai di sini dengan menggunakan kereta api, bas ataupun feri. Untuk bersiar siar di sekitar bangunan dan tempat bersejarah seperti San Agustin Church, Cartadel atau Rizal Park, anda boleh berjalan kaki sahaja atau apa yang lebih menarik, mereka ada menawarkan khidmat kereta kuda untuk anda sewa. Harga tiket untuk memasuki Intramuros atau tempat menarik di Manila ini hanyalah sejumlah P75.  Disamping itu, terdapat juga bangunan-bangunan komersial, universiti , kedai-kedai dan restoran. Waktu sehari pasti tidak cukup untuk anda terokai keseluruhan kota ini.

 

2.  Ayala Museum

tempat menarik di manila

Imej via [budgetbiyahera]

Muzium Ayala yang merupakan salah satu tempat menarik di Manila adalah sebuah muzium di Makati, Metro Manila, Filipina.  Bangunan enam tingkat ini menempatkan pameran etnografi dan arkeologi mengenai budaya, seni dan sejarah Filipina.  Terdapat enam pameran tetap utama iaitu pameran berurusan dengan kapal maritim tradisional Filipina, sutera bersulam yang dipakai oleh elit abad ke-19 Filipina, porselin sebagai warisan seribu tahun perdagangan dengan China dan karya seni dari abad ke-19 dan ke-20 oleh artis seperti Fernando Zóbel dan Juan Luna.  Sejak penubuhan tempat menarik di Manila ini pada tahun 1967, ia telah mula mempamerkan koleksi dari luar negara dan menempatkan seni kontemporari Filipina di arena global dan antarabangsa. 

Tahukah anda, di tingkat keenam muzium ini terdapat Perpustakaan Warisan Filipina. Ia dikenali sebagai salah satu pusat penyelidikan elektronik di Filipina.  Ia menempatkan lebih daripada 13,000 jilid kontemporer mengenai sejarah, seni, bahasa, agama dan sains sosial Filipina malah terdapat lebih daripada 2,000 tajuk, peta serta gambar di sini.  Mereka beroperasi setiap hari kecuali hari isnin pada pukul 9 pagi hingga 6 petang. Harga tiket berbeza- beza mengikut umur dan akses yang diberikan.

 

  1.  Baywalk Manila

tempat menarik di manila

Imej via [philippines-hotel]

Manila Baywalk adalah pusat rekreasi yang popular untuk penduduk bandar dan juga dikenali sebagai tempat menarik di Manila. Persiaran tepi air laut di Manila Bay sangat  istimewa pada waktu petang apabila anda dapat menonton matahari terbenam. Perairan yang berkilauan itu adalah tempat Pertempuran Teluk Manila antara Angkatan Laut Amerika Syarikat dan Sepanyol pada tahun 1898.  Jalan pejalan kaki ini terkenal dengan langit keemasan, perairan yang tenang, pokok palma dan tumbuh-tumbuhan hiasan yang bergoyang-goyang di bay bayu serta kapal-kapal layar yang berlabuh di hadapan kafe dan restoran pelabuhan. Tempat ini sangat indah untuk anda merakam momen-momen indah dan keseronokan anda. Selain itu, di tepi-tepi jalan disini mempunyai pelbagai jualan makanan ringan dan selalunya terdapat artis jalanan melakukan aktiviti busking.

 

4.  Manila Ocean Park

tempat menarik di manila

imej via [philippines-hotels]

Tempat yang menjadikan cogan kata I Love My Ocean Planet  sebagai moto ini adalah sebuah Oceanarium yang menempatkan 14,000 makhluk laut dari lebih 250 spesies yang semuanya asli dari asia tenggara.  Ia mempunyai kawasan aktiviti pendidikan, bilik fungsi untuk acara dan kawasan tontonan ikan pari.  Ocean Park ini juga menyediakan taman penguin. Tempat menarik di Manila ini membahagikan Ocean Park kepada beberapa bahagian dan pameran, antara aktiviti yang menarik disini adalah The Jellies Exhibit, Underwater diving, Mermaid Swim Experience dan juga pameran singa laut. Mereka beroperasi setiap hari 10 pagi hingga 9 malam.

 

5.  Binondo Manila Chinatown

tempat menarik di manila

Imej via [philippines-hotels]

Chinatown di Manila dipanggil Binondo – diturunkan dari perkataan Tagalog ‘binondoc’ yang bermaksud ‘pergunungan’ kerana ia terletak di lanskap yang berbukit. Oleh kerana kepentingannya dalam ekonomi negara, Binondo mempunyai nilai hartanah yang tinggi di seluruh Filipina. Pengalaman datang ke tempat menarik di Manila Chinatown tidak lengkap tanpa mengunjungi Escolta, jalan yang dianggap sebagai port berbelanja di Manila dimana terdapat pelbagai barangan yang dijual  disini. Pada masa ini Binondo dianggap sebagai pusat perdagangan, kewangan dan perdagangan untuk semua jenis perniagaan. Rugi jika anda datang ke Manila dan tidak singgah membeli cenderahati disini.  Dengan mengambil upah calesa (kereta kuda ditarik) adalah salah satu cara terbaik untuk meneroka keindahan di Binondo.

 

6.  Rizal Park

tempat menarik di manila

Imej via [vigattintourism]

Terletak di tengah-tengah Manila di hujung utara Roxas Boulevard, Rizal Park adalah taman bersejarah dan merupakan tapak beberapa peristiwa paling penting dalam sejarah Filipina.  Taman Rizal kebanyakannya sering dikunjungi oleh keluarga dan pasangan yang datang berkelah pada cuti umum dan hujung minggu.  Lain-lain tarikan yang berdekatan termasuklah tasik buatan manusia yang mereplikasi kepulauan Filipina, taman Jepun dan planetarium. Kemerdekaan Filipina  secara rasmi diisytiharkan di sini pada tahun 1946 dan tempat menarik di Manila ini adalah tempat patriot José Rizal dihukum bunuh pada tahun 1896 ketika menjadi ketua membawa Revolusi Filipina. Tugu tempat dia dibunuh didirikan pada tahun 1913 pada ulang tahun ke-17 kematiannya. Selain menikmati keindahan dan ketenteraman taman ini, kita dapat menghayati semangat patriotik pejuang Filipina ini sejenak.

 

7.  Divisoria Market

tempat menarik di manila

Imej via [newsabs]

Salah satu tempat pilihan ideal untuk membeli belah adalah di Divisoria Market yang terletak ditengah- tengah Binondo Manila. Reka bentuknya membuatkan anda terasa seakan berada di dalam sebuah maze gergasi. Tempat menarik di Manila ini kaya dengan gerai dan kedai yang menjual pelbagai jenis barangan. Boleh dikatakan hampir kesemua jenis barang dijual disini! Oleh kerana tempat ini terlalu sibuk dan ramai orang, saya nasihatkan kita sebagai pelancong asing seharusnya berhati-hati dan menjaga keselamatan diri dan barang masing – masing.  Barangan dan harganya yang berpatutan sememangnya tidak setanding dengan seluruh pasar di Filipina.  Rugilah sekiranya anda melepaskan peluang untuk membeli belah di sini.

 

  1.   National Museum of Fine Art

tempat menarik di manila

Imej via [TracesOfWar]

Tempat menarik di Manila ini terletak di Padre Burgos Avenue di seberang Muzium Antropologi Kebangsaan di sebelah timur Taman Rizal.  Muzium ini mempunyai lukisan dan patung oleh seniman Filipina yang paling masyhur pada abad ke-19 dan ke-20. Di antara mereka adalah Juan Luna, Fernando Zóbel dan Félix Hidalgo, yang mewakili gelombang seni Filipina yang membesar ketika negara itu sedang melawan penjajahan dari Sepanyol. National Museum Of Fine Art ini sebenarnya dikendalikan oleh Muzium Nasional Filipina, ditubuhkan pada tahun 1998 dan menempatkan koleksi lukisan dan patung oleh artis-artis Filipina klasik seperti Juan Luna, Félix Resurrección Hidalgo dan Guillermo Tolentino.

Bangunan neoklasik ini dibina pada tahun 1921 dan pada asalnya ia digunakan untuk menempatkan pelbagai badan perundangan kerajaan Filipina.   Antara tarikan utama pameran di muzium ini adalah Spoliarium oleh Juan Luna.  Lukisan ini sejak 1884 lagi telah memenangi pingat emas di Exposición Nacional de Bellas Artes di Madrid dan rahsia disebaliknya, ia menunjukkan seorang gladiator mati yang diseret dari sarkas.  Muzium ini dibuka setiap hari selasa sehingga ahad bermula dari jam 10 pagi hingga 5 petang.  Masuk adalah percuma.

 

9. City Dreams of Manila

tempat menarik di manila

Imej via [mymomfriday]

Lokasi tempat menarik di Manila kali ini sangat sesuai bagi anda untuk membawa keluarga terutamanya anak-anak yang masih kecil. City Dreams of Manila terdapat banyak kosplay  karakter kartun kegemaran anak-anak Shrek, Kung Fu Panda, Frozen dan banyak lagi yang pastinya membuatkan kanak-kanak mahupun orang dewasa sekalipun kagum melihatnya.  Banyak aktivti menarik disediakan di sini misalnya Dino Trux, How To Fly Your Dragon, Wall Of Destiny dan Dream Studio.  Sekurang kurangnya satu hari anda harus luangkan masa anda disini untuk bertemu dengan kesemua watak terbitan Dreamswork Studios. Saya fikir aktiviti disini pastinya membawa anda ke alam fantasi di samping memberikan pengalaman baru yang menakjubkan.

 

 

  1. SM Mall Of Asia

    tempat menarik di manila

    Imej via [philippines-hotels]

SM Mall Of Asia kini berada di kedudukan sebagai salah satu pusat membeli-belah terbesar di Filipina dan juga membuat senarai pusat membeli-belah terbesar di dunia. Kaum hawa pasti rambang mata melihat barangan yang dijual disini. Kompleks membeli belah ini sangat besar dan terdapat puluhan kedai yang pastinya menjadikan anda memerlukan waktu satu hari menerokai kesemua kedai di kompleks ini. Barang yang dijual beraneka jenama sama ada tempatan mahupun global.

SM Mall Of Asia mempunyai kompleks hiburan 2 tingkat dengan teater filem bertaraf dunia.  Ia juga menawarkan gelanggang skating ais pertama bersaiz olimpik. Disebabkan Mall Of Asian ini terletak betul-betul di Teluk Manila, selesai membeli-belah, anda boleh luangkan masa di restoran yang menawarkan pelbagai jenis hidangan yang lazat. Terdapat juga sebuah taman hiburan kecil di luar yang merupakan tempat yang sesuai dan baik untuk berkelah.  Anda juga boleh bersantai dan menikmati angin laut.  SM Mall Of Asia juga termasuk pusat konvensyen, kawasan konsert yang luas dan arena dalaman dengan kapasiti tempat duduk sehingga 20,000 orang.

tempat menarik di manila

Imej via [okadamanila]

Kesimpulannya, Manila mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dilawati.  Tempat-tempat yang saya syorkan kepada anda merangkumi tempat bersejarah, pusat membeli-belah, tempat berkelah dan tempat untuk anda bersantai. Mulai sekarang anda boleh membuat perancangan dan simpanan untuk ke Manila kerana pilihan anda untuk bercuti di sini adalah pilihan bijak. Jom rasa keseronokan bercuti di sini! Jemput baca tempat menarik di Hanoi dan tempat menarik di Cambodia.

 

Rujukan:

  1.  Wikipedia
  2. Philippines-Hotel
  3. Tripadvisor

 

 


Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis sepenuh masa yang aktif berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.