Teringin nak melancong ke luar negara, tapi tak tahu dimanakah tempat yang menarik, best dan patut anda kunjungi bukan? Tambah-tambah lagi, anda pasti tercari-cari destinasi pelancongan yang menjimatkan disebabkan oleh faktor mata wang yang berbeza.

Jika di Malaysia penuh dengan masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa, apa kata anda melancong ke negara yang mempunyai pelbagai budaya, adat dan masyarakat yang berbeza warna kulit pula.

tempat menarik di Melbourn

Imej via [UpgradedPoints]

Melbourne adalah bandar raya atau ibu negeri terbesar Australia selain dari sydney dan paling tak disangka, kota metropolitan ini mempunyai lebih dari 3 juta penduduk. Kota Melbourne sering melangkah maju dari segi pembangunan, pendidikan, pembandaran dan juga pelancongan. Sudah pasti terdapat banyak tempat menarik di Melbourne Australia yang bakal membuatkan anda teruja untuk melancong ke sini.

Mari kita lihat satu persatu destinasi percutian tempat menarik di Melbourne, Australia untuk anda melancong.

#1 Brighton Beach

Imej via [the journal]

Brighton Beach adalah pantai yang paling best untuk anda bermandi-manda dan melakukan pelbagai aktiviti air di luar negara.  Pantai bersih nan indah ini amat dijaga rapi oleh penjaga pantai yang amat profesional dan pemandangannya sangat cantik untuk santapan mata anda.  Memang tak salah lagi untuk anda bawa keluarga, anak-anak dan rakan-rakan bermandi-manda disini.

Anda boleh berenang di tempat menarik di Melbourne ini yang mempunyai latar tanah pasir putih, tidak berlumut serta sangat selesa untuk berendam. Untuk pengetahuan anda, Teluk Port Philip, Brighton Beach ini terletak kira-kira 11km dari Pusat Kota Melbourne dan lokasinya amat strategik untuk anda yang melancong ke sini.

Pasti anda tertanya-tanya kenapa terdapat banyak bilik seperti kotak yang bewarna-warni di pantai ini. Sebenarnya ia adalah bathing box yang kukuh dan telah wujud disitu sejak tahun 1862 lagi. Bathing box ini berperanan khas untuk anda menukar pakaian, menyimpan barang dan juga berteduh daripada sebarang cuaca yang tidak elok. Namun tidak ramai yang dapat memiliki bathing box ini, mungkin ia dikenakan sedikit bayaran untuk memilikinya.

#2 China Town

tempat menarik di Melbourne

Imej via [Timeout]

Sekiranya anda melancong ke Melbourne, China Town adalah tempat menarik di Melbourne yang wajib anda singgah. Anda boleh membeli-belah atau mendapatkan pelbagai jenis makanan seperti aneka buah-buahan serta masakan china dan juga barang-barang lain. China Town ini juga dikatakan sebagai penghibur bagi orang Tionghoa yang menetap di Melbourne kerana mereka masih boleh mendapatkan barang dan makanan tradisi yang mereka idamkan.

Cara untuk memastikan anda berada di tempat yang betul di China Town adalah anda boleh mencari sudut pintu merah yang sepenuhnya mempunyai tanglung merah di dalamnya. Mudah kan?

#3 Luna Park, Melbourne

tempat menarik di Melbourne

Imej via [Timeout]

Seperti berada di dalam fairy tale, anda akan melihat banyak permainan dan aktiviti yang menyeronokkan dan menghiburkan. Taman tema Luna Park yang merupakan tempat menarik di Melbourne ini mempunyai pelbagai tarikan seperti Roller Coaster, Twin Dragon, Metropolis, Scenic Railway dan juga Silly Serpent.

Serius semua permainan dan aktiviti hiburan disini memang first class antara semua taman tema yang pernah anda pergi. Ketinggian roller coaster dan permainan lain yang tinggi amatlah menggerunkan namun keselamatan tetap diutamakan dan anda tidak perlu risau. Jadikan semua aktiviti disini sebagai kenangan anda. Rugi kalau tak bermain taman tema Lupa, Melbourne!

#4 Queen Victoria Market

tempat menarik di melbourne

Imej via [Airfrov]

Queen Victoria Market adalah sebuah pasar besar yang sarat dengan pelbagai jualan menarik termasuklah barang cenderamata, makanan dan minuman. Boleh dikatakan tempat menarik di Melbourne ini seakan-akan seperti Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Anda bukan sahaja boleh mencuba makanan digerai-gerai terdekat, tetapi juga boleh menikmati makanan dan minuman yang dijual di cafe yang eksklusif dan lazat. Pasar yang bergaya klasik ini penuh dengan gaya seni bina Victoria. Selain pembinaan pasar ini, persembahan seni kebudayaan yang diadakan setiap minggu disini pasti menambat hati anda!

#5  Eureka Tower

tempat menarik di Melbourne

Imej via [Visit Victoria]

Bertuahnya anda jika dapat menikmati pemandangan sepenuhnya di Melbourne, ia bukan sekadar di pantai atau dalam bangunan, tetapi anda dapat melihat 360° pemandangan ditengah-tengah Melbourne. Sungguh tak dapat dinafikan bahawa Eureka Tower adalah menara tertinggi yang membolehkan anda melihat semua bangunan dari atas.

Dalam menara ini, anda boleh mengambil foto dari atas dan dalam menara. Terdapat sudut lutsinar yang membolehkan anda berdiri di atas kaca pemandangan luar seolah-olah anda memijak udara. Wau, ini memang tempat menarik di Melbourne kan?

#6 Puffing Billy Railway

tempat menarik di Melbourne

Imej via [docbrown]

Puffing Billy Railway adalah salah satu tempat menarik di Melbourne Australia untuk anda melancong. Bukan senang nak naik kereta api kuno dalam filem-filem english lama tu, kereta api klasik dan kereta apa steam, inilah masanya anda mendapatkan pengalaman terindah sambil melancong.

Anda boleh menaiki kereta api ini dan turun setelah anda puas, dalam kereta api ini, anda juga boleh menjamu selera. Paling menarik, kereta api ini adalah kereta api Thomas yang sebenar. Seperti yang anda tahu, Thomas adalah branding bagi cerita kartun yang popular di TV, pasti anak anda akan teruja mengenali Thomas di dunia sebenar!

#7 Flagstaff Garden

Imej via [flagstaffplace]

Flagstaff Garden bukanlah 100% tempat yang sesuai untuk dating, tetapi ia amat sesuai untuk anda beristirehat, berbual, beriadah, bersenam dan paling penting, bertenang.

Ketenangan di taman kota yang tertua ini boleh anda dapatkan dengan berjalan-jalan di taman, makan siang di taman, duduk di rumput bersama kawan-kawan, bergambar dan lain-lain lagi. Tidak hairanlah kenapa ramai pekerja pejabat yang melepak disini ketika waktu lunch dan rehat.

#8 National Gallery of Victoria

Imej via [TripExpert]

Jom buka mata dan minda anda dengan melawat tempat menarik di Melbourne, Australia seperti National Gallery of Victoria yang mempunyai pelbagai galeri seni lukis dan hasil seni lain.

Banyak hasil seni yang boleh anda lihat disini, antaranya adalah daripada tokoh dan nama-nama yang terkenal dalam perindustrian seni negara Australia. Anda juga boleh melihat persembahan orkestra yang juga diadakan disini dalam tempoh masa tertentu.

#9 Royal Botanic Garden Victoria

Imej via [hlimg]

Royal Botanic Garden Victoria adalah taman botani terbaik Australia yang telah ditubuhkan sejak 1845 lagi. Ianya lebih kepada taman atau kebun yang menampilkan pelbagai jenis spesis bunga dan tumbuh-tumbuhan sebagai pameran buat anda.

Lebih dari 10,000 bunga dan herba eksotik adalah bernilai untuk digunakan dalam bidang rawatan sebagai ubat tradisional bagi pelbagai penyakit. Anda boleh melihat lebih dari 30,000 tumbuh-tumbuhan dan bunga dari seluruh dunia yang dihimpunkan disini. Landskap taman Royal Botanic Garden Victoria ini sangat menarik dan cantik serta dijaga rapi.

#10  Yarra Valley

Imej via [travelguide]

Yarra Valley amat sesuai untuk anda memencilkan diri kerana tempat ini bakal membuatkan anda terlupa akan segala masalah yang anda alami. Ia seakan-akan dunia nyaman yang membolehkan anda melakukan beberapa aktiviti menarik dalam menenangkan diri anda.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan ditempat yang terlalu cantik, indah dan nyaman ini adalah bersiar-siar di kebun anggur, mengunjungi muzium dan menikmati hasil seni, menikmati rawatan di Piaf Day Spa dan juga mengunjungi beberapa tempat berdekatan yang juga menjadi tarikan Yarra Valley.

#11  Melbourne Zoo

Imej via [mycitymelbourne]

Tak salah jika anda ingin mencuba berjalan-jalan di zoo luar negara pula, anda boleh ke Melbourne Zoo. Terdapat pelbagai jenis haiwan yang unik, menarik dan eksotik boleh anda lihat disini dari dingo, wombat dan lain-lain lagi. Sudah pasti haiwan-haiwan yang dipamerkan di sini adalah haiwan tempatan dan luar negara dan dikawal rapi oleh pekerja zoo.

Untuk pengetahuan anda, Melbourne Zoo yang telah dibuka lebih dari 150 tahun ini mempnyai 320 spesis haiwan iaitu kira-kira 1520 jumlah haiwan semuanya. Melbourne Zoo ini sentiasa berkembang maju kerana terdapat banyak lawatan dari pelancong luar dan dalam negara.

#12 Immigration Museum

Imej via [wikipedia]

Nak tahu apa yang menarik di sini? Anda boleh kunjungi Immigration Museum yang merupakan muzium terkemuka di Melbourne. Pengunjung dapat mengetahui bagaimana kepentingan, cara interaksi, komunikasi dan urusan para imigran bersama dengan masyarakat moden. Muzium ini menggambarkan segala maklumat untuk anda lebih fahami.

Seperti bentuk rumah lama, bangunan ini akan menunjukkan sejarah lama berkaitan immigration ke Melbourne kepada anda. Tiada masalah untuk anda masuk ke sini bagi menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman. Ia dibuka seawal jam 10 pagi.

#13 Sea Life Melbourne Aquarium

Imej via [Viator]

Tempat menarik di Melbourne, Australia untuk anda melancong juga adalah Sea Life Melbourne Aquarium. Sea Life Melbourne Aquarium adalah aquarium ataupun koleksi haiwan air yang boleh anda lihat terang-terangan secara live.
Anda boleh masuk ke sini untuk melihat Aquarium besar yang menempatkan semua hidupan air di laut yang pelbagai warna dan saiz. Pasti anda akan teruja akan tempat menarik di Melbourne yang sesuai dilawati ketika cuaca hujan serta pelbagai spesis haiwan akuatik ini!

#14 Sunny Ridge Strawberry Farm

Imej via [crowdink]

Sunny Ridge Strawberry Farm yang merupakan tempat menarik di Melbourne, Australia amat sesuai untuk anda melancong tambah-tambah jika datang bersama keluarga dan anak-anak. Perjalanan dari Pusat Bandar Melbourne mengambil masa selama 1 jam untuk anda sampai disini.

Setibanya disini, anda boleh memetik strawberry yang segar, manis di ladang strawberry ini dan boleh menikmatinya dengan riang. Ramai pelancong yang sukakan strawberry dan keindahan kehijauan ladang boleh berkunjung ke sini. Ia dibuka pada hujung minggu untuk memudahkan lawatan pelancong tempatan dan luaran.

#15 Albert Park, Melbourne

tempat menarik di melbourne

Imej via [Traveller]

Teringin nak bermain golf atau bersukan serta berolahraga dalam suasana negara orang? Manalah tahu sekiranya anda berjumpa jodoh disini! Albert Park yang merupakan taman santai yang menawarkan aktiviti sukan dan golf sesuai untuk anda sertai. Terdapat lapangan golf terbuka dan tempat berolahraga boleh anda gunakan.

Untuk pengetahuan anda, Taman Albert, Melbourne ini juga popular sebagai tempat terbaik bagi Formula 1 Grand Prix pada March yang sering diadakan. Dari pusat kota, ia mengambil masa kira-kira 3 km sahaja untuk ke sini.

Tempat menarik di Melbourne

Imej via [Visit Victoria]

Itulah 15 tempat menarik di Melbourne, Australia yang boleh anda melancong pada bila-bila masa. Maklumlah tempat menarik sebegini, siapa yang sanggup lepaskan peluang!  Jemput baca Tempat Bersejarah di Kuala Lumpur dan Tempat Menarik di Tasik Kenyir.

 

Rujukan:

  1. Wikipedia
  2. Trip Advisor
  3. Travel Guide  

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Freelance Writer Malaysia yang suka berkongsi pelbagai info dan ilmu.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.