Mukah, Sarawak yang sering diakses melalui jalan udara dengan penerbangan dari Kuching dan Miri ini juga menghubungkan bandar Dalat sekitar 30 kilometer dari Mukah ke Sibu.  Mengikut bancian yang didapatkan pada tahun 2000, penduduk Mukah berjumlah lebih kurang 47,900 orang dan kebanyakan daripada mereka adalah berbangsa Melanau.  Tidak hairanlah jika terdapat banyak tempat menarik di Mukah ini berkonsepkan tradisional dan moden sekalipun. Semuanya adalah dari campuran budaya, kesenian dan sejarah lama.

tempat menarik di mukah

Imej via [Kamek Miak Sarawak]

Tempat Menarik di Mukah Revolusi Dari Sejarah Mukah

tempat menarik di mukah

Imej via [sarawak]

Orang Melanau adalah kumpulan pribumi terawal yang menetap di Mukah. Sejak kerajaan Majapahit lagi, Mukah telah wujud di mana tempat yang dikenal sebagai “Melano” telah menjadi sebahagian Kerajaan Brunei pada abad ke-13 inilah sejarahnya.  Mukah kemudiannya menjadi milik Kerajaan Sarawak pada tahun 1860. Masih anda ingat ketika James Brooke menyelamatkan beberapa orang awam dari lanun Moro selepas pertempuran tentera laut di pergunungan Mukah?

Semasa pertempuran, pembantu Brooke iaitu Rainbow telah menenggelamkan empat perahu dan membunuh  satu sama lain dengan meriam. Lebih 100 lanun telah terbunuh atau cedera dalam pertarungan manakala Brooke, uskup Francis McDougall dan pengikut mereka dari Sarawak, kebanyakannya selamat.

Dek sejarah zaman berzaman, tercetusnya keunikan dan kesenian dari kebudayaan malah ia mempengaruhi tempat-tempat yang dibina di Mukah.  Mari kita lihat 11 tempat menarik di Mukah, Sarawak yang berkonsepkan tradisional dan moden.

 

  1. Lamin Dana Telian Mukah

tempat menarik di mukah

Imej via [lamindana]

Lamin Dana terletak di Kampung Telian. Tempat menarik di Mukah ini mempamerkan seni tradisional, kraf dan makanan Melanau asli. Lamin Dana yang bermaksud rumah tradisional dalam bahasa Melanau kuno telah menjadi tumpuan di mana ia mempamerkan segala-galanya yang berkaitan warisan, sejarah dan budaya suku Melanau purba.

Ia juga adalah rumah tumpangan pengunjung dan pusat kebudayaan. Banyak aktiviti berfaedah dijalankan seperti melatih orang-orang tempatan dalam seni dan kraf tradisional untuk menyediakan pendapatan tambahan kepada berpuluh-puluh keluarga di kampung.

Lamin Dana dibina dengan gaya rumah tradisional Melanau tinggi hanya menggunakan bahan asli. Tempat menarik di Mukah ini juga menyediakan makanan asli Melanau dan menawarkan aktiviti seperti menaiki bot, melawat bakau dan menyewa basikal untuk bersiar siar. Anda boleh ke sini pada hari isnin sehingga jumaat bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

 

  1.  Sapan Puloh  Muzium Melanau

tempat menarik di mukah

Imej via [cikguhailmi]

Sapan Puloh Muzium Melanau merupakan muzium yang mempamerkan simpanan barangan lama khazanah masyarakat Melanau dan selalu menjadi tarikan pengunjung di Mukah. Antara tarikan utama pengunjung di tempat menarik di Mukah ini adalah kelengkapan istiadat perkhawinan, barangan untuk majlis dan pelbagai artifak perubatan yang digunakan oleh mereka sejak dahulu kala.

Muzium mini ini sebenarnya diasaskan oleh seorang lelaki bernama Tommy Black Mark di mana segala barangan yang dipamerkan disini adalah milik warisan keluarganya turun temurun. Muzium ini dibuka setiap hari pada pukul 9 pagi hingga 5 petang manakala bayaran yang dikenakan sekitar RM2 hingga RM10 ringgit.

 

3.  Pantai Mukah

tempat menarik di mukah

Imej via [ronleecoxbarrabas]

Pantai Mukah adalah permata tersembunyi yang memberi anda peluang untuk menjauhkan diri dari semua kesibukan bekerja dan menghabiskan masa yang berkualiti dengan orang tersayang anda. Pada kebiasaannya  Pantai Mukah ini akan dipenuhi penduduk tempatan serta pelancong ketika waktu matahari terbit dan matahari terbenam. Suasananya amat tenang dan rileks.

Anda boleh menikmati pemandangan yang indah sambil bermalas-malasan serta berkelah di sekitar pantai dengan panorama indah di Pantai Mukah. Pantai ini merupakan salah satu daripada beberapa perkara yang menarik di Mukah, anda tidak sepatutnya terlepas melawat pantai ini. Tambahan pula suasana pemandangannya pada malam hari memang cantik dan mengujakan.

 

  1.  Masjid Setia Raja

tempat menarik di mukah

Imej via [Cuti-Cuti Malaysia]

Masjid Setia Raja adalah tempat ibadat di Mukah yang ditubuhkan pada akhir Boulevard Setia Raja. Struktur kubahnya unik kerana ia direka seperti topi Melanau Terendak tradisional. Kubah biru dan coklat yang hebat ini menguasai pemandangan bandar lama dan menarik para penganut dan pelancong. Ramai orang menganggapnya sebagai salah satu masjid yang indah di Asia Tenggara.

Seni bina dan reka bentuknya pasti menambat hati sesiapa sahaja yang datang ke rumah Allah ini. Terasa ketenangan dan ketenteraman yang menusuk kalbu usai berkunjung ke tempat menarik di Mukah ini. Anda juga boleh beribadat dan menunaikan solat di sini.

 

5.  Kilang Memproses Sagu

tempat menarik di mukah

Imej via [lifebeginsatforty40]

Sago Factory Chimney adalah salah satu cerobong terkenal Malaysia. Ini adalah cerobong abad ke-19 dari Kilang Palma Sago dan walaupun kilangnya ditutup pada abad ke-20, struktur bersejarah ini masih berdiri hari ini di tengah-tengah kota lama. Melawat cerobong ini adalah salah satu perkara yang menyeronokkan di Mukah.

Palma sagu berkembang pesat di tanah gambut Delta Rajang pada abad ke-19. Pada awal abad ke-20, harga tepung sagu menjunam, menyebabkan kilang ini ditutup. Bukan sahaja ia telah mendominasi langit bandar pedesaan ini, struktur ini juga menjadi mercu tanda ikon selama beberapa dekad lamanya.

Di Mukah dan Dalat terdapat banyak ladang dan kilang memproses sagu  kerana pokok sagu tumbuh dengan subur sekali di negeri majoriti Melanau ini. Kerja-kerja untuk mendapatkan tepung daripada batang sagu telah diusahakan dan diwarisi oleh nenek moyang mereka sekian lama. Jom melawat tempat menarik di Mukah yang berkonsepkan tradisional dan moden ini!

 

  1.  Jambatan Batang Mukah

tempat menarik di mukah

Imej via [Freyssinet]

Jambatan Batang Mukah adalah satu-satunya jambatan di bahagian Mukah yang menghubungkan bandar Mukah dengan Sibu. Jambatan sepanjang 234 meter dan mempunyai 4 lorong kenderaan ini telah siap pada 8 Mei 2006. Jambatan yang bernilai RM 48 juta ini dirasmikan oleh ketua menteri Sarawak pada 8 Mei 2006.  Anda boleh berhenti di jambatan ini untuk mengambil gambar dan merakam momen-momen pemandangan indah bandar dan Sungai Gigis. Ia juga merupakan beberapa mercu tanda di sekitar bandar Mukah ini.

 

7.  Boulevard Setia Raja

tempat menarik di mukah

Imej via [ajinbgagah]

Bagi mereka yang berminat untuk membeli-belah di Mukah, Boulevard Setia Raja adalah tempat yang sepatutnya anda datang.  Jalan yang sibuk ini terletak di bandar lama dan dipenuhi dengan kedai kecil dan butik menawan yang menawarkan barangan dengan harga yang berbeza. Berjalan-jalan di sepanjang tempat menarik di Mukah ini harus menjadi salah satu perkara penting wajib dilakukan sekiranya anda berkunjung ke sini.

Jalan ini juga menjadi rumah kepada beberapa bangunan mercu tanda di Mukah yang boleh anda lawati semasa membeli-belah di sini.  Terdapat gerai-gerai menjual pelbagai barangan menarik serta ada juga beberapa tempat makan yang pastinya menyediakan juadah yang lazat buat anda.

 

  1.  Taman Tanjung Pedada

tempat menarik di mukah

Imej via [flikcr]

Taman Tanjung Pedada adalah sebuah perkampungan nelayan kecil yang terletak berdekatan dengan jeti Mukah.  Untuk sampai ke tempat menarik di Mukah ini, anda perlu menaiki bot kecil dari bandar Mukah. Taman Tanjung Pedada yang tersembunyi ini merupakan salah satu tempat yang mesti anda lawati di sekitar Mukah.

Anda boleh melihat  keindahan hutan bakau dan menikmati udara yang cukup segar di sini. Perkampungan kecil yang menarik ini bukanlah destinasi pelancongan yang tepat, tetapi tempat yang sesuai untuk mendapatkan gambaran gaya hidup tempatan. Dikelilingi oleh keindahan semulajadi yang menakjubkan, melawat Taman Tanjung Pedada memberi kenangan berkonsepkan tradisional buat anda kerana anda dapat mempelajari soal budaya dan kehidupan orang Melanau.

 

  1.  Pesta Mukah Kaul

tempat menarik di mukah

Imej via [kenqutra]

Orang Melanau yang tinggal di kawasan pantai menyambut perayaan Kaul setiap tahun pada minggu ke-3 April. Salah satu festival utama di Mukah ini menempatkan sebuah penempatan yang dipanggil Pesta Mukah Kaul.  Uniknya ia telah menjadi sebuah tempat menarik di Mukah untuk anda lawati.

Tahukah anda, perayaan pesta Mukah ini berlangsung selama seminggu di tebing sungai Mukah? Pada masa lalu, Kaul diadakan sebagai upacara keagamaan untuk menghiburkan semangat laut, tanah, hutan dan ladang justeru menjadikannya festival paling penting dalam kalendar tradisional Melanau.

Sekiranya anda melawat Mukah pada bulan April, anda akan mendapati bahawa terdapat banyak gerai berbeza yang menjual hidangan tradisional di pinggir sungai. Selain itu, anda dapat mencuba pakaian tradisional orang melanau, bermain permainan tradisional seperti Tibau, menikmati makanan tradisional Mukah dan menyelami sedikit sebanyak budaya orang Mukah di sini.

 

10.  Riverside Seafood Restaurant

tempat menarik di mukah

Imej via [tripadvisor]

Terdapat sebuah restoran yang terkenal dengan konsistensinya yang dikenali sebagai Riverside Seafood dan juga merupakan tempat menarik di Mukah. Kedudukannya hanya 5 minit berjalan kaki dari pasar dan beberapa hotel Mukah , pastinya strategik. Restoran tepi sungai ini menyajikan beberapa hidangan Melanau yang paling tulen dan asli untuk anda nikmati.

Daya tarikan utama menu mereka adalah hidangan Melanau, umai, yang dimasak dengan segar hasil campuran bumbu. Restoran ini akan menjadi sesak dengan kehadiran ramai orang pada waktu malam. JIika anda ke sini bersama keluarga, seeloknya anda membuat tempahan meja terlebih dahulu.

 

  1. Medan Mall Mukah

tempat menarik di mukah

Imej via [medan]

Medan mall yang merupakan supermarket terbesar di Mukah ini terletak di Bandar Baru, Mukah. Anda boleh mendapatkan barangan dengan harga yang murah berbanding beberapa supermarket di semenanjung Malaysia. Supermarket ini bukan sahaja terdapat di Mukah bahkan juga dibuka di beberapa tempat di seluruh sarawak. Sekali sekala singgah di sini berbelanja apa salahnya. Ia juga sering dikunjungi pelancong dan dikatakan sebagai tempat menarik di Mukah.

12.  Kingwood Resort Mukah

tempat menarik di mukah

Imej via [Yooutube]

Kingwood Resort Mukah adalah sebuah tempat menarik di Mukah yang pastinya menjadi pilihan ramai pengunjung. Anda bukan sahaja dapat berhibur di sini tetapi juga dapat menginap terus di Resort ini. Paling tak sabar lagi, anda pasti ingin bermandi-manda di pantai berhadapapan Kingwood Resort Mukah ini, anda juga boleh mandi di kolam mandi yang telah disediakan di sini.  Memang wajib jika datang bercuti di sini bersama anak-anak, kolam dan pantai yang luas, bersih dan meriah ini menjadi buruan mereka!

Dari segi peginapan, bilik tidur dan makanan yang turut disediakan di Resort ini memang gred A dan tidak mengecewakan.  Sedihnya jika bercuti hanya sehari dua di sini, lebih lama lebih seronok kan? Anda boleh keluar pada malam hari untuk menikmati suasana angin pantai malam sambil memancing atau melihat pemancing memancing di pantai. Dapatlah anda melakukan aktiviti outdoor juga sepanjang berada di sini.

tempat menarik di mukah

Imej via [sarawaktourism]

Sekian itulah beberapa tempat menarik di Mukah yang ingin kami cadangkan buat anda. Jika anda berada di Sarawak, ringan-ringakanlah kaki melawat daerah Mukah. Pasti ia memberi kelainan dan pengalaman yang berharga buat anda kerana kebanyakan tempat menarik di Mukah berkonsepkan tradisional dan juga moden.   Jemput baca tempat menarik di Seremban 2 dan tempat menarik di Rembau pula.

 

Rujukan:

  1.  Triphobo
  2.  Wikipedia
  3.  Trip Advisor

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.