Ramai yang keliru antara negara Oman dan Yaman. Sebenarnya, kedua-dua negara ini adalah tidak sama dan berbeza.  Oman adalah salah sebuah negara  Timur Tengah yang terletak di bahagian tenggara Semenanjung Arab.  Ianya bersempadan dengan Emiriah Arab Bersatu yang letaknya pula adalah di sebelah barat laut.  

Untuk pengetahuan anda, negara Arab Saudi berada di barat dan Yaman pula berada di barat daya. Lain dari yang lain, pasti anda tak sabar untuk mengetahuai tempat menarik di Oman ini. Tahukah anda, ibu negara Oman adalah Muscat. Pernah dengar?

Negara Oman bersaiz kecil iaitu lebih kurang seperti separuh dari Pulau Sumatera, Indonesia.  Dalam negara yang kecil itu pula, sekitar 98.8% penduduknya adalah beragama Islam. Sememangnya ia adalah negara Islam yang boleh anda lawati. Jom lihat tempat menarik di Oman yang indah dan sesuai dikunjungi ramai ini.

 

1.  Musandam Fjords

tempat menarik di oman

Imej via [skylandtourism]

Musandam Fjords adalah sebuah pantai jernih yang indah tetapi agak terpencil. Namun, ia adalah sebuah tempat menarik di Oman yang menjadi destinasi para pelancong.  

Semenanjung Musandam terletak di bahagian paling utara Oman, malah ia dipisahkan dari bahagian lain negara tersebut oleh Uni Emirat Arab.

Sepanjang berada di sini, anda boleh mengembara, menjelajah pantai, menaiki perahu tradisional Oman, scuba diving dan lain-lain lagi. Pasti cukup seronok sepanjang berada di sini!

 

 2.  Misfat al Abryeen

tempat menarik di oman

Imej via [omanobserver]

Tempat menarik di Oman ini agak klasik dan tradisional seperti zaman-zaman dahulu kala. Inilah dia Misfat Al Abryeen.  Ia merupakan sebuah kampung kecil di atas gunung. Anda juga boleh melihat rumah-rumah yang berwarna coklat dan jingga di sini.  Para pelancong yang berkunjung ke sini akan naik ke menara untuk melihat Misfat al Abryeen dari atas.

 

3.  Muscat

tempat menarik di oman

Imej via [wishlistsandwanderings]

Sebagai sebuah ibu kota negara, Muscat adalah tempat menarik di Oman yang amat terkenal.  Di sini, ianya umpama sebuah bandar yang lengkap dengan pelbagai tempat untuk anda kunjungi. Anda boleh ke istana, muzium, benteng, pasar tradisional dan lain-lain lagi.

Tiada alasan lagi untuk tidak keluar berjalan-jalan sepanjang anda berada di Muscat. Dari kejauhan pelabuhan Muscat, anda pasti terpegun melihat keindahan Istana Kerajaan Qasr Al Alam.

 

4.  Wahiba Sands

tempat menarik di oman

Imej via [holidify]

Seandainya anda inginkan percutian yang berbeza dan lain dari yang lain, tempat menarik di Oman ini amat tepat buat anda. Wahiba Sands adalah padang pasir yang luas terletak di pusat Oman. Pasti anda tak pernah ke tempat sebegini seumur hidup anda kan.

Mereka yang menetap di Wahiba Sands ini adalah penduduk asli Oman dan orang Bedu. Semuanya di sini masih lagi berkonsepkan tradisional. Pelancong di sini boleh menunggang unta ketika berada di gurun pasir, pasti seronok mendapat pengalaman sedemikian. Anda juga boleh berkhemah di gurun.

 

5.  Jebel Akhdar

tempat menarik di oman

Imej via [whywander]

Jebel Akhdar atau Gunung Hijau ini bukan sahaja merupakan tempat menarik di Oman, tetapi juga tempat untuk anda mendapatkan ketenangan.  Ia adalah sebahagian dari Pegunungan Al Hajar. Namanya tidak seperti keadaannya dimana ia diperbuat daripada batu-batu dan pergunungan kapur. Amat menakjubkan, ia menjadi titik tertinggi di Oman. Suasana dan cuaca tempat menarik di Oman ini selalu sejuk dan dingin kerana ia sangat tinggi, biarpun tidak mempunyai pokok-pokok yang hijau.

 

6.  Bahla

tempat menarik di oman

Imej via [flickr]

Keadaan Bahla juga diumpamakan seperti padang pasir, hampir sama juga macam Wahiba Sands. Ia terletak di Oman utara, Bahla dan mempunyai jumlah pengunjung yang juga ramai setiap tahun.  

Antara tarikan yang terdapat di Bahla adalah Benteng Bahla yang telah ditubuhkan pada abad ke-13. Selain itu, Bahla terdiri daripada pelbagai jenis bangunan kuno yang diperbuat daripada batako dengan kepanjangannya hampir 7 mil.

 

7.  Masjid Agung Sultan Qaboos

tempat menarik di oman

Imej via [republika]

Masuk sahaja ke kawasan Masjid ini, pasti anda terpegun melihatnya.  Pada tahun 2001, masjid ini telah dirasmikan dan namanya pula diambil bersempena dengan  nama Sultan Oman. Ia juga dikategorikan sebagai tempat menarik di Oman yang terletak di tengah Kota Muscat. 

Tahukah anda, masjid ini memegang rekod kedua sebagai masjid dengan karpet buatan tangan terbesar di dunia.  Ia memiliki keluasan bangunan kira-kira 40,000 meter persegi, malah masjid ini juga turut tersenarai dalam 11 masjid terbesar dan termegah di dunia. Hebat bukan?

Menarik lagi, ruang-ruang bahagian tempat solat yang terdapat di dalam masjid Agung Sultan Qaboos ini mampu menampung hingga 20,000 jemaah dalam satu masa. Selain keindahan dan kemegahan bentuk dan rekaan bangunan masjid ini, terdapat juga sebuah taman yang sangat cantik dan indah bakal membuatkan anda terpukau.

 

8.  Salalah

tempat menarik di oman

Imej via [milleworld]

Ketenangan yang dicari pasti akan ditemui di salah sebuah tempat menarik di Oman ini.  Salalah merupakan kota kedua terbesar di Oman yang penuh kehijauan alam semulajadi.  Anda boleh bermandi manda dan bermain air di salah sebuah air terjun ini.

Berkunjung ke sini tidaklah membosankan kerana terdapat festival yang disambut pada musim-musim tertentu. Antaranya adalah khareef yang diselenggarakan selama musim hujan di sini. Musim hujan selalunya antara Julai sehingga September. Anda boleh melihat gurun yang tandus kelihatan subur dan hijau, malah air terjun dan sungai akan turut mengalir. Ia juga disebut adalah Salalah Monsoon.

 

9.  Mohammed Al Ameen Mosque

tempat menarik di oman

Imej via [youtube]

Bangunan dan seni bina reka bentuk Masjid Mohammed Al Ameen ini sangat indah bagaikan istana zaman dahulu kala. Lokasinya yang terletak di puncak bukit ini membolehkan anda melihat dari mana-mana bandar kota, pasti akan kelihatan masjid ini.  Meluangkan masa pada malam hari membolehkan anda menikmati kecantikan luar biasa di sini.

Tempat menarik di Oman ini sangat cantik dan kemas dimana dindingnya yang diperbuat dari marmar putih tampak amat kemas sekali. Luangkanlah masa anda ke sini untuk beribadat sekaligus menikmati keindahannya. Pasti ia amat menenangkan hati dan menggembirakan. 

 

10.  Benteng Jabrin

tempat menarik di oman

Imej via [tripadvisor]

Suasana luar yang tenang, benteng ini berada dalam suasana seolah-olah padang pasir juga.  Tempat menarik di Oman ini memiliki sebuah panduan audio dan membolehkan anda melihat pemandangan semulajadi.  Pemandangan bulan dan matahari juga boleh anda amati dari benteng ini.  Benteng Jabrin ini berada berdekatan dengan Al Hazm Castle sahaja.

 

11.   Al Hazm Castle

tempat menarik di oman

Imej via [flickr]

Istana Al Hazm ini adalah tempat bersejarah dan tempat menarik di Oman yang boleh anda lawati. Di sini, terdapat pelbagai ruang yang boleh anda jejak seperti kamar yang dikatakan berhantu. Anda boleh melihat meriam yang berasal sejak abad ke 16 lagi.  

Pelbagai maklumat dan informasi disediaka di sini sebagai pelajaran untuk anda ikuti.  Sudah pasti anda boleh memahami sejarah dan budaya Oman. Setibanya di sini, beberapa petugas istana akan menyambut anda. Pengembaraan ini akan menjadi sangat seronok dengan suasana istana ini ala-ala dalam filem mumia.

 

12.  Istana Kerajaan Al Alam

tempat menarik di oman

Imej via [tripadvisor]

Berkunjung ke Muscat, jangan lupa singgah di Istana Kerajaan Al Alam. Istana ini pasti membuatkan anda berasa amat tenang dan aman. Saiznya sahaja amat luas dan besar, namun ia adalah berkonsep sederhana dengan aksen warna merah yang cantik.  Anda juga boleh bersiar-siar di sekitar istana dimana terdapat masjid, muzium nasional, benteng, pergunungan batu dan banyak lagi. 

Istana Kerajaan Al Alam ini sememangnya merupakan destinasi pelancong dalam dan luar negara. Selain menikmati keindahan bangunan dan keunikan tempat ini, anda boleh bergambar dengan bangunan yang menjadi kebanggaan penduduk di sini.

 

13.  Royal Opera House

tempat menarik di oman

Imej via [timesofoman]

Pasti anda tertanya-tanya, apakah Royal Opera House yang terletak di Oman ini? Sebenarnya, tempat yang cantik seolah-olah istana ini merupakan Gedung Opera Royal yang memaparkan teater terbaik seperti konsert, auditorium dan sebagainya.  Anda boleh menonton panggung dan menikmati makanan yang amat menyelerakan di restoran berdekatan Royal Opera House ini.

 

14.  Khasab Fort

tempat menarik di oman

Imej via [tourlane]

Jika anda sukakan tempat yang ala-ala klasik, Khasab Fort adalah tempat menarik di Oman yang sememangnya begitu.  Anda boleh melihat bangunan yang dibina oleh Portugis ini secara keseluruhannya kerana ia amat luas. Terdapat benteng yang mudah diakses dan menara kecil kamar yang terpelihara di sini. Melihat menara dari Theo Peninsula adalah kegilaan ramai. Sudah pasti sejarah dan kebudayaannya juga amat terserlah!

 

15.  Yiti

tempat menarik di oman

Imej via [trover]

Amat jarang diketahui oleh pelancong, tetapi Yiti sebenarnya adalah tempat menarik di Oman yang agak sedikit panjang perjalanannya jika anda datang dari Muscat.  Anda akan melalui Yiti Street dimana jalannya lebih tua dan berliku, ia berada secara melintang di distrik Hamriyah.

Yiti adalah sebuah pantai yang sangat popular dalam kalangan penduduk setempat, tetapi pelancong juga sudah mengetahui dan mengunjungi pantai ini. Pantai ini menjadi tarikan ramai kerana keadaannya yang bersih, cantik dan nyaman.  Lakukan aktiviti seperti berkhemah, berkelah adalah dialu-alukan.

 

16.  Corniche

tempat menarik di oman

Imej via [bautrip]

Siapa kata Oman hanya mempunyai tempat ala-ala padang pasir sahaja? Corniche adalah tempat menarik di Oman yang berkonsepkan santai dan riadah. Ia adalah tempat rekreasi yang boleh anda kunjungi untuk berjalan-jalan sama ada siang mahupun malam.  Laut biru dan suasana Corniche amat indah untuk anda lawati, bawalah teman istimewa sekali!

Berjalan-jalan atau berjogging sudah pasti merupakan aktiviti yang boleh dilakukan di sini.  Bersantai, mengambil udara segar tepi laut dan menikmati pemandangan dapat menenangkan anda di kota Muscat ini.  Sesetengah pelancong akan mendapatkan bas dari sini untuk bersiar-siar di dalam bandar Muscat.

17.  Muttrah Souq

tempat menarik di oman

Imej via [flickr]

Muttrah Souq adalah sebuah tempat membeli-belah yang menjadi kegilaan ramai pelancong. Ia adalah destinasi pelancongan yang jarang dilepaskan, wajib untuk anda berkunjung ke sini. Anda boleh mencuci mata melihat pelbagai barang yang dijual seperti barang kraftangan, aksesori, barang tembaga dengan pelbagai bentuk, cenderamata, perhiasan dan lain-lain lagi.

Tempat menarik di Oman ini juga amat besar kawasannya, pasti puas anda berjalan-jalan dan membeli belah di sini. Oh ya, jangan lupa bawa duit yang banyak ya! Tidak sah kalau anda ke sini tidak membeli apa-apa, pasti ada sahaja barang yang dibawa pulang. 

 

Lain-Lain Tempat Membeli-belah di Oman

Selain Muttrah Souq, terdapat beberapa tempat membeli-belah di Oman yang boleh anda kunjungi seperti Nizwa Souq, Haffa Souq dan Sinaw Souq. Jangan lupa juga masukkan senarai beli tempat seperti Kompleks Al Harthy, Kompleks Al Araimi dan Plaza Al Khamis sebagai tempat membeli-belah anda.

Itulah dia 17 tempat menarik di Oman dan tempat membeli-belah yang boleh anda kunjungi kelak. Buatlah persiapan awal untuk melawat tempat menarik di Oman, pasti ia merupakan kenangan amat bermakna buat anda. Jom baca juga tempat menarik di Flores Indonesia, tempat menarik di Eropah dan tempat menarik di Chiang Mai.

 

Rujukan:

  1. tripadvisor
  2. liputan6
  3. msn

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Avatar

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.