Mencari idea tempat menarik di Padang Besar?

Biasanya kita dengar orang pergi ke Padang Besar untuk membeli-belah barangan yang dijual dengan murah di sana. Tapi tahukah anda, selain syurga membeli-belah, Padang Besar juga mempunyai daya tarikan perlancongan yang unik dan hebat. Kalau anda sedang mencari destinasi percutian sempena cuti sekolah, kami cadangkan anda bercuti ke Padang Besar. Jom kami kongsikan tempat menarik di Padang Besar yang boleh anda kunjungi semasa bercuti di sana.

tempat menarik di padang besar

Sumber: Tripodadvisor

1. Pasar Padang Besar

Pasar Padang Besar adalah tempat menarik di Padang Besar yang wajib anda lawati semasa bercuti-cuti Malaysia di Padang Besar. Apa yang menarik di sini? Semestinya aktiviti membeli-belah. Pasar Padang Besar merupakan syurga membeli-belah. Di sini terdapat pelbagai barangan dengan harga yang murah. Malah anda masih boleh tawar-menawar untuk mendapat harga yang murah.

Di antara barangan yang ada dijual di sini ialah:

  • Pakaian. Kebanyakan pakaian yang dijual di Padang Besar adalah diimport dari Thailand. Apa sahaja pakaian yang anda cari, semuanya ada di sini. Baju wanita, baju muslimah, baju lelaki, baju kanak-kanak. Anda pasti rambang mata semasa memilih.
  • Makanan. Selain pakaikan, ada berbagai-bagai jenis makanan dijual disini. Apa yang menarik, di sini juga terdapat makanan istimewa yang sukar untuk didapati di tempat lain iaitu makanan dari Thailand seperti pulut mangga, pulut ayam, pulut durian, padthai, tomyam, paprik dan makanan ringan dari negara tersebut yang sangat popular di Malaysia seperti jeruk kering, kekacang, dan sebagainya.
  • Peralatan dapur. Kalau anda mencari barangan keperluan dapur seperti periuk, belanga, kuali, senduk, dusu garfu, dan lain-lain, ia juga ada di sini. Kedai-kedia di sini juga ada menjual barangan dapur dalam berbagai saiz dengan harga yang agak murah.
  • Barangan bilik tidur. Barangan bilik tidur seperti selimut, toto, narita, bantal kekabu dan set tilam bayi juga ada dijual dengan harga yang murah di sini.
  • Beg. Anda mencari beg? Terdapat berbagai-bagai jenis beg yang dijual di sini seperti beg galas, beg pengembaraan, beg kanak-kanak, beg sekolah, bagasi,  dan sebagainya.
  • Barangan kelengkapan perkahwinan. Bagi mereka yang bakal naik pelamin, di Pekan Padang Besar juga ada dijual barangan pengantin dengan design yang terbaru.
  • Kasut. Anda mencari kasut? Boleh shopping di sini.

2. Wang Kelian

Dah puas bershopping di Pasar Padang Besar, destinasi menarik di Padang Besar yang seterusnya ialah Wang Kelian yang merupakan satu lagi tempat membeli-belah yang popular di Padang Besar. Wanga Kelain menjadi tumpuan ramai kerana di sini terdapat pelbagai barangan yang dijual dengan harga murah dan lengkap dengan kemudahan asas seperti tandas dan masjid.

Untuk anda yang suka berselfie untuk dimuat naik ke media sosial, bolehlah bergambar di  papan tanda besar Wang Kelian untuk dikongsikan bersama sahabat maya. Perkara pertama yang perlu anda lakukan apabila sampai di sini ialah makan makanan Thailand yang dijual di sini seperti rojak buah, pulut ayam, dan somtam dengan rasa original dari Thailand. Kemudian bolehlah anda cuci mata sambil cuci poket melihat barangan seperti:

  • Hasil kraftangan dari rotan dan buluh seperti bakul, loceng angin, dulang, kerusi rotan, beg rotan, dan sebagainya.
  • Makanan kering dan basah seperti keropok lekor dan keropok kering, kerepek, biskut, kuih, kek, belacan, bahan mentah untuk memasak seperti bawang, halia dan kunyit, dan sebagainya.
  • Pakaian. Seperti di Pasar Padang Besar, di Wang Kelian juga ada banyak menjual pakaian seperti seluar dan baju lelaki, baju wanita, kain tudung, selendang, baju kanak-kanak, baju bayi, tali pinggang, kasut, dan sebagainya.
  • Aksesori wanita seperti tudung kerongsang, cekak rambut, getah rambut, rantai, gelang, dan subang juga ada dijual di sini.
  • Permainan kanak-kanak untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan juga ada di sini. Anda pasti rambang mata melihat alatan permainan seperti seperti bola, kasut, anak patung, alat muzik gitar, baju superhero, buku elektronik dan lagu, alat menulis, teddy bear dan sebagainya yang dijual dengan harga yang murah.
  • Tilam, bantal, cadar, selimut, toto, dan narita beraneka warna dan corak untuk anda pilih juga ada di sini.
  • Barang perkahwinan, door gift dan hantaran untuk pengantin juga ada di sini, istimewa untuk bakal raja sehari.
  • Barang perhiasan rumah seperti penyangkut baju, frame gambar, meja jepun dan kerusi malas juga ada dijual di sini.

Pastinya anda tak puas membeli-belah di Wang Kelian. Jangan lupa untuk bawa duit secukupnya, kalau tak gigit jari.

tempat menarik di padang besar

Sumber: Astroawani

3. Padang Waremart

Padang Waremart adalah sebuahpusat membeli-belah setingkat yang terletak berhadapan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Padang Besar. Kalau anda mencari barangan untuk dijadikan sebagai cenderamata, di sini adalah tempat yang sesuai untuk anda membeli kerana di sini terdapat banyak kedai yang menjual cenderamata. Jika anda peminat sukan bola sepak dan suka mengumpulkan jersey, di sini ada kedai menjual jersey. Bolehlah anda tambah koleksi jersey yang ada.

4. Arked Niaga Padang Besar

Dah puas berjalan-jalan di Pasar Padang Besar , Wang Kelian, dan Padang Waremart,  jom berjalan-jalan di Arked Niaga Padang Besar yang merupakan sebuah kompleks beli-belah dua tingkat yang terkenal di Padang Besar.  Apa yang menarik, di sini anda boleh jumpa dengan barangan dengan jenama yang jarang anda jumpa di tempat lain dengan harga yang rendah dan berbaloi.

Di antara barangan yang dijual di premis di Arked Niaga Padang Besar ialah:

  • Pakaian lelaki
  • Pakaian wanita
  • Pakaian kanak-kanak
  • Jam tangan
  • Produk kecantikan
  • Barangan elektrik perabot
  • Cadar, selimut, toto
  • Kelengkapan perkahwinan

5. Medan Selera Padang Besar

Bila dah banyak berjalan cuci mata dan membeli-belah, pastinya perut anda akan berasa lapar. Apa kata kalau anda isi perut di Medan Selera Padang Besar yang terletak di hadapan Arkid Niaga Padang Besar. Terdapat pelbagai pilihan makanan di sini sama ada makanan melayu, Indonesia, dan Thailand. Pastinya anda tak tahu nak pilih makanan yang mana satu sebagai juadah untuk hari tersebut. Lepas perut dah kenyang, bolehlah anda teruskan percutian untuk melawat tempat menarik di Padang Besar yang seterusnya.

tempat menarik di padang besar

Sumber: Whats4eat

6. Pasar Satun

Alang-alang dah sampai di sempadan Malaysia-Thailand, apa kata kalau anda panjangkan langkah untuk bercuti di Pasar Satun yang terletak bersempadan dengan Malaysia. Di Pasar Satun, ada banyak juga barang yang dijual dengan harga murah. Bolehlah anda sambung membeli-belah di sini. Juga terdapat banyak gerai yang menjual makanan Thailand yang halal di tepi-tepi jalan untuk anda mengisi perut. Apa yang menarik, terdapat juga gerai menjual barang tradisional, barang antik, dan hasil kraftangan seperti cincin lama, beg hasil anyaman rotan, pinggan lama, dan sebagainya.

7. Gua Kelam

Perlis adalah sebuah negeri yang kecil. Kalau anda dah sampai ke Padang Besar, bolehlah anda melawat Gua Kelam yang terletak di Kaki Bukit, tak jauh dari Padang Besar. Untuk maklumat anda, Gua Kelam merupakan gua batu kapur unik dengan kepanjangan 370 meter. Di dalam guna, anda boleh berjalan-jalan di atas jambatan kayu dengan berkelebaran 8 kaki yang disediakan. Anda pastinya terpesona melihat keindahan gua seperti stalaktik, stalagnit, dan sungai bawah tanah yang mengalir  menuju ke Sungai Perlis. Gua Kelam dibuka setiap hari dari pukul 9.00 pagi sehingga 6.00 petang dengan bayaran masuk sebanyak RM1 untuk dewasa dan Rm0.50 untuk kanak-kanak.

8. Hutan Lipur Bukit Ayer

Hutan Lipur Bukit Ayer juga terletak tak jauh dari Padang Besar. Ia terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Bukti Bintang. Hutan lipur ini menjadi tumpuan utama penduduk setempat dan pelancong kerana keindahan alam semula jadinya dan gelongsor buatan yang ada di kolam mandi buatan di sini. Bolehlah anda bersantai seisi keluarga sambil mandi-manda, berenang, berkelah, berbabeku, berkhemah, dan jungle trekking di sini.

tempat menarik di padang besar

Sumber: Orangperlis

Itulah dia 8 tempat menarik di Padanga Besar yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Cuma satu pesan kami, kalau nak bercuti ke Padang Besar jangan lupa untuk bawa duit lebih supaya anda boleh shopping sepuas-puasnya semasa ada di sana. Percayalah, anda pasti akan rambang mata.

Jemput juga baca artikel tulisan kami seperti tempat menarik di Semporna, tempat menarik di Kulim, dan tempat menarik di Pontian. Manalah tahu anda bercadang ke sana.

Nota Ammboi: Nak tak saya kongsikan kisah saya bermalam di bilik hotel ini pada harga RM2 untuk 2 hari?

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.