Perak merupakan salah satu negeri yang terletak di tanah besar Semenanjung Malaysia. Ia bersempadan dengan Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Pahang. Malah ada bahgian di Perak juga yang bersempadan dengan Siam (Thailand). Negeri Perak terbahagi kepada dua belas (12) buah daerah iaitu Batang Padang Manjung Kinta Kerian Kuala Kangsar Larut dan Matang Hilir Perak Ulu Perak Perak Tengah Kampar Muallim Bagan Datuk.

Ibu Negeri bagi Perak adalah Ipoh. Dan ia adalah negeri kedua terbesar di Semenanjung. Dengan keluasan 21,000 kilometer persegi, sudah pastinya Perak mempunyai banyak tempat menarik untuk dikunjungi dan diterokai oleh pengunjung sama ada dari dalam mahupun luar negeri.

Antara tempat menarik di Perak yang menarik untuk dilawati:

 

1) Muzium Darul Ridzuan, Ipoh

Muzium Darul Ridzuan, Ipoh

Imej via siraplimau

Tahukah anda? Bangunan Muzium Darul Ridzuan ini telag dibina pada tahun 1926. Ini bermakna usianya sudah hampir 100 tahun. Menariknya, bangunan yang tersergam indah berwarna putih ini mempunyai ciri-ciri seni bina Inggeris.

Tujuan penubuhan muzium ini adalah untuk memelihara sejarah perlombongan dan perhutanan di Bandaraya Ipoh bagi menyimpan dan mengekalkan segala warisan sejarah yang ditinggalkan oleh perusahaan perlombongan bijih timah dan perusahaan hasil perhutanan.

Pada ruangan pertama, anda dapat saksikan pelbagai jenis artifak yang menarik mengenai sejarah Bandaraya Ipoh terutamanya berkaitan dengan perlombongan bijih timah. Malah terdapat pelbagai galeri-galeri yang terdiri daripada Sejarah Bandaraya Ipoh, sejarah Perlombongan Bijih Timah,perhutanan dan Alam Semulajadi Negeri Perak serta replika masjid di negeri ini. Selain itu, terdapat juga sejarah Zaman Komunis dan Pemerintahan Jepun yang disusun atur di dinding-dinding galeri ini.

 

Lokasi: Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Perak, 30000 Ipoh

Waktu Operasi: 9.30pagi – 5.00petang

Harga Tiket: Percuma

 

2) Gua Tempurung, Gopeng

Gua Tempurung, Gopeng

Imej via utar

Ia terletak kira-kira 18 km dari Bandaraya Ipoh. Gua Tempurung sangat sesuai bagi anda yang sukakan aktiviti lasak & adventure. Kawasan dalam gua ini memang sangat luas & besar serta kemudahan pengunjung seperti platform jalan kaki & lampu turut disediakan untuk memudahkan anda menerokai gua batu kapur yang ribuan tahun usianya.

Terowong gua ini terbentuk di bawah gunung batu kapur iaitu Gunung Tempurung dan Gunung Gajah. Terdapat juga sungai yang mengalir di dalam gua ini dengan kepanjangan sebanyak lebih kurang 1.6 km. Gua ini terkenal dengan kecantikan pembentukan batu-batu stalagmit dan stalaktitnya.

Kalau anda nak lebih rasa adventure, bolehlah menggunakan perkhidmatan tour guide di sini yang akan membawa anda menerokai gua ini sampai ke bahagian paling dalam. Terdapat pelbagai pakej yang disediakan mengikut tahap cabaran lawatan tersebut. Jika anda nak betul-betul menguji tahap stamina anda, bolehlah ambik Grand Tour Guide.

Sebaiknya kalau bercadang melawat Gua Tempurung, datanglah waktu pagi atau awal kerana kerana setiap lawatan memang mengambil masa yang agak lama sehingga berjam lamanya, bergantung kepada jenis lawatan yang anda pilih. Minimum 3/4 orang untuk setiap lawatan.

 

Lokasi: Pusat Pelancongan Gua Tempurung, 31600 Gopeng, Perak

Waktu Operasi: 9.00pagi – 4.00petang

 

3) Lost World Tambun, Ipoh

Lost World Tambun, Ipoh

Imej via regalodge

Lost World Tambun merupakan taman tema yang satu-satunya penginapan & theme parknya dikelilingi oleh batu kapur. Lost World Tambun terbahagi kepada beberapa bahagian utama seperti Theme Park, Hots Spring & Park dan juga Night Park. Dan setiap bahagian utama ini terbahagi pula kepada beberapa bahagian kecil lain seperti tema air, kolam air panas, amusement park, lost world petting zoo, tiger valley dan sebagainya.

Tarikan taman tema di sini memang cukup lengkap, kalau nak habiskan semua tarikan yang ada di Lost World Tambun anda perlu luangkan masa sekurang-kurangnya sehari setengah di sini. Lost World Tambun sememangnya satu destinasi yang meraikan semua golongan peringkat umur. Pelbagai aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak, anak muda, orang dewasa juga warga emas boleh dilakukan di sini.

 

Lokasi: No 2, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11.00pagi – 6.00petang) | Cuti (10.00pagi – 6.00petang)

*Ditutup Selasa kecuali cuti am & cuti sekolah

Harga Tiket: Dewasa RM100 | Kanak-Kanak & Warga Emas RM93 (Diskuan bagi yang menempt tiket secara online)

 

4) Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Imej via tempatmenarik

Ia terletak kira-kira 6 km dari bandaraya Ipoh. Tidak perlu jauh-jauh untuk anda merasai suasana hutan. Di taman ini terdapat tasik dan landskap taman yang cantik dikelilingi dengan bukit batu kapur. Pelancong boleh menaiki bot untuk bersiar dan beriadah di taman permainan yang disediakan. Ada juga beberapa kandang binatang yang pasti membuatkan anak-anak teruja.

Kemudahan tempat parkir kereta besar serta tiada bayaran masuk dikenakan. Cuma anda perlu menggunakan duit untuk menaiki bot di sini & dengan bot ini jugalah anda boleh ke seberang tasik yang menempatkan sebuah taman rekreasi mini yang tidak kurang menarik landskapnya.

 

Lokasi: Off Jalan Kuala Kangsar, Jalan Damai, 30100 Ipoh, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Khamis (8.00pagi – 7.00petang) | Jumaat (8.00pagi – 4.00petang) | Hari Cuti (8.00pagi – 6.30petang)

Bayaran Bot: Dewasa RM3 | Kanak-kanak & Warga emas 3–12 tahun RM1.50

 

5) Funtasy House Trick Art, Ipoh

Funtasy House Trick Art, Ipoh

Imej via achikhuda

Ia merupakan sebuah premis yang dipenuh dengan ilusi optikal yang rare dan kreatif. Funtasy House Trick Art memiliki empat bahagian yang berbeza antara satu sama lain dari segi tema mereka. Pertama adalah galeri yang memaparkan bandaraya Ipoh, yang kedua adalah bahagian rumah terbalik ataupun upside-down house, yang ketiga adalah dunia fantasi dan yang terakhir sekali bertemakan Bilik Penderaan.

Seperti biasa, jika anda ke tempat seperti ini, anda perlu pastikan telefon pintar anda punyai bateri yang cukup agar anda dapat merakam banyak gambar di setiap sudut galeri dalam premis ini. Jangan risau, kakitangan di sini sedia membantu untuk menangkap gambar anda menggunakan telefon pintar anda.

 

Lokasi: Funtasy House Trick Art 16, Jalan Market, 30000 Ipoh

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (9.00pagi – 6.00petang) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum (9.00pagi – 8.00petang)

Harga Tiket: Dewasa RM15 | Kanak-Kanak, Pelajar, Warga Emas RM10 | OKU, Kanak-Kanak Bawah 4 Tahun Percuma

 

6) Movie Animation Art Studio (MAPS)

Movie Animation Art Studio (MAPS)

Imej via mapsperak

Taman tema ini lebih menjurus kepada pengembaraan watak-watak kartun animasi yang popular dalam & luar negara. Kalau anak-anak anda suka melihat kartun animasi Upin Ipin atau BoiBoiBoi, destinasi ini pasti membuatkan mereka senyum gembira kerana banyak aktiviti menarik yang berkaitan watak kartun tersebut boleh dilihat & dilakukan.

MAPS terbahagi kepada 6 zon dengan tema yang berbeza-beza, 25 tarikan interaktif dan 15 rides yang luar biasa seronok untuk dinaiki. Anntara tarikan yang ada kat sini adalah BoBoiBoy 4D Adventure Theatre, The Smurf Theater, Space X-Plorers, Hyperspin, Space Face, Coral Kingdom dan banyak lagi. 6 Zon Tema yang ada kat sini adalah seperti Animation Square Zone, Dream Zone, Blast Off Zone, Live Action Zone, Lakeside Zone dan Fantasy Forest Zone. 

Walaupun harga tiket MAPS Ipoh ini arak mahal, tetapi dengan tarikan taman tema yang hebat bertaraf dunia, anda sudah jimat untuk ke luar negara seperti di Singapore Universal Studio atau Disneyland di Hong Kong.

 

Lokasi: 3, Persiaran Meru Raya, 31200 Ipoh, Negeri Perak

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.00pagi – 6.00petang) | Sabtu & Ahad (10.00pagi – 10.00malam)

*Tutup Pada Setiap Rabu, Kecuali Cuti Umum & Cuti Sekolah

Harga Tiket: Dewasa RM72 | Kanak-Kanak & Warga Emas RM63 (Belian secara online)

 

7) Pulau Pangkor

Masjid Pulau Pangkor

Imej via cuti

Ia adalah salah satu pulau yang terdapat di Perak. Walaupun keluasan pulau ini tidaklah sebesar Pulau Langkawi, Kedah, tetapi terdapat banyak tempat menarik di sini. Malah, ada juga tempat bersejarah tinggalan Belanda yang terdapat di Pulau Pangkor.

Selain daripada aktiviti laut dan pantai seperti snorkeling, menaiki bot untuk melawat pulau-pulau kecil yang terdapat di sekitar Pulau Pangkor, anda juga boleh melawat kilang pemprosesan makanan laut dan juga melawat tempat bersejaran seperti Kota Belanda dan Batu Bersurat.

Malah, yang lebih menarik di sini adalah Masjid Terapung Pulau Pangkor yang juga dikenali sebagai Masjid Al-Badr Seribu Selawat. Binaan dalaman masjid ini sangat indah dengan pelbagai jenis dekorasi yang menarik. Diberi nama 1000 selawat kerana terdapat kaligrafi 1000 selawat di dinding masjid.

 

Lokasi: Pulau Pangkor, Perak

 

8) Teluk Batik, Lumut

Teluk Batik, Lumut

Imej via lovelybao

Teluk Batik terletak 7 kilometer dari pelabuhan atau jeti Lumut, Perak. Di sini terdpaat pantai yang sering menjadi tumpuan orang ramai kerana pasir pantainya yang cantik dan landau serta sesuai untuk bermandi-manda. Malah, kawasan pantainya juga sangat luas, sesuai untuk aktiviti sukan pantai seperti bola tampar, perkhemahan dan juga hari keluarga.

Beberapa chalet dan resort juga terdapat di sini seperti Marina Cove Resort dan Teluk Batik Resort untuk penginapan anda. Suasana yang tenang serta kemudahan yang banyak tersedia di sini, menyebabkan Teluk Batik sentiasa dikunjungi ramai terutama pada musim cuti sekolah.

 

Lokasi: Teluk Batik, Lumut, Perak

 

9) Spritzer Eco Park, Taiping

Spritzer Eco Park, Taiping

Imej via visitmalaysia

Spritzer? Eh macam nama air mineral je. Ya. Taman rekreasi ini memang milik syarikat air mineral Spritzer itu. Di taman rekreasi ini, selain daripada menikmati landskap taman yang cantik dan semulajadi, anda juga boleh mendapatkan info tentang pemprosesan air mineral di ruang The Discovery Tunnel.

Malah, terdapat juga ruang Kidz Zone bagi memberi peluang kepada kanak-kanak yang ingin menjalankan aktiviti reka cipta menggunakan barangan kitar semula seperti kotak dan botol minuman.

Terdapat juga lapangan mini golf sebanyak 18 lubang untuk anda sekeluarga beriadah bersama dengan bayaran yang berpatutan.

 

Lokasi: Lot 898, Jalan Reservoir, Off Jalan Air Kuning, 34000, Taiping

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (11.00pagi & 3.00petang) | Sabtu (11.00pagi)

 

10) Zoo Taiping, Taiping

Zoo Taiping, Taiping

Imej via cikguhailmi

Zoo Taiping adalah zoo yang pertama dan tertua di Malaysia. Zoo ini berkeluasan 30 ekar serta memuatkan sekitar 1300 ekor haiwan yang bebas bergerak di dalam habitat semula jadi mereka. Selain itu, Zoo Taiping juga merupakan pelopor Night Safari di Malaysia. Keistimewaan Night Safary kerana haiwan-haiwan ini lebih aktif pada waktu malam. Semakin aktif haiwan-haiwan ini, semakin seronok anda dapat melihat pelbagai aksi haiwan di sini.

Zoo Taiping terletak di dalam kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill). Keindahan alam seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi.

 

Lokasi: Jalan Taman Tasik Taiping, Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30pagi – 6.00petang)

Harga Tiket: Dewasa RM17 | Kanak-kanak RM8.50

 

11) Bukit Larut (Maxwell Hill)

Bukit Larut (Maxwell Hill)

Imej via travelswithsun

Bukit Larut atau Bukit Maxwell dinamakan sempena residen British ketika itu iaitu George Maxwell pada 1880. Kawasan ini merupakan kawasan tanah tinggi yang paling basah di Malaysia. Hampir setiap hari pada waktu petang, hujan bukit turun di kawasan ini. Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam.

Bagi anda yang menggemari aktiviti mendaki, jangan lepaskan peluang ini untuk mendaki Bukit Larut yang berketinggian 1250 meter dari paras laut. Laluan untuk mendaki juga telah ditar. Ini memudahkan anda untuk sampai ke puncak. Namun, bagi yang tidak mahu mendaki, khidmat sewa jeep turut disediakan dengan kadar bayaran yang berpatutan.

 

Lokasi: Maxwell Hill, Pegawai Penjaga Bukit Larut, Taiping, Perak, 34000 Taiping

Waktu Operasi: 7.00pagi – 5.00petang

Bayaran Sewa Jeep: RM10

 

12) Bukit Merah Laketown Resort

Bukit Merah Laketown Resort

Imej via f8buzz

Tempat percutian Bukit Merah Laketown Resort merupakan destinasi percutian yang menyeronokkan bagi anda sekeluarga. Tempat ini mempunyai 2 jenis taman iaitu Waterpark dan Ecopark. Antara aktiviti menarik yang dapat anda lakukan di Ecopark ini seperti Skycycle, Nature Trail dan Tropical Trail. Bahagian-bahagian taman yang terdapat di sini pula adalah seperti Reptile Park dan Pets Parks. Manakala Waterpark pula terdapat Body Slides, Water Speed Slides, Activity Pool, Lazy River, Kids Adventure River, Jumbo Shower, Water Pillar dan banyak lagi. 

 

Lokasi: Jalan Bukit Merah Semanggol, 34400 Simpang Ampat Semanggol

Waktu Operasi (Water Park): Isnin – Khamis (11.00pagi – 6.00petang) | Sabtu, Ahad & Cuti Sekolah (10.00pagi – 7.00malam)

Harga Tiket: Mengikut Pakej

 

13) Kelip-kelip Kampung Dew, Semanggol

Kelip-kelip Kampung Dew, Semanggol

Imej via kualasepetang

Kampung Dew terletak di kawasan Simpang Ampat, Semanggol. Di sini, anda akan dapat melihat dengan lebih dekat tentang haiwan keli-kelip ini. Oleh kerana cahaya dari kunang-kunang ini hanya boleh dilihat dalam keadaan gelap, maka perjalanan anda ke sini haruslah dilakukan pada waktu malam.

Pengunjung tidak perlu risau kerana anda akan dibawa menaiki feri melawat kawasan habitat ini, mengambil masa selama 30 minit untuk pergi dan balik, setiap bot atau feri ini juga boleh memuatkan 5 sehingga 7 orang penumpang, bergantung kepada saiznya. Kelip-kelip dengan jumlah yang banyak berterbangan mengeluarkan cahaya pada waktu malam di sini sangat mempesonakan anda seolah-olah melihat bintang di langit.

 

Lokasi: Kampung Dew, 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak

 

14) Kellie’s Castle, Batu Gajah

Kellie’s Castle, Batu Gajah

Imej via huislaw

Kellie’s Castle merupakan antara salah satu tempat menarik yang harus anda lawati jika berkunjung ke negeri Perak. Bangunan 3 tingkat umpama istana ini mempunyai keunikan dan sejarahnya yang tersendiri. Istana ini dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul, di Bandar Agra, India. Walaupun bangunan ini sudah berusia lebih 100 tahun dan tidak sempat disiapkan, namun ia tetap kukuh setelah beberapa kerja pembaikan yang dijalankan.

Untuk ke Kellie’s Castle pengunjung perlu menyeberangi jambatan yang telah dibina melintasi sungai Kinta. Terdapat kemudahan seperti kafe, surau, tandas, kedai cenderamata dan tapak meletak kereta telah disediakan oleh Majlis Daerah Kinta Barat. Kellie’s Castle juga sering menjadi lokasi pengembaraan drama dan filem dalam dan luar negara kerana keunikan binaannya. Kellie’s Castle menjadi kebanggaan penduduk Batu Gajah, Perak ini kerana keunikan seni binaan dan sejarahnya.

 

Lokasi: Batu Gajah, Perak

Waktu Operasi: Isnin – Ahad (9.00pagi – 6.00petang)

Harga Tiket: Dewasa (RM 5.00) | Kanak-kanak (RM 3.00) | Warga Emas (RM 4.00)

 

15) Sungai Klah Hot Spring, Sungkai

Sungai Klah

Imej via tourismperakmalaysia

Sungai Klah Hot Spring pastinya suatu destinasi yang sesuai untuk anda sekeluarga bercuti. Pengunjung berpeluang untuk mandi di sungai yang mempunyai air yang jernih dan bersih. Malah, taman teman air mini yang terdapat di sini juga menambahkan lagi tarikan pengunjung.

Di sini terdapat beberapa kolam air panas disediakan untuk pengunjung merendamkan. Malah, ada juga kolam yang suhu airnya suam untuk anda berendam di dalmnya. Selain itu, anda juga diberi peluang untuk merebus telur ayam di kolam air panas yang terdapat di sini. Pasti ia satu pengalaman menarik bagi para pengunjung Sungai Klah Hot Spring.

 

Lokasi: 35600 Sungkai, Perak

Waktu Operasi: 8.00pagi – 6.00petang

Harga Tiket: Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM12 | Warga Emas RM8

 

16) Air Terjun Lata Kijang, Chendering

Air Terjun Lata Kijang, Chendering

Imej via orangperak

Air Terjun Lata Kijang yang merupakan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 850 meter. Lokasinya terletak di daerah Chenderiang kira-kira 18 kilometer daripada pekan Tapah. Air Terjun Lata Kijang ini dapat dilihat oleh pengunjung daripada lebuh raya Utara-Selatan kerana ketinggiannya ini seakan melambai untuk datang menikmati kedinginan air terjun tersebut.

Terdapat banyak kemudahan seperti parkir kenderaan, surau, gerai jualan dan tempat istirahat pastinya memberi keselesaan. Oleh itu, pengunjung perlu memilih lokasi ini sebagai destinasi idaman ketika bercuti di Perak.

 

Lokasi: Chenderiang, Perak

 

17) Hutan Simpan Belum, Gerik

Hutan Simpan Belum, Gerik

Imej via belumrainforestresort

Hutan Simpan Belum terletak di Gerik, Perak atau lebih dikenali sebagai Royal Belum pada tahun 2003. Hutan Simpan Belum ini mendapat namanya melalui bunyi belalang besar yang tinggal di hutan ini iaitu “beluum” sehingga nama tersebut kekal sehingga kini. Hutan yang berkeluasan 290,000 hektar ini mempunyai pelbagai khazanah bernilai seperti tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar yang hampir.

Antara perkara menarik yang terdapat di sini ialah pengunjung berpeluang untuk melihat sendiri bunga terbesar di dunia iaitu Rafflesia, air terjun di sungai Ruoh, perkampungan orang asli dan memancing di Tasik Banding yang mempunyai pelbagai spesies ikan air tawar. Keunikan Hutan Simpan Belum ini perlu diterokai oleh pengunjung yang berhajat untuk bercuti di negeri Perak.

 

Lokasi: Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri Daerah Hulu Perak, JKR 341 Jln Sultan Abdul Aziz, 33000, Gerik

 

Itulah dia 17 tempat menarik di Perak yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini.  Selamat bercuti ke Perak. Jemput juga baca artikel Tempat Menarik di Negeri Sembilan dan Tempat Menarik Di Johor.

Penulis: Husna Ismail

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.