Phuket merupakan salah satu tarikan pelancong yang paling popular di negara Thailand. Destinasi yang tidak asing lagi bagi orang Malaysia ini memang kaya dengan tempat makan, pusat membeli belah, tempat hiburan yang menarik dan lokasi percutian yang pastinya menambat hati pengunjung.

tempat menarik di phuket

Imej via [prestigia]

Phuket juga tidak kalah hebatnya dari lokasi-lokasi percutian lain di negara gajah putih ini seperti Hatyai, Krabi dan Bangkok. Di sini saya kongsikan kepada anda 25 tempat menarik di Phuket yang mesra pelancong boleh anda lawati.

 

1.  Phuket Weekend Night Market

tempat menarik di phuket

Imej via [livingnomads]

Jika sampai di Phuket tak sah jika anda tidak membeli-belah. Pasar malam Phuket yang menarik ini menawarkan pelbagai jenis barangan seperti pakaian, cenderamata, perhiasan, makanan dan macam-macam lagi.  Pasar yang mendapat julukan syurga untuk berbelanja ini pastinya membuat anda rambang mata melihat pelbagai barangan yang dijual di sini.

  • Alamat : Chao Fa West Road, Phuket Town.
  • Waktu Operasi : Sabtu dan ahad (4.00 pm – 9.00 pm)

 

2.  Phuket Seashell Museum

tempat menarik di phuket

Imej via [phuket]

Salah satu muzium terunik dan jarang ditemui di dunia ini juga turut berada di Phuket. Anda dapat melihat pelbagai jenis kerang dengan bermacam warna dan corak yang pastinya bernilai dari serata pelusuk dunia.

Bukan sahaja kerang, malah mutiara emas dan batu batuan yang memeliki fosil juga turut dipamerkan di sini. Muzium ini semestinya menjanjikan ilmu pengetahuan yang baru buat anda.

  • Alamat : 12/2 Moo 2, Viset Road, Rawai, Phuket 83130
  • Waktu Operasi :  Setiap Hari (8.00am – 6.00pm)

 

3.  Phuket Trickeye Museum

tempat menarik di phuket

Imej via [online-phuket]

Muzium ini menampilkan lukisan ilusi optik yang pastinya tak kalah hebatnya dengan muzium 3d di Malaysia. Muzium Trickeye adalah muzium interaktif dengan konsep yang menyerupai kreativiti dan imaginasi anda melalui teknik TROMPEL’OEIL.

Semestinya aktiviti wajib di tempat menarik di Phuket ini adalah bergambar dengan gaya-gaya yang menarik mengikut kesesuaian gambar.

  • Alamat : 130/1 PhangNga Road, Taladyai, Muang, Phuket 83000
  • Waktu Operasi : Setiap Hari (10.00am – 7.00pm)
  • Tiket Masuk : Dewasa (Atas 130 cm) 450 Baht | Kanak-kanak (Bawah 130 cm) 270 Baht

 

4.  Phuket Old Town

tempat menarik di phuket

Imej via [ttrweekly]

Bandar lama ini kaya dengan kedai-kedai yang berada di dalam bangunan senibina klasik. Disebabkan kedatangan eropah pada suatu ketika dahulu, maka tidak hairanlah reka bentuk bangunan ini berkonsepkan Sino-Portugis.

Di sini, anda akan menemukan banyak restoran, kedai-kedai, cafe dan tempat membeli belah. Tidak dilupakan juga terdapat kuil dan tempat bersejarah di sini.

  • Alamat : Phuket Town, Phuket 83000

 

5.  Gibbon Rehabilition Project

tempat menarik di phuket

Imej via [ithaka.travel]

Tempat ini menempatkan sejumlah haiwan seperti monyet dan ungka yang diselamatkan daripada deraan dan diabaikan. Tujuan pusat ini adalah untuk menyelamatkan spesis ini daripada diancam dengan kepupusan.

Hampir 60 ekor ungka dipelihara di sini. Anda boleh merentas hutan dan pepohon untuk melihat habitat semulajadi ini secara dekat.

  • Tiket Masuk : Percuma (Hanya Bayar Kepada National Park Wildlife and Plant Conservation Department)
  • Alamat : Bang Pae Waterfall, Pa Khlock, Talang, Phuket 83110
  • Waktu Operasi : Setiap Hari Kecual Sabtu (9.00am – 4.30pm) | Sabtu (9.00am – 3.00pm)

 

6.  Phuket Fantasea

tempat menarik di phuket

Imej via [Planet Rovers]

Tempat menarik di Phuket ini terletak disebelah bahagian selatan Thailand yang merupakan taman tema bercirikan kebudayaan tradisional Thailand.

Ia dibahagikan kepada 3 bahagian yakni  pertunjukan teater kebudayaan Thai, restoran buffet dengan seni bina bergaya Ayutthaya dan Festival Village shopping street. Anda seharusnya tidak melepaskan peluang untuk datang ke taman tema kebudayaan pertama di dunia ini.

  • Tiket Masuk: Dewasa & Kanak-kanak 1800 Bhat
  • Alamat: 99 Moo 3 Kamala Kathu Phuket 83150
  • Waktu Operasi: Jumaat -Rabu (5.30am – 11.30pm) | Khamis Tutup

7.  Prompthep Cape Viewpoint

tempat menarik di phuket

Imej via [phuket101]

Prompthep Cape Viewpoint adalah port yang sangat popular dalam kalangan jurugambar. Puncak bukit ini mempunyai landskap yang sangat cantik disamping berlatar belakangkan langit nan biru.

Untuk sampai ke puncak anda harus berjalan selama 30 minit.  Di atas puncak ini juga turut disediakan beberapa kemudahan seperti kedai cenderamata, tempat makan dan tandas.

  • Alamat: Rawai, Mueang Phuket District, Phuket

 

8.  Khao Sok National Park

tempat menarik di phuket

Imej via [wikipedia]

Taman negara ini merupakan sebuah hutan hujan tropika yang merupakan hutan tertua di dunia. Buat pencinta alam semulajadi, anda pasti kagum melihat hutan yang kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna ini. Dikatakan terdapat hampir 300 jenis burung dan 40 jenis mamalia menetap dihutan ini.

  • Tiket Masuk : Dewasa 300 Baht | Kanak-kanak 150 Baht | Tour 6000 Baht – 25790 Baht
  • Alamat : Khlong Sok, Phanom District, Surat Thani 84250
  • Waktu Operasi : 8.00am – 6.00pm | Untuk Lawatan Waktu Malam Memerlukan Pemandu Pelancong

 

9.  Koh Bon

tempat menarik di phuket

Imej via [phuket]

Kepulauan ini terletak sekitar 2 km dari Rawai. Walaupun ia agak kecil, namun tarikan yang terdapat di tempat menarik di Phuket ini sangat menarik.  Air laut biru yang jernih lagi bersih di pulau ini seharusnya anda tidak ketinggalan untuk melakukan aktiviti pantai seperti snorkeling, banana bot dan pelbagai lagi.

Pulau Hoh Bon ini juga menawarkan kepada anda beberapa resort dan kafe sekitar pantai. Sesuai untuk anda bersantai-santai seisi keluarga.

  • Alamat : Rawai, Mueang Phuket District, 83100

 

10.  Kata Noi Beach

tempat menarik di phuket

Imej via [phuket]

Satu lagi pantai cantik yang wajib bagi anda untuk datang di tempat menarik di Phuket ini adalah Kata Noi Beach. Pasir pantainya cukup halus manakala air lautnya jernih bersih.

Pantai ini agak privasi dan tersorok sedikit lokasinya dari bandar Phuket menjadikan suasana persekitaran lebih santai dan tenang. Pada bulan Disember hingga April air lautnya lebih tenang berbanding biasa, jadi saya sarankan agar anda datang pada bulan ini.

  • Alamat : Karon, Mueang Phuket District, Phuket 83100

 

11.  Phuket Elephant Sanctuary

tempat menarik di phuket

Imej via [phuket]

Seperti Gibbon Rehibilitation Project juga, tempat ini melindungi dan menempatkan spesis gajah agar tidak diancam kepupusan. Pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di sini seperti memberi makan gajah, melihat bagaimana gajah dijaga dan boleh mendapatkan pelbagai informasi mengenai haiwan ini.

Menariknya, anda juga boleh mendengar kisah sedih disebalik setiap gajah disini. Pasti meruntun jiwa anda mengetahui bagaimana sengsaranya haiwan ini.

  • Alamat: Phuket Elephant Sanctuary Co. Ltd, 100, Moo 2, Paklok, Phuket

 

12.  Monkey Hill

tempat menarik di phuket

Imej via [am360view]

Hampir 400 ekor monyet berumah di bukit yang merupakan tempat menarik di Phuket ini. Sewaktu mendaki bukit ini, anda dinasihatkan agar tidak memberi makan kepada monyet dan berhati-hati dengan barang berharga milik anda. Monyet sifatnya agak agresif maka anda haruslah berhati-hati.

  • Alamat : Monkey Hill, Mueang Phuket, Phuket
  • Waktu Operasi : 8.00am – 5.00pm

 

13.  Tiger Kingdom

tempat menarik di phuket

Imej via [youtube]

Destinasi menarik kali ini membolehkan anda melihat mahupun menyentuh harimau secara dekat. Bayaran masuk hanya sekitar 800 ke 3500 baht sahaja. Selain itu anda juga boleh merakam momen menarik bersama harimau. Jangan takut kerana aspek keselamatan sentiasa diutamakan.

  • Alamat : 118/88, Moo 7, Kathu, Phuket 83120
  • Waktu Operasi : Setiap Hari (9.00am – 6.00pm)

 

14.  Wat Chalong

tempat menarik di phuket

Imej via [Depositphotos]

Wa Chalong merupakan salah satu tempat bersejarah di Phuket selain tempat menarik. Ia merupakan tempat penyembahan bagi agama Buddha yang didirikan pada tahun 1837. Pelbagai informasi dan ilmu pengetahuan anda boleh dapatkan disini. Masuk adalah percuma.

  • Alamat: Chao Fah Tawan Tok Road, Chalong, Phuket Town, Phuket 83000
  • Waktu Operasi: 7.00am – 5.00pm

 

15.  James Bond Island

tempat menarik di phuket

Imej via [phuket101]

Pulau semulajadi tropika ini sememangnya bertaraf Hollywood dan sering menjadi tumpuan pelancong. Ia dinamakan sedemikian kerana ia dijadikan lokasi pengambaran filem James Bond pada tahun 1974. Macam-macam ada di tempat menarik di Phuket ini.

  • Alamat: Ao Phang Nga National Park

 

16.  Samet Nangshie Viewpoint

tempat menarik di phuket

Imej via [phuket101]

Salah satu tempat yang sesuai untuk bergambar adalah Samet Nangshie Viewpoint. Anda perlu mendaki 300 ke 500 meter sebelum tiba di puncak Samet Nangshe.

Anda boleh menikmati pemandangan yang amat mempesonakan seperti yag selalu kita lihat didalam filem-filem fantasi. Diatas puncak juga ada menyewa khemah bagi yang ingin bermalam disitu.

  • Tiket Masuk : Masuk 30 Baht | 4WD Pick-up 60 Baht
  • Alamat : Khlong Khian, Takua Thung District, Phang-nga 82130

 

17.  Phuket Mining Museum

tempat menarik di phuket

Imej via [phuket101]

Muzium yang merupakan tempat menarik di Phuket ini dibina dengan reka bentuk klasik awal abad ke 19. Ia dibahagikan beberapa bahagian untuk menyenangkan pengunjung. Antara yang dipamerkan disini adalah perkembangan industri dari masa ke semasa, kawasan perlombongan dan terowong yang dipenuhi dengan hiasan dan patung zaman purba.

  • Tiket Masuk : Dewasa 100 Baht | Kanak-kanak 50 Baht
  • Alamat : Moo 5, Kathu-Na Koh Road (Route 3013), Kathu
  • Waktu Operasi : Isnin – Sabtu (8.00am – 4.00pm) | Ahad Tutup

 

18.  Ton Ao Yon Waterfall

tempat menarik di phuket

Imej via [phuket]

Jika bosan dengan pantai, anda boleh datang ke air terjun ini pula. Untuk tiba disini anda perlu meredah jalan-jalan berbatu yang ekstrem. Namun, sebaik tiba disini ia sangat berbaloi buat anda. Air terjun sangat sejuk dan mengasyikkan menjadikan destinasi ini sesuai untuk berkelah.

  • Alamat : Berdekatan Cape Panwa (Ao Yon Noi)

 

19.  Bandar Phuket

tempat menarik di phuket

Imej via [maisinggah]

Bandar bercahaya yang tak pernah tidur ini terdapat pelbagai tarikan. Banyak pusat hiburan dan tempat makan yang harus anda lawat di tempat menarik di Phuket ini. Lama-lama disini pasti akan mengempiskan poket anda yang tebal.

 

20.  Pulau Chichi

tempat menarik di phuket

Imej via [en.wikipedia]

Pulau yang menjadi lokasi pengambaran bagi filem The Beach ini sangat wajar untuk anda datang bersantai-santai. Air laut yang berwarna hijau kebiruan ditambah lagi dengan hidupan marin yang penuh warna-warni amat mempesonakan. Hanya 45 minit sahaja datang dari Phuket.

 

21.  Pulau Raya Dan Coral

tempat menarik di phuket

Imej via [maisinggah]

2 buah pulau indah yang terletak di selat Andaman ini mempunyai pantai yang bersih serta air laut yang tenang. Disebabkan airnya yang jernih, menjadikan ia sangat sesuai untuk anda melakukan aktiviti snorkeling. Untuk datang kesini hanya mengambil masa 30 minit dari Phuket.

 

22.  Phuket Walking Street

tempat menarik di phuket

Imej via [phuket]

Jalan yang meriah terdapat di tempat menarik di Phuket ini menjual pelbagai gerai menjual kraftangan, butik, kedai makan dan sebagainya. Ia terletak di tengah-tengah bandaraya yang dikelilingi bangunan bersejarah Portugis.

  • Alamat : Thalang Road, Phuket Old Town
  • Waktu Operasi : Ahad (4.00pm – 10.00pm)

 

23.  Freedom Beach

tempat menarik di phuket

Imej via [Phuket 101]

Pantai ini kaya dengan alam semulajadi. Bayangkan pantai dengan pasir putihnya, air laut yang tenang dan angin bertiup sesepoi bahasa. Sesuai dengan namanya, pantai ini pasti memberikan kebebasan dari segala kesibukan buat jiwa anda. Ketenangan pasti menyelimuti anda disini.

  • Alamat: Nai Harn, Rawai, Phuket

 

24.  Cobra Show Dan Snake Farm

tempat menarik di phuket

Imej via [Daily Mail]

Tempat menarik di Phuket ini menempatkan beberapa jenis spesis ular yang unik. Terdapat juga persembahan ular yang tak patut anda ketinggalan untuk mengambil gambar tambah-tambah lagi pada saat pemain ular mencium kepala ular. Banyak juga produk dan barangan yang berkaitan dan diproses daripada ular dijual disini.

 

25. Upside Down House

tempat menarik di phuket

Imej via [Phuket]

Salah satu lokasi terunik di Phuket adalah rumah terbalik.  Jangan lepaskan peluang mengambil gambar dengan pelbagai aksi kreatif. Rumah yang dibina pada tahun 2014 ini juga mempunyai butik, kedai cenderahati dan kafe. Kanak-kanak pasti teruja melihat rumah ini.

  • Alamat : Utara Bypasss Road.
  • Waktu Operasi : Setiap hari

tempat menarik di phuket

Imej via [phuket]

Demikianlah 25 tempat menarik di Phuket yang harus anda kunjungi.  Bercuti ke Phuket sememangnya berbaloi memandangkan kosnya agak murah berbanding tempat bercuti di luar negara yang lain. Jom lihat tempat makan best di Klang dan tempat menarik di Bangi pula.

Rujukan

  1.  Melancong
  2. Maisinggah
  3. World Heritage

 

 

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.