Sedang mencari destinasi percutian menarik sempena cuti sekolah yang bakal tiba? Nak hiburkan hati anak-anak tak semestinya perlu berbelanja tinggi bercuti ke luar negara.

Ada banyak empat perlancongan menarik di Malaysia. Apa kata kami cadangkan anda bercuti ke Pontian? Anak-anak anda pastinya berseronok cuti-cuti Malaysia ke Pontian.

Jom kami kongsikan 10 tempat menarik di Pontian yang boleh anda lawati sempena cuti sekolah ini.

tempat menarik di pontian

Sumber: Wikipedia

1. Laman Diraja Pontian

Tempat menarik di Pontian yang pertama wajib anda lawati apabila sampai di sana ialah Laman Diraja Pontian. Ia merupakan sebuah dataran cantik yang terletak di tepi pantai.

Menariknya, Laman Diraja Pontian mempunyai mercu tanda mahkota kesultanan Johor. Di sini anda boleh bersantai sambil menikmati angin laut dan mengambil gambar dengan mercu tanda Pontian yang ikonik ini. Kalau anda datang pada waktu malam, dataran ini semakin cantik kerana bermandikan cahaya lampu pelbagai warna.

Di Laman Diraja Pontian juga terdapat trek berjoging sepanjang 500 meter, menjadikannya kawasan riadah tumpuan ramai pada waktu petang dan hujung minggu.

2. Jeti Kampung Kukup

Jeti Kampung Kukup merupakan destinasi ikonik di Pontian. Tak lengkap kunjungan anda ke Pontian kalau tak singgah di jeti ini. Jeti ini merupakan jeti boy nelayan dan feri untuk pergi ke Pulau Karimun, Indonesia. Ia menjadi tumpuan pengunjung kerana pemandangannya yang cantik.

Malah ia juga merupakan di antara pilihan utama pengantin baru untuk mengambil gambar. Kami cadangkan anda datang pada lewat petang dan tunggu sehingga matahari terbenam kerana pemandangan mataharin terbenam di sini sangat cantik. Pasti takkan mengecewakan anda.

3. Taman Negara Pulau Kukup

Taman Negara Pulau Kukup terletak tidak jauh dari Jeti Kampung Kukup. Apa yang menarik, Taman Negara Pulau Kukup merupakan pulau hutan yang kedua terbesar di dunia. Wah! Menarik kan! Rugi sangat kalau anda tak ambil peluang untuk melawat ke sini. Di antara aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di sini ialah:

  • Menaiki bot di sepanjang Sungai Ular sambil menikmati pemandangan hijau hutan bakau dan pelbagai jenis flora dan fauna.
  • Berjalan di atas pelantar kayu.
  • Memancing.
  • Beri makan kepada ikan.
tempat menarik di pontian

Sumber: Seribusatucoretanhidupku

4. Kampung Nelayan Air Masin Kukup

Bila sebut perkataan Kampung Nelayan, apa yang terlintas di fikiran anda? Pastinya suasana kampung tradisional di tepi pantai dengan bot nelayan dan pukat, kan? Betul apa yang ada bayangkan, namun Kampung Nelayan Air Masin Kukup agak berbeza sedikit.

Kampung Nelayan Air Masin Kukup merupakan sebuah perkampungan nelayan tradisional yang sudah berusia 160 tahun. Apa yang membezakannya daripada kampung nelayan yang lain ialah di sini, rumah-rumahnya dibina di atas permukaan laut menggunakan tiang-tiang kayu. Bukannya di atas tanah seperti perkampungan nelayan yang biasa. Menarik, kan?

Kebanyakan rumah nelayan di sini masih terpelihara, klasik dan tradisional seperti 160 tahun yang lalu. Ada juga sebahagian daripadanya telah dijadikan sebagai resort. Kalau anda teringin nak bermalam di rumah di atas air, bolehlah menyewa salah satu resort yang ada di sini. Selain rumah nelayan, di Kampung Nelayan Air Masin Kukup juga terdapat banyak restoran makanan laut yang menyajikan makanan laut segar.

Selain melihat keindahan kampung dan menikmati makanan laut yang segar, anda juga boleh memancing dan menaiki bot untuk bersiar-siar melihat keindahan laut di sini. Menarik, kan?

5. Taman Negara Tanjung Piai

Selain Taman Negara Pulau Kukup, satu lagi tempat menarik di Pontian yang ingin kami kongsikan kepada anda ialah Taman Negara Tanjung Piai. Tanjung Piai sangat terkenal kerana ia merupakan tanah terselatan Benua Asia. Biasanya, pengunjung takkan melepaskan peluang untuk bergambar di mercu tanda yang terdapat di sini.

Taman negara ini mempunyai 526 hektar hutan bakau dan 400 hektar pantai berlumpur. Taman Negara ini kaya dengan pelbagai flora dan fauna. Di antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh para pengunjung ialah seperti:

  • Bersiar-siar di atas pelantar.
  • Memancing di palatform yang disediakan.
  • Berkelah.
  • Melihat keindahan kawasan persekitaran dari puncak menara pemerhati.
  • Melihat penghijrahan burung.

Bayaran untuk masuk ke Taman Negara Tanjung Piai ialah RM5 seorang untuk warganegara Malaysia dan RM10 seorang untuk pelancong dari luar negara.

6. Pekan Nanas

Di dalam daerah Pontian terdapat sebuah pekan yang bernama Pekan Nanas. Daripada namanya, pasti anda boleh agak apa yang ada di sana. Ya, nanas. Pekan Nanas mempunyai kebun-kebun nanas yang luas dan nanas menyumbangkan pendapatan utama bagi pekan tersebut.

Oleh itu, kalau anda melancong ke Pontian, jangan lupa untuk melawat kebun-kebun nanas yang ada di sini. Anda bukan sahaja berpeluang untuk melihat pokok nanas malah boleh melihat proses penanaman dan menuai nanas. Anda juga boleh membeli buah nanas yang segar di sini.

tempat menarik di pontian

Sumber: Myrokan

7. Muzium Nanas

Selain melawat kebun nanas, satu lagi tarikan pelancong di Pekan Nanas ialah Muzium Nanas. Seperti namanya, Muzium Nanas mempamerkan maklumat tentang industri penanaman nanas di pekan tersebut. Di sini anda berpeluang untuk melihat:

  • Cara penanaman nanas.
  • Penjagaan pokok nanas.
  • Proses menuai nanas.
  • Cara nanas diproses
  • Cara nanas ditinkan.

Selain itu, terdapat juga jualan produk yang dihasilkan dari nanas seperti jem nanas, gula-gula nanas dan sebagainya.

Muzium ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 5 petang dengan tiket masuk RM2 setiap orang. Pastinya anak-anak anda akan mempelajari banyak ilmu baru semasa berada di muzium ini. Oleh itu, jangan lupa untuk masukkannya dalam itinerari perjalanan anda.

8. Muzium Bugis

Tempat menarik di Pontian yang seterusnya ialah Muzium Bugis. Apa yang istimewanya di sini? Muzium Bugis merupakan sebuah muzium yang mempamerkan sejarah, asal-usul, budayam dan warisan etnik Bugis di Semenanjung Tanah Melayu.

Terdapat lebih kurang 2000 artifak  Bugis seperti senjata, barang kesenian, gambar-gambar, koleksi antik dan sebagainya dipamerkan di muzium ini. Masuk adalah percuma. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melawat ke muzium ini.

9. Sri Tanjung Leisure Farm

Sri Tanjung Leaisure Farm merupakan sebuah ladang eko yang menyediakan eko perlancongan kepada para pengunjung. Konsep di sini ialah ala-ala safari di mana anda akan dibawa menaiki bas untuk mengelilingi ladang ini untuk melihat tumbuhan dan binatang yang ada di sini. Akan ada seorang pemandu pelancong yang akan memberikan penerangan kepada anda.

Di ladang ini juga terdapat sebuah zoo mini. Di antara haiwan yang ada di zoo mini tersebut ialah burung unta, angsa, rusa, kambing dan sebagainya. Selain zoo mini, terdapat juga ladang kelapa sawit, ladang jagung dan kebun nanas untuk anda kunjungi.

Ladang ini dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang. Anda boleh pilih salah satu daripada pakej tiket yang berikut:

  1. Pakej 1:
  • Minimum 15 orang.
  • Untuk sekolah, tadika, dan syarikat. Harga tiket ialah  RM15 seorang.
  • Aktiviti: memberi makan kepada angsa, arnab, rusa. Lawatan ke ladang rusa, ladang jagung, ladang nanas.
  • Termasuk harga bas.
  1. Pakej 2:
  • Tiada minimum.
  • Pakej keluarga dengan harga RM30 seorang.
  • Aktiviti: Memberi makan kepada angsa, arnab, rusa.
  • Lawatan ke ladang rusa, ladang jagung, ladang nanas.
  • Termasuk harga bas.
  • Satu biji kelapa percuma kepada setiap pengunjung.

Menarik kan? Sri Tanjung Leisure Farm sememangnya salah satu tempat menarik di Pontian yang wajib anda kunjungi. Anda sekeluarga pastinya terhibur meluangkan masa di sini.

tempat menarik di pontian

Sumber: Johornow

10. Ladang Lebah Nictar

Anak anda pasti melompat keseronokan apabila dibawa melawat ke Ladang Lebah Nictar. Asalnya, Ladang LEbah Nictar adalah sebuah ladang nanas yang diubah menjadi ladang lebah eko yang menyediakan konsep percutian eko kepada pengunjung.

Di sini anda dapat melihat kitaran hidup lebah, proses lebah menghasilkan madu, dan cara madu lebah diambil dari sarangnya.  Selain ladang lebah, di Ladang Lebah Nictar juga terdapat ladang kuda, unta, kambing, dan haiwan lain yang boleh anda dekati dan berikan makanan.

Itulah dia 10 tempat menarik di Pontian yang ingin kami kongsikan kepada anda pada hari ini. Menarik kan? Jemput juga membaca artikel tulisan kami seperti tempat menarik di  kajang, tempat menarik di Johor  dan  tempat menarik di  Perak.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.