Pontianak adalah ibu kota bagi wilayah Kalimantan Barat Indonesia yang didirikan oleh Syarif Abdurrahman Alkadrie sebagai ibu kota Kesultanan Kadriyah pada tanggal 23 Oktober 1771. Kota ini dipisahkan oleh 3 sungai iaitu Sungai Kapuas Besar, Sungai Kapuas Kecil dan Sungai Landak.

tempat menarik di pontianak

Imej via [blog.airyrooms]

Pontianak adalah sebuah bandar yang multikultural iaitu mempunyai kumpulan etnik yang berbeza seperti Dayak, Melayu dan Cina yang tinggal di bandar. Ini telah mewujudkan budaya unik yang tidak dapat ditemui di bahagian lain di Indonesia.

Pontianak mempunyai berbagai tempat menarik yang sesuai untuk anda kunjungi. Kota dengan iklim khatulistiwa ini kaya dengan kebudayaan serta adat istiadatnya yang masih diamalkan sehingga kini. Jom lihat 10 tempat menarik di Pontianak Indonesia.

 

1.  Taman Alun-Alun Kapuas

tempat menarik di pontianak

imej via [TravSharing]

Taman Alun Alun Kapuas adalah tempat menarik di Pontianak, Indonesia yang terkenal.  Taman yang merupakan ikon bagi Pontianak ini sering menjadi tumpuan pengunjung untuk bersantai di sekitar taman.  

Reka bentuk dan dekorasi taman ini sangat rapi disamping adanya air pancut yang pastinya menarik hati pengunjung. Ia dikelilingi dengan anak-anak tangga serta terdapat sebuah replika Tugu Khatulistiwa yang menjadi kebanggaan masyarakat kalimantan barat.

Pada waktu malam, taman ini akan diterangi dengan cahaya lampu berwarna warni menjadikannya sebuah tempat hiburan malam hari dengan panorama indah.  Semestinya pemandangan sungai Kapuas adalah tarikan utama. Dengan hanya bayaran 10 ribu rupiah anda boleh menyusuri Sungai Kapuas dengan bot yang disediakan.

 

2.  Rumah Betang Radak

tempat menarik di pontianak

imej via [flickr]

Antara tempat menarik di Pontianak yang terkenal dengan ciri kebudayaannya yang tersendiri adalah Rumah Betang Radak.  Salah satu replika rumah adat dayak yang terdapat di Indonesia ini telah merangkul rekod rumah dayak terpanjang di Indonesia.

Dengan reka bentuk unik khas, rumah dayak ini mempunyai ukuran panjang sekitar 138 meter. Namun ia telah diubahsuai dari bangunan aslinya dengan ditambah beberapa sentuhan moden.

Tempat menarik di Pontianak, Indonesia ini juga kerap diadakan persembahan tarian dan keseniaan yang lainnya.  Anda boleh datang melawat bermula jam 7 pagi hingga 5 petang dan masuk adalah percuma.

 

3.  Muzium Negeri Sejarah Budaya Khas

tempat menarik di pontianak

Imej via [indonesia-tourism]

Muzium Negeri Pontianak atau dikenali sebagai Muzium Kalimantan Barat ini  terletak di Jalan Jendral Ahmad Yani. Biasanya destinasi perlancongan ini selalu dijadikan sebagai tempat pertandingan yang bertemakan pendidikan.

Muzium ini mengandungi sejumlah artifak masyarakat Dayak yang penting seperti pakaian suku dan kraftangan dari abad ke-16.  Kawasan muzium ini dibahagikan kepada 3 bahagian yang mencakupi artifak, koleksi benda peninggalan kerajaan, kesenian dan budaya tradisional kaum Dayak.

Antara aktiviti menarik selain menimba ilmu sejarah, anda juga boleh bergambar terutama sekali diluar muzium iaitu sebuah taman kecil dengan jambatan kayu.  Anda boleh bergambar di sini pada waktu operasi iaitu jam 8 pagi hingga 6 petang.

 

4.  Sinka Island Park

tempat menarik di pontianak

Imej via [getborneo]

Sinka Island Park terletak di Teluk Ma`jantuh atau Teluk Karang. Disini bukan sahaja terdapat taman untuk anda bersiar-siar bahkan zoo, pantai, tempat makan dan kolam renang turut terdapat di sini.

Anda boleh menyewa kuda untuk bersiar-siar di sekitar pantai. Zoo yang popular di sini menempatkan hampir 275 jenis binatang dari 62 jenis spesis. Bayaran yang dikenakan hanya sekitar 10,000 rupiah.

Jika anda ingin memasuki kawasan pantai, anda akan dikenakan bayaran sebanyak 20,000 rupiah. Disamping itu, anda juga boleh menyeberang ke Pulau Simping dengan menggunakan jambatan kayu. Walaupun pulau ini dikenali sebagai pulau yang kecil, namun persekitarannya sangat cantik.

 

5.  Tugu Khatulistiwa

tempat menarik di pontianak

Imej via [getborneo]

Selain Muzium Negeri, Tugu Khatulistiwa juga merupakan tempat menarik di Pontianak berkonsepkan sejarah.  Tugu yang menjadi kebanggaan warga Pontianak ini terletak di Jalan Khatulistiwa yang berada lebih kurang 3km dari bandar Pontianak.

Tugu Khatulistiwa ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan anda boleh mendapatkan informasi di muzium yang terdapat di sini.  Terdapat juga kedai menjual cenderahati seperti replika Tugu Khatulistiwa yang boleh anda kunjungi. Tugu khatulistiwa Pontianak merupakan salah satu monumen prasejarah yang sangat istimewa.

Anda boleh melawat sekitar tempat menarik di Pontianak yang memberi nilai-nilai budaya bangsa, menambah semangat cinta negara dan memperkuat jati diri bangsa mereka ini. Untuk memasuki tempat ini anda tidak dikenakan sebarang bayaran.

 

6.  Aloe Vera Center

tempat menarik di pontianak

Imej via [klikhotel]

Aloe Vera Center didirikan secara rasmi pada tahun 2002. Tempat menarik di Pontianak, Indonesia ini bertujuan untuk mengembangkan tanaman lidah buaya di seluruh alam.

Aktiviti-aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di pusat ini adalah melihat penanaman tumbuhan aloe vera dan hasil olahan tumbuhan ini.  Tumbuhan berkhasiat ini diproses menjadi beberapa hasil makanan yang terkenal seperti dodol, permen, jelly, kopi, cokelat, teh Lidah Buaya, stik lidah buaya dan banyak lagi.  

Selain makanan, lidah buaya juga boleh dijadikan produk kecantikan kulit dan kesihatan. Sebelum pulang, anda boleh membeli beberapa jenis produk sebagai ole-oleh untuk saudara-mara.

 

7.  Masjid Jami’ Pontianak

tempat menarik di pontianak

Imej via [bujangmasjid]

Tempat beribadat bagi umat islam ini adalah salah satu tempat menarik di Pontianak yang patut anda kunjungi.  Masjid Jami Pontianak yang juga dikenali sebagai Masjid Sultan Syarif Abdurrahman, ia adalah masjid tertua Pontianak.

Masjid kayu besar bersama dengan istana kerajaan Kraton Kadriyah, merupakan antara bangunan pertama yang dibina di bandar selepas penubuhan Pontianak pada tahun 1771. Ia mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

Anda boleh datang menunaikan kewajipan sebagai seorang islam serta menikmati suasana yang tenang dan damai di sini.  Seterusnya anda boleh ke pasar tradisional yang berada di sisi kiri pintu masjid ini.

 

8.  Keraton Kesultanan Kadriah

tempat menarik di pontianak

Imej via [tripadvisor]

Keraton Kesultanan Kadriah ini berada berdekatan pusat Kota Pontianak, Kalimantan Barat. Keraton Kadariah menjadi salah satu tempat yang selalu didatangi pelancong untuk mengkaji sejarah kesultanan Pontianak.

Dalam perkembanganya, keraton mengalami proses renovasi sehingga menjadi bentuknya yang terkini.  Antara pameran menarik boleh anda lihat adalah koleksi benda- benda bersejarah yang cukup lengkap seperti perhiasan yang digunakan secara turun temurun, benda-benda kuno seperti barang  pusaka, artifak, gambar keluarga Sultan dan arca- arca.

Diluar halaman istana pula, terdapat meriam kuno peninggalan Portugis dan Jepun. Bak kata orang di sini, jika anda tidak datang ke Keraton ini bermakna anda belum lagi datang ke Pontianak.

 

9.  Kolam Renang JC Oevang Oeray

tempat menarik di pontianak

Imej via [Tribunnews]

Bosan dengan tempat kebudayaan dan sejarah, tempat menarik di Pontianak kali ini bertemakan aktiviti air. Lokasi ini menjanjikan kepada anda pengalaman bermandi-manda dan bermain air yang pastinya mengujakan buat anda terutamanya jika datang seisi keluarga.  

Anak-anak pasti menyukai tempat ini.  Penganjur menyediakan kolam renang dengan pelbagai variasi kedalaman menjadikannya sesuai untuk anak kecil sehingga orang dewasa.

Segala kemudahan seperti bilik persalinan, tandas dan surau lengkap disediakan malah dijaga bersih buat pengunjung.  Setelah penat bermain air, anda mesti lapar bukan? Di sini juga ada disediakan tempat makan dengan harga yang berbaloi. Bayaran masuk hanya sekitar 25,000 rupiah.

 

10.  Makan Kesultanan Batu Layang

tempat menarik di pontianak

Imej via [lelungan]

Destinasi yang menyimpan 1001 sejarah ini merupakan makam kepada tujuh orang sultan berserta ahli keluarga mereka. Makam Kesultanan Batu Layang ini terdiri daripada makan utama yang tentunya makam sultan pertama, Sultan Syarif Abdurrahman Al-Qadrie, yang berada di dalam sebuah ruangan di tengah kompleks.

Makam ini dibina dengan falsafahnya yang tersendiri seperti ia sengaja direka bentuk pintu masuk lebih rendah supaya ketika pengujung masuk, mereka menunduk sebagai tanda penghormatan kepada sultan.

Diluar makam pula terdapat sebuah batu berwarna hijau dan batu inilah dikatakan sebagai batu layang.  Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk masuk ke sini dan lokasi ini berada sekitar 2km dari Tugu Khatulistiwa.

 

11.  Pantai Pasir Panjang

tempat menarik di pontianak

Imej via [Batamnews]

Pantai Pasir Panjang juga merupakan tempat menarik di Pontianak, Indonesia yang  terletak sekitar 17 km dari bandar Singkawan. Tempat ini sangat cantik dimana ia adalah sebuah pantai dengan air yang jernih kebiruan belakangkan pokok ru dan kelapa.

Bukan sahaja bersantai dan bermandi-manda, aktiviti seperti bermain bola pantai, banana bot, snorkelling dan banyak lagi boleh anda lakukan di sini.  Berdekatan pantai ini, terdapat banyak restoran, kedai-kedai cenderahati dan hotel untuk kemudahan anda.

 

12.  Tugu Digulis

tempat menarik di pontianak

Imej via [flickr]

Tugu Digulis yang terletak di daerah Pontianak, Indonesia ini merupakan salah satu tempat menarik di Pontianak yang dikategorikan sebagai tempat bersejarah.  Tugu Digulis ini dibina bersempena dengan perjuangan pahlawan suatu masa dahulu di sini.

Anda boleh melawat ke kawasan ini untuk bersantai dan berehat sambil mendapatkan maklumat berkaitan tempat ini dan sejarahnya. Menarik bukan?

 

13.  Masjid Raja Mujahidin

tempat menarik di pontianak

Imej via [ericopieter]

Masjid Raja Mujahidin yang cantik dan bersih ini boleh anda lawati untuk singgah solat dan berehat sementara melalui kawasan Pontianak ini. Keadaan masjid ini amat luas dan tenang sesuai untuk anda sekeluarga dan rakan-rakan berjemaah serta berteduh di sini.

Hasil seni bina masjid ini amat cantik dan menarik bentuknya. Anda boleh melihat keunikan seni bina masjid di Pontianak Indonesia ini yang seakan-akan baru dan mempunyai kemudahan parking yang besar di luar masjid.

 

14.  Rumah Adat Dayat Radakng

tempat menarik di pontianak

Imej via [kompasiana]

Tidak lokek dengan sejarah masyarakat yang terdapat di kawasan Pontianak, Indonesia ini, Rumah Adat Dayat Radakng adalah rumah masyarakat kaum dayak yang dijadikan tempat menarik di Pontianak untuk anda kunjungi.  Pelancong boleh melawat Rumah Adat Dayat ini untuk mempelajari dan melihat sendiri kebudayaan dan kesenian masyarakat ini.

Rumah Adat Dayak sangat tinggi, panjang dan berkonsep moden.  Anda pasti suka akan kecantikan bangunan ini yang menenangkan. Untuk pengetahuan anda, rumah ini juga membolehkan anda melakukan pelbagai aktiviti selain dari melancong dan melihat-lihat, iaitu anda juga boleh menjalankan program atau seminar anda di sini.

 

15.  Taman Arboretum Sylva Untan

tempat menarik di pontianak, indonesia

Imej via [tribun pontianak]

Taman Arboretum Sylva Untan ini amat sesuai untuk anda bersantai dan berjalan-jalan bersama keluarga dan pasangan.  Sejenak berkunjung ke daerah Pontianak Indonesia, anda boleh singgah melihat-lihat barangan yang dijual dan dipamerkan di taman ini.  Taman ini segar dan penuh pemandangan hijau yang indah.

tempat menarik di pontianak indonesia

Imej via [siapliburan]

Demikianlah beberapa tempat yang menarik di Pontianak, Indonesia sempat saya kongsikan kepada anda. Sungguh, Pontianak memiliki tempat yang berlatar belakangkan sejarah dan nilai-nilai kebudayaan yang kuat.

Sangat sesuai buat pengunjung yang mahu bercuti dan merasai pengalaman baru disamping menambah ilmu pengetahuan.  Jemput baca tempat menarik di Sepang dan tempat menarik di Maldives pula.

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.