Pulau Aur terletak di Mersing Johor ini merupakan sebuah buah dengan 3 gagasan pulau dan ia juga berdekatan dengan pulau Pulau Tinggi, Pulau Rawa, Pulau Pemanggil, Pulau Besar dan Pulau Sibu.  Dari timur Mersing, ia mengambil masa kira-kira 60 kilometer untuk anda tiba di sini.

Menariknya, terdapat banyak hidupan marin laut di Pulau Aur ini. Jom lihat tempat menarik di Pulau Aur serta aktiviti boleh anda lakukan di sini.

1.  Jeti Mersing

tempat menarik di pulau aur

Imej via [foursquare]

Jeti Mersing adalah permulaan dimana anda boleh menaiki bot dari sini untuk ke Pulau Aur. Selepas membeli tiket, terdapat ruangan menunggu sebelum anda memulakan trip menaiki bot.

Untuk pengetahuan anda, Jeti Mersing menggunakan sistem manual dalam pembelian tiket tetapi tak perlu risau, semuanya berjalan lancar dan mudah. Perjalanan ke Pulau Aur memakan masa selama 90 minit sehingga 2 jam menaiki speedboat.

2.  Teluk Sibukang

tempat menarik di pulau aur

Imej via [tripadvisor]

Berdekatan dengan Pulau Aur, terdapat Teluk Sibukang yang jernih umpama air tawar. Airnya amat sejuk sekali sesuai untuk anda bermain air atau bermandi-manda. Tempat menarik di Pulau Aur ini amat sesuai untuk anak-anak kerana ia agak cetek di teluknya.

3.  Pulau Aur

tempat menarik di pulau aur

Imej via [jomjalan]

Anda pasti terpegun melihat keindahan Pulau Aur yang jernih membiru ini kan? Lautan biru yang indah ini sangat bersih sesuai untuk anda menyelam, berenang, snorkeling dan melakukan pelbagai aktiviti sukan air. Anda juga akan bertemu dengan coral yang cantik di dasar laut. Pasti ia menghiburkan anda.

Selain itu, penggemar memancing boleh menaiki bot yang disediakan untuk memancing ikan di tengah lautan. Ramai yang berjaya mendapatkan ikan-ikan yang besar di sini. Tak percaya, kena lah memancing!

4.  Sebukang Bay Resort

tempat menarik di pulau aur

Imej via [tripadvisor]

Sebukang Bay Resort adalah sebuah penginapan yang berkonsepkan kampung. Pengunjung yang bermalam di sini akan merasai suasana kampung dan kedinginan malam yang menakjubkan.  Tempat menarik di Pulau Aur ini sangat selesa kerana ia turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Apa kata anda pilih untuk bermalam di sini sepanjang percutian ke Pulau Aur.

5.  Pulau Lang

tempat menarik di pulau aur

Imej via [freemalaysiatoday]

Anda perlu menaiki bot dari Pulau Aur untuk ke Pulau Lang. Keindahan Pulau Lang tidak dinafikan lagi, membolehkan anda menerokai dasar lautan. Banyak coral yang cantik boleh anda lihat dengan melakukan aktiviti snokerling. Jeti juga dibina untuk memudahkan anda ke laut yang lebih dalam lagi untuk memancing atau menaiki bot.

6.  Pulau Dayang

tempat menarik di pulau aur

Imej via [jelajahmaya]

Jangan keliru pula, ini bukan Pulau Dayang Bunting, tetapi Pulau Dayang berdekatan dengan Pulau Aur. Ia juga berdekatan dengan Teluk Mariam. Selain menjadi port snorkeling, keindahan pantai ini amat mempersonakan. Bermain pasir, mandi-manda dan menaiki bot adalah perkara yang menyeronokkan untuk anda lakukan di tempat menarik di Pulau Aur ini.

7.  Masjid Jamek

tempat menarik di pulau aur

Imej via [jalankegunung]

Masjid Jamek Pulau Aur juga merupakan salah satu tempat menarik di Pulau Aur boleh anda singgah. Solat harian atau bersiar-siar di sini adalah dibenarkan. Anda juga boleh berisitrehat di masjid yang kemas dan cantik ini.

8.  Bukit Letak Semalu

tempat menarik di pulau aur

Imej via [malaysia]

Dari Pulau Dayang, anda boleh menerokai dan mengembara ke Bukit Letak Semalu. Pastikan anda memakai kasut dan pakaian yang sesuai supaya keadaan pengembaraan akan lebih selamat. Bukit Letak Semalu memerlukan anda mendaki atau memanjat batu-batu besar berbukit-bukau untuk naik ke puncak.

Jangan risau, anda boleh mendaki menggunakan tali yang telah disediakan. Setibanya di puncak bukit letak semalu, lihatlah pemandangan sekitar Pulau Dayang yang indah dan menakjubkan dari atas puncak bukit. Pasti anda takkan lupakan saat ini!

9.  Teluk Berhala

tempat menarik di pulau aur

Imej via [flickr]

Teluk Berhala bukan sahaja mempunyai batu berhala yang seakan-akan orang duduk bersimpuh, tetapi di sini juga mempunyai perkampungan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, gerai makan dan banyak lagi. Anda boleh mendaki ke puncak untuk mendapatkan pemandangan yang menarik.

Bermandi-manda di lautan Teluk Berhala juga amat menyeronokkan kerana terdapat buaian air (buaian di dalam air) boleh anda naiki. Apatah lagi pemandangan matahari terbenam di sini juga boleh dilihat.

10.  Giligan’s Dive Resort / Teluk Baai Chalet

tempat menarik di pulau aur

Imej via [facebook]

Giligan’s Dive Resort adalah rumah penginapan di tepi laut berhampiran pantai, namun masuk sahaja ke dalam bilik, anda akan dapati ianya sama sahaja seperti hotel atau homestay. Sangat selesa dan menarik memandangkan ia hanya berhadapan dengan Pulau Aur. Bangun pagi, terus boleh berenang di laut.

11.  Bluewater Holiday Resort

tempat menarik di pulau aur

Imej via [amitravel]

Bluewater Holiday Resort sangat terkenal di Pulau Aur kerana kediamannya yang cantik dan menarik berkonsepkan kampung tepi pantai. Seni bina rumah ini juga adalah daripada kayu yang berkualiti tinggi dan memiliki bentuk yang cantik. Jika datang beramai-ramai, tidak salah untuk anda memilih chalet ini sebagai penginapan.

12. Taman Laut Sultan Iskandar (Marine Park)

tempat menarik di pulau aur

Imej via [malaysian-nomad]

Tahukah anda, kawasan Pulau Aur yang dipenuhi dengan flora dan fauna sekitar pantai dan dasar laut ini adalah bawah penjagaan Taman Laut Sultan Iskandar. Taman Laut Sultan Iskandar letaknya di pesisiran pantai yang dipenuhi terumbu karang, ombak yang menderu dan air yang jernih bak kristal boleh anda saksikan.

Itulah dia 12 tempat menarik di Pulau Aur sesuai untuk percutian dan persinggahan anda. Bila lagi nak ke sini kalau bukan sekarang! Jom baca juga tempat menarik di Pulau Aman, tempat menarik di Asia, tempat menarik di Wellington dan tempat menarik di Christchurch.

Rujukan:

  1. jalankegunung
  2. minmohd
  3. mdmersing

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.