Tidak ramai yang ketahui akan sebuah tempat yang digelar Pulau Keramat ini. Pulau Besar Melaka adalah sebuah pulau yang sarat dengan keunikannya tersendiri malah merupakan tempat percutian menarik boleh anda kunjungi. Untuk ke sini, anda boleh menaiki bot dari Jeti Umbai.

Biarpun terdapat lagenda dan mitos misteri yang dikatakan berkaitan tempat ini, anda boleh menilainya sendiri dengan berkunjung ke sini. Kesahihan yang belum diketahui, yang jelas terdapat banyak tempat menarik di Pulau Besar Melaka yang boleh anda terokai.

1.  Muzium Pulau Besar

tempat menarik di pulau besar melaka

Imej via [flickriver]

Muzium Pulau Besar Melaka ini mempamerkan pelbagai hasil sejarah yang mampu merungkai misteri pulau ini. Terdapat banyak maklumat boleh anda kaji dan ketahui di sini.

Penghawa dingin di dalam muzium yang dapat menyejukkan anda setelah kepanasan berjalan di luar. Sambil melihat pameran muzium, anda boleh berehat dan bersantai di sini.

Tiket untuk masuk ke tempat menarik di Pulau Besar Melaka ini adalah RM 5 untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak, bayaran dikenakan adalah RM 3.

2.  Gua Yunus

tempat menarik di pulau besar melaka

Imej via [thefaezramly]

Singgahlan ke Gua Yunus untuk melihat keunikan dan sejarah lokasi menarik ini. Dikatakan bahawa terdapat seorang wali Allah SWT yang suka duduk bersendirian di gua ini.  Ia dinamakan Gua Yunus bersempena dengan nama insan tersebut. Gua ini adalah replika Gua Yunus yang boleh anda kunjungi.

3.  Makam Sultanul Al-Arifin

tempat menarik di pulau besar melaka

Imej via [artmelayu]

Makam Sultanul Al-Arifin ini terletak berdekatan dengan masjid yang boleh anda singgah untuk beribadah dan solat. Sempat untuk anda singgah ke Makan Sultanul Al-Arifin, singgahlah.

Sultanul Al-Arifin adalah seorang yang sangat tinggi ilmu agamanya dan beliau mengembara ke pulau besar ini untuk mendalami ilmu agamanya.

4.  Istana Bunian

tempat menarik di pulau besar melaka

Imej via [flickr]

Tempat menarik di Pulau Besar Melaka ini merupakan sebuah perkampungan bunian pada asalnya dan kemudian dijadikan Marina Resort. Pernah berlaku kejadian jentera meletup kerana kawasan tanah tinggi itu tidak boleh diruntuhkan.
Kes itu telah menyebabkan pemandu jentera tersebut telah meninggal dunia. Sehingga sekarang, tempat ini agak misteri namun ia terbuka untuk anda melawat.

5.  Batu Tengkorak

tempat menarik di pulau besar melaka

Imej via [fairfun]

Batu tengkorak adalah salah satu tarikan pengunjung ke sini dimana bentuk batu ini mempunyai mitos yang tertentu. Ia terletak berdekatan kawasan pantai dan mencakupi kawasan Pandanusa Golf Club.
Jika diteliti, batu ini berbentuk tengkorak manusia dan sehingga sekarang, ia tidak dihapuskan dan tidak pernah terbuka walaupun pelbagai usaha pernah dilakukan untuk menampak batu ini. Kepercayaan masyarakat adalah orang zaman dahulu membelah batu tersebut untuk mendapatkan harta karun di dalamnya.

6.  Jeti Dan Pantai Pulau Besar

tempat menarik di pulau besar melaka

Imej via [fairfun]

Tidak dinafikan, jeti dan pantai ini adalah tempat menarik di Pulau Besar Melaka yang harus anda kunjungi. Keindahan matahari terbenam dan terbit membolehkan anda menikmati pemandangan indah atau bergambar di sini.  Air lautnya juga amat biru dan menenangkan. Anda boleh beristirehat di kawasan jeti sambil mengambil udara segar.

7. Tasik Biawak

tempat menarik di pulau biawak

Imej via [fairfun]

Bagi anda yang suka ke tempat misteri dan mencabar, datanglah ke Tasik Biawak. Dengar kata, terdapat banyak biawak di kawasan tasik ini. Kesemua biawak di sini sering memakan ikan-ikan tasik.Tempat menarik di Pulau Besar Melaka ini berdekatan dengan padang golf dan dikatakan bahawa di sinilah terdapatnya batu tengkorak yang seakan-akan berbentuk tengkorak.

8. Makam Syarifah Rodziah

tempat menarik di pulau besar melaka

Imej via [penagilatulisa]

Anda pasti berasa pelik melihat sebuah makam biru di Pulau Besar Melaka ini. Ia adalah Makam Syarifah Rodziah atau nama sebenarnya Syarifah Habsah yang merupakan seorang wali perempuan.

Makam ini terletak berdekatan dengan pintu masuk menuju ke kawasan surau dan makam Sultanul Aarifeen. Untuk pengetahuan anda, Syarifah Habsah merupakan puteri kepada Sultanul Aarifeen As Sayyid Ismail iaitu seorang yang tinggi agamanya dan disegani ramai.

9.  Perigi Tempayan Pecah

tempat menarik di pulau besar melaka

Imej via [anjungbatuhomestay]

Kisah perigi ini ada kena mengena dengan seorang nenek bidan yang dikatakan juga seorang dukun yang penuh dengan azimat untuk mendapatkan harta, namun sebagai Orang Islam, syirik hukumnya untuk kita mempercayainya. Namun, tidak salah untuk melawat perigi ini.
Ia telah terbentuk sejak dahulu lagi di dalam kawasan Pusat Latihan IMM dan bersebelahan juga dengan Hotel Chandekura, Pulau Besar, Melaka.  Terdapat air tawar di dalam perigi ini sejak dulu lagi, namun rupanya sekarang tidak sama seperti dulu kerana binaan batu padang golf yang dibina sedikit sebanyak memberi kesan pada struktur perigi ini.

10.  Batu Belah

tempat menarik di pulau besar melaka

Imej via [spectralcodex]

Tempat menarik di Pulau Besar Melaka yang turut mempunyai sejarah dan keasliannya yang tersendiri adalah Batu Belah.  Batu Belah mempunyai kedalaman 1.5 meter dan ketinggian 3 meter. Ia muat untuk anda masuk ke sini, namun di penghujung rekahan, anda boleh mencapai batu tersebut dengan tangan kanan. Itu dikatakan cara untuk memohon hajat. Namun, ia adalah mitos dan tidak boleh dipercayai dalam agama.

Dikatakan bahawa batu ini amat bersejarah dimana pahlawan pendekar menunjukkan kekuatan illmu masing-masing. Akhirnya panglima Lidah Hitam membelah batu besar tersebut dengan menjelir lidahnya yang hitam.

Lain-Lain Tempat Menarik Di Pulau Besar Melaka

11.  Perigi di Kaki Pulau

12.  Batu Belayar@Batu Penambat Kapal

13.  Pokok Disula

14.  Keramat Masin Tawar

15.  Perkampungan Bunian

16.  Tasik Bunian

17.  Keramat Ular

18.  Makam Nenek Kebayan

19.  Makam Tok Janggut

20.  Makam Tujuh Beradik

21.  Makam Seribu

22.  Makam Nisan Satu

23.  Perigi Nenek Musallimah

24.  Tapak Kaki Sultanul Aarifeen

25.  Batu Lesung

Berikut adalah 25 tempat menarik di Pulau Besar Melaka boleh anda terokai. Jom baca juga tempat menarik di Pulau Bintan, tempat menarik di Narita, tempat menarik di Chiang Rai dan tempat menarik di Can Tho.

Rujukan:

  1. puterablog1malaysia
  2. melakakini
  3. fairfun

 

 

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.