Tiada idea tempat menarik di Pulau Hainan?

Pulau Hainan adalah sebuah pulau yang terdapat di Negara China.  Pulau Hainan adakalanya disebut sebagai Hawaii China kerana ia dipenuhi dengan pantai yang indah, air yang jernih dan terumbu karang yang cantik. Pulau Hainan ini adalah syurga kecil yang indah dan mempersonakan. Berikut adalah beberapa tempat menarik di Pulau Hainan.

1.  Kuil Nanshan (Nanshan Temple)

tempat menarik di pulau hainan

Imej via [his-travel]

Tidak jauh dari Sanya Bay, terletak kuil Nanshan yang dikelilingi oleh sebuah taman yang sangat besar. Ia dipenuhi dengan senibina Dinasti Tang, patung-patung Buddha dan dewan untuk upacara keagamaan. Daya tarikan utama tempat menarik di Pulau Hainan ini adalah patung Guanyin. 

Patung tinggi 3.8 meter ini diliputi dengan 100 kg emas dan perak malah dihiasi dengan berlian Afrika Selatan. Harga kemasukannya ke sini pada bulan Mei dan September adalah 108 Yuan manakala dari Oktober hingga April pula adalah 129 Yuan. Kuil Nanshan dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang.

2.  Zon Pelancongan Kebudayaan Hutan Hujan Yanoda (Yanoda Rainforest Cultural Tourism Zone)

tempat menarik di pulau hainan

Imej via [ehainan]

Yanoda Rainforest terletak di Baoting County di Sanya, Wilayah Hainan. Untuk ke sini, anda boleh menaiki bas dari empat lokasi pusat bandar akan membawa anda ke taman ini. Yuran kemasukan, termasuk adalah 168 Yuan dari Oktober hingga April dan 150 Yuans dari Mei hingga September. 

Untuk pengalaman yang menyeluruh, anda boleh bermalam di hotel berdekatan atau membawa khemah anda sendiri.  Menariknya di sini adalah hutannya yang menghijau, keunikan flora dan fauna serta keindahan air terjunnya. Jika anda pencinta alam sekitar, jadikan lokasi ini salah satu destinasi anda!

3.  Pulau Monyet Nanwan (Nanwan Monkey Island)

tempat menarik di pulau hainan

Imej via [chinatouradvisors]

Pulau ini adalah rumah kepada lebih daripada 2500 monyet yang dibesarkan dan dilatih di sini sejak tahun 1965. Anda boleh menyaksikan monyet-monyet diberi makan atau anda juga boleh mencubanya sendiri.  Tempat menarik di Pulau Hainan ini dibuka kepada pelawat setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 5.20 petang.

4.  Muzium Hainan

tempat menarik di pulau hainan

Imej via [wikipedia]

Muzium Hainan di Haikou kadang-kadang dikenali sebagai Muzium Provinsi Hainan. Terdapat empat pameran tetap utama di muzium ini. Ianya adalah Pameran Pengumpulan Kebudayaan Dikumpulkan, Pameran Sejarah Hainan, Pameran Kebangsaan Minoriti dan Pameran Warisan Budaya Tidak Tepat di Hainan.

Kemasukan ke muzium adalah percuma dan ia dibuka pada hari Selasa hingga Ahad dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Kebanyakan papan tanda di muzium ini adalah dalam bahasa inggeris, jadi ia pasti akan menyenangkan anda. Tempat menarik di Pulau Hainan ini agak kemas dan teratur, banyak sejarah yang boleh dipelajari di sini.

5.  Pulau Boundary (Boundary Island)

tempat menarik di pulau hainan

Imej via [sanyatour]

Pulau Boundary adalah sebuah pulau tropika di luar pantai Hainan yang terletak di Lingshui County. Jika anda mencari sedikit ketenangan, ia sesuai dijadikan tempat percutian yang baik untuk anda. Pulau Boundary mempunyai beberapa vila, hotel dan restoran. 

Di sini juga, anda boleh menikmati pemandangan laut biru dari puncak tebing pulau atau menyelam dan berenang dengan ikan tropika yang sangat comel.

Anda juga boleh melihat bintang pada waktu malam sambil ditemani oleh bunyi ombak yang menenangkan. Pulau ini mempunyai dua galeri yang patut dilawati iaitu Galeri Porcelain Salvaged dan Galeri Coral. 

6.  Galeri Porcelain Salvaged

tempat menarik di pulau hainan

Imej via [touristsecrets]

Galeri Porcelain Salvaged memaparkan porselin yang diselamatkan dari kapal-kapal yang tenggelam manakala Galeri Coral menempatkan kumpulan karang yang cantik-cantik. Selain itu terdapat akuarium di sini yang diberi nama Dolphin Bay.

Dolphin Bay pula adalah kawasan yang mempunyai banyak haiwan termasuk penyu, ikan lumba-lumba dan sebagainya. Pulau ini juga menawarkan banyak aktiviti air untuk anda yang meminati aktiviti ini. Anda boleh kesini dengan menaiki feri dan bas.

7.  Taman Luhuitou (Luhuitou Park)

tempat menarik di pulau hainan

Imej via [pinterest]

Tempat menarik di Pulau Hainan China ini merupakan tempat yang sesuai untuk mengambil gambar atau berehat dan menikmati pemandangan dengan pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan. Luhuitou Park dibuka setiap hari dari pukul 7.30 pagi hingga 9 malam. Yuran tiket adalah 35 Yuan.

8.  Pulau Karang Wuzhizhou (Wuzhizhou Coral Island)

tempat menarik di pulau hainan

Imej via [trip]

Pulau Coral WuZhiZhou adalah destinasi untuk anda yang menggemari keindahan pantai yang cantik dan indah. Selain pasir yang putih bersih, air juga sangat jernih dan sempurna untuk anda menyelam.

Waktu operasi tempat menarik di Pulau Hainan ini adalah dari 8:30 pagi sehingga 5:30 petang. Bagi mereka yang ingin tinggal di pulau ini, terdapat hotel yang disediakan sekitar sini.

9.  Taman Botani Tropika Xinglong (Xinglong Tropical Botanical Garden)

tempat menarik di pulau hainan

Imej via [sunnyhainan]

Taman tropika ini di jaga dengan sangat baik. Dengan lebih daripada 1,200 spesis tumbuhan, banyak flora yang dapat anda lihat dan kagumi di Xinglong Tropical Botanical Garden. Terdapat juga makmal yang menunjukkan bagaimana coklat dan kopi dihasilkan dari tumbuhan kacang di sini.

Di samping itu, terdapat sebuah hotel di Tropical Botanical Garden, serta sebuah kafe dan restoran. Taman ini dibuka dari jam 7.30 pagi hingga 6 petang setiap hari dan kemasukan umum adalah 60 Yuan. Suasana tempat menarik di Pulau Hainan ini amat cantik dan tasiknya pula indah sekali.

10. Pantai Dadonghai (Dadonghai Beach)

tempat menarik di pulau hainan

Imej via [topchinatravel]

Pantai Dadonghai boleh dikatakan pantai yang paling terkenal di Hainan.  Ia sangat cantik dengan garis pantai pasir putih yang halus.

Tahukah anda, salah satu tempat menarik di Pulau Hainan ini terletak berhampiran Pusat Bandar Sanya. Aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah berenang, menyelam dan sebagainya.

11.  Tianya Haijiao

tempat menarik di pulau hainan

Imej via [pinterest]

Bagi anda yang ingin menikmati percutian ke Hainan sambil menikmati pemandangan laut biru dan indah pantai, maka anda perlu datang ke Tianya Haijiao.

Kawasan ini sangat bagus dan membolehkan anda mendapatkan gambar yang sangat luar biasa kesannya. Selain itu, para pengunjung akan terpukau dengan keindahan suasana ketika matahari terbenam dan matahari terbit.

Berikut adalah tempat menarik di Pulau Hainan sesuai untuk percutian seisi keluarga. Jom lihat juga tempat menarik di Pulau Indah, tempat menarik di Gangnam, tempat menarik di Pulau Dayang Bunting dan tempat menarik di Incheon.

Rujukan

  1. touristsecrets
  2. telegraph
  3. topchinatrave

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.