Mencari tempat menarik di Pulau Indah?

Pulau Indah adalah sebuah pulau di Daerah Klang, Selangor. Dahulunya ia dikenali sebagai Pulau Lumut. Pulau ini didiami oleh  sekitar 20,000 penduduk secara keseluruhannya. Di sini juga terletaknya pelabuhan terbesar di Malaysia iaitu pelabuhan Klang.

Terdapat dua jambatan yang menghubungkan pulau itu ke tanah semenanjung Malaysia. Pulau Indah mempunyai paya bakau yang besar, tetapi telah hilang kebanyakannya akibat pembangunan dan perindustrian. Namun, terdapat banyak tempat menarik di Pulau Indah yang rugi jika anda tidak kunjungi.

1.  Pantai Acheh

tempat menarik di pulau indah

Imej via [miaadventure]

Pantai Acheh ini sangat cantik dan memukau sesiapa sahaja yang datang ke sini dan melihatnya. Pantai ini amatlah sesuai bagi seisi keluarga.  Anda boleh melakukan aktiviti seperti berkelah, berkhemah dan kalau nak mandi pun boleh juga.

Aktiviti lain yang anda boleh lakukan di sini juga adalah parasailing dan jika anda merupakan kaki pancing, ini merupakan tempat sesuai untuk anda menghabiskan masa. 

2.  Port Klang Cruise Centre

tempat menarik di pulau indah

Imej via [viator]

Port Klang Cruise Centre juga dikenali dengan Glenn Cruise Terminal.  Ia adalah salah sebuah tempat menarik di Pulau Indah yang merupakan terminal yang canggih. Menariknya di sini, anda boleh melihat pelbagai jenis kapal-kapal yang mewah lalu lalang.

3.  Laguna Park Pulau Indah

tempat menarik di pulau indah

Imej via [flickr]

Laguna Park Pulau Indah merupakan salah satu tempat yang terbaik untuk menghabiskan waktu bersama keluarga yang tersayang. Di sini terdapat restoran, pondok istirehat dan juga jeti. Hotel untuk di sewa juga turut disediakan untuk anda yang ingin bermalam.

4.  Kampung Orang Asli Pulau Indah

tempat menarik di pulau indah

Imej via [azalinaabdulrahman]

Tempat menarik di Pulau Indah yang penuh budaya masyarakatnya adalah Perkampungan orang asli.  Terdapat sebuah perkampungan orang asli di Pulau Indah.  Anda boleh mempelajari tentang budaya dan cara hidup mereka di sini. Nak lihat  pelbagai aktiviti harian yang mereka lakukan juga diperbolehkan.

5.  Pulau Indah Food Station

tempat menarik di pulau indah

Imej via [centralspectrum]

Food Station menyajikan pelbagai jenis makanan. Namun, bagi anda yang menggemari kuih tart, jangan lepaskan peluang untuk mencubanya jika datang ke Pulau Indah ini. Rasanya sangat sedap. Pasti menambat hati para pencinta kuih tart ini.

6.  Restoran Rahmat Tan

tempat menarik di pulau indah

Imej via [facebook]

Terletak di Laguna Park, Pulau Indah, restoran ini diusahakan oleh seorang cina muslim (muallaf). Restoran ini menyediakan menu masakan cina terutamanya seafood dan ia sememangnya halal. Ianya dibuka pada jam 11 pagi sehingga 11 malam.

7.  Pasar Ikan Pulau Indah

tempat menarik di pulau indah

Imej via [facebook]

Jika anda tidak berkesempatan memancing di Pulau Indah, anda juga boleh membeli hasil tangkapan di pasar ini. Antara yang dijual di sini adalah ikan, udang, ketam dan macam-macam lagi. Harganya pula sangat berpatutan.

8.  Jeti Nelayan Sungai Kembong

tempat menarik di pulau indah

Imej via [flickr]

Biasanya di jeti ini pada hari minggu, ia akan dipenuhi oleh kaki pancing.  Anda bukan sahaja dapat memancing, malahan anda boleh melihat juga aktiviti nelayan di kampung ini. Antara aktiviti mereka adalah menangkap hasil laut, menjala dan sebagainya. Pemandangan tempat menarik di Pulau Indah ini sangat menakjubkan.

9.  Rumah Rakit Sungai Kembong

tempat menarik di pulau indah

Imej via [latinamediacom]

Rumah Rakit Sungai Kembong juga merupakan salah satu port buat kaki pancing. Harga yang dikenakan untuk ke sini adalah RM35 seorang selama 12 jam. Tempat ini juga sangat popular bagi pemancing dalam dan luar negeri. Anda dapat merasai pengalaman menaiki rumah rakit.

10.  Rumah Rakit Tok Wan Kampung Teluk Nipah

tempat menarik di pulau indah

Imej via [kailbengkok2]

Rumah Rakit Tok Wan terletak di jeti nelayan Kampung Teluk Nipah, turut dikatakan sebuah tempat menarik di Pulau Indah. Di sini terdapat 3 buah unit rumah rakit yang diusahakan oleh pemiliknya. 3 buah unit rumah rakit ini diberi nama Rakit Ania, Rakit Senangin dan Rakit Sembilang.

Rakit Ania dan Rakit Senangin dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bilik rehat, ruang memasak (dapur), tandas, peralatan barbeku dan juga bekalan elektrik solar. Bagi yang tidak mahu memancing, ruang anjung disediakan. Jadi anda bolehlah berehat sambil menenangkan fikiran di sini.

Rakit Sembilang pula dikatakan masih dalam proses pembinaan. Sekiranya anda ingin memancing, bolehlah datang ke sini. Pasti  takkan menyesal.

11.  Masjid Sultan Abdul Aziz

tempat menarik di pulau indah

Imej via [sahala]

Masjid Sultan Abdul Aziz ini telah dibina pada tahun 1997. Untuk pengetahuan anda, peruntukan pembinaan masjid ini telah disumbangkan oleh Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj dengan kos sebanyak RM4 juta. Ianya telah dirasmikan oleh baginda pada tahun 1999.

12.  Restoran Nasi Ala Kak Wook

tempat menarik di pulau indah

Imej via [2pos]

Bagi anda yang nak merasai nasi ala Kak Wook seperti yang tersohor di negeri kelantan, bolehlah datang ke sini. Restoran ini beralamat di Persiaran Pelabuhan Barat, Bandar Armada Putra, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor berdekatan Pulau Indah.  Ia dibuka dari jam 4 petang sehingga 7.15 malam.

13.  Mee Celup Kak Tiey

tempat menarik di pulau indah

Imej via [facebook]

Pernahkah anda makan mee celup? Mee Celup adalah mee yang direbus kemudiannya dihidangkan dengan kuahnya.  Untuk pengetahuan anda, mee celup amat terkenal bagi negeri Pantai Timur. Namun, terdapat sebuah warung mee celup Kak Tiey di Pulau Indah yang harus anda kunjungi untuk mengisi perut.

14.  River Track Cycle Park

tempat menarik di pulau indah

Imej via [centralspectrum]

River Track Cycle Park ini diliputi oleh kehijauan alam semulajadi yang memberi inspirasi dan menenangkan kepada minda, badan dan jiwa.  Panorama hutan bakau asli di sepanjang tebing sungai tempat menarik di Pulau Indah ini berfungsi meningkatkan persekitaran yang sihat bagi masyarakat.

Trek seluas 1.8 kilometer adalah tempat yang sempurna untuk menyegarkan badan dan menaiki basikal. Terletak kira-kira 40 kilometer dari Kuala Lumpur, ia mudah diakses melalui SKVE dan KESAS. 

Itulah dia tempat menarik di Pulau Indah untuk anda berhibur. Jom lihat juga tempat menarik di Pulau Dayang Bunting, tempat menarik di Gangnam, tempat menarik di Pulau Belitung dan tempat menarik di Incheon.

Rujukan

  1. illyaleya
  2. besiwaja
  3. otomentaro

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.