Mencari idea tempat menarik di Pulau Jerejak?

Pulau Jerejak ialah sebuah pulau yang kecil di selatan Pulau Pinang, Malaysia. Pulau ini sangat terkenal pada suatu ketika dahulu sebagai sebuah penempatan bagi banduan yang dibuang negeri.  Luasnya adalah sekitar 362 hektar.

Pulau yang dikatakan pernah menerima kunjungan Francis Light ini boleh diakses dengan menaiki feri kecil dari Bayan Lepas yang hanya memakan masa lebih kurang 10 minit. Sejak tahun 2000, pulau ini menjadi pusat peranginan dan menerima ramai pengunjung.

Selain menyimpan banyak rahsia khazanah, pulau ini juga mempunyai banyak tempat yang menarik.  Jom kami kongsikan beberapa tempat menarik di Pulau Jerejak yang boleh anda lawati tatkala berkunjung ke sini.

1.  Jeti Pelangi 

tempat menarik di pulau jerejak

Imej via [theislanddrum]

Jeti Pelangi merupakan tarikan pertama setibanya pengunjung di Pulau ini. Jeti ini dicatkan dengan berwarna warni disamping mempunyai corak yang unik. Kebiasaannya, pengunjung akan mengambil gambar di sini sebagai kenang-kenangan.

Pemandangan  tepi laut bercorak pelangi pasti menarik hati anda. Harga untuk ke jeti ini dari Pulau Pinang lebih kurang RM 20 pergi dan balik.

2.  Tangga Ke Syurga Dan Buaian Lombok

tempat menarik di pulau jerejak

Imej via [libur]

Pulau Jerejak ini juga mempunyai sebuah tangga yang dibina menghadap ke langit. Oleh itu, ia dinamakan Tangga Ke Syurga. Tempat menarik di Pulau Jerejak ini merupakan lokasi wajib pengunjung untuk mengambil gambar. Tangga putih dengan rekaan unik itu tidak ubah seperti tangga menuju ke langit di dalam filem-filem fantasi. 

Buaian Lombok juga tak kalah hebatnya. Latar belakang langit mengikut cuaca yang berbeza akan memberikan kesan menarik dalam gambar anda. 

3.  Jerejak Rainforest Resort

tempat menarik di pulau jerejak

Imej via [jerejak-rainforest-resort]

Resort ini mula beroperasi pada tahun 2004. Harga sewa sebilik lebih kurang RM 200 pada hari biasa dan akan mencecah RM 300 pada hari cuti. Pelbagai aktiviti luar boleh anda lakukan di sini seperti  swimming pool, tracking, berbasikal, menaik ATV, BBQ dan macam-macam lagi.

Tempat menarik di Pulau Jerejak ini juga berhampiran pantai, kedai makan dan tempat-tempat menarik sekitar pulau. Bermalam di pulau ini pun menarik juga. Anda dikelilingi hutan yang segar seperti namanya Jerejak Rainforest Resort.

4.  Prison Trail 

tempat menarik di pulau jerejak

Imej via [pinterest]

Ekspedisi Prison Trail menyediakan anda aktiviti berbasikal, kenderaan ATV atau berjalan kaki. Selalunya pengunjung akan menyewa basikal dengan harga RM 15 untuk meneroka tempat menarik di Pulau Jerejak ini.

Semua peninggalan sejarah seperti bangunan penjara, pusat tahanan bawah tanah, bangunan warden, tanah perkuburan Rusia, 500 kubur pesakit kusta dan jeti asal kebanyakan sudah rosak dan terbiar. Amat sesuai bagi mereka-mereka yang meminati aktiviti lasak. Anda juga perlu berhati-hati dengan kawasan yang dikatakan keras ini.

5.  Jungle Trekking 

tempat menarik di pulau jerejak

Imej via [thestar]

Untuk pengetahuan anda, pulau jerejak ini juga menyediakan perkhidmatan penunjuk arah untuk aktiviti jungle trekking. Dengan hanya bayaran RM 20, anda tidak perlu risau lagi untuk meneroka hutan. Semestinya mereka menyediakan orang yang berpengalaman untuk membawa anda.

Pemandu arah tersebut akan membawa anda ke beberapa tempat bersejarah sejak 100 tahun yang lalu di Pulau Jerejak. Anda boleh membuat tempahan di Resort. Banyak peniggalan sejarah di sini yang perlu anda terokai. 

6.  Pantai Jerejak

tempat menarik di pulau jerejak

Imej via [holidaysinmalaysia]

Sekiranya anda berminat dengan aktiviti perairan terbuka, anda boleh menyewa sebuah kayak berharga RM15. Selama 15 minit anda boleh berkayak sambil menikmati keindahan alam. Selain itu, anda boleh bermandi manda dan berkelah di sepanjang pantai pulau jerejak. Menarik bukan?

7.  Jerejak Island Resort

tempat menarik di pulau jerejak

Imej via [booking]

Jerejak Island Resort merupakan tempat penginapan selain Jerejak Rainforest Resort. Resort ini berada di tengah-tengah pulau. Aktiviti yang disediakan cukup menarik antaranya mendaki bukit, flying fox, memanah dan paintball. 

8.  Sunset Cruise

tempat menarik di pulau jerejak

Imej via [kakitravel]

Jika anda sudah bosan melakukan aktiviti di dalam pulau, terdapat bot yang disediakan untuk membawa pengunjung bersiar-siar di sekitar pulau. Bot akan membawa anda melintasi Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan mengelilingi Pulau Jerejak. Pemandangan laut pada waktu matahari terbenam sungguh indah.

9.  Russion War Memorial

tempat menarik di pulau jerejak

Imej via [jalankegunung]

Russian War Memorial atau Tugu Peringatan Russia ini adalah sebuah tempat menarik di Pulau Jerejak yang dibina oleh Kerajaan Rusia sebagai tugu peringatan. Ia adalah untuk mengenang jasa kedua orang kelasi Rusia yang telah terbunuh semasa Kapal Rusia Zhemchung. Mereka telah ditembak oleh Kapal Perang Jerman Emden bertempat di pelabuhan Pulau Pinang pada 28 October 1914.

10.  Bunker British War 

tempat menarik di pulau jerejak

Imej via [jalankegunung]

British War Bunker adalah sebuah terowong bawah tanah yang telah dibina sebagai tempat untuk menyimpan senjata api, tahanan dan air untuk kapal British yang berlabuh di Timur Pulau Jerejak. Ukuran adalah dalam 30 kaki dan  30 inci lebar. Terdapat beberapa buah Bunker di sana. Anda juga boleh melihat the Green Bank berhampiran tempat menarik di Pulau Jerejak ini.

11.  Jambatan Gantung Pulau Jerejak

tempat menarik di pulau jerejak

Imej via [makemyown]

Tempat menarik di Pulau Jerejak seterusnya adalah Jambatan Gantung Pulau Jerejak yang kelihatan mencabar dan menyeronokkan. Anda boleh meneroka hutan di Pulau Jerejak dan menaiki jambatan ini. Di bawahnya terdapat sungai yang mengalir menjadikan kawasan hutan ini lebih segar, aman dan menenangkan.

12.  Wall Climbing Pulau Jerejak

tempat menarik di pulau jerejak

Imej via [pentasini]

Wall Climbing di Pulau Jerejak sememangnya sudah tersedia khas untuk anda yang sukakan cabaran dan aktiviti mencabar.  Ia berdekatan dengan Resort Rainforest Pulau Jerejak.

Itulah dia 12 tempat menarik di Pulau Jerejak boleh anda kunjungi dan beraktiviti. Jom baca juga tempat menarik di Bosnia, tempat menarik di Zhuhai, tempat menarik di Auckland dan tempat menarik di Balkan.

Rujukan:

  1. lyanaishak
  2. hmetro.com.my/sant
  3. traveloka

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.