Pulau Karimun terletak di wilayah kepulauan Riau, Indonesia ini boleh dikunjungi dengan menaiki feri atau bot dari Jeti Pulau Kukup yang terletak di Pontian Johor.  Pulau Karimun di Riau ini juga dikenali dengan nama Pulau Karimun Tanjung Balai, ia bukanlah Pulau Karimun Jawa yang satu lagi.

Dengan kawasan seluas 7.984 kilometer persegi ini, terdapat banyak tempat percutian yang boleh anda kunjungi di sini. Ia terdiri daripada beberapa buah pulau.  Jom lihat antara tempat menarik di Pulau Karimun pastinya tidak mengecewakan anda.

1.  Pulau Karimun Besar

tempat menarik di pulau karimun

Imej via [travelingyuk]

Pulau Karimun Besar yang terletak di bahagian barat semenanjung Malaysia ini kaya dengan tempat menarik untuk anda singgah bercuti.  Selain pantai dan pulau, anda boleh ke tempat makan yang sangat menyelerakan di sekitar Pulau Karimun Besar. Begitu juga dengan aktiviti membeli-belah, amat mudah untuk mendapatkan cenderamata sekiranya berkunjung ke Pulau Karimun Besar ini.

2.  Pulau Kundur

tempat menarik di pulau karimun

Imej via [lendoot]

Tempat menarik di Pulau Karimun boleh anda singgah sepanjang percutian adalah Pulau Kundur. Ia adalah sebuah pulau yang terkenal dengan buah durian yang turut dikenali sebagai Durian Tanjung Batu.

Terdapat batu granit yang besar di sekitar pantai Pulau Kundur dan pastinya suasana pantai amat aman dan tenang . Pulau Kundur juga umumnya terletak di sebelah dengan Malaysia dan bertentangan dengan Singapura.

3.  Pulau Bela

tempat menarik di pulau karimun

Imej via [tripadvisor]

Pulau Bela merupakan salah satu pulau terindah di dalam Kepulauan Riau, Indonesia.  Anda dapat menyaksikan pemandangan lautan biru yang jernih dengan keindahan alam frora dan fauna di pantai ini.

Terdapat juga sebuah batu besar yang unik sesuai dijadikan latar belakang gambar anda.  Tempat menarik di Pulau Karimun ini merupakan tempat terbaik untuk anda bersantai.

4.  Makam Badang

tempat menarik di pulau karimun

Imej via [travel]

Tahukah anda, Makan Badang terletak di Pulau Bela, Pulau Karimun Indonesia?  Kisah Badang amat terkenal sebagai mitos namun sebenarnya ia adalah realiti.

Buktinya, anda boleh berkunjung ke Makam Badang yang dikatakan seorang lelaki yang kuat kerana telah memakan muntah hantu atau makhluk hitam yang berbadan tegap itu.

5.  Pantai Pongkar

tempat menarik di pulau karimun

Imej via [plurk]

Tempat menarik di Pulau Karimun seterusnya adalah Pantai Pongkar. Pantai Pongkar menjadi tumpuan ramai dimana terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan di sini seperti aktiviti berkhemah, berkelah dan banyak lagi.

Ia bukan sahaja melibatkan orang awam tetapi juga pelajar dan organisasi. Pada hujung minggu, pantai ini sarat dengan pengunjungnya. Namun, ia agak panjang kawasannya berbanding dengan pantai Pelawan.

6.  Air Terjun Pongkar

tempat menarik di pulau karimun

Imej via [menixnews]

Selain Pantai Pongkar, terdapat air terjun pongkar yang terletak agak jauh sedikit ke dalam kawasan Pongkar.  Anda boleh bermandi di air terjun dan juga kolam yang disediakan berdekatan air terjun ini.

Tempat menarik di Pulau Karimun ini sesuai dikunjungi oleh anda dan anak-anak. Tempat mandi ini agak selamat kerana mudah dipantau dan mempunyai ruang yang strategi untuk kanak-kanak. Namun ada tempat mandi yang sedikit dalam sesuai untuk orang dewasa bermandi-manda.

7.  Pantai Pelawan

tempat menarik di pulau karimun

Imej via [hamydy]

Ramai pengunjung tempatan dan luar yang bertandang ke Pantai Pelawan yang indah ini. Ia merupakan salah sebuah tempat menarik di Pulau Karimun sesuai untuk anda beriadah dan bersantai.

Tarikan pelancong di sini adalah kedai-kedai makan dan pondok-pondok atap ala-ala kampung yang boleh anda duduk bersantai.  Ia juga sangat indah untuk anda bergambar.  Anda pasti teruja melihat sekitar pantai ini yang begitu bersih.

8.  Pekan Tanjung Balai

tempat menarik di pulau karimun

Imej via [cms]

Jika anda ingin ke pekan atau membeli-belah, jom ke Pekan Tanjung Balai pula.  Di sini, anda berpeluang membeli barang-barang seperti pakaian, barangan antik, kain batik makanan dan banyak lagi.

Pendek kata, segala cenderamata boleh anda cari di sini. Ia seakan-akan sebuah bazar besar. Terdapat juga restoran dan kedai makan berhampiran yang boleh anda singgah.

9.  Gunung Jantan

tempat menarik di pulau karimun

Imej via [sumbar]

Gunung Jantan merupakan salah sebuah tempat menarik di Pulau Karimun yang harus anda lawati.  Khasnya kepada para pendaki kerana gunung yang sarat dengan keindahan alam semulajadi ini sangat strategik dan indah.

Anda boleh bersiar-siar di sekitar kawasan Gunung Jantan ini dan bergambar berlatar belakangkan gunung. Jika naik ke puncak gunung, anda boleh menikmati kecantikan alam seluruh kota dari pemandangan atas.

10.  Pantai Lubuk

tempat menarik di pulau karimun

Imej via [lendoot]

Bersiar-siarlah ke kawasan pantai yang mempunyai tarikannya yang tersendiri di Pulau Karimun ini. Pasir putih yang halus serta suasana yang cukup redup pastinya memudahkan anda melakukan aktiviti bersama keluarga di sini.

Antara aktiviti terbaik yang boleh dilakukan adalah berkelah, mandi-manda, menaiki bot dan banyak lagi. Anda dapat merasai keseronokan berada di sini kerana ia adalah sebenar-benar kawasan pantai yang lengkap dengan pokok kelapa dan banyak lagi tumbuhan.

11.  Pantai Telunas

tempat menarik di pulau karimun

Imej via [brilio]

Pantai Telunas dikatakan sebagai salah satu pulau privasi atau pulau peribadi yang menjadi pilihan ramai pengunjung terutamanya mereka yang ingin honeymoon atau datang bersama pasangan.

Kecantikan dan keindahan tempat menarik di Pulau Karimun ini pada pagi dan malam hari membuatkan ia benar-benar terlihat tempat yang begitu romantis. Apa kata kali ini anda ke sini pula?

Itulah dia 11 tempat menarik di Pulau Karimun yang berkonsepkan semulajadi. Jom lihat juga tempat menarik di Pulau Ketam, tempat menarik di Pulau Carey, tempat menarik di Pulau Cebu Filipina dan tempat menarik di Pulau Bunting.

Rujukan:

  1. hamydy
  2. supermengmalaya
  3. google

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.