Ramai tak tahu bahawa Pulau Ko Yo terletak di bahagian timur Tasik Songkhla dan memerlukan anda melalui jambatan terpanjang Thailand iaitu Jambatan Tinsulanond.  

Kebanyakan tempat menarik di Pulau Ko Yo ini berkonsepkan sejarah, budaya dan juga keindahan alam semulajadi. Antara lokasi percutian menyeronokkan adalah aneka muzium, kedai makan menarik serta pantai yang indah. Jom lihat tempat menarik di Pulau Ko Yo yang sesuai dijadikan destinasi percutian anda.

1.  Institut Pengajian Thai Selatan (Institute for Southern Thai Studies)

tempat menarik di pulau ko yo

Imej via [idotravellers]

Muzium yang dikatakan institut pengajian Thai Selatan ini merupakan muzium terbesar di Asia Tenggara.  Terdapat banyak artifak kira-kira 30, 000 artifak yang dipamerkan di seluruh muzium ini.  Selain pameran sejarah, anda dapat melihat keindahan  tasik Songkhla serta bot nelayan di sini. Patung yang penuh ciri kebudayaan juga terdapat di sini membolehkan anda bergambar bersamanya.

2.  Thaksin Folklore Museum (Khatichon Wittaya)

tempat menarik di ko ya

Imej via [tripadvisor]

Tempat menarik di Ko Yo yang sesuai dikunjungi ramai juga adalah Muzium Thaksin Folklore. Tidak rugi berkunjung ke sini kerana anda boleh saksikan lebih daripada 50,000 artifak seperti wayang kulit tirai, syiling langka, lampu, barang pecah belah, nielloware, pisau kris, perangkap burung dan ikan, bot korlae bersaiz penuh, beratus-ratus dokumen yang berabad-abad lamanya dan banyak lagi.

Selain melihat pameran koleksi terbesar di Thailand Selatan, anda boleh berkunjung ke kedai hadiah muzium untuk melihat kraf tradisional hasil buatan orang tempatan Thai. Singgahlah ke menara, taman dan kafe di sekitar sini untuk beristirehat.

3. Wat Laem Pho

tempat menarik di pulau ko yo

Imej via [tripadvisor]

Tahukah anda, sebuah patung yang diberi nama “Sukhothai Buddha” yang disebut “PhraLeeLaa” dalam bahasa Thai ini bermaksud kecantikan & kecantikan dalaman. Ia berbaring menghadap ke arah luar dan sebelah kanan. Saiznya juga sangat besar walaupun dilihat dari jauh.

Anda boleh ke sini untuk bergambar dan bersiar-siar memandangkan terdapat sebuah perkampungan kecil di pinggir sungai dan memberi gambaran pada 2 monumen bahawa “nelayan mengangkut ikan besar” (saiz ikan paus kecil) dan satu lagi pula adalah duyung (kira-kira 20 meter jauhnya). Tempat menarik di Pulau Ko Yo ini juga mempunyai gerai jualan durian yang boleh anda singgah.

4.  Sunset Cafe

tempat menarik di pulau ko yo

Imej via [thecreative]

Sunset Cafe berdekatan dengan Lake House dimana ia adalah sebuah cafe makanan yang sangat indah dan menakjubkan. Anda boleh menyaksikan pemandangan matahari terbenam sambil menjamu selera dan minum bir sejuk.

Lebih menyeronokkan lagi jika anda menginap di Lake House kerana ia lengkap dengan kemudahan jakuzi spa dan kolam renang yang amat besar.

5.  Sirada Restaurant

tempat menarik di pulau ko yo

Imej via [facebook]

Sirada Restaurant yang merupakan salah satu tempat menarik di Pulau Ko Yo ini sangat terkenal dalam kalangan pelancong. Pelancong tempatan mahupun pelancong luar negara pastinya akan singgah di sini untuk menjamu selera.

Masakan yang sedap dan lazat ini tiada tandingannya. Anda juga boleh merasai suasana makan di sekitar kawasan tasik dan melihat para nelayan. Namun begitu, harganya agak mewah berbanding kedai makan biasa.

6. Songkhla Lake

tempat menarik di pulau ko yo

Imej via [tripadvisor]

Berkunjung ke Pulau Ko Yo, rugilah jika tak bertandang ke Songkhla Lake. Ia merupakan tasik terbesar di Thailand serta terdiri daripada beberapa buah pulau di sekitarnya. Selain itu, tempat menarik di Pulau Ko yo ini juga menjadi habitat dan tempat perlindungan bagi beberapa spesis burung.
Songkhla Lake mempunyai air yang payau, ia bukanlah untuk bermandi-manda. Namun, ia merupakan tarikan pelancongan dimana anda boleh saksikan pemandangan bot nelayan berlabuh di pantai dan melihat keadaan kota lama Songkhla yang terletak di bahagian semenanjung antara tasik dan teluk Thailand.

7. Koyo Okada Photo Art Museum

Koyo Okada Photo Art Museum memaparkan foto dan potret Mt.Fuji yang pernah dipotret oleh Encik Koyo Okada. Sebagai kenang-kenangan selepas beliau bertemu dengan Mt.Fuji dan menjadi semakin akrab.
Terdapat juga kamera sebenar yang digunakan serta buku foto yang dicipta oleh Taikan Yokoyama iaitu artis terkenal  juga merupakan kawan rapat Encik Koyo. Foto Mt.Fuji menggambarkan kehidupan Jepun pada masa itu.  Tempat menarik di Pulau Ko Yo ini amat sesuai untuk lawatan umum.

8.  Pantai Samila

tempat menarik di pulau ko yo

Imej via [lifestyleinthailand]

Pantai Samila juga merupakan tarikan pengunjung di Pulau Ko Yo. Hal ini kerana terdapat sebuah patung duyung unik yang telah diilhamkan oleh seorang saga. Patung tersebut menyerupai ikan duyung yang sedang menyikat rambut dengan sikat emas.

Mitos dari tempat ini adalah terdapat seekor duyung yang sedang menyikat rambut dan menemui cinta pertamanya dengan seorang nelayan. Dayung merasa terkejut dan turun ke laut, tetapi meninggalkan sikatnya. Sejak itu, nelayan tersebut menunggu duyung tersebut setiap hari.

9.  Songkhla Old Town

tempat menarik di pulau ko yo

Imej via [theislanddrum]

Songkhla Old Town adalah sebuah pekan lama yang wajib anda kunjungi di Pulau Ko Yo.  Terdapat banyak bangunan lama yang terdiri daripada kedai barang jualan, kedai makan, kedai kek dan lain-lain lagi. Anda juga dapat melihat pakaian tradisional Thai dan barang tenunan tangan yang dipamerkan di kedai-kedai berhampiran.

Disamping itu, pemandangan tasik serta dinding lukisan mural juga boleh anda lihat di Songkhla Old Town. Datanglah pada hari jumaat dan sabtu kerana terdapat pasar jalan utama pada waktu malam. Anda boleh mencari cenderahati untuk dibawa pulang.

Itulah dia 9 tempat menarik di Pulau Ko Yo sesuai untuk anda tenangkan fikiran sambil bercuti. Jom baca juga tempat menarik di Pulau Komodo, tempat menarik di Pulau Duyong Terengganu, tempat menarik di Pulau Gaya dan tempat menarik di Pulau Kapas.

Rujukan:

  1. tripadvisor
  2. maisinggah
  3. expat

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Avatar

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.