Teruja sungguh dapat bercuti ke pulau buatan Manusia pertama di Malaysia yang amat indah dan menakjubkan. Dari Pulau Pangkor, anda akan melalui kawasan Pulau Marina kerana ia dihubungkan oleh sebuah jambatan berdekatan. Pulau Marina mempunyai keluasan yang luas kira-kira 316.9 hektar.

Tidak hairanlah terdapat banyak kemudahan, infrastruktur dan juga tarikan terbaik untuk para pengunjung.  Pulau buatan yang terletak di Lumut ini membolehkan anda melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.  Selain pantai, penginapan dan tempat beriadah pastinya menjadi pilihan ramai. Jom lihat tempat menarik di Pulau Marina yang boleh anda lawati.

1.  Pulau Marina

tempat menarik di pulau marina

Imej via [selinawing]

Pulau Marina terletak bertentangan dengan Pulau Pangkor dan Pulau Laut Resort. Terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Pulau yang cantik ini seperti bermandi-manda dan bermain sukan air. Selain melihat keindahan pantai dan lautannya yang biru, anda boleh melihat keindahan matahari terbenam pada petang hari.

Antara Aktiviti Lain Yang Boleh Dilakukan Di Pulau Marina:

  • Berselam scuba
  • Bola tampar
  • Kayak & kanu
  • Bermain di pantai
  • Berenang
  • Memancing
  • Menaiki Bot

2.  Kolam Pancing Marina Island

tempat menarik di pulau marina

Imej via [hasrulhassan]

Kolam Pancing Marina Island merupakan salah satu tempat menarik di Pulau Marina yang sesuai untuk anda lawati. Sambil bersiar-siar, lakukan aktiviti menarik dengan memancing bersama suami di sini.

Bayaran dikenakan mengikut masa memancing, tapi tak perlu risau. Anda boleh menjual semula ikan di sini sebelum pulang. Terdapat juga kedai makan atau restoran di sekitar kolam pancing ini, bolehlah singgah kenyangkan perut juga.

3.  Galeri Seni Pulau Marina

tempat menarik di pulau marina

Imej via [facebook]

Galeri Seni Pulau Marina terletak berdekatan pantai pulau Marina dan berada tidak jauh dari situ. Datanglah ke sini untuk menyaksikan lukisan cantik serta karya seni yang unik dan menakjubkan. Di samping mencuci mata melihat hasil seni, anda juga boleh bersiar-siar di kawasan sekitar Pulau Marina. Tempat menarik di Pulau Marina ini juga sering dijadikan tarikan para pelancong luar negara.

4.  Kelas Mencanting Batik

tempat menarik di pulau marina

Imej via [marinaisland]

Tempat menarik di Pulau Marina ini menyajikan pembelajaran mencanting batik secara tradisional dan berkonsepkan batik Malaysia. Dikatakan juga corak batik ini amat eksotik dan mempunyai tahap terbaik di Malaysia.

Pelancong dari luar negara tidak jemu untuk berkunjung ke sini mempelajari karya Malaysia, anda pula bagaimana? Jom jadikan tempat menarik di Pulau Marina ini sebagai port percutian seterusnya.

5. Yoga & Taichi – Yoga Park

tempat menarik di pulau marina

Imej via [marinaisland]

Tempat menarik di Pulau Marina boleh anda luangkan masa juga adalah Yoga Park. Di sini, aktiviti yoga dan taichi menjadi pilihan utama penduduk dan juga pengunjung. Bukan sahaja bersiar-siar, nak bersenam pun tiada masalah sekiranya anda ke Yoga Park di Pulau Marina.

6.  Frenzy Hippo Waterpark

tempat menarik di pulau marina

Imej via [youtube]

Jika anda suka bermandi-manda di taman tema, Frenzy Hippo Waterpark adalah pilihan terbaik untuk anda meluangkan masa. Mandilah sepuas-puasnya di sini kerana ia bagaikan sebuah kolam air yang sangat besar dan luas. Anak-anak pasti akan suka. Lebih menyeronokkan, anda dapat bermain di atas pelampung atau ruang mainan di tengah-tengah taman air ini.

7.  Teluk Batik

tempat menarik di pulau batik

Imej via [trip]

Teluk Batik amat terkenal sebagai port berkhemah dimana anda boleh berkelah dan mendirikan khemah di sini. Pada malam hari, tiada masalah untuk anda melepak atau berkhemah di sini. Lautan yang sangat indah dan menenangkan ini juga membolehkan anda bermandi-manda pada siang atau petang hari.
Berdekatan tempat menarik di Pulau Marina ini juga, terdapat beberapa gerai makan atau pusat karaoke yang boleh anda kunjungi. Tempat ini juga tidak lekang dengan kedai jualan barang-barang seperti baju, beg dan macam-macam lagi.

8.  Pulau Pangkor

tempat menarik di pulau marina

Imej via [thevocket]

Pulau Pangkor merupakan salah sebuah pulau terbaik dan terkenal dalam kawasan Pulau Marina. Dari Pulau Marina, anda boleh menaiki feri untuk ke Pulau Pangkor.
Sekitar tempat menarik di Pulau Marina ini, lautannya amat jernih dan cantik, membolehkan anda bermandi-manda dan melakukan pelbagai aktiviti air.  Terdapat beberapa pantai di Pulau Pangkor yang sangat cantik dan sesuai untuk anda lawati.
Beberapa Pantai Di Pulau Pangkor:
  • Pantai Pasir Bogak
  • Pantai Teluk Nipah
  • Pantai Teluk Ketapang
  • Coral Bay
  • Teluk Dalam
  • Teluk Segadas

9.  Pasar Malam Lumut

tempat menarik di pulau marina

Imej via [tripadvisor]

Tempat menarik di Pulau Marina boleh anda kunjungi pada malam hari pula adalah Pasar Malam Lumut. Pasar malam Lumut dibuka dari 6 petang sehinggalah tengah malam. Kebanyakan barang yang dijual di sini adalah makanan, barang cendemata, pakaian pantai, pakaian lain, ikan dan makanan seafood kering dan lain-lain lagi. Keluarga pasti berpuas hati berjalan-jalan di sini.

10.  Coral Beach

tempat menarik di pulau marina

Imej via [pulaumalaysia]

Coral Beach sangat cantik dan indah pantainya kerana airnya sangat jernih dan berwarna biru muda. Pasir putih yang halus juga membuatkan kawasan ini sangat menarik jika dilihat di depan mata.
Bagi anda yang suka berjemur di pantai, Coral Beach amat segar dan menenangkan, malah sesuai untuk berjemur dan bermandi-manda tanpa sebarang gangguan.

11. Dutch Fort (Kota Belanda)

tempat menarik di pulau marina

Imej via [emily100]

Tempat yang bersejarah ini adalah Dutch Fort atau Kota Belanda yang pernah didiami oleh Belanda suatu masa dahulu. Selain melihat keunikan sejarah di sini, terdapat juga kedai yang menjual cenderahati boleh anda singgah. Anda juga boleh melihat meriam yang mempunyai sejarah lampau di sini.

Itulah dia 11 tempat menarik di Pulau Marina boleh anda lawati jika bercuti ke Lumut, Perak. Jom baca juga tempat menarik di Pulau Manukan, tempat menarik di Pulau Komodo, tempat menarik di Pulau Ko Yo dan tempat menarik di Pulau Kapas.

Rujukan:

  1. tempatmenarik
  2. novaleeza
  3. marinaisland

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Avatar

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.