Pulau Nami atau nama sebenarnya adalah Namiseom merupakan sebuah pulau berbentuk setengah bulan yang terletak di Chuncheon, Wilayah Gangwon, Korea Selatan.  Tahukah anda, bentuk bumi tanah di sekeliling pulau ini dikelilingi oleh air Sungai Han Utara kerana terdapat pembinaan Empangan Cheongpyeong.

Siapa sangka Pulau Nami yang sedikit jauh dari Seoul ini mempunyai tarikan semulajadinya yang tersendiri. Dengan menaiki feri ke sini, anda boleh memilih untuk datang pada musim yang anda mahukan memandangkan terdapat 4 musim yang berubah-ubah. Jom lihat antara tempat menarik di Pulau Nami idaman ramai.

1.  Metaseqouia Lane

tempat menarik di pulau nami

Imej via [twitter]

Metaseqouia Lane adalah sebuah jalan atau laluan umpama taman yang begitu indah biarpun 4 musim melanda. Sama ada musim salji, musim luruh dan lain-lain lagi, anda boleh melihat Gingko Tree Land dan bergambar.

Pada musim luruh, tarikan di sini adalah Gingko Tree Land yang berwarna kuning lembut manakala pada musim bunga pula, anda boleh melihat keindahan Cherry Tree Lane yang tumbuh mekar.

2.  Taman Pulau Nami

tempat menarik di pulau nami

Imej via [alowisata]

Taman Pulau Nami sangat sesuai dikunjungi ramai bagi beriadah dan bersantai.  Anda boleh menyewa basikal di sini dan menaiki sekitar taman ini. Terdapat juga basikal yang sesuai untuk anda membawa anak kecil. Sambil bersiar-siar, ambillah gambar kenang-kenangan di tempat menarik di Pulau Nami ini.

3.  Pantai Pulau Nami

tempat menarik di pulau nami

Imej via [tripzilla]

Siapa sangka di Pulau Nami tiada pantai? Di sini merupakan pulau yang membolehkan anda melakukan pelbagai aktiviti sukan air seperti water ski, jet skit, bot kayuh dan macam-macam lagi.  Airnya sangat sejuk dan dingin, namun ia menjadikan aktiviti anda lebih seronok. Jangan asyik berjalan-jalan di taman sehingga lupa berhibur di pantai!

4.  Garden of Morning Calm

tempat menarik di pulau nami

Imej via [morningcalm]

Jika anda sukakan taman bunga, Garden of Morning Calm ini adalah tempat yang sesuai untuk anda bersiar-siar. Banyak tumbuh-tumbuhan dan bunga yang indah boleh anda lihat. Perjalanan di sini membolehkan anda meluangkan masa bersama yang tersayang serta mengeratkan lagi hubungan anda.  Jangan lupa bergambar berlatar belakangkan taman indah ini!

5.  Petite France

 

tempat menarik di pulau nami

Imej via [peterlamphotography]

Petite France adalah tempat menarik di Pulau Nami yang sangat indah dan unik dengan bangunannya yang bewarna-warni.  Asalnya, ia merupakan kota yang diilhamkan oleh seorang peniaga yang selalu berkunjung ke Perancis. Disebabkan jatuh cinta dengan keindahan kota Perancis, beliau mengadaptasikan keindahan itu di Korea ini. Cantik bukan?

6.  Jeti Gapyeong

tempat menarik di pulau nami

Imej via [eatandtravelwithus]

Jeti Gapyeong merupakan tunjang bagi Pulau Nami dimana anda boleh melihat apa aktiviti yang anda mahu lakukan sepanjang berada di sini. Tempat menarik di Pulau Nami ini juga membolehkan anda menaiki aktiviti ekstrem seperti Zip Wire dari Jeti Gapyeong sehinggalah ke Pulau Nami.Agak menakutnya juga tetapi jangan risau kerana aktiviti ini tidak dijalankan jika cuaca buruk. Bayaran untuk aktiviti Zip Wire ini adalah sekitar KRW38,000. Bolehlah anda berada setinggi 80 meter dan merasai pengalaman terbang selama 1 minit.

7.  Kereta Api dan Sky Bike

tempat menarik di pulau nami

Imej via [sweetsharing]

Tahukah anda, UNICEF Charity Train, Electric Tour Bus ataupun Sky Bike dicipta untuk menghiburkan para pengunjung Nami Island.  Pengunjung boleh melihat kecantikan alam semulajadi di Pulau Nami ini dengan berehat di awangan.Selain itu, menaiki kereta api di landasan kereta api berdekatan dengan Sky Bike juga adalah antara aktiviti menarik sesuai anda lakukan.

8.  Nami Island Handicraft Studio

tempat menarik di pulau nami

Imej via [livingnomads]

Nami Island Handicraft Studio dan Yu Qing Cheng’s Happy Garden Sculpture Gallery adalah antara galeri seni yang unik dan menarik.  Tempat menarik di Pulau Nami ini berbentuk bangunan setingkat yang terletak bertentangan dengan Baplex.

Anda juga boleh melihat pertandingan tahunan Nami Concours yang dianjurkan oleh mereka malah ia juga sering disertai oleh pelukis dari seluruh dunia. Jika anda pernah ke Rumah Pak Yusof Gajah dan mengenali mereka, mereka juga merupakan salah seorang jurinya.

Menarik sungguh kerana karya bagi para pemenang akan dipamerkan di galeri tingkat atas Picture Book Library. Anda juga dapat menyaksikan perarakan pancaragam maharaja zaman Joseon sebagai persembahan menarik pada hujung minggu.

9.  Picture Book Library

tempat menarik di pulau nami

Imej via [pinterest]

Tempat menarik di Pulau Nami sesuai untuk membawa anak-anak adalah Picture Book Library.  Ia adalah sebuah perpustakaan anak-anak yang membolehkan mereka membaca buku, melukis dan mewarna. Anak-anak boleh ke sini sementara ibu bapa solat di surau tingkat atas.

10.  Bilik Yusof Gajah

tempat menarik di pulau nami

Imej via [thevocket]

Terdapat sebuah projek hasil kerjasama Langkawi, Malaysia dengan Pulau Nami dan ia dinamakan Langkami.  Ia merupakan sebuah bilik khas untuk pelukis tersohor Malaysia iaitu Yusof Gajah.

Beliau sebenarnya telah diiktiraf sebagai warganegara Nami Island bertaraf VIP, jadi jangan terkejut kenapa wujudnya bilik ini dan menjadi salah sebuah tempat menarik untuk anda lawati di Pulau Nami.

11.  Cheongpyeong Lake

tempat menarik di pulau nami

Imej via [trippose]

Tasik Cheongpyeong mempunyai tarikannya yang tersendiri.  Ia merupakan sebuah tasik tiruan yang dibentuk dari pembinaan Empangan Cheongpyeong di Sungai Bukhangang, Cheongpyeong, Gapyeong County, Wilayah Gyeonggi, Republik Korea.

Anda juga boleh bersiar-siar berhampiran Cheongpyeong Lake ini. Terdapat sebuah taman hiburan atau taman rekreasi serta beberapa rumah musim panas boleh anda kunjungi.

12. Octopus Bibimbap di Asian Cuisine

tempat menarik di pulau nami

Imej via [maangchi]

Terdapat restoran makanan halal yang boleh anda singgah di sekitar tempat menarik di Pulau Nami ini. Antaranya adalah Asian Cuisine yang terletak di bangunan Baplex. Kedai makan ini menyediakan pelbagai hidangan Asia halal 100% oleh pihak Korean Muslim Federation.  Anda boleh merasai makanan korea seperti bulgogi dan bibimbap.

Itulah dia 12 tempat menarik di Pulau Nami harus ada dalam itenari anda. Jom baca juga tempat menarik di Pulau Madura, tempat menarik di Pulau Ko Yo, tempat menarik di Pulau Marina dan tempat menarik di Pulau Manukan.

Rujukan:

  1. havehalalwilltravel
  2. thelurimatravel
  3. tripadvisor

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.