Pulau Perhentian ialah salah satu destinasi percutian yang popular di Malaysia. Ia terletak di Pekan Besut, Terengganu. Pulau Perhentian terkenal dengan kecantikan alam semula jadinya seperti pantai berpasir yang putih bersih, air laut yang jernih dan sebagainya.

tempat menarik di pulau perhentian

Imej via [perhentian]

Fakor tersebut menjadikan Pulau perhentian satu lokasi idaman untuk seisi keluarga, kumpulan atau individu. Anda wajib luangkan masa untuk bercuti di sini. Jom lihat tempat menarik di Pulau Perhentian viral dan wajib anda kunjungi.

 

1.  Pulau Perhentian Besar

tempat menarik di pulau perhentian

Imej via [ieyra]

Semuanya ditawarkan di pulau ini, dari pakej snorkeling  dan menyelam skuba sehinggalah kepada perkhidmatan bot untuk anda menikmati pemandangan indah pulau dengan sepuas hati. Lanskap dunia bawah air Pulau Perhentian cukup memukau jiwa.

Bayangkanlah, dengan menyelam, anda dapat melihat dengan lebih dekat keindahan batu-batu karang dan habitat marina lain yang penuh warna-warni ibarat sebuah lukisan. Rugi tak cuba. Mengenai resort -resort yang terdapat di tempat menarik di Pulau Perhentian ini pula, kebanyakannya terletak di lokasi yang cukup menarik iaitu selalunya di tepi pantai.

Maksudnya, dengan hanya bersantai di dalam bilik anda dapat merasakan bayu laut yang bertiup tenang dan juga bunyi pukulan ombak yang mendamaikan jiwa.

Alamat: Pulau Perhentian Besar, Besut, Terengganu

 

2.  Pantai panjang (Long Beach)

tempat menarik di pulau perhentian

Imej via [triptrus]

Pantai Panjang ataupun Long Beach adalah sebuah lokasi yang menjadi perhatian ramai backpackers dan mat saleh. Bagi anda yang datang bersama anak-anak kecil, tempat menarik di Pulau Perhentian ini sebenarnya agak tidak sesuai untuk dilawati.

Aktiviti seperti berjalan di tepian Pantai Panjang ini bertambah meriah sebaik tiba waktu malam. Antara perkara menarik yang terdapat di sini adalah pertunjukan api. Di tepian Long Beach ni juga, terdapat banyak guest house yang sesuai untuk diinap oleh golongan solo traveller atau yang bercuti dalam bajet.

Alamat: Long Beach, Pulau Perhentian Kecil, Terengganu

 

3.  Kincir Angin D’Lagoon

tempat menarik di pulau perhentian

Imej via [turbinemanlog]

Terdapat sebuah pusat penjanaan kuasa hibrid untuk penduduk di Pulau Perhentian ini. Kincir angin yang dibina di atas bukit menjadi tarikan pelancong di sini. Anda boleh mendaki bukit yang menempatkan kincir angin ini melalui anak-anak tangga yang disediakan.

Apabila sampai di puncak bukit, anda boleh menikmati pemandangan laut biru yang indah dari atas puncak ini. Kincir Angin D’Lagoon adalah tempat menarik di Pulau Perhentian yang menjadi sebuah tarikan unik di bahagian puncak tertinggi di Pulau Perhentian Kecil. 

Sekiranya anda berdiri di atas puncak ini, anda dapat menyaksikan pemandangan yang terindah di Pulau Perhentian. Yang menjadikan ia sebuah lokasi yang wajib dilawati di sini adalah kerana Kincir Angin D’Lagoon adalah seperti ‘dek pemerhatian’ pulau ini.

Anda sekeluarga dapat menikmati pemandangan penuh 360 darjah sekitar Pulau Perhentian. Bunyinya macam tinggi sahaja puncaknya, tapi jangan risau, laluan pejalan kaki untuk anda mendaki menuju ke puncak telah disediakan. Masa yang diambil untuk mendaki adalah dalam 20 minit.

Alamat:  Kincir Angin D’Lagoon, Pulau Perhentian Kecil, Kuala Besut, Terengganu

 

4.  Pantai Romantik

tempat menarik di pulau perhentian

Imej via [buletinonline]

Apa kata kalau anda ber’dating’ bersama pasangan di Pantai Romantik, sesuai sekali dengan namanya bukan?  Inginkan suasana yang romantik secara bersendirian di sini pun boleh, kerana tempat menarik di Pulau Perhatian ini bakal memanjakan pandangan mata anda dengan pemandangan yang sangat indah.

Pantai dengan pasir putih ini dapat memberikan ketenangan yang anda cari-cari selama ini. Dah puas berjalan, anda boleh meneruskan aktiviti di sini dengan ‘menyelami’ keindahan sebenar yang disorokkannya di dalam air laut dengan cara bersnorkeling. Banyak ikan-ikan comel yang menanti  kunjungan anda.

Alamat:  Pantai Romantik, Pulau Perhentian, Terengganu

 

5.  Pantai Teluk Pauh

tempat menarik di pulau perhentian

Imej via [tripadvisor]

Teluk Pauh adalah sebuah tarikan alam semula jadi di dalam Pulau Perhentian Besar yang terletak di bahagian barat laut.  Jika anda datang ke sini dari Pantai Panjang (Pulau Perhentian Kecil), anda boleh menggunakan perkhidmatan ‘teksi air’ yang disediakan penduduk setempat.

Masa yang diambil untuk sampai ke teluk ini adalah dalam sekitar 10 minit. Sebaik sampai di kawasan Teluk Pauh, anda akan terpesona melihat keindahan melampau yang disajikan di depan mata.  Tempat menarik di Pulau Perhentian ini ibarat sebuah kolam renang semula jadi yang sangat besar. 

Anda boleh melihat kejernihan airnya yang persis kristal. Nak mandi sepuas hati? Inilah lokasi yang sangat tepat kerana dasar airnya juga tidak begitu dalam.

Alamat: Daerah Besut, Pulau Perhentian Besar Teluk Pauh 22300, Terengganu

 

6.  Turtle Bay (Titik Penyu)

tempat menarik di pulau perhentian

Imej via [uyanua]

Terletak tidak jauh dari Teluk Pauh adalah tarikan yang seterusnya, Titik Penyu atau Turtle Bay. Dari namanya sahaja dapat dibayangkan apa yang boleh anda temui di sini. Sebabnya, kawasan dasar laut di sekitar Titik Penyu ini adalah tempat penyu mendapatkan sumber makanan.

Cara terbaik untuk melihat penyu-penyu ini adalah dengan bersnorkeling di perairan sekitar tempat menarik di Pulau Perhentian ini. Walau bagaimanapun, anda perlu hormat penyu-penyu yang muncul dengan cara tidak mengganggu habitat mereka atau menyentuh mereka yang sedang bergerak bebas di sekitar pantai.

Alamat:  Turtle Bay Divers, Pulau Perhentian Kecil, Besut, Terengganu

 

7.  Pulau Rawa Air Bersih

tempat menarik di pulau perhentian

Imej via [hias]

Pulau yang terletak di Besut, Terengganu ini setanding keindahannya dengan Pulau Rawa yang terletak di Mersing, Johor. Air lautnya yang biru jernih bak kristal menampakkan keindahan terumbu-terumbu karang yang terbentuk indah di dasar laut yang berdekatan dengan daratan pantai.

Pemandangan di sekitar Pulau Rawa ini cukup mengasyikkan tanpa perlu bersnorkeling untuk melihat keindahan panorama dalam airnya. Sekiranya anda datang ke sini, anda boleh menaiki bot yang disediakan dari Pulau Perhentian. Sebelum tiba di tempat menarik di Pulau Perhentian ini, lebih baik anda aturkan terlebih dahulu untuk melakukan aktiviti snorkeling dengan pihak penginapan.

Lokasi:  Pulau Rawa, Besut

 

8.  Tokong Laut

tempat menarik di pulau perhentian

Imej via [Youtube]

Bagi anda yang sukakan aktiviti menyelam skuba, Tokong Laut adalah lokasi yang pertama sekali patut anda letakkan dalam rancangan aktiviti di Pulau Perhentian. Tokong Laut adalah salah satu lokasi menyelam yang paling famous di pulau ini dan boleh dikatakan tempat menarik di Pulau Perhentian.

Tak kisahlah berapa kali anda teroka dasar lautnya, sekali atau 100 kali, anda tidak akan pernah puas! Panorama yang terpapar di depan mata cukup memukau jiwa, kepelbagaian hidupan marinnya dari yang bersaiz kecil hinggalah yang besar, semuanya dapat anda dekati.

Tempat menarik di Pulau Perhentian ini terasa seperti berada di dalam akuarium. Kawasan menyelam ini memiliki kedalaman berbeza-beza sehingga mencecah 30 meter. Semakin dalam anda terokai, semakin banyak terumbu karang menarik yang dapat anda temui.

Alamat:  Tokong Laut (Temple of the Sea), Pulau Perhentian, Terengganu

 

9.  Kampung Pasir Hantu

tempat menarik di pulau perhentian

Imej via [booking]

Kampung Pasir Hantu adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di Pulau Perhentian Kecil.  Di sini, anda boleh melihat kehidupan sehari-hari penduduk tempatan yang hanyalah sebuah komuniti kecil. Antara bangunan yang boleh anda nampak di sini adalah bangunan sekolah, balai polis dan kawasan perumahan.

Sekiranya anda berjalan di sekitar kampung ini pula, anda dapat melihat air laut yang jernih bak kristal,  tiada langsung pencemaran yang mengganggu pemandangan mata. Disebabkan kampung ini juga digelar sebagai perkampungan nelayan, banyaklah bot-bot yang terdampar di pesisir pantai dapat dilihat di tempat menarik di Pulau Perhentian ini. 

Alamat:  Kampong Pasir Hantu, Pulau Perhentian Kecil, Besut, Terengganu

 

10.  Lata Air Berani

tempat menarik di pulau perhentian

Imej via [twitter]

keindahan alam semula jadi  yang wujud di Lata Air Berani iaitu kolam kecil yang terbentuk di tepian pantai Pulau Perhentian Besar adalah sebuah kolam yang airnya tidak pernah kering sama sekali. Air tawar ‘misteri’ ini menjadi tumpuan ramai orang untuk bermandi-manda sepuas hati.

Tempat menarik di Pulau Perhentian ini menyajikan kesegaran yang dirasakan bila air yang sejuk bak ais ini terkena pada badan. Rasanya cukup memuaskan.

Alamat: Lata Air Berani, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

 

11.  Pulau Tokong Burung

tempat menarik di pulau perhentian

Imej via [Velvet Escape]

Anda boleh menuju ke Pulau Tokong Burung yang terletak hanyalah dalam sekitar 40 minit dari Pulau Perhentian dengan menaiki bot-bot yang tersedia.  Pulau yang agak kecil ini merupakan sebuah tempat menarik di Pulau Perhentian yang memiliki permukaan yang berbatu-batuan dan tidak begitu berpasir seperti pulau yang lain.

Untuk menikmati keindahan sebenar yang ditawarkan di Pulau Tokong Burung ini, anda boleh menaiki batuan besar yang terdapat di sini untuk menikmati pemandangan yang sangat memuaskan deria mata.

 

12.  Terumbu tiga

tempat menarik di pulau perhentian

Imej via [fazlizainul]

Untuk menuju ke tempat menarik di Pulau Perhentian ini dari Teluk Pauh ataupun Teluk Dalam, ia mengambil masa sekitar 15 minit perjalanan bot.  Nama lain bagi Terumbu Tiga adalah Tiger Rocks.

Kawasan menyelam yang best ini terletak di bahagian timur Pulau Perhentian Besar. Kalau anda memilih lokasi ini untuk menyelam skuba, anda dapat melihat banyak pembentukan batu karang yang berwarna-warni yang terdiri daripada spesies-spesies seperti Ctenocella pectinata, Sinularia sp., Symphyllia recta dan bermacam lagi.

Usai anda mula menyelam skuba dan melihat sendiri keindahan batu karang, secara automatik perasaan nak mengenali batu karang secara mendalam akan muncul.

Alamat:  Terumbu Tiga, Timur Pulau Perhentian Besar, Terengganu

 

13.  Teluk Dalam

tempat menarik di pulau perhentian

Imej via [Adventoro]

Pada bahagian selatan Pulau Perhentian Besar, terletaknya tarikan yang tak patut anda lepaskan iaitu Teluk Dalam. Di sepanjang teluk ini juga terdapat banyak penginapan menarik yang ditawarkan. Sebaik anda sampai ke Teluk Dalam, anda akan dikejutkan dengan betapa panjangnya kawasan pantai ini yang kalau diikutkan, kepanjangannya mengalahkan Pantai ‘Panjang’ yang terletak di Pulau Perhentian Kecil.

Kawasan teluk yang panjang ini cukup mendamaikan, tempat menarik di Pulau Perhentian inilah membolehkan anda  meluangkan masa bersama keluarga sambil berkelah dan menikmati pemandangan dengan tenang. Tapi kebiasaannya, pada waktu tengah hari dan ketika mendekati waktu senja, kawasan teluk ini agak menjadi tumpuan untuk pelbagai aktiviti seperti berkayak, snorkeling, bola tampar dan sebagainya.

Alamat:  Teluk Dalam, Pulau Perhentian Besar, Terengganu

 

14.  Teluk Keke

tempat menarik di pulau perhentian

Imej via [g0abunyale2]

Jika anda datang ke Teluk Keke ketika waktu air sedang surut, anda dapat menggunakan lokasi ini untuk bersnorkeling sepuas hati. Tempat menarik di Pulau Perhentian ini juga selamat untuk dijadikan tempat bersantai bersama keluarga termasuklah anak-anak kecil.

Tambahan lagi, pukulan ombaknya juga agak ‘sopan’.  Jangan lupa untuk cuba menarik hidupan marin ikan-ikan kecil yang berwarna-warni di sini dengan memberi mereka makan cebisan roti.  Anak-anak pasti seronok apabila ikan-ikan datang mendekati.

Selain ikan yang comel, keindahan batu karang juga dapat dilihat di sekitar perairan Teluk Keke. Namun ingin diingatkan, jika anda datang ketika waktu air sedang pasang, air boleh menjadi agak dalam. Anda boleh perhatikan paras air berdasarkan batu karang.

Dah puas melihat keindahan Teluk Keke, anda boleh meneruskan perjalanan ke tarikan yang terletak hanyalah bersebelahan dengan teluk ini iaitu Tanjung Batu Layar.  Di sebelah tempat menarik di Pulau Perhentian ini pula, terdapat lagi satu kawasan tanjung iaitu Tanjung Batu Lochek yang turut menawarkan kawasan pantai yang menarik untuk dijadikan lokasi bermandi-manda.

Alamat: Teluk Keke, Pulau Perhentian Besar, Besut, Terengganu

 

15.  Pulau Perhentian Kecil

tempat menarik di pulau perhentian

Imej via [TripSavvy]

Tempat menarik di Pulau Perhentian ini agak meriah dengan pelancong terutama sekali pada bahagian yang dipanggil Long Beach ataupun Pantai Panjang, tak kisahlah siang atau malam, ada sahaja aktiviti yang berjalan di sini. Ruang untuk anda mendapatkan privasi ada disediakan di Coral Bay yang terletak bertentangan dan tidak sukar untuk ditemui.

Salah satu sebab kenapa Pulau Perhentian Kecil ini lebih menjadi tumpuan adalah kerana terdapat banyak penginapan-penginapan bajet yang tersedia di sini.

Alamat: Pulau Perhentian Kecil, Besut, Terengganu

tempat menarik di pulau perhentian

Imej via [TripSavvy]

Pulau Perhentian merupakan destinasi sempurna untuk pasangan suami isteri berbulan madu dan para pencinta alam semulajadi untuk menikmati keindahan pemandangan dasar laut yang sangat mengagumkan.  Jangan lepaskan peluang untuk melancong di tempat menarik di Pulau Perhentian untuk merasai sendiri ketenangan dan pengalaman. Jemput baca tempat menarik di Tokyo, tempat menarik di Teluk Intan dan tempat menarik di Tanjung Malim juga.

 

Rujukan:

  1.       Maisinggah
  2.       Wikipedia
  3.       Melancong

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis sepenuh masa yang aktif berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.