Pulau Rawa Mersing tidak asing lagi sebagai salah sebuah destinasi percutian Johor bagi pengunjung tempatan dan luar negara. Bagaikan pulau Maldives, ia sangat indah dengan pemandangan alam flora dan fauna. Tambahan pula, terdapat banyak aktiviti menarik boleh anda lakukan di sini bersama keluarga.  Pastinya ia amat sesuai dikunjungi oleh anda sekeluarga dan anak-anak.

Antara aktiviti yang boleh kita lakukan di sini seperti sukan air, melihat pemandangan alam flora dan fauna serta banyak lagi. Jom lihat antara tempat menarik di Pulau Rawa Johor, aktiviti dan penginapan terbaik pilihan utama.

1.  Pantai Pulau Rawa Johor

tempat menarik di pulau rawa johor

Imej via [facebook]

Keindahan pantai Pulau Rawa Johor pasti membuatkan anda terpegun dan terpukau, haruslah bergambar di sekitar pantai ini. Aktiviti bermandi-manda, berkelah adalah perkara utama yang pastinya semua pengunjung akan lakukan.

Pantai Pulau Rawa Johor amat meriah dengan pelbagai tarikan pengunjung. Aktiviti bermandi-manda dan bersantai sememangnya sangat terkenal di sini memandangkan terdapat kemudahan dan kelengkapan yang turut disediakan.

2.  Snorkeling Dan Aktiviti Air Lain Di Pulau Rawa Johor

tempat menarik di pulau rawa johor

Imej via [caridestinasi]

Tidak terkecuali, selain bermandi-manda, anda boleh melakukan aktiviti sukan air seperti snorkeling, berkayak dan juga selam scuba di sini.  Tempat menarik di Pulau Rawa Johor ini sangat cantik dimana terdapat tumbuhan hijau, coral dan ikan-ikan kecil yang cantik di dasar lautan boleh anda saksikan.

3.  Aktiviti BBQ Dan Makan-Makan

tempat menarik di pulau rawa johor

Imej via [caridestinasi]

Selain aktiviti air, aktiviti makan-makan dan BBQ menjadi pilihan utama. Sama ada di tepi pantai pulau ini ataupun di ruang berdekatan penginapan anda, tiada masalah. Dengan kelengkapan yang disediakan, ia dapat memudahkan aktiviti BBQ anda. Semestinya sudah tak sabar-sabar lagi makan sambil berhibur dan mengambil udara segar di pantai kan?

4.  Gazebo Pulau Rawa Johor

tempat menarik di pulau rawa johor

Imej via [youtube]

Terdapat gazebo berdekatan dengan Jeti Pulau Rawa yang turut dikatakan sebagai tempat menarik di Pulau Rawa Johor. Anda boleh bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan di sini tatkala ingin mengambil udara segar dan melihat pemandangan pulau yang indah. Bergambar berlatar belakangkan gazebo ini juga sangat menarik dan unik, malah sesuai diletakkan di instagram anda!

5.  Puncak Bukit Pulau Rawa Johor

tempat menarik di pulau rawa johor

Imej via [thevocket]

Terdapat sebuah bukit Pulau Rawa yang membolehkan anda mendaki untuk naik ke puncak. Dari atas puncak bukit tersebut, anda boleh melihat keindahan laut china selatan serta menikmati suasana matahari terbit pada pagi hari.  Ia tidaklah terlalu tinggi dan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja untuk mendaki.

6.  Berjalan Kaki Dan Jungle Trekking

tempat menarik di pulau rawa johor

Imej via [tripadvisor]

Pastinya anda akan melalui aktiviti jungle trekking dan berjalan kaki di sekitar laluan pejalan kaki sehinggalah laluan menaiki bukit. Jungle trekking akan tamat setibanya anda di puncak bukit Pulau Rawa Johor. Sepanjang berada di laluan berjalan kaki, anda boleh bergambar sepuas-puasnya dan boleh mengikut papan tanda yang disediakan untuk tiba di destinasi.

7.  Waterslide Atau Gelongsong Air

tempat menarik di pulau rawa johor

Imej via [caridestinasi]

Sepanjang bermain air, jangan lupa singgah di tempat menarik di Pulau Rawa Johor ini. Waterslide ataupun gelongsong air terletak di sekitar jeti Pulau Rawa. Terdapat 2 papan gelongsor boleh anda pilih, uniknya kedua-dua papan gelongsor ini berpenghujungkan laut. Anda juga akan dibawa ke dalam laut setelah menaiki papan gelongsor yang lebih tinggi dan berliku-liku.

8.  Pulau Harimau

tempat menarik di pulau rawa johor

Imej via [lolitafinola]

Pulau Harimau terletak berdekatan dengan Pulau Rawa yang boleh anda kunjungi dengan menaiki bot. Sekiranya melihat keindahan laut Pulau Harimau, anda akan mendapati ia seolah-olah jalur-jalur badan harimau.

Pantai ini sangat cantik umpama hawaii tetapi ramai yang tak tahu. Inilah masanya untuk anda datang, lihat dan rasa sendiri pengalaman berada di tempat menarik di Pulau Rawa Johor ini.

9.  Pulau Mensirip

tempat menarik di pulau rawa johor

Imej via [maisinggah]

Dikatakan Pulau Mensirip mempunyai mutiara yang sangat indah, namun ia menjadi sesuatu yang rahsia. Lihat sahaja warna pantai dan kecantikan pulau ini, pasti anda takkan lepaskan peluang berada di sini bersama orang yang tersayang!

10. Gelanggang Bola Tampar (Beach Volleyball)

tempat menarik di pulau rawa johor

Imej via [caridestinasi]

Berdekatan Pantai Pulau Rawa, anda akan dapati terdapat sebuah gelanggang bola tampar yang disediakan khas untuk orang awam. Pengunjung atau pelancong yang ke sini boleh menggunakan gelanggan ini untuk bermain bola tampar pantai (Beach Volleyball).

11. Hutan Kecil Pulau Rawa

tempat menarik di pulau rawa

Imej via [caridestinasi]

Jangan terkejut kerana terdapat sebuah hutan kecil yang sangat cantik kaya dengan alam flora di Pulau Rawa. Salah satu tempat menarik di Pulau Rawa Johor ini pastinya menjadi tarikan pengunjung yang sukakan tumbuhan dan spesis pokok yang unik. Sebagai contoh, terdapat kaktus besar boleh anda temui di sini.

12. Pelayaran Kapal Layar Kecil (Hobie-Cat Sailing)

tempat menarik di pulau rawa johor

Imej via [caridestinasi]

Mengemudi kapal pastinya menyeronokkan jika tahu dan kena pada caranya. Ambil kesempatan ini untuk melayar bersama kapal layar kecil di Pulau Rawa Johor ini.  Jangan lupa juga untuk pakai jaket keselematan yang diberi. Kapal kecil memuatkan anda menaiki 4 hingga 5 orang sahaja.

13.  Resort Pulau Rawa

tempat menarik di pulau rawa johor

Imej via [azhafizah]

Resor Pulau Rawa betul-betul terletak berdekatan dengan pantai Pulau Rawa Johor. Keseronokan menginap di sini adalah anda boleh menyaksikan pemandangan laut, pantai dan sekitar pulau Rawa dengan jelas dan indah sekali.

14.  Alang’s Rawa

tempat menarik di pulau rawa johor

Imej via [tripadvisor]

Pasti seronok apabila bangun tidur dan buka sahaja pintu, anda berada di hadapan laut. Alang’s Rawa berada di Pantai Pulau Rawa dan amat sesuai dikunjungi oleh anda yang sukakan pulau.

Itulah dia 14 tempat menarik di Pulau Rawa Johor boleh anda kunjungi. Jom baca juga tempat menarik di Pulau Nami, tempat menarik di Pulau Marina, tempat menarik di Pulau Manukan dan tempat menarik di Pulau Madura.

Rujukan:

  1. caridestinasi
  2. summerbayresort
  3. holidaygogogo

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.