Adakah anda gemar untuk menjadikan pulau sebagai tempat percutian anda? Mengapakah pulau yang menjadi pilihan anda? Pasti anda akan berkata bahawa pulau akan memberikan suasana yang berlainan daripada kawasan percutian di luar bandar malah anda pasti ingin lari dari kesibukan kota serta pencemaran alam sekitar kan?

Bercuti di pulau bakal membuatkan jiwa anda tenang dan damai.  Anda juga boleh menikmati pelbagai keindahan alam semulajadi dan permandangan yang amat menakjubkan.  Di samping dapat melihat suasana matahari terbenam, laut yang jernih dan biru serta menikmati udara yang segar.

tempat menarik di pulau redang

Imej via [beautifulterengganu]

Di Malaysia sahaja sudah terdapat begitu banyak pulau-pulau yang indah dan cantik yang sering menjadi destinasi tumpuan bagi semua para pelancong tidak kiralah daripada dalam negara mahupun luar negara.  Tahukah anda, setiap pulau di Malaysia mempunyai keunikan serta tarikannya yang tersendiri.  Percutian anda ke sini menawarkan pengalaman yang berharga untuk anda kenangkan.

Pulau yang sering menjadi tarikan di Malaysia adalah Pulau Redang yang terletak di Kuala Nerus, Terengganu.  Anda pasti seronok bercuti di sini jika dibandingkan dengan percutian di tempat-tempat lain. Untuk ke sini, anda boleh menaiki bot laju ataupun feri daripada jeti yang berada di Kuala Terengganu.  Jom kita ketahui tempat-tempat menarik di Pulau Redang ini.

1.  Jeti Shahbandar

tempat menarik di pulau redang

Imej via [pelancongan-terengganu]

Jeti Shahbandar merupakan antara tempat menarik di Pulau Redang yang boleh anda dapatkan tiket bot atau feri untuk percutian anda di Pulau Redang. Masa untuk perjalanan daripada jeti ini ke Pulau Redang adalah sekitar 1 jam 30 minit – 2 jam penuh.  Tempoh perjalanan bergantung kepada kelajuan bot atau feri serta keadaan air laut dan cuaca. Walaupun feri di kawasan ini bersaiz agak besar, namun anda masih berkemungkinan untuk mengalami mabuk laut akibat pergerakkan ombak tidak stabil yang membuatkan feri bergoyang. 

Jika anda seorang yang mabuk laut, saya sarankan supaya anda membawa ubat-ubatan yang sepatutnya dan jangan lupa untuk sediakan beg plastik dikhuatiri jika anda muntah.  Sebaik sahaja anda tiba berdekatan Pulau Redang, anda perlu berpindah ke bot atau feri yang akan membawa anda ke tempat penginapan anda di Pulau Redang pula. 

 

2.  Jeti Merang

tempat menarik di pulau redang

Imej via [pelancongan-terengganu]

Jeti Merang dikatakan salah satu tempat menarik di Pulau Redang yang terletak kira-kira 40 Kilometer ke arah utara bandar Kuala Terengganu.  Ia turut menjadi pilihan para pelancong untuk ke Pulau Redang malah turut dikenali dengan nama ‘Jeti Penarik’. 

Untuk pengetahuan anda, selain Jeti Merang di Terengganu ini, terdapat satu lagi jeti lain yang seakan-akan nama Jeti Merang, iaitu Jeti Marang yang akan membawa anda ke pulau yang lain pula. Jangan pula anda terkeliru dengan Jeti Marang, nanti anda  dibawa ke tempat lain pula. Kan susah kalau tersilap naik bot di jeti!

 

3.  Coral Redang Island Resort

tempat menarik di pulau redang

Imej via [myeho]

Jika anda berkunjung ke Pulau Redang, anda boleh memilih untuk balik hari tetapi lagi menarik sebenarnya jika anda dapat meluangkan masa untuk menginap beberapa hari di sana kerana terdapat banyak aktiviti menarik boleh anda lakukan.  Anda boleh meluangkan masa bersama keluarga ataupun kawan-kawan di Coral Redang Island Resort. 

Coral Redang Island Resort ini merupakan tempat penginapan yang terletak di kawasan Pasir Panjang dan terdapat 40 buah chalet ditawarkan untuk pengunjung. Kualiti kemudahan dan servis yang diberikan juga adalah berpatutan dengan harga yang ditawarkan. Antara kemudahan yang ditawarkan ialah Airy, bilik-bilik berperabot ringkas dengan gaya moden, kemudahan teh dan kuali serta balkoni atau beranda yang cantik.

Bilik keluarga di Coral Redang Island Resort ini boleh memuatkan sehingga 6 orang.  Terdapat juga bar snek, lounge terbuka, dan kolam renang luaran dengan bar, pusat menyelam dan kedai serbaneka.  Penyewaan peralatan sukan air juga boleh didapati disini.

 

4.  Taaras Beach and Spa Resort

tempat menarik di pulau redang

Imej via [expedia]

Selain Coral Island Resort, terdapat satu lagi tempat penginapan yang menarik di Pulau Redang iaitu Taaras Beach and Spa Resort. Tempat menarik di Pulau Redang ini terletak di Teluk Dalam dan menyediakan 183 bilik untuk para pengunjung pada harga yang berpatutan.  Servis dan kemudahan yang disediakan di sini amat memuaskan.

Pada musim monsun, Taaras Beach and Spa Resort akan ditutup untuk sementara waktu dan akan kembali beroperasi selepas musim tersebut kerana bimbang tentang keselamatan para pengungjung.  Ia juga bertujuan untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini. Resort ini menyediakan 5 bilik tidur private villa yang sangat selesa, menakjubkan dan sesuai untuk seisi keluarga yang besar.

 

5.  Redang Beach Resort

tempat menarik di pulau redang

Imej via [redang]

Redang Beach Resort, di Pulau Redang ini amat cantik, bersih dan menenangkan. Resort ini terletak di pantai berpasir putih terpanjang di Pulau Redang dan merupakan salah satu pusat peranginan yang paling popular dan mewah di Pulau Redang. Resort ini mempunyai lebih daripada 150 bilik dengan pelbagai jenis bilik yang boleh dipilih. Bilik Standard dan Bilik Superior antara jenis bilik yang paling popular. Harganya pula sangat kompetitif dalam kalangan resort di sini.

Restoran di resort ini menyajikan hidangan ala ala carte, Cina dan Barat.  Menariknya, terdapat sebuah kopitiam yang menghidangkan menu kopi dan teh yang paling enak dan lazat di syurga tropika ini. Untuk peminat skuba pula, sama ada anda ingin menyelam ataupun mencari kursus penyelaman, pusat menyelam di sini dapat memenuhi semua keperluan anda. Jadi apa tunggu lagi, inilah tempat menarik di Pulau Redang boleh anda kunjungi.

 

6.  Laguna Redang Resort

tempat menarik di pulau pinang

Imej via [lagunaredang]

Terletak di pantai yang paling indah di Pasir Panjang, Laguna Redang Island Resort menawarkan pengunjungnya view pantai cantik berpasir halus, perairan yang jernih dan bukit-bukau yang berwarna seakan-akan zamrud.  Resort Laguna yang dikatakan tempat menarik di Pulau Redang ini pasti membuatkan anda berasa nyaman kerana suasana di sini tidak bising seperti di tempat lain.

  • Kemudahan Resort, Bilik, Suite

Resort menawan yang lengkap dengan 222 bilik dan suite yang luas ini direka bentuk dari senibina tradisional Melayu yang moden di tengah-tengah persekitaran pulau tropika justeru menjadikannya salah satu pusat peranginan paling menarik di Pulau Redang.   Terdapat sebuah restoran yang akan memenuhi citarasa anda iaitu Restoran Sang Suria Buffet.

  • Kemudahan Restoran Dan Makanan

Khas untuk anda yang mencari makanan ala carte pula, anda boleh mendapatkannya di Restoran Sri Serai Ala Carte manakala bagi yang ingin mencuba hidangan tempatan boleh mencuba ‘roti canai’ terkenal di Warong Food Court yang sememangnya sangat sedap. Resort ini juga mempunyai tiga bar untuk tetamu berehat dan menghilangkan dahaga mereka dari aktiviti seharian mereka di pulau ini. 

  • Kemudahan Kolam Renang, Jakuzi, Kedai Hadiah

Anda boleh bersenang-senang di sekitar kolam renang dan jakuzi sambil menikmati taman-taman indah di sekitar resort ini.  Cenderahati dan hadiah di Gift Shop Tea Inn yang digunakan di dalam set penggambaran untuk filem Hong Kong yang bertajuk Summer Holiday turut boleh anda dapatkan di sini.

 

7.  Pantai Pasir Panjang

tempat menarik di pulau redang

Imej via [backpackingmalaysia]

Pasir Panjang ataupun dikenali dengan nama Long Beach adalah pantai putih indah lengkap dengan pasir halus yang luas dan amat sesuai untuk aktiviti snorkel.  Snorkeling boleh dilakukan di sepanjang pantai batu di hujung utara dan selatan serta semenanjung di tengah. 

Walaupun pantai ini dibanjiri oleh ombak nyaman dan keindahan alam, namun ia menjadi pilihan ramai dimana sepanjang hari kebanyakan pelancong berada di aktiviti snorkel atau lawatan menyelam. Untuk pengetahuan anda, bahagian selatan pantai lebih meriah daripada bahagian utara.

 

8.  Pantai Teluk Dalam

tempat menarik di pulau redang

Imej via [pinterest]

Teluk Dalam mempunyai dua pantai yang berbeza. Salah satu daripadanya terletak di Teluk Dalam Besar yang tiada resort beroperasi di sini. Pantai Teluk Dalam Kecil adalah tempat menarik di Pulau Redang di mana terletaknya Taaras Beach & Spa Resort di sini.

Anda boleh berenang, berendam dan bermain aktiviti air di sini kerana pantainya bersih, cantik dan selesa.  Menariknya, kedua-dua pantai ini diasingkan oleh satu singkapan batuan tetapi tetap disambungkan oleh sebatang jalan yang dibina di atas sebuah bukit.  Teluk Dalam ini adalah tempat menarik di Pulau Redang yang sesuai untuk anda dan keluarga menikmati panorama indah.

 

9.  Pantai Teluk Kalong

tempat menarik di pulau redang

Imej via [melancong]

Aktiviti bersantai tidak asing lagi dengan pantai Teluk Kalong yang indah dan terpelihara ini.  Tempat menarik di Pulau Redang berkonsepkan pantai yang jernih ini amat sesuai untuk anda dan keluarga melakukan aktiviti mandi laut dan berenang. 

Tambahan pula, anda boleh bergambar dan membuat koleksi gambar pemandangan laut yang sangat indah.  Jom ke pantai Teluk Kalong, pasti anda akan teruja dengan keindahannya.

 

10.  Pulau Mat Kepit

tempat menarik di pulau redang

Imej via [melancong]

Tahukah anda, Pulau Mat Kepit ini merupakan salah satu tempat pemuliharaan penyu di negeri Terengganu. Tidak dinafikan ramai antara anda mungkin sememangnya pencinta penyu, anda boleh datang ke sini untuk melihat penyu bertelur pada musim penyu bertelur di waktu malam. 

Suasananya amat menarik dan menyeronokkan apatah lagi tidak semua orang dapat melihatnya, mungkin anda bertuah! Musim penyu bertelur adalah sekitar bulan Mac hingga September, jadi jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke tempat menarik di Pulau Redang ini.  Anda boleh mendapatkan penginapan chalet di sekitar Pulau Mat Kepit ini.

 

11.  Pasir Mat Simpan

tempat menarik di pulau redang

Imej via [pelancongan-terengganu]

Jika Pulau Mat Kepit atau Pasir Mat Kepit membolehkan anda melihat penyu bertelur dan menetas, tetapi di Pasir Mat Simpan ini pula anda boleh menyelam (snorkeling) untuk melihat pelbagai jenis spesies ikan yang cantik-cantik.  Uniknya, anda juga berpeluang memberinya makan jika anda mahu.

Kemudahan kawasan untuk snorkeling terdiri daripada lokasi yang cetek, sederhana dan dalam yang mengikut kesesuaian para pengunjung yang datang. Mungkin anda lebih selesa dan sesuai snorkeling di kawasan yang sederhana atau cetek berbanding dalam, semuanya boleh anda tentukan di sini.

tempat menarik di pulau redang

Imej via [amitravel]

Itulah senarai tempat menarik di Pulau Redang yang boleh anda kunjungi untuk percutian anda. Mari kenali tempat menarik di Tambunan dan tempat menarik di Beaufort pula.

 

Rujukan

  1. Wikipedia
  2. Melancong
  3. Redang

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Avatar

Merupakan penulis sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.