Pulau Sentosa Singapura adalah salah satu destinasi percutian pelancongan yang menjadi pilihan ramai sebelum Universal Studio Singapore mendapat nama. Nama dahulunya adalah Pulau Belakang Mati, Pulau Sentosa mempunyai perairan laut yang cukup indah dan merupakan pusat peranginan di Singapura.

Terdapat beberapa zon hiburan yang berbeza di Pulau Sentosa, namun kesemuanya merupakan tempat terbaik untuk anda berhibur.  Jom lihat antara tempat menarik di Pulau Sentosa yang boleh anda kunjungi.

1.  Pantai Siloso Atau Pantai Pulau Sentosa

tempat menarik di pulau sentosa singapura

Imej via [flickr]

Pantai Siliso adalah gelaran bagi pantai Pulau Sentosa yang merupakan tarikan utama pelancong berkunjung ke sini.  Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pantai Siloso seperti bermain bola tampar, berkayak, bermain papan luncur, bermandi-manda dan juga berjemur.

Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di Pantai Siloso memandangkan ia adalah pantai utama harus anda kunjungi di Pulau Sentosa.

2.  Aquarium Underwater World

tempat menarik di pulau sentosa singapura

Imej via [thrillophilia]

Aquarium Underwater World bukan sahaja merupakan tempat menarik di Pulau Sentosa Singapura yang boleh anda kunjungi untuk bercuti tetapi juga membolehkan anda berenang bersama-sama dengan dolphin.

Bagi yang suka berenang, sertailah aktiviti berenang yang dibuka di sini. Anda boleh bergambar dengan haiwan dan hidupan laut sepanjang berjalan di Aquarium Underwater World ini.

3.  Merlion

tempat menarik di pulau sentosa singapura

Imej via [inspirock]

Merlion adalah sebuah patung yang sangat popular di Pulau Sentosa Singapura. Ia merupakan patung yang mempunyai kepala singa dan berbadan ikan.  Pastinya ia mempunyai maksud dan simboliknya yang tersendiri di sebalik reka bentuknya.

Untuk pengetahuan anda, anda boleh menaiki eskelator dan naik ke atas patung tersebut. Inilah masanya untuk anda melihat pemandangan dan panorama sekitar tempat menarik di Pulau Sentosa Singapura ini.

4.  Fort Siloso

tempat menarik di pulau sentosa singapura

Imej via [wikipedia]

Anda berpeluang melihat barang peninggalan British yang terdapat di Fort Siloso. Dahulunya, ia merupakan pangkalan tentera Britih dan benteng pertahanan yang terletak di Pulau Sentosa, kini ia menjadi sebuah muzium di sini.

Terdapat pelbagai barangan peninggalan yang boleh dilihat dan untuk bergambar.  Tempat menarik di Pulau Sentosa Singapura ini juga merupakan sebuah pelabuhan yang terpelihara di Singapura.

5.  Cove Waterpark

tempat menarik di pulau sentosa singapura

Imej via [pinterest]

Cove Waterpark merupakan salah satu tempat menarik di Pulau Sentosa Singapura yang membolehkan anda bermandi-manda dan bermain aktiviti air. Dengan memasuki terowong, anda juga akan didedahkan dengan air pancut dan kolam mandian. Menarik bukan?

Untuk bermain air di puncak, tak perlu menaiki eskelator, cuma duduk sahaja, anda akan dibawa ke puncak. Bagi anda yang suka bermandi dan gemarkan cabaran, Cove Waterpark adalah lokasi percutian harus anda kunjungi.

6.  Wings Of Time

tempat menarik di pulau sentosa singapura

Imej via [maisinggah]

Pasti anda akan terpesona melihat sebuah pertunjukan lampu, air pancut dan muzikal ini. Wings Of Time adalah sebuah persembahan yang pernah memenangi anugerah kerana kehebatan dan keseronokan persembahan yang ditunjukkan kepada penonton.

Anda akan berasa seperti berada di dunia magik kerana ia sangat unik, cantik, penuh dengan kesan api, lampu laser, air pancut, video, muzik dan sebagainya. Sungguh menghiburkan sesuai untuk anda kunjungi ketika bercuti di Pulau Sentosa Singapura.

7.   Sentosa 4D Adventureland

tempat menarik di pulau sentosa singapura

Imej via [trip]

Berkunjung ke Pulau Sentosa, jangan lepaskan peluang untuk berhibur di Sentosa 4D Adventureland. Tempat menarik di Pulau Sentosa Singapura ini membolehkan anda menghayati dan merasai pengalaman mengembara ke dunia fantasi bersama filem fantasi Journey 2.

Antara penerokaan yang seakan-akan real adalah anda dapat merasa seperti mendaki gunung, hutan, berada di kawasan misteri lain dan situasi ketika menyelamatkan diri dari haiwan liar.

Anda juga boleh merasai simulasi pergerakan roller coaster dengan aktiviti Extreme Log Ride yang membawa anda ke Himalamazon dan lain-lain lagi. Hebat sungguh teknologi 4D ini!

8.  Sentosa Boardwalk

tempat menarik di pulau sentosa singapura

Imej via [littledayout]

Tempat menarik di Pulau Sentosa Singapura adalah Sentosa Boardwalk yang merupakan sebuah jalan berhampiran waterfront yang indah.  Jalan ini menggabungkan Pulau Sentosa dengan VivoCity Shopping Mall Waterfront Promenade justeru memudahkan anda melalui kawasan tarikan yang lain seperti Trick Eye Museum, S.E.A., Crane Dance serta banyak lagi.

Selain berjalan kaki di sekitar Sentosa Broadwalk, anda boleh menyewa basikal di sekitar jalan ini untuk bersiar-siar di sekeliling kota ini. Amat romantik jika bersiar-siar dan menaiki basikal bersama pasangan. Tiada masalah juga jika anda ingin sewa basikal untuk satu keluarga.

9. Sentosa Skyride Luge

tempat menarik di pulau sentosa singapura

Imej via [maisinggah]

Dengan menaiki Sentosa Skyride Luge, anda boleh naik tinggi di bukit Pulau Sentosa. Setibanya di puncak, anda boleh menikmati pemandangan indah tempat menarik di Pulau Sentosa Singapura ini.

Ketika berada di puncak, anda boleh menggunakan luge yang disediakan untuk turun semula. Anda akan turun melalui Dragon Trail yang berukuran 688 meter panjangnya.

10. Nature Walk Dragon Trail

tempat menarik di pulau sentosa singapura

Imej via [the-inncrowd]

Nature Walk Dragon Trail adalah sebuah tempat rekreasi dan sesuai untuk anda bersantai bersama keluarga.  Ambillah udara segar dan bersenam di sini sambil bersiar-siar.

Pasti anda akan menemui sebuah patung naga yang besar dan beberapa patung haiwan lain.  Anda boleh bersantai dan bergambar berdekatan patung tersebut.  Menarik bukan? Kanak-kanak pasti teruja dan suka.

Itulah dia 10 tempat menarik di Pulau Sentosa Singapura wajib anda kunjungi. Jom baca juga tempat menarik untuk bercuti, tempat menarik di Pulau Songsong, tempat menarik di Pulau Sibu dan tempat menarik di Pulau Sipadan.

Rujukan:

  1. jejakpiknik
  2. melancong
  3. melancong

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Avatar

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.