Pulau Sibu terletak di Negeri Johor dan dikatakan sebagai sebuah pulau cantik yang telah diiktiraf sebagai Taman laut pada tahun 1993.  Terdapat banyak tempat menarik di Pulau Sibu yang boleh anda terokai. Kebanyakannya adalah pantai dan lautan, tidak kurang juga penginapan yang indah boleh anda kunjungi.

Sekiranya belum pernah berkunjung ke sini, inilah masanya untuk anda menerokai Pulau Sibu, cuaca yang elok akan memudahkan anda melakukan pelbagai aktiviti hiburan di sini. Jom lihat antara tempat menarik di Pulau Sibu harus anda terokai.

Untuk pengetahuan anda, Pulau Sibu terbahagi kepada 4 bahagian mengikut kawasan. Antaranya adalah seperti Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan juga Pulau Sibu Hujung.

1.  Pulau Sibu

tempat menarik di pulau sibu

Imej via [jomjohor]

Pulau Sibu amat terkenal dengan keindahan semulajadi dan aktiviti menarik seperti sukan air dan terokai hutan. Kecantikan pantai Pulau Sibu membuatkan anda takkan lepaskan peluang untuk bermandi-manda di sini.

Aktivit lain yang boleh dilakukan juga adalah seperti memancing, snorkeling, scuba diving, menyelam, belayar, berkayak, bola tampar pantai, jet-ski, merentas hutan dan lain-lain lagi.

Tempat menarik di Pulau Sibu ini membolehkan anda menerokai dasar lautan dan daratan yang mempunyai keindahan flora dan fauna. Jangan lupa himpunkan gambar-gambar menarik anda sepanjang bercuti di sini.

2.  Pulau Sibu Besar

tempat menarik di pulau sibu

Imej via [mpvtransport]

Pulau Sibu Besar adalah pulau utama yang agak besar kira-kira 6 KM panjang dan 1 KM lebar.  Ia lengkap dengan pelbagai spesis  tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohon tropika.  Anda boleh singgah dan bersiar-siar di perkampungan nelayan iaitu Kampong Duku di sini.

3.  Pulau Sibu Tengah

tempat menarik di pulau sibu

Imej via [tempatmenarik]

Pulau kedua besar ini terletak bersebelahan dengan Pulau Sibu Besar.  Terdapat banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sini seperti sukan air, menyelam, snorkeling dan lain-lain lagi.

4.  Pulau Sibu Kukus

tempat menarik di pulau sibu

Imej via [ticket2u]

Pulau Sibu Kukus adalah pulau kecil yang terletak bersebelah dengan Pulau Sibu Tengah. Ianya bersaiz kecil tetapi tetap menjadi tumpuan ramai. Air lautannya amat jernih dan menampakkan warna batu yang kekuningan, coklat, kelabu dan hitam. Indah sekali!

5.  Pulau Sibu Hujung

tempat menarik di pulau sibu

Imej via [lokasipercutian]

Pulau kecil ini pula terletak di kawasan paling hujung iaitu bersebelahan dengan Pulau Sibu Kukus. Ia merupakan tempat menarik di Pulau Sibu yang boleh anda kunjungi.  Ambillah udara segar sambil berjalan-jalan di sini. Anda juga dapat melihat bot-bot berlayar dari sini.

6.  Kampung Duku (Perkampungan Nelayan)

tempat menarik di pulau sibu

Imej via [azlinahashim71]

Kampung Duku dikenali sebagai perkampungan nelayan kerana ia terdiri daripada masyarakat nelayan dan suasana kehidupan nelayan.  Hampir 200 penduduk menetap di sini. Anda boleh melihat pelbagai kemudahan seperti pondok polis, sekolah, gerai makan dan banyak lagi ciri-ciri petempatan di sini.

Suasana nelayan pulang petang pun boleh dihayati di sini. Pasti anda akan gembira melihat pemandangan indah senja dimana matahari kita terbenam dan pulang.

7.  Gua Dan Puncak Bukit Pulau Sibu

tempat menarik di pulau sibu

Imej via [jomjohor]

Antara aktiviti yang sering dilakukan di tempat menarik di Pulau Sibu ini adalah jungle trekking.  Pendaki akan melalui denai yang telah disediakan bagi aktiviti ini untuk terus sampai ke puncak bukit.

Namun, anda akan mendaki dengan mudah kerana panduan akan diberikan.  Lebih menarik lagi, anda mungkin akan menemui sebuah gua yang unik dimana pintunya berbentuk hati. Setibanya di puncak bukit, anda boleh melihat pemandangan seluruh pulau ini.

8.  Twin Beach Resort

tempat menarik di pulau sibu

Imej via [tripadvisor]

Tempat menarik di Pulau Sibu ini merupakan sebuah penempatan dan penginapan bagi anda yang ingin bermalam. Selalunya pengunjung luar akan menetap di sini untuk memudahkan mereka meluangkan masa melakukan aktiviti di Pulau Sibu.  Twin Beach Resort berbentuk seperti rumah papan yang unik, kukuh dan asli untuk anda rasai pengalaman menginap di sini.

9.  Sibu Island Resort

tempat menarik di pulau sibu

Imej via [pulaumalaysia]

Tempat menarik di Pulau Sibu yang berada dalam kategori penginapan ini terletak di Pulau Sibu Tengah.  Sibu Island Resort dilengkapi dengan kolam mandian serta lautan yang indah untuk anda bermandi-manda.

Pilih sahaja nak mandi di port mana. Semuanya berada dalam satu kawasan. Ia sememangnya menarik bagi anda yang suka berenang dan berendam.

10.  Junansa Villa

tempat menarik di pulau sibu

Imej via [wikimapia]

Indah namanya, seperti juga indah tempatnya. Junansa Villa adalah sebuah resort yang ditubuhkan oleh orang Melayu dan khasnya mereka menyediakan makanan halal.  Villa ini berada di tengah kampung atau kawasan taman yang ditumbuhi tumbuhan hijau dan berdekatan dengan jeti dan pantai.

Bagi mereka yang sukakan ketenangan dan ruangan privasi, Junansa Villa amat sesuai sekali untuk dijadikan tempat penginapan pada malam hari.

11.  Sea Gypsy Village Resort & Dive Base

tempat menarik di pulau sibu

Imej via [siburesort]

Tahukah anda, pantai yang indah berdekatan dengan Sea Gypsy Village Resort & Dive Base ini sangat mempersonakan seolah-olah anda berada di Hawaii.  Kawasan penginapan ini membolehkan anda melakukan aktiviti air seperti scuba diving, menyelam, snorkeling dan sebagainya memandangkan terdapat Dive Centre di sini.

12.  Rimba Resort

tempat menarik di pulau sibu

Imej via [agoda]

Rimba Resort sangat sesuai dikunjungi ramai bagi menginap sambil bersantai. Rumah chalet yang penuh atas dan dilengkapi kemudahan hiburan yang menyeronokkan ini membolehkan anda bermandi-manda, bergambar, BBQ dan mengadakan pelbagai aktiviti di sini.  Tempat menarik di Pulau Sibu ini terletak dibahagian utara Pulau Sibu.  Ia juga terdiri daripada 21 buah chalet yang indah.

Berikut adalah 12 tempat menarik di Pulau Sibu yang boleh anda kunjungi ramai ketika musim cuti sekolah. Jom lihat juga tempat menarik di Pulau Nami, tempat menarik di Pulau Rawa Johor, tempat menarik di Pulau Sebatik dan tempat menarik di Pulau Sabang.

Rujukan:

  1. google.travel
  2. jomjohor
  3. lokasipercutian

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.