Pulau Tinggi menawarkan terlalu banyak keseronokan yang pastinya tidak akan membuatkan para pengunjung terasa bosan ketika berada di sini.  Terletak 30 kilometer dari pantai timur Mersing Johor, Pulau Tinggi adalah sebuah pulau tropika yang sempurna untuk anda melarikan diri dari kesibukan bandar.

Pulau ini dikelilingi oleh air biru yang bersih dan diliputi oleh hutan hujan tropika yang baik di kawasan pedalaman.  Pulau terpencil ini terkenal dengan keindahan alam semulajadi dan keindahan pulaunya.  Jom kami senaraikan beberapa tempat menarik di Pulau Tinggi khas untuk percutian yang menghiburkan.

1.  Maksu Zimah Resort

tempat menarik di pulau tinggi

Imej via [triphobo]

Adakah anda mencari sebuah resort yang harganya berpatutan di Pulau Tinggi? Inilah tempat penginapan terbaik untuk anda iaitu di Maksu Zimah Resort, Pulau Tinggi. Maksu Zimah Resort adalah resort yang santai dan terkenal dengan keramahannya. 

Tempat menarik di Pulau Tinggi ini menawarkan beberapa tarikan untuk semua peringkat usia dan anda tidak akan bosan selama berada di sini. Bilik-bilik di sini agak bersih dan sangat simple. Memandangkan ia berada tepat di tepi pantai, ia menawarkan pemandangan laut biru yang mengagumkan dan permandangan matahari terbit yang menakjubkan.

2.  Pulau Mentigi

tempat menarik di pulau tinggi

Imej via [bangka]

Pulau kecil ini terletak berhampiran dengan Pulau Tinggi menawarkan kemudahan untuk menjangkau dan melihat tempat karang dengan pelbagai bentuk dan ikan yang sangat banyak.

Semasa air surut, pantai tempat menarik di Pulau Tinggi ini akan menjadi sangat cetek dan anda boleh melihat apa sahaja di kawasan ini. Pulau ini juga amat sesuai untuk percutian keluarga yang membawa anak-anak.

3.  Pulau Simbang

tempat menarik di pulau tinggi

Imej via [tripadvisor]

Pulau Simbang amat sesuai bagi anda yang sukakan permandangan indah dan cantik. Ia juga merupakan salah satu lokasi untuk para penyelam dan bagi anda yang suka memancing.

4.  Pulau Lima Besar

tempat menarik di pulau tinggi

Imej via [tripadvisor]

Pulau Lima Besar merupakan sebuah pulau yang berdekatan dengan Pulau Tinggi.  Tempat menarik di Pulau tinggi ini amat cantik terutamanya kawasan perairan yang biru dan hijau serta keindahan permandangan alamnya sangat indah. Pulau ini juga sering menjadi tumpuan bagi para peminat snorkeling.

5.  Gunung Semundu

tempat menarik di pulau tinggi

Imej via [gaiaadventurers]

Nak aktiviti yang mencabar, apa kata anda mendaki Gunung Semundu ini. Untuk ke sini, anda perlu mengambil masa kira-kira 3 jam untuk sampai ke puncak Gunung Semundu.

Sebaik sahaja anda sampai ke puncak, anda boleh melihat pemandangan yang indah di Pulau Tinggi dan pulau-pulau sekitarnya. Tempat menarik di Pulau Tinggi ini wajib dikunjungi oleh anda yang minat mendaki gunung.

6.  Air Terjun Pulau Tinggi

tempat menarik di pulau tinggi

Imej via [thevocket]

Di Pulau Tinggi juga terdapat sebuah air terjun yang sangat cantik dan menenangkan.  Keindahan batu dan tumbuhan hijau di sekeliling air terjun ini menjadikan kawasan ini agak dingin dan sejuk. Pasti seronok jika dapat bermandi-manda lama-lama di sini.

7.  Tad Marine Resort

tempat menarik di pulau tinggi

Imej via [sgmytaxi]

Dengan persekitaran yang damai dan tenang, Tad Marine Resort sangat sesuai untuk percutian romantis dan percutian keluarga. Kebanyakan pengunjung memilih untuk tinggal di sini kerana keramahan para petugas yang mesra pelanggan dan mereka menawarkan pelbagai aktiviti menarik.

Tad Marine Resort ini mempunyai 88 buah bilik yang selesa, termasuklah bilik deluxe, bilik standard, suite mewah dan suite keluarga. Di setiap bilik, TV LED dan kemudahan membuat teh dan kopi disediakan untuk memastikan penginapan yang menyenangkan kepada para pengunjung.

Restoran bersebelahan juga menawarkan suasana yang mesra untuk makan. Aktiviti yang paling popular ditawarkan oleh tempat menarik di Pulau Tinggi ini adalah jungle trekking ke air terjun, lawatan ke paya bakau dan perjalanan snorkeling. Selain itu, aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan di sini termasuklah bermain berenang, berkayak dan menyelam skuba.

8.  Shaz Resort

tempat menarik di pulau tinggi

Imej via [agoda]

Diliputi oleh hutan hujan yang bersahaja dan lautan yang bersinar, Shaz Resort menawarkan pantai peribadi dengan pasir putih yang halus. Ia menawarkan privasi dan kedamaian yang tidak terhad dimana anda boleh benar-benar mendapatkan kebahagiaan yang indah ini.

Setiap pagi, anda boleh menikmati pemandangan indah kerana semua bilik dilengkapi dengan pemandangan laut dan taman nan hijau.  Terdapat bilik queen standard, bilik twin standard, bilik double, bilik kembar deluxe dan bilik keluarga yang mempunyai penyaman udara, televisyen dan bilik mandi bersambung.

Di samping itu, tetamu di Shaz Resort boleh menikmati pelbagai kemudahan yang ditawarkan oleh pihak resort. Restoran di tempat ini juga menawarkan menu ala carte dan hidangan bufet.

Sekiranya hujan atau cuaca tidak mengizinkan untuk sebarang aktiviti luar, resort ini menawarkan bilik permainan dalaman dan karaoke untuk menghiburkan para tetamu yang menginap. Kedai-kedai cenderamata juga terdapat di sekitar resort bagi mereka yang ingin membeli cenderamata untuk rakan-rakan dan keluarga tersayang.

9.  Chalet Tok Mok

tempat menarik di pulau tinggi

Imej via [amitravel]

Terletak dalam suasana yang indah, Chalet Tok Mok terletak di kampung Tanjung Balang, Pulau Tinggi. Tetamu yang menginap di sini dapat menikmati gaya hidup kampung sepenuhnya. Oleh itu, ia sesuai bagi para pelancong yang ingin merasai kehidupan tempatan yang amat menenangkan.

Untuk penginapan, resort ini menawarkan chalet kayu yang menghadap ke laut. Kemudahan asas seperti katil lembut, tandas peribadi dan kipas disediakan. Untuk menawarkan kehidupan tempatan yang komprehensif, mereka hanya menyediakan kemudahan asas namun melayannya dengan keramahan yang mesra.

Tempat menarik di Pulau Tinggi ini selesa dan berangin terutama pada waktu malam dan resort ini mengesyorkan tetamu yang hadir untuk pergi berjalan-jalan santai di sepanjang pantai. Selain menawarkan lawatan memancing yang menarik, resort ini juga menyediakan karaoke untuk hiburan kepada para tetamu yang hadir.

Itulah dia tempat menarik di Pulau Tinggi yang disyorkan untuk bercuti. Jom baca juga tempat menarik di Pulau Romania, tempat menarik untuk bercuti, tempat menarik di Pulau Sentosa Singapura dan tempat menarik di Pulau Sipadan.

Rujukan:

  1. sgmytaxi
  2. ibuayahdamia
  3. supermengmalaya

 

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.