Dengar sahaja New Zealand, pasti anda membayangkan padang rumput hijau dan dipenuhi lembu serta susu segar asli yang sedap tu! Tidak kurang juga dengan suasananya yang aman damai dan tenang. Itulah negara New Zealand yang memiliki khazanah alam semulajadi dan tempat menarik untuk anda kunjungi.

Tahukah anda, terdapat banyak bandar peranginan di negara New Zealand seperti Dunedin dan Invercargill. Berdekatan bandar tersebut, terdapat sebuah bandar indah iaitu Queenstown atau lebih disebut dengan nama penuhnya Queenstown New Zealand oleh para pelancong luar.

Pasti anda belum pernah tiba di sini bukan? Mari kita lihat tempat menarik di Queenstown New Zealand wajib anda lawati.

1.  Glenorchy

tempat menarik di queenstown new zealand

Imej via [flickr]

Boleh dikatakan Glenorchy adalah tempat menarik di Queenstown New Zealand yang berkonsepkan rekreasi dan santai. Terdapat tasik biru, ruangan jalan, tempat beristirehat dan bersiar-siar di sekitar kawasan ini. Dengar kata, tempat ini pernah dijadikan lokasi penggambaran bagi filem Lord Of The Ring.  Suasananya amat indah dan cantik sekali.

Anda dapat melihat gunung biru di hujung tasik dan juga cabin merah jambu yang merupakan ikon bagi Glenorchy.  Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini adalah bot dartriver mengelilingi tasik, menaiki kuda, berbasikal, berkelah dan macam-macam lagi.

Sungguh, anda patut datang ke sini untuk bercuti dan merehatkan minda.  Anda boleh bermalam di tempat yang bersih, aman dan tenteram ini kerana terdapat penginapan yang disediakan di sini.

2.  Lake Wakatipu

tempat menarik di queenstown new zealand

Imej via [youtube]

Lake Wakatipu sangat besar dan mengelilingi bandar Queenstown, New Zealand. Ia juga merupakan salah satu tempat menarik di Queenstown New Zealand. Anda boleh menaiki Catamaran Cruise dari Queenstown.  Selain itu, anda boleh menaiki TSS Earnslaw Cruise yang terkenal sebagai aktiviti paling menyeronokkan di sini. Dengan itu, dapatlah anda menyaksikan pemandangan alam yang memukau ini sepanjang perjalanan mengelilingi Lake Wakatipu.

Lake Wakatipu amat jernih, cantik dan bersih, malah anda boleh berenang dan melakukan aktiviti sukan air di sini. Namun, ramai pelancong lebih suka menaiki bot untuk meronda kerana tasik ini amat luas sekali.

3.  Queenstown Mall

tempat menarik di queenstown new zealand

Imej via [wikimedia]

Bagi memeriah percutian anda, ambillah masa untuk berjalan-jalan di tengah kota pula. Datanglah ke Queenstown Mall New Zealand kerana ia merupakan kawasan bandar yang mempunyai pelbagai kedai untuk anda membeli belah, restoran yang menyajikan aneka makanan dan juga tempat mengambil angin sambil beristirehat. Menarik!

Boleh dikatakan ia sangat popular dengan tempat makan dan tempat jalan-jalan dari satu kedai ke satu kedai.  Queenstown Mall juga membolehkan anda menikmati makanan negara ini yang unik dan mengenali budaya masyarakat dengan lebih dekat. Sama ada berkunjung ke sini pada malam atau siang hari, tiada masalah kerana ia sentiasa terbuka.

4.  Frankton Arm Lake

tempat menarik di queenstown new zealand

Imej via [flickr]

Berdekatan dan berhadapan dengan Lake Wakatipu, anda akan menemui Frankton Arm Lake yang indah. Bukan sahaja dapat melihat keindahan Frankton Arm Lake, tetapi anda boleh berjalan-jalan di Frankton Arm Walk yang merupakan tempat laluan pejalan kaki atau penunggang basikal yang beriadah.

Frankton Arm Walk terletak di tepi Lake Wakatipu.  Di sini juga disediakan sebuah meja dan kerusi kayu merah untuk anda berehat dan singgah duduk. Begitu juga dengan jeti yang bersebelahan dengan Frankton Arm Lake ini.

5.  Skyline Gondola Queenstown

tempat menarik di queenstown new zealand

Imej via [goliveyoung]

Tempat menarik di Queenstown New Zealand ini menyajikan keseronokan kepada anda dengan aktivitinya yang mencabar dan menghiburkan. Anda boleh menaiki skyline gondola di Queenstown untuk melihat pemandangan seluruh kota ini. Ia adalah seperti kereta kabel yang membawa anda di atas langit dan bergerak mengikut lokasi yang telah ditetapkan.

Sepanjang berada di langit, lihatlah sepuas-puasnya pemandangan Queenstown dari atas. Skyline gondola pula terdiri daripada skyline tertutup dan terbuka.  Anda akan terkena angin dan betul-betul berada di udara jika menaiki skyline gondola terbuka. Memang mencabar kan!

Untuk pengetahuan anda, di sini juga anda boleh memilih sama ada ingin menaiki Luge. Ia seperti sebuah kereta mainan terbuka, tidak berbumbung dan kecil, tetapi ia adalah luge. Anda boleh menaiki luge dengan anak kecil anda juga. Pastikan mereka memegang tempat pegang luge di hadapan anda.

6. Queenstown Garden

tempat menarik di queenstown new zealand

Imej via [pbase]

Berada di sini seolah-olah sedang mengalami musim bunga dan musim luruh kerana banyak daun-daun dan bunga-bunga bertebaran di sini. Terdapat juga tasik di dalam taman ini dan sesuai untuk anda bergambar. Anda juga boleh berman tennis dan permainan yang sesuai dengan kawasan ini. Ianya umpama taman botani, tetapi lebih cantik daripada itu!

7.  Snow Farm NZ

tempat menarik di queenstown new zealand

Imej via [inspirock]

Siapa yang nak lepaskan peluang keemasan ini? Snow Farm NZ membolehkan anda bermain ski salji di NEw Zealand dengan ruang dan peluang yang anda. Para pelancong yang inginkan pengalaman berbeza akan memilih tempat menarik di Queenstown New Zealand ini sebagai cabaran dan aktiviti menarik buat mereka.

Kanak-kanak juga tiada masalah untuk melakukan aktiviti ski di sini dengan pengawasan ibu bapa mereka. Adakalanya, Snow Farm NZ mengadakan program dan aktiviti yang berkaitan di sini. Amat menyeronokkan, anda boleh bermain salji dan ski bersama pelancong yang lain dan masyarakat New Zealand.

8.  Ben Lomond

tempat menarik di queenstown new zealand

Imej via [straytravel]

Sekiranya anda suka berjalan-jalan dan mendaki bukit, Ben Lomond adalah tempat menarik di Queenstown New Zealand yang anda boleh kunjungi. Ramai yang tak sangka bahawa New Zealand mempunyai tempat hiking yang cukup indah ini. Mendaki gunung Ben Lomond akan mengambil masa anda selama beberapa jam iaitu 3 hingga 4 jam (untuk kembali) manakala jika anda terus menuju ke puncaknya, ia akan memakan masa selama 6 hingga 8 jam (untuk kembali).

Ben Lomond tidaklah mempunyai gunung yang berbatu-batu sahaja, anda juga kawasannya yang mempunyai rumput-rumput hijau dan cantik seperti dalam filem english yang sering anda lihat.  Yang pasti, anda boleh merasai udara dingin dari atas puncak ini walaupun ia tidaklah sesejuk salji turun.

9.  Lakes District Museum

tempat menarik di queenstown new zealand

Imej via [myguidequeenstown]

Berdekatan dengan Arrowtown, Lake District Muzium yang merupakan sebuah muzium kecil di daerah tasik ini juga merupakan tarikan pengunjung ke sini. Anda boleh melihat pelbagai barangan yang dipamerkan dalam muzium kecil ini. Walaupun kecil, ia bukanlah halangan untuk anda berkunjung ke sini. Anda pasti mendapat manfaat berkunjung ke tempat menarik di Queenstown New Zealand ini.

Anda pasti takkan bosan dengan muzium ini kerana suasananya juga meriah. Diluarnya, anda dapat melihat ramai orang menaiki basikal dan berjalan kaki kerana ia berdekatan dengan trek pejalan kaki juga.

10. Shotover River and Kawarau River

tempat menarik di queenstown new zealand

Imej via [shotoverjet]

Menaiki jet bot Shotover di sungai Shotover dan sungai Kawarau adalah sesuatu yang menyeronokkan. Bagi anda yang belum pernah melakukan aktiviti menaiki jet bot sebegini, pasti anda rasa ianya adalah sesuatu yang mencabar.  Shotover river dan Kawarau river adalah tidak jauh dari Tasek Wakatipu.

Aktiviti menaiki jet bot ini akan mengambil masa kira-kira 45 minit atau 1 jam, seronok bukan? Amat rugi jika anda ke Tasik Wakatipu tetapi tidak berkunjung ke sini. Jet bot akan mengambil anda dari Frankton Marina ataupun mana-mana tasik hotel yang anda menginap.

Jangan risau, kanak-kanak juga boleh menaiki bot ini dengan syarat haruslah berusia 2 tahun ke atas dan muat memakai jaket kecil yang disediakan. Anda boleh membawa kamera, kaca mata hitam, barang-barang beg yang besar pula adalah tidak dibenarkan. Pengendali jet bot profesional akan membawa anda sepanjang perjalanan jet bot, jadi anda tak perlu risau!

11.  Kelvin Heights

tempat menarik di queenstown new zealand

Imej via [booking]

Sudah puas menikmati perjalanan dan mendapatkan pengalaman dengan pelbagai aktiviti mencabar, anda boleh ke Kelvin Heights pula. Kelvin Heights merupakan tempat menarik di Queenstown New Zealand yang terletak di tenggara timur pusat Queenstown.

Untuk pengetahuan anda, orang yang have-have sahaja selalu ke sini kerana kawasan ini amat mahal kos nya dari segi penginapan, baikpun restoran-restoran yang boleh anda kunjungi.  Kos berada di tempat ini dikatakan sangat mahal di seluruh New Zealand. Dari sini, anda juga dapat menikmati keindahan pemandangan tasik biru, padang golf, rumah tumpangan mewah dan lain-lain lagi.

Kelvin heights juga mempunyai kawasan pejalan atau bukitnya yang membolehkan anda berjalan kaki, menaiki mountain bike ataupun hiking di situ. Jika sudah mendapatkan ilham atau ketenangan dan ingin kembali melakukan aktiviti, anda boleh ke Kelvin Height Walk. Untuk bermain golf, pergilah ke Kelvin Heights Golf yang berdekatan. Mudahnya bercuti di sini!

12.  Moonlight Track

tempat menarik di queenstown new zealand

Imej via [nz.raywhite]

Jika anda suka pengembaraan yang menarik dan percutian yang penuh aktiviti, Moonlight Track bersedia untuk menghiburkan anda. Selain hiking atau berjalan kaki dengan perjalanan yang jauh selama 4 jam iaitu 14km, anda boleh mengadakan aktiviti bersama kawan-kawan di sini.

Moonlight Track juga bukanlah puncak tinggi seperti gunung-gunung lain, anda boleh menaiki kenderaan untuk pulang kelak. Ia memberikan anda pengalaman untuk berjalan atau hiking sambil menikmati keindahan alam semulajadi dan mendapatkan ketenangan.

13.  Edith Cavell Bridge

tempat menarik di queenstown new zealand

Imej via [flickr]

Memandangkan anda sudah berada berhampiran dengan Shotov river, anda boleh membawa pasangan anda ke Edith Cavell Bridge yang merupakan sebuah jambatan tinggi yang berada di atas sungai Shotov. Jambatan ini luas membolehkan anda melalui dengan kereta dan berhenti di tepi. Tepat pada masanya, mungkin anda dapat melihat jet bot membawa penumpang melalui sungai ini.

Sekali sekala berdating dari atas sungai seronok juga kan! Pemandangan sungai yang berbatu-batu, air yang jernih dan dikelilingi pokok-pokok hijau kuning ini sangat cantik dan menakjubkan. Anda juga boleh membuat kejutan kepada pasangan dengan membawa mereka melihat pemandangan di sini.

Itulah dia 13 tempat menarik di Queenstown New Zealand yang penuh dengan aktiviti menarik dan mencabar untuk anda. Apa lagi, jom pilih tempat yang ingin anda kunjungi, pasti seronok! Jom baca juga tempat menarik di Qatar, tempat menarik di Okayama, tempat menarik di Odaiba dan tempat menarik di Okinawa.

Rujukan

1.  selekeh

2.  newzealandsky

3.  tripadvisor

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.