Rawang bukanlah sebuah mukim yang popular di Selangor jika nak dibandingkan dengan Shah Alam, Klang mahupun Gombak atau Selayang. Tetapi, Rawang juga ada keunikannya yang tersendiri. Malah, ia merupakan salah satu daripada bandar satelit Kuala Lumpur yang terawal. Semasa pertumbuhan perlombongan bijih timah awal Kuala Lumpur, banyak lombong bijih timah telah dieksplorasi dan dibuka di utara Kuala Lumpur, bermula pada awalnya di kawasan Ulu Kelang dan secara beransur-ansur bergerak ke arah utara ke Selayang dan ke arah Rawang.

Jika dahulu, ada yang menyatakan Rawang ibarat suatu tempat seperti jin bertendang, tapi kini Rawang semakin maju dan membangun setelah lebuh raya PLUS North South kini telah dilengkapkan dengan Lebuhraya Koridor Guthrie (menghubungkan Rawang ke Shah Alam), Lebuhraya LATAR (menghubungkan Rawang ke Kuala Selangor) dan Rawang-Serendah yang merupakan lebuh raya yang tertinggi di Malaysia.

Antara tempat menarik di Rawang yang boleh anda lawati adalah:

 

1) Hutan Lipur Kanching

Hutan Lipur Kanching

Imej via wom

Ia juga dikenali sebagai Taman Eko Rimba Kanching, merupakan sebuah taman rekreasi yang kaya dengan kesegaran alam semulajadi. Ia mempunyai 7 tingkat air terjun kesemuanya, dan pada setiap tingkat ada kolamnya yang tersendiri yang boleh mandi-manda. Setelah anda parkir kenderaan di bahagian parkir yang disediakan bahagian pintu masuk, anda perlu berjalan kaki mengikut laluan yang tersedia untuk ke kolam-kolam ini.

Sambil bermandi-manda bersama keluarga, anda juga boleh berpiknik makan-makan di sini. Anda boleh membawa bekal makanan dari rumah, ataupun membeli makanan yang dijual di geraigerai di sini.

Antara kemudahan awam asas yang disediakan di sini ialah surau, tempat parking kenderaan, gerai jualan, tandas, tempat rehat, rumah tumpangan dan beberapa lagi.

 

Lokasi: Templer Park, 48000 Rawang

Waktu Operasi: Setiap hari (7.00pagi – 5.30petang)

Harga Tiket: Dewasa RM1.00 | Kanak-kanak RM0.50

 

2) Taman Rimba Templer

Taman Rimba Templer

Imej via pekhabar

Taman Rimba Templer terletak berdekatan dengan Hutan Lipur Kanching. Sama seperti Hutan Lipur Kanching, Taman Rimba Templer juga menyediakan keindahan alam semulajadi dengan kehijauan hutan serta kedinginan air sungai untuk anda bermandi-manda bersama keluarga.

Terdapat banyak tingkat tempat mandi di sini. Lagi tinggi anda daki, lagi bersih dan segar air terjunnya. Namun, jika anda datang ke sini bersama anak kecil, mungkin anda boleh bermandi-manda di tingkat bawah kerana bimbang dari aspek keselamatan anak-anak anda.

 

Lokasi: Templer Park, Jalan Rawang, 48000 Rawang

Waktu Operasi: Setiap hari

Harga Tiket: Percuma

 

3) Teratak Tokwan

Teratak Tokwan

Imej via cubatrymasak

Jika anda tidak biasa membawa anak-anak kecil bermandi-manda di kawasan hutan dan sungai seperti di Taman Rimba Templer dan Hutan Lipur Kanching, anda bolehlah bawa anak-anak anda untuk bermandi-manda di kolam mandi milik persendirian yang diberi nama Teratak Tokwan.

Menariknya air kolam di Teratak Tokwan adalah air bukit semulajadi. Bukan air paip yang ditakung di dalam kolam ya. Memang sejuk airnya. Teratak Tokwan terletak di area perumahan di kawasan kampung di Rawang. Turut disediakan kemudahan homestay bagi mereka yang ingin bermalam di sini.

Bayaran masuk ke sini juga sangat murah. Kemudahan seperti wakaf gazebo, surau dan tandas serta bilik persalinan juga turut tersedia di sini.

 

Lokasi: 44, Jalan Sepakat, Kampung Melayu Batu 16, 48000 Rawang, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari (9.00pagi – 6.00petang)

Harga Tiket: RM2

 

4) Bukit Beruntung Golf & Country Resort

Bukit Beruntung Golf & Country Resort

Imej via booking

Ia ibarat one stop centre untuk anda menjalankan aktiviti bersukan dan berreakreasi bersama keluarga. Anda tak main golf pun tak apa. Kerana di sini, bukan setakat ada gelanggang badminton, tetapi juga ada tempat main bowling. Lebih menyeronokkan adalah taman tema air yang terdapat di sini. Pastis yok anak-anak anda mandi-manda di sini.

Di Bukit Beruntung Golf & Country Resort juga terdapat bilik hotel sekiranya anda ingin menginap di sini. Pekej penginapan serendah RM130 untuk 1 bilik dilengkapi dengan sarapan pagi buffet. Jika anda tercari-cari hotel mana di sekitar Rawang untuk bawa anak-anak pergi bercuti, Bukit Beruntung Glof & Country Resort adalah destinasi yang paling ideal untuk anda sekeluarga.

 

Lokasi: Bukit Beruntung, 48300 Rawang

 

5) Air Terjun Serendah

Air Terjun Serendah

Imej via duitdarionline

Ia juga dikenali sebagai Air Terjun Kai, mendapat sambutan ramai terutama pada hujung minggu. Untuk sampai di Tempat Menarik Air Terjun Serendah, cuma perlu ke pekan Serendah, masuk ke simpang Dato’ Harun dan meneruskan perjalanan kira-kira 4 kilometer.

Air terjunnya jernih, sejuk dan menyegarkan. Kawasan rehat yang luas dan disediakan tempat berteduh yang selesa. Terdapat juga tempat air cetek yang sesuai untuk kanak-kanak.

 

Lokasi: Kampung Orang Asli Serendah, 48200 Serendah

 

6) Kolam Air Panas Hulu Tamu

Kolam Air Panas Hulu Tamu

Imej via kaki.sini

Kolam Air Panas Hulu Tamu di Batang Kali antara kolam air panas semulajadi popular di Selangor. Sebelum ini, keadaan kolam air panas semulajadi ini kurang terurus dan tidak menarik. Sebagai salah satu tempat rekreasi popular, pihak Majlis Daerah Hulu Selangor telah membaiki dan naik taraf tempat ini menjadi lebih menarik dan yang penting ialah terjaga kebersihannya.

Kehijauan yang mengelilingi kawasan ini dengan pokok-pokok juga mendamaikan suasana. Sesiapa pun akan rasa tenang berendam di kolam air panas yang selesa seperti ini. Pondok di tengah-tengah kolam ini boleh anda jadikan sebagai tempat berlindung dari hujan dan panas.

Kemudahan-kemudahan asas seperti gazebo, pondok dan laluan jambatan kecil telah ditambah oleh pihak MDHS untuk keselesaan pengunjung. Yang lebih menyeronokkan, adanya kemudahan penginapan dan restoran yang sedap berhampiran Kolam Air Panas Hulu Tamu ini iaitu Ontok-Ontok Chalet dan Restoran Cholo-Cholo.

 

Lokasi: Hulu Tamu, 44300 Batang Kali, Rawang

Harga Tiket: Percuma

 

7) Bukit 2 Ringgit

Bukit 2 Ringgit

Imej via tripifyapp

Ketinggian Bukit ni ialah 250 meter sahaja. Namun dengan jalannya yang berbatu di peringkat permulaan membuatkan pendakian agak mencabar. Sangat digalakkan untuk sesiapa yang ingin mencabar diri terutamanya golongan ‘beginner’ dalam aktiviti pendakian. Walaupun tingginya hanya 250 meter, tetapi padat dgn laluan berbatu yang mencabar.

 

Lokasi: Bukit Sentosa, 48000 Rawang

 

8) Selangor Fruit Valley

Selangor Fruit Valley

Imej via mdks

Selangor Fruit Valley atau SFV adalah sebuah ladang buah-buahan tropika yang berkeluasan 646 hektar. Tanaman yang menjadi pilihan adalah seperti buah belimbing, jambu batu, rambutan, pulasan, betik dan sebagainya. Ladang ini diwujudkan bagi menyahut hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk memodenkan sektor pertanian selaras dengan visi dan misi PKPS. Melalui pembangunan SFV ini, ia akan dapat menjadikan kawasan tersebut lebih berdaya maju serta komersil di samping menjana industri pertanian dan asa tani negeri.

 

Lokasi: KM 7, Jalan Batang Berjuntai, 45600 Rawang

 

9) Perigi Tujuh

Perigi tujuh

Imej via libur

Perigi Tujuh adalah sebuah kunci air berusia lebih 100 tahun mungkin antara khazanah tertua tinggalan zaman pentadbiran Inggeris yang masih berdiri teguh di Serendah. Kini ia menjadi sebuah kawasan rekreasi yang berlandskap bersih dan terjaga rapi. Bukan sekadar tempat beristirehat, Perigi Tujuh sebenarnya berkait rapat dengan asal-usul nama dan sejarah pekan yang terletak di daerah Hulu Selangor itu.

Dari Perigi Tujuh, perjalanan menuju ke taman rekreasi Templer Kai yang dilengkapi dengan kemudahan seperti tapak perkhemahan, taman permainan dan tandas awam itu akan melalui sebuah perkampungan Orang Asli.

 

Lokasi: Lorong Kampung Datuk Harun 2, Kampung Datuk Harun, 48200 Serendah, Rawang

 

10) Aeon Anggun

Aeon Anggun

Imej via 12e

Aeon bukanlah suatu shopping mall yang asing di Malaysia. Sudah banyak cawangan Aeon Mall di serata Malaysia, termasuklah di Rawang, Selangor.

Aeon adalah satu-satunya shopping mall yang terdapat di Rawang. Hal ini membuatkan ia menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk berhibur dan berjalan-jalan di shopping mall ini terutama pada hujung minggu. Malah, warga Tanjong Malim, Perak juga sering ke sini untuk bersiar-siar bersama keluarga dan kawan-kawan di shopping mall.

Antara tarikan yang terdapat di Aeon Anggun Rawang adalah Kedai Buku Popular, Kidszoona iaitu tempat main indoor bagi kanak-kanak dan juga pawagan TGV. Selain itu, terdapat juga tempat makan yang best-best di sini seperti Piza Hut, Secret Recipy dan Mee Tarik Warisan.

 

Lokasi: 1, Persiaran Anggun, Taman Anggun, 48000 Rawang

Waktu Operasi: Ahad-Khamis (10.00pagi-10.00malam) | Jumaat-Sabtu (10.00pagi-10.30malam)

 

Itulah dia 10 tempat menarik di Rawang yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini.  Selamat bercuti ke Rawang. Jemput juga baca artikel Tempat Menarik Di Kajang dan Tempat Menarik Di Kuala Selangor.

 


Penulis: Husna Ismail

Husna Ismail

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.