Jom terokai tempat menarik di Riau.

Mungkin ramai dalam kalangan anda sudah sedia maklum mengenai bandar Riau. Riau adalah sebuah wilayah di Indonesia yang terletak di bahagian tengah pulau Sumatra. Wilayah ini terletak di bahagian tengah pantai timur Pulau Sumatra, iaitu di sepanjang pesisir Selat Melaka.

Sehingga tahun 2004, wilayah ini juga termasuk dalam Kepulauan Riau iaitu pulau besar dan pulau kecil. Kota terbesar di Riau adalah Pekan Baru. Bandaraya utama lain termasuk Dumai, Selat Panjang, Bagan Si Api Api, Bengkalis, Bangkinang, Tembilahan, dan Rengat. 

Siapa sangka tempat yang menjadi sebutan ini mempunyai banyak destinasi percutian yang menyeronokkan. Jom lihat antara tempat menarik di Riau yang menjadi tarikan pelancong.

1.  Zoo Sang Kulim

tempat menarik di riau

Imej via [tripizia]

Zoo Sang Kulim yang mempunyai keluasan sepuluh hektar merupakan tarikan utama pelancong di Pekan Baru.  Meriah sekali, Zoo ini dikunjungi oleh ramai pelancong pada hari minggu. Zoo Sang Kulim mempunyai banyak haiwan yang dapat anda perkenalkan kepada kanak-kanak. Antaranya adalah monyet, burung, ular, landak dan banyak lagi.

Jika beruntung, anda juga boleh menunggang gajah dengan harga 10,000 Rupiah setiap 10 minit.  Tempat menarik di Riau ini terletak kira-kira 30 minit dari pusat bandar Pekan Baru. Selain melihat haiwan, terdapat juga aktiviti lain seperti papan luncur, ayunan, kolam pancing dan kolam kanak-kanak.

2.  Riau Fantasy

tempat menarik di riau

Imej via [indonesia-tourism]

Riau Fantasi merupakan sebuah taman rekreasi terbesar dan paling lengkap di Wilayah Sumatera. Tarikan pelancong ini juga dikenali sebagai Labersa Water and Theme Park mempunyai keluasan kira-kira 6.5 hektar.  Ia merupakan salah sebuah tempat menarik di Riau boleh anda kunjungi.

Terdapat beberapa jenis kolam air seperti Kolam Pengembaraan. Di kolam ini, terdapat beberapa tower (menara) yang dihubungkan dengan jambatan yang lain.  Jangan terkejut kerana terdapat sebuah baldi gantung yang boleh memegang 3,000 liter air dan bersedia untuk menyiram anda apabila ia terisi sepenuhnya. 

Di samping itu, kolam dewasa dengan kedalaman 1.5 meter dan kolam kanak-kanak pada kedalaman 30 cm dengan pancuran  air.  Selain kolam, terdapat pelbagai permainan yang menguji adrenalin anda seperti menara langit, blaster dan keluarga raksasa. Sekiranya anda mahukan permainan yang lebih santai, anda boleh mencuba kereta api komedi dan kereta api berpusing. 

3.  Masjid Besar An Nur

tempat menarik di riau

Imej via [cakaplah]

Masjid yang terdiri daripada 3 lantai dengan dominasi warna hijau ini mampu menampung sebanyak 4,500 orang jemaah yang hadir. Masjid Besar An Nur mempunyai 5 kubah dan empat menara.

Pada waktu malam, tempat menarik di Riau ini kelihatan sangat indah dengan lampu berwarna-warni yang terpancar di kolam. Menarik lagi, terdapat kemudahan WiFi percuma di sini.  Di samping menjadi rumah ibadat, masjid ini juga menjadi salah satu tarikan pelancong di Pekan Baru.

Pada bulan Ramadan, kawasan masjid akan digunakan sebagai lokasi yang dipenuhi dengan penjual makanan dan pakaian. Semasa menunggu masa untuk berbuka puasa, anda boleh membeli pelbagai masakan dan aksesori seperti tasbih, minyak wangi dan banyak lagi.

4.  Kuil Muara Takus

tempat menarik di riau

Imej via [batiqa]

Kuil Muara Takus adalah salah satu tempat pelancongan yang terletak di daerah Kampar, Riau. Kuil ini adalah kuil Buddha yang merupakan satu-satunya kuil bersejarah di Riau. Tapak Kuil Muara Takus dikelilingi oleh dinding 74 x 74 meter. 

Ia diperbuat daripada batu putih dengan ketinggian dinding 80 cm. Di luar kawasan tempat menarik di Riau ini, terdapat dinding tanah yang berukuran 1.5 x 1.5 kilometer per segi yang mengelilingi kompleks Sungai Kampar Kanan. Di dalam kompleks ini terdapat beberapa bangunan kuil iaitu Candi Tua, Candi Bungsu, Mahligai Stupa dan Palangka.

5.  Air Terjun Batang Koban

tempat menarik di riau

Imej via [taufiqurokhman]

Tempat menarik di Riau ini mempunyai tujuh tingkat atau tujuh air terjun yang boleh dicapai dengan memanjat bukit-bukit. Air terjun Batang Koban ini terletak di Kampung Lubuk Ambacang, Daerah Hulu Kanan, Kabupaten Kuantan Singingi. Untuk sampai ke sini, anda mesti menggunakan bot ke sungai selama kira-kira 15 minit. 

6.  Air Terjun Aek Mertua

tempat menarik di riau

Imej via [tripadvisor]

Air Terjun Aek Martua terletak di daerah Bangun Purba, Rokan Hulu, Riau ini biasanya diberi nama singkatan sebagai Air Terjun A.M. Air terjun ini mempunyai beberapa tahap dengan ketinggian yang berbeza-beza diantara 5 meter hingga 30 meter. Ia merupakan salah satu tempat menarik di Riau yang mempunyai lokasi yang sesuai bagi anda yang mengemari tarikan semulajadi.

7.  Istana Siak Sri Indrapura

tempat menarik di riau

Imej via [wikipedia]

Istana Siak Sri Indrapura dibina pada tahun 1889 oleh Sultan Sharif Hasyim Abdul Jalil Syaifuddin. Bangunan utama ini menggunakan gaya seni bina Eropah, Arab dan Melayu. Di tingkat pertama, anda dapat melihat pelbagai koleksi diraja. 

Antaranya adalah patung gangsa Queen Wilhelmina dari Belanda dan patung Sultan Syarif Hasyim I. Terdapat juga gendang yang berusia lebih daripada 200 tahun di sini. Gendang ini digunakan terakhir kalinya pada tahun 1914 ketika peresmian Sultan Syarif Kasim II. Istana ini masih kelihatan megah walaupun berdiri lebih dari 100 tahun. 

8.  Taman Negara Tesso Nilo

tempat menarik di riau

Imej via [alamriau]

Tahukah anda, terdapat sebuah taman negara di Riau, Sumatera, Indonesia? Taman negara ini telah diisytiharkan sebagai taman nasional oleh kerajaan Indonesia sejak tahun 2004 lagi. Dengan keluasan 1000 km², tempat menarik di Riau ini telah menempatkan haiwan yang hampir pupus seperti gajah dan lain-lain lagi. Anda boleh melihat haiwan-haiwan ini jika berkunjung ke sini.

Lain-Lain Senarai Tempat Menarik Di Riau

9.  Ulu Kasok

10.  Jalan Alam Mayang

 

11.  Pantai Solop

12.  Masjid Agung An-Nur Pekanbaru

13.  Waterpark Boombara

14.  ThemePark Asia Farm Hayday

15.  Pantai Cinta, Teluk Jering Tambang

16.  Muzium Sang Nilai Utama

17.  Desa Okura

18.  Taman Hutan Raya Sultan Syarif Kasim

19.  Air Pancut Taman Andam Dewi

20.  Lapangan Pasir Bengkalis

21. Teluk Rhu Rapat

22. Pantai Selat Baru

23.  Pantai Sepahat

24.  Pulau Beting Aceh

25.  Hutan Mangrove Sebauk

26.  Jambatan Waterfront City Bangkinang

27.  Pantai Marina

28.  Pantai Tenggayun

29. Taman Rekreasi Alam Mayang

30.  Danau Koto Panjang

Berikut adalah tempat menarik di Riau. Jom lihat juga tempat menarik di Pulau Tinggi, tempat menarik untuk bercuti , tempat menarik di Pulau Romania dan tempat menarik di Pulau Sentosa Singapura.

Rujukan:

  1. allindonesiatourism
  2. tripadvisor
  3. hobbiestravel

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Avatar

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.