Pulau Pinang sememangnya destinasi perlancongan jalan-jalan cari makan yang terkenal di Malaysia. Pulau Pinang yang digelar sebagai syurga makanan menawarkan makanan tepi jalan seperti nasi kandar, char kuey teow, cendol, ais kepal, dan sebagainya.

Selain makanan yang sedap, terdapat juga banyak tempat menarik di Pulau Pinang, terutamanya Seberang Perai. Jom kami kongsikan tempat menarik di Seberang Perai yang menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara.

tempat menarik di seberang perai

Sumber: Rojakdaily

1. Jambatan Pulau Pinang

Jambatan Pulau Pinang yang merupakan jambatan kedua terpanjang di Malaysia dengan kepanjangan  13.5 kilometer menghubungkan Bayan Lepas dan Seberang Perai. Tak lengkap percutian anda ke Seberang Perai kalau tak ambil peluang untuk naik ke atas jambatan ini.

2. Taman Burung Pulau Pinang

Tahukah anda, Taman Burung Pulau Pinang merupakan taman burung pertama dan terbesar yang dibuka di Malaysia. Dengan keluasan 5 ekar, Taman Burung Pulau Pinang menempatkan 300 spesis burung yang berlainan dalam kurungan besar yang menyerupai habitat semulajadi burung-burung tersebut.

Selain burung, terdapat juga binatang lain seperti kancil, ikan arapaima, ular sawa, buaya dan kura-kura. Di taman burung ini juga terdapat sebuah air terjun buatan di mana anda boleh duduk bersantai sambil melihat burung flamingo dan pelikan yang cantik.

Taman burung ini dibuka setiap hari dari pukul 9 pai sehingga 7 petang. Bayaran masuk ialah RM25 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. Orang kurang upaya dapat masuk dengan percuma.

3. Hutan Lipur Bukit Panchor

Hutan Lipur Bukit Panchor terletak di Bukit Panchor, Seberang Perai merupakan tempat menarik seterusnya yang ingin kami kongsikan kepada anda. Anda boleh berkhemah di sini atau datang untuk day trip sahaja.

Hutan lipur ini terkenal dengan gua kelawar di mana anda boleh masuuk ke dalam untuk melihat keindahan guanya dan jika bernasib baik, anda akan dapat melihat kelawar yang bergantungan di dinding gua. Selain kelawar, anda juga boleh melihat burung-burung yang banyak di sini.

Terdapat juga denai sekiranya anda berminat dengan aktiviti jungle trekking. Anda juga boleh melakukan aktiviti yang lebih santai di taman keluarga, taman burung, dan taman permainan. Apa yang menarik, terdapat ruang teleskop di Hutan Lipur Bukit Panchor.

4. Pulau Aman

Pulau Aman merupakan satu lagi tempat menarik di Seberang Perai yang ingin kami cadangkan kepada anda. Apa yang menarik, destinasi perlancongan ini tidak terlalu sesak dengan pengunjung seperti tempat menarik di Seberang Perai yang lain. Jadi anda akan lebih relax dan santai di sini, sesuai dengan namanya.

Untuk ke Pulau Aman, anda boleh menaiki bot penambang di Jeti Bukit Tambun. Pulau Aman mempunyai banyak termpat menarik dan bersejarah yang boleh anda kunjungi. Di antaranya ialah Telaga Emas, Gedung Peluru, Gua Perompak Dan Makam Purba.

Selain melawat tempat bersejarah, ada juga banyak aktiviti sukan air yang boleh anda lakukan seperti menaiki bot untuk melihat sekeliling pulau, berkayak, jungle trekking, dan bersantai di tepi pantai.

Kalau and kaki pancing, anda boleh memancing di sini atau boleh juga menyewa bot memancing.Di sini juga terdapat banyak chalet jika anda teringin nak bermalam di sini.

Sumber: Wonderlusttravelwriting

5. Kelip-Kelip Sungai Kerian

Tempat menarik di Seberang Perai yang seterusnya ialah Kelip-kelip Sungai Kerian. Ini merupakan di antara aktiviti menarik dan unik yang pastinya menjadikan percutian anda lebih menarik. Di sini bukan  sahaja anda boleh melihat kelip-kelip, malah pemandangan matahari terbenamnya juga sangat memukau.

Oleh itu, kami cadangkan anda datang ke sini semasa matahari terbenam. Anda pasti terpukau melihat keindahan alam semasa matahari terbenam dan lampu kelip-kelip yang mula kelihatan apabila hari menjadi gelap. Semakin hilang cahaya matahari, kelip-kelip akan semakin jelas kelihatan. Rugi sangat kalau anda tak menyaksikannya sendiri.

6. Jeruk madu Pak Ali

Jeruk madu Pak Ali sememangnya terkenal, tak perlu diprkenalkan lagi. Ianya bukan sahaja terkenal disebabkan oleh rasanya yang sedap, malah ia juga:

  • Produk muslim yang suci dan berkualiti tinggi
  • Sentiasa segar
  • Menggunakan gula pasir bermutu tinggi
  • Tidak menggunakan ibu gula yang boleh memudaratkan kesihatan
  • Dibuat dengan madu lebah asli
  • Tidak menyebabkan batuk dan sakit tekak
  • Jeruk Madu Pak Ali sentiasa dipantau dan mendapat bimbingan berterusan daripad agensi-agensi bertauliah seperti MOA, MARA, dan PERDA

Oleh itu, kalau anda sampai ke Seberang Perai, jangan lupa untuk singgah ke jeruk madu Pak Ali. Bolehlah anda beli jeruk untuk dijadikan sebagai cenderamata.

7. Pemprosesan belacan di kampung nelayan

Anda pernah tengok cara membuat belacan? Kalau belum, apa kata anda ambil peluang untuk melihat sendiri proses pembuatan belacan di Kampung Nelayan Bukit Aman. Di sini anda akan melihat proses membuat belacan dari mula sehingga terhasilnya seketul belacan yang enak. Anda juga boleh membeli belacan segar dengan harga yang murah di sini.

Kalau anda nak pergi, ini adalah alamatnya:

Projek Pemprosesan Belacan,
Kumpulan Nelayan Pulau Aman,
14100,Simpang Ampat,
Seberang Perai Selatan,
Penang.

8. Kilang gamat Seberang Perai

Anda teringin nak tengok proses penghasilan produk gamat seperti minyak gamat, air gamat, balm dan krim gamat? Tempat menarik di Seberang Perai yang seterusnya ialah kilang gamat di mana anda boleh melihat proses membuat produk gamat dan membeli dengan harga yang murah.

Alamatnya ialah:

Hj Ismail Bin Darus
Produk : Air Gamat, Minyak Gamat & Krim Gamat.
No.70 Pulau Aman,
14100, Simpang Ampat,
Seberang Perai Selatan,
Pulau Pinang

9. Empangan Mengkuang

Tempat menarik di Seberang Perai yang seterusnya ialah Empangan Mengkuang. Anda boleh datang ke sini untuk melihat keindahan empangan buatan manusia yang luas, saujana mata memandang. Ia dibuka kepada orang awam setiap hari sehingga pukul 7 petang.

Empangan ini menyimpan 23.6 bilion liter air yang menjadi sumber air untuk penduduk Pulau Pinang. Di sini juga terdapat trek untuk berjoging dan denai untuk anda berjungle trekking. Jika anda sukakan aktiviti sukan air, anda boleh berkayak di sini.

Setiap tahun, acara Dragon Boat Championship juga diadakan di sini. Menarik, kan?

tempat menarik di seberang perai

Sumber: Flickr

10. Taman Tunku

Dah pus berjalan-jalan dan makan, apa kata anda singgah di Taman Tunku untuk bersantai sambil mengambil angin petang. Di sini terdapat taman permainan dan juga trek berjoging sekiranya anda nak bakar semula semua kalori berlebihan yang masuk ke badan anda sepanjang bercuti di Seberang Perai.

Itulah dia 10 tempat menarik di Seberang Perai yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Kalau anda sedang mencari destinasi bercuti sempena cuti sekolah yang akan datang, bolehlah anda melawat Seberang Perai.

Jika anda sukakan perkongsian kami tentang tempat menarik di Seberang Perai, kami pasti anda juga pasti berminat dengan tulisan kami berkenaan tempat menarik di Sydney, Kemboja, London, New Zealand dan Seoul.


Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.