Daerah Sepang adalah daerah yang terletak di bahagian selatan negeri Selangor di Malaysia.  Daerah Sepang meliputi kawasan sekitar 600 kilometer persegi dan mempunyai penduduk sebanyak 190,889 orang.  

Daerah Sepang juga terkenal dengan perbandaran Cyberjaya yang juga dikenali sebagai Lembah Silicon Malaysia berbanding dengan persatuannya dengan MSC Malaysia. Ibu kota Daerah Sepang ialah Salak Tinggi, yang mengambil alih dari bandar Sepang.

tempat menarik di sepang

Imej via [pengedar cyberjaya]

Daerah Sepang terletak di bahagian selatan Selangor yang bersempadan dengan Kuala Langat di barat, Petaling di utara, Hulu Langat di timur laut dan negeri Negeri Sembilan di timur ini mempunyai banyak tempat menarik untuk anda kunjungi.  

Sepang juga mengelilingi Putrajaya yang merupakan Wilayah Persekutuan. Siapa sangka bandar yang sibuk ini kaya dengan tempat-tempat yang menarik.  Jika anda menganggap Sepang hanya kawasan perindustrian bermakna tanggapan anda salah. Terbanyak banyak tempat menarik di Sepang boleh anda kunjungi.

 

1.  Pantai Bagan Lalang

tempat menarik di sepang

Imej via [cari destinasi]

Tempat menarik pertama di Sepang ini sangat sesuai untuk anda melakukan aktiviti rekreasi dan bersantai-santai bersama keluarga.  Pantai Bagan Lalang yang terletak di Bagan Lalang amat meriah dengan kehadiran pengunjung.

Bukan sahaja anda boleh berkelah dan bersantai malah banyak lagi aktiviti menarik yang biasanya dilakukan di sini seperti bermain layang-layang, barbeque, berkhemah, menangkap ketam, menunggang kuda dan lain-lain lagi.

Jangan lepaskan peluang ketika air surut kerana anda boleh berjalan sekitar 300 ke 400 meter ke tengah laut.  Anda boleh menangkap ketam atau kerang dengan mudah.

Selain itu, di pantai ini juga ada menyediakan restoran seafood yang pastinya menyelerakan dan dikatakan lebih segar berbanding restoran lain di sekitar Kuala Lumpur. Bagi yang datang dari jauh bolehlah singgah ke deretan kedai cenderahati di tepi pantai.

 

2.  Avani Gold Coast Sepang

tempat menarik di sepang

Imej via [kuala-lumpur]

Buat pasangan yang baru berkahwin dan ingin berbulan madu  atau membawa keluarga dan anak-anak bercuti, tempat menarik di Sepang ini sangat ideal buat anda.  Avani Gold Coast merupakan salah satu tempat penginapan yang menarik dan unik kerana ia adalah chalet yang berada di atas air.

Jika anda melihat resort yang mempunyai hampir 315 unit ini dari pandangan udara,  anda akan melihat bentuknya seakan sebatang pokok kelapa sawit. Segala kemudahan seperti tempat makan, kolam renang dan pelbagai lagi ada disediakan di sini.

Bayangkan anda berenang-renang di dalam kolam Infiniti sambil menikmati panorama matahari tenggelam. Amat mengasyikkan bukan? Harga untuk menyewa resort di tempat menarik di Sepang ini berbeza-beza mengikut tahap kelas dan mereka kerap mengadakan promosi potongan harga pada waktu cuti umum.

 

3.  Litar Antarabangsa Sepang

tempat menarik di sepang

Imej via [wikimapia]

Jika menyebut akan tempat menarik di Sepang, maka tak sahlah jika anda tidak terfikirkan litar perlumbaan yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia ini.  Litar Antarabangsa Sepang terletak kira-kira 45 km di selatan Kuala Lumpur dan berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Acapkali setiap tahun, litar ini menjadi tuan rumah berlangsungnya acara-acara penting dalam dunia permotoran. Antara acara popular kelas dunia yang selalu dipertandingkan di litar yang dibina pada tahun 1998  adalah Grand Prix A1, Grand Prix Motorsikal dan Formula 1.

Litar Sepang ini dibina dengan ciri moden dan penuh dengan kecanggihan teknologi. Bak kata orang High tech gitu.  Anda boleh datang ke sini untuk merasai pengalaman berlumba di sini.

 

4.  Go Kart Sepang

tempat menarik di sepang

Imej via [nizra]

Lokasi menarik di Sepang kali ini amat sesuai bagi mereka yang meminati sukan permotoran dan aktiviti lasak.  Aktiviti yang dikendalikan oleh City Karting membolehkan anda menyewa kereta go kart dan bermain di atas litar yang disediakan.

Anda boleh memilih jenis kereta dan kelas untuk anda pandu. Antara jenis kereta yang disediakan adalah Double Seater Kart, Cadet Kart, 125 cc Kart dan Pro Kart.  Selain di Sepang, City Karting juga ada membuka cawangan mereka di Shah Alam dan Langkawi.

Litar ini beroperasi setiap hari isnin hingga ahad bermula jam 10 pagi hingga 7 petang. Bayaran untuk menyewa go kart yang boleh anda dapatkan adalah serendah RM40.  Tempat menarik di Sepang ini pastinya menjaminkan pengalaman baru dan menggujakan anda.

 

5.  Restoran Bayu Malam Wak Lan Ikan Bakar Dan Seafood

tempat menarik di sepang

Imej via [foursquare]

Antara tempat menarik di Sepang yang dapat mengenyangkan perut anda adalah Restoran Bayu Malam Wak Lan.  Ia terletak dalam kawasan medan makan ikan bakar dan makanan laut yang pastinya terdapat banyak lagi kedai makan berhampiran medan ini.

Jika anda menginap di Avani Goldcoast Resort, restoran ini terletak sekitar 5 minit perjalanan dari tempat penginapan anda.  Pelbagai juadah berkonsepkan makanan laut disajikan di sini dengan harga makanan yang amat berbaloi.

Saya syorkan anda datang sekitar jam 6 petang kerana restoran ini akan sarat dengan orang bermula jam 7 malam. Jika anda datang bersama keluarga dan kawan yang ramai, anda boleh membuat tempahan meja terlebih dahulu.

 

6.  Jeti Memanding Wak Sempung

tempat menarik di sepang

Imej via [facebook]

Jika anda sudahpun sampai di Pantai Bagan Lalang, rasanya tak salah untuk anda singgah di Jeti Wak Sempung yang merupakan salah satu tempat menarik di Sepang.  Bagi kaki pancing, jeti ini pasti menjadi tempat santai kegemaran anda.

Antara ikan yang sering menjadi buruan penggemar memancing di sini ialah siakap, jenahak, senangin dan banyak lagi ikan yang boleh dikatakan jenis gred A. Joran dan umpan di sini juga boleh dibeli dengan harga yang murah.

Disamping itu, jeti ini juga menawarkan perkhidmatan menyewa bot.  Anda boleh bersantai di kafe sebelah jeti ini untuk anda menyantap makanan yang amat menyelerakan. Destinasi menarik ini tepatnya terletak di Kampung Bagan Lalang, Tanjong Sepat.

 

7.  KLIA / KLIA II

tempat menarik di sepang

Imej via [wikipedia]

KLIA atau KLIA II merupakan salah satu ikon dan kebanggaan rakyat Malaysia.  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ialah lapangan terbang antarabangsa utama Malaysia. 

Tempat menarik di Sepang ini turut dikenali sebagai salah satu lapangan terbang utama di Asia Tenggara dan di seluruh dunia.  Ia terletak di Daerah Sepang, kira-kira 45 kilometer di selatan pusat bandaraya Kuala Lumpur dan berkhidmat di conurbation Greater Klang Valley.  

KLIA adalah lapangan terbang terbesar dan tersibuk di Malaysia. Pada 2017, ia mengendalikan 58,554,627 penumpang dan 710,186 tan kargo. Alang-alang berkunjung ke Sepang, sekali-sekala anda datang membawa anak kecil melihat pelbagai kapal terbang hebat pasti mereka teruja.

 

8.  National Automobile Museum

tempat menarik di sepang

Imej via [jmm]

Siapa sangka di Sepang mempunyai tempat menarik berkonsepkan sejarah?  Selari dengan perkembangan industri kenderaan Malaysia, sebuah muzium telah dibina di Sepang.  Muzium Automobil Nasional mempamerkan kereta dan motosikal serta kereta import tempatan yang digunakan di negara ini.

Muzium ini juga mempamerkan  pelbagai jenis koleksi kereta klasik dan mempunyai sejarah tersendiri. Pastinya pengunjung disajikan dengan informasi berkenaan sejarah dan pencapaian negara dalam industri automotif.

Pameran muzium ini dibahagikan kepada beberapa bahagian misalnya tingkat bawah mempamerkan  pelbagai koleksi kereta yang digunakan di Malaysia seperti The Brushmobile yang dibuat pada tahun 1904, Ford Speedster pada tahun 1923 dan Alvis Tourer 1935.

 

9.  Paya Indah Wetlands

tempat menarik di sepang

Imej via [Triphobo]

Apa yang menarik di Paya Indah Wetlands? Aktiviti yang menjadi kegemaran pengujung adalah nature walk, berbasikal, memberi makan badak air dan buaya, berkayak dan segala macam aktiviti yang bertemakan alam semulajadi. Ia meliputi kira-kira 3100 hektar, tanah basah dibahagikan kepada zon konservasi dan penyelidikan serta zon pendidikan dan zon rekreasi.

Taman tanah lembap yang besar ini terdiri daripada 18 buah tasik dan kolam, termasuk kolam badak air, kolam buaya, kolam ekologi, kolam waterlily dan kolam penangkapan ikan. Bahkan ia juga kaya flora dan fauna yang kebanyakkannya dari spesis  burung, di mana lebih daripada 210 spesis burung telah direkodkan.

Taman ini juga menyediakan penginapan dalam bentuk chalet, asrama dan tapak perkhemahan. Anda juga boleh melihat bilik pameran tradisional Melayu, di mana aktiviti kebudayaan sering diadakan.

 

10.  KLIA Jungle Broadwalk

tempat menarik di sepang

Imej via [foongpc]

Pernahkah anda terbayang sebuah hutan di dalam lapangan terbang? Hutan buatan ini letaknya di dalam kawasan KLIA. Ia direka lengkap dengan kebun bunga, air terjun, flora yang menghijau, titi kayu dan pelbagai lagi yang membuatkan anda merasai seperti suasana di hutan yang asli.

Jangan lepaskan peluang untuk merakam momen-momen indah berlatar belakangkan alam semulajadi. Jika anda bosan menunggu kapal terbang bolehlah anda singgah sebentar. Taman ini dibuka dari jam 7 pagi hingga 7 petang.

 

11.  Restoran Senandung Malam

tempat menarik di sepang

Imej via [foursquare]

Selain menikmati makan malam di restoran terkenal di Sepang, kali ini anda boleh menikmati makan malam di Restoran terbaik di Sepang pula.  Restoran Senandung Malam terbaik dari semua aspek termasuklah menu dan keenakan makanannya, suasana nyaman, selesa, luas dan lain-lain lagi.

Makanan di sini juga amat mewah, banyak tetapi ia amat berpatutan. Memang berbaloi jika anda datang makan malam besar di tempat menarik di Sepang ini bersama keluarga dan kawan-kawan.

 

12.  Pantai Morib

tempat menarik di sepang

Imej via [caridestinasi]

Ramai pelancong dalam dan luar negara akan memilih untuk bersantai petang di Pantai Morib yang merupakan tempat menarik di Sepang ini. Pantai Morib kaya dengan keindahan semulajadi pasir dan lautan biru.

Anda berpeluang melihat matahari terbit pada siang hari dan matahari terbenam pada senja hari. Itulah sebabnya anda perlu datang ke pantai yang menjadikan suasana anda dan pasangan lebih romantis ini.

 

13.  Restoran Terapung H.M Sri Bagan

tempat menarik di sepang

Imej via [bymyramn]

Restoran Terapung H.M Sri Bagan tampak eksklusif untuk anda singgah menikmati makan tengah hari dan makan malam bersama keluarga dan rakan sepejabat dalam suasana harmoni dan tenang.

Pelbagai juadan seafood turut disediakan di sini dan pastinya kelazatan makanan ini tidak mengecewakan anda. Suasana tempatnya yang cantik dan selesa juga amat menarik hati para pelanggan.

tempat menarik di sepang

Imej via [mymenarik]

Bandar sibuk dipenuhi manusia yang mencari rezeki ini ternyata tak kalah hebatnya dari sudut pelancongan. Bagi merasai pengalaman baru disamping dapat mengutip sedikit sebanyak ilmu pengetahuan serta meluangkan masa bersama orang tersayang, cubalah datang ke destinasi yang dicadangkan.

Pastinya berbaloi dan berkualiti buat anda. Jom baca artikel tempat menarik di Manjung dan tempat menarik di Maldives.

 

Rujukan

  1. My Menarik
  2. Cari Destinasi
  3. Foursquare

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.