Mencari tempat menarik di Shanghai?

Shanghai yang terletak di di negara China merupakan bandaraya dengan populasi tertinggi di dunia dengan penduduk seramai 24,183,300 orang semakin mendapat tempat di kalangan pelancong dari Malaysia.

Kalau dulu, apabila bercuti ke China, rakyat Malaysia lebih berminat untuk ke Beijing atau Hong Kong. Namun kini, semakin ramai yang memilih Shanghai sebagai destinasi percutian.

Shanghai yang terletak di Delta Sungai Yangtze terkenal sebagai pusat kewangan dunia dan hub pengangkutan dengan pelabuhan kontena paling sibuk di dunia. Namun ramai yang tak tahu bahawa ia juga merupakan pusat kebudayaan, perdagangan perindustrian dan komunikasi paling penting buat negara China.

Malah terdapat banyak destinasi perlancongan di sana. Jom kami kongsikan tempat menarik di Shanghai buat panduan anda.

tempat menarik di shanghai

Sumber: Disney

1. Shanghai Disneyland

Shanghai Disneyland merupakan tempat menarik di Shanghai pertama yang ingin kami kongsikan kepada anda. Ia merupakan destinasi perlancongan yang wajib anda kunjungi semasa bercuti di sana. Taman tema Disney ini terletak lebih kurang 1 jam perjalanan dari Nandaraya Shanghai. Anda boleh memilih sama ada mahu menaiki keretapi Metro dengan tambang 7 RMB atau menaiki teksi dengan tambang sebanyak 120RMB.

Anda juga boleh memilih untuk bermalam di dalam taman tema ini jika mahukan pengalaman bercuti yang lain daripada yang lain. Terdapat dua buah hotel rasmi Disneyland di sini iaitu:

  • Toy Story Hotel. Harga bilik ialaha RM600++ untuk satu malam
  • Shanghai Disneyland hotel. Harga bilik ialah  RM1200++ untuk satu malam

Sedikit tips daripada kami, sebolehnya rancang supaya anda datang ke Shanghai Disneyland pada hari Isnin sehingga Jumaat. Elakkan hari minggu atau cuti untuk mengelakkan kesesakan. Di antara tarikan yang ada di taman tema Disney ini ialah:

  • Fantasyland: Alice in The Wonderland Maze, Hunny Pot Spin, The Many Adventures Of Winnie The Pooh, Once Upon A time Adventure, Peter Pan’s Flight, Seven Dwarfs’ Mines Train, Storybook Court, Voyage To The Crystal Grotto
  • Gardens of Imagination: Dumbo The Flying Elephant, Fantasia Carousel, Marvel Universe, Meet Mickey Tent
  • Disney Pixar Toy Story Land: Rex’s Racer, Slinky Dog Spin, Woody’s Roundup
  • Tomorrowland: Buzz Lightyear Planet Rescue, Jetpacks, Tron Light Cycle Power Run – Presented By Chevrolet, Tron Realm Chevrolet Digital Challenge
  • Disney Town: Wishing Star Skating Rink
  • Adventure Isle: Camp Discovery, Happy Circle, Roaring Rapids, Soaring Over The Horizon
  • Treasure Cove: Explorer Canoes, Pirates Of The Carribean Battle For The Sunken Tressure, Shipwreck Shore, Siren’s Revenge.

Pastinya anda tertanya-tanya berapakah harga tiket untuk bergembira di Shanghai Disneyland. Untuk maklumat anda, terdapat 2 harga berbeza untuk masuk ke taman tema Disneyland ini iaitu harga normal (hari bekerja) dan juga waktu puncak (hujung minggu dan cuti umum). Jadi, kalau nak berjimat sila datang semasa harga normal. Berikut merupakan harga tiket masuk ke taman tema Disneyland:

Pass 1 hari:
Dewasa
Hari biasa : RM235
Hujung minggu dan cuti umum: RM320

Kanak-kanak
Hari biasa: RM178
Hujung minggu dan cuti umum: RM240

Pass 2 hari:
Dewasa
Hari biasa: RM427
Hujung minggu dan cuti umum: RM570

Kanak-kanak
Hari biasa : RM325
Hujung minggu dan cuti umum: RM433

Menarik kan? Pastinya anda tak sabar nak bercuti sambil bersuka-ria di Shanghai Disneyland bersama keluarga tersayang. Pastinya menjadi percutian paling indah yang akan dikenang sehingga ke akhir hayat.

2. Shanghai Ocean Aquarium

Shanghai Ocean Aquarium yang dibuka pada tahun 2002 adalah akuarium terbesar di Asia dan telah diiktiraf sebagai salah satu akuarium yang terbesar di dunia. Akuarium besar yang terletak di Pudong ini berada betul-betul di sebelah Oriental Pearl TV Tower. Suasana di Shanghai Ocean Aquarium lebih kurang sama seperti Aquaria di KLCC namun pada saiz yang berkali ganda lebih besar.

Di sini terdapat sebuah terowong khas sepanjang 120 meter yang mempamerkan pelbagai hidupan marin yang berbeza termasuklah terumbu karang, rumpai laut dan gua. Anda akan dapat melihat ikan jerung, iakan pari saiz gergasi, penyu, dan ikan berbagai jenis dengan pelbagai warna berenang bebas di sekeliling anda. Kalau anda pencinta haiwan atau bercuti bersama anak kecil, pastinya akan berseronok semasa berada di sini.

tempat menarik di shanghai

Sumber: Crosleyarchitecs

3. French Concession

Tempat menarik di Shanghai yang seterusnya ialah French Concession iaitu sebuah kejiranan Perancis di tengah-tengah Bandaraya Shanghai. Di sini anda boeh berjalan kaki secara santai sambil melihat bangunan rumah kedai dan rumah era kolonial yang kini mempunyai kafe kecil dan butik bergaya. Semua bangunan di sini mempunyai seni bina dan reka bentuk Perancis lama yang sangat cantik.

Kalau anda kaki selfie untuk dimuat naik ke media sosial, di sini anda akan dapat banyak gambar yang menarik untuk dikongsikan kepada sahabat maya anda. Ketenangan di French Concession pastinya akan membuatkan anda lebih relax, dapat lari sebentar daripada kesibukan Bandaraya Shanghai.

4. Nanjing Road

Tempat menarik di Shanghai yang ini adalah sangat berbeza dengan French Concession. Kalau French Concession penuh dengan ketenangan dan kedamaian, di Nanjing Road lain pula ceritanya. Sebagai jalan membeli-belah tunggal terbesar di China yang dipenuhi kedai menarik, pemain muzik dan segalanya, Nanjing Road sangat bising dan sesak dengan para pengunjung.

Namun, di sini adalah tempat yang paling sesuai untuk anda shopping semasa berada di Shanghai. Di sini terdapat pelbagai barang jualan dengan harga murah. Malah anda boleh tawar-menawar di sini sehingga mendapat harga yang anda inginkan. Sebut sahaja apa yang anda nak beli, semuanya ada di sini. Pakaian. perhiasan wanita, handbag, kasut, perhiasan rumah, mutiara asli, semuanya ada.

5. Shanghai Museum

Kalau anda bercuti ke Shanghai, jangan sesekali lupa untuk melawat Shanghai Museum yang  mempamerkan khazanah terhebat China. Nak lagi menarik, jangan lupa untuk menonton persembahan Satu malam di Kun Opera House untuk menyaksikan persembahan opera China tradisional. Bila lagi anda nak merasai pengalaman yang lain daripda lain ni, kan?

6. People’s Square

People’s Square yang terletak di tengah Shanghai antara East Nanjing Road dan West Nanjing Road merupakan sebuah dataran dengan keluasan 140,000 meter persegi. Dataran ini menjadi tumpuan penduduk setempat dan para pelancong dari seluruh dunia kerana di sini terdapat pelbagai tarikan utama di Shanghai seperti pusat beli belah, Muzium Shanghai dan Teater Shanghai. Pada hari ahad akan diadakan pasar yang sangat besar jadi jangan lepaskan peluang untuk berjalan-jalan di People’s Square pada hari berkenaan.

7. The Bund atau Wai Tan

The Bund atau dalam bahasa Mandarin dipanggil sebagai  Wai Tanterletak di tepi Sungai Huangpu di Jalan Zhongshan Puxi, betul-betul di tengah-tengah Bandaraya Shanghai. Ia merupakan destinasi perlancongan yang terkenal di Shanghai. Malah ia merupakan simbol kepada Shanghai kerana dipenuhi oleh pelbagai bangunan berbeza seni bina dan reka bentuk.

Ia merupakan laluan pejalan kaki sepanjang satu kilometer  yang membolehkan para pelancong untuk melihat Pudong Skyline termasuk Oriental Pearl Tour. Di sini juga terdapat banyak bangunan tinggalan koloni dengan seni bina dan reka bentuk klasik yang cantik. Di sini juga terdapat butik mewah seperti Cartier, Rolex, dan Dolce an Gabbana. Nak kan pemandangan yang lebih cantik, kami cadangkan supaya anda datang ke sini pada waktu malam. Pemandangan Bandaraya yang bermandikan lampu pelbagai warna pastinya memukau anda.

tempat menarik di shanghai

Sumber: Booking.com

8. Bund Sightseeing Tunnel

Alang-alang anda dah sampai di The Bund, jangan lepaskan peluang untuk melalui terowong bawah Sungai Huangpu yang menghubungkan Puxi ke Pudong. Ia bukannya terowong biasa seperti yang selalu anda jumpa di Malaysia. Terowong bawah sungai ini merupakan sebuah terowong yang dicipta untuk melihat keindahan alam sambil berjalan-jalan. Nak tahu macam mana rupanya? Anda kena pergi dan lihat dengan mata sendiri.

9. Oriental Pearl Tower

Tempat menarik di Shanghai yang seterusnya ialah Oriental Pearl Tower yang terletak di Lujiazui, Pudong. Ia terletak berhampiran dengan Jambatan Yangpu di sebelah timur laut dan Jambatan Nanpu di sebelah barat daya. Oriental Pearl Tower yang setinggi 468 meter terkenal dengan reka bentuk dan seni binanya yang unik di mana terdapat tiga sfera besar yang berfungsi sebagai kawasan pemerhati, kemudian terdapat lima sfera yang lebih kecil dan tiga sfera hiasan pada asas menara.

Apa yang lebih menarik, Oriental Pearl Tower terletak di kawasan yang berumput hijau dan struktur pembinaan menara ini  cuba meniru mutiara-mutiara berkilauan di atas pinggan jed. Menarik kan? Jangan lepaskan peluang untuk naik ke dek pemerhati di mana anda berpeluang melihat pemandangan Bandaraya Shanghai dari sudut 360 darjah. Nak kan pemandangan yang lebih cantik, datang pada waktu malam.

10. Jin Mao Tower

Percutian anda di Shanghai tidak akan lengkap kalau anda tak melawat ke Jin Mao Tower yang merupakan bangunan kedua tertinggi di tanah besar China dan telah diiktiraf sebagai bangunan tertinggi ke-13 di dunia.Menara ini terletak di tengah-tengah Lujiazui Financeand Trade Districts di Pudong, iaitu betul-betul di tengah Bandaraya Shanghai.

Jin Mao Tower mempunyai ketinggian 421 meter dengan 88 tingkat. Seni bina dan reka bentuk menara ini menggabungkan unsur-unsur budaya tradisional Cina dengan gaya seni bina terkini menjadikannya salah satu bangunan unik yang ada di Shanghai. Apa yang menarik, tingkat ke-53 hingga ke-87 dalam menara ini adalah dikhaskan untuk Grand Hyatt Hotel yang mewah. Kalau anda teringin nak bermalam di atas menara yang ikonik ini, bolehlah anda tempah salah satu bilik hotel yang ada di sini.

Kalau anda jenis yang tak takutkan ketinggian, jangan lepaskan peluang untuk naik ke tingkat 88 di mana terdapat dek pemerhati menara Jin mao Tower. Dek pemerhati yang besar ini boleh menampung 1000 orang pada satu-satu masa. Pemandangannya tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Anda pasti akan terpesona.

11. Pusat Kewangan Dunia Shanghai

Tidak ada tempat yang lebih menarik untuk melihat Bandaraya di Shanghai dari sudut pandangan 360 darjah selain tingkat atas Pusat Kewangan Dunia Shanghai. Bangungan ikonik di Shanghai ini bukan sahaja menjanjikan pemandangan tercantik di Shanghai malah ia juga memiliki kelangkapan yang moden termasuk lif yang sangat laju.

Lif di Pusat Kewangan Dunia Shanghai mengambil masa cuma satu minit dari tingkat satu untuk sampai ke tingkat 95  dengan kelajuan sepuluh meter sesaat. Menarik kan?

Tarikan utama di sini tentulah tingkat paling atas di mana terdapat jambatan pemerhati yang merupakan dek pemerhati luar yang tertinggi di dunia.anda akan disajikan dengan pemandangan seluruh Bandaraya Shanghai. Di pavilion ke-100, anda dapat melihat puncak Menara Oriental Pearl TV dan Jinmao Tower.

Di sini juga terdapat galeri tontonan sepanjang 55 meter di mana anda dapat melihat kereta-kereta bergerak dan pejalan kaki dengan jelas melalui tiga lantai kaca telus.

tempat menarik di shanghai

Sumber: Klook

Itulah dia 11 tempat menarik di Shanghai yang ingin kami kongsikan kepada anda. Semoga bermanfaat buat anda. Jemput juga baca artikel tulisan kami seperti tempat menarik di Kemboja, tempat menarik di Dubai, dan tempat menarik di Busan. Manalah tahu anda bercadang ke sana.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.