Jika anda melihat peta ataupun google maps, anda akan terlihat satu kawasan yang luas di daerah Petaling, Selangor iaitu Bandar Subang ataupun juga dikenali dengan nama Bandar Subang Jaya yang merupakan bandar terbesar sana.

Bandar Subang terdiri daripada beberapa bahagian dan merupakan bandar yang paling ramai penduduknya di Malaysia iaitu dengan populasi 1,553,589 orang. Wah ramainya! Patutlah banyak tempat-tempat menarik di Subang ini.

tempat menarik di subang

Imej via [propertyguru]

Sebelum saya kongsikan beberapa tempat menarik di Subang, mari kita ketahui sedikit sebanyak sejarah mengenai bandar Subang ini. Sebelum dianugerahkan status perbandarannya sendiri pada tahun 1997, asalnya bandar ini adalah tanah ladang kelapa sawit yang bernama Seafield Estate. 

Pada 2 Januari 1997 pula, statusnya telah bertukar menjadi sebuah bandar dan mengikut arus pembangunan dari masa ke semasa yang akhirnya menjadi sebuah tempat tarikan yang mempunyai banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati oleh masyarakat di Malaysia ini.    Mari kita lihat 14 tempat menarik di Subang, Selangor yang telah dikunjungi hampir 2 juta pengunjung!

 

  1.  Sim Flight KL

tempat menarik di subang

Imej via [BeritaHarian]

Adakah anda ingin merasai pengalaman memandu pesawat sebenar? Anda boleh datang ke Sim Flight KL ini yang merupakan salah satu tempat menarik di Subang yang telah dikunjungi ramai. Bagi anda yang terlepas peluang di AVIAX, Shah Alam, anda boleh mendapatkan pengalaman yang sama di sini. Dilengkapi dengan teknologi simulasi yang canggih serta menggunakan imej 3 dimensi bagi meniru keadaan yang sebenar menjadi perhatian ramai pengunjung.

Suasana dalaman kokpit simulasi juga mirip dan seakan-akan seperti berada di dalam sebuah kapal terbang yang sebenar. Anda juga boleh mencuba pesawat Air Bus A320, Boeing 737 ataupun bermacam-macam lagi pesawat jika anda datang ke sini. Nak merasai pengalaman jadi pilot pun boleh. Jika anda rasa sudah profesional dalam simulasi ini, anda juga berpeluang dalam memandu pesawat sebenar iaitu Cessna 172 ataupun Piper PA 28. Selain itu jom rasai pengalaman membawa helikopter jenis Robinson R44, AS350 ataupun EC120 juga.

 

2.  Asean Water Sports Village Puchong

tempat menarik di subang

Imej via [tourismselangor]

Bagi anda yang sukakan aktiviti lasak serta mencabar, anda boleh datang ke Asian Water Sports Village Puchong yang terletak di Subang ini. Pusat rekreasi yang sangat popular dikalangan penggemar sukan lasak ini menawarkan sukan air yang rata-ratanya melibatkan sebuah bot untuk menarik anda di atas air.  Paling tidak disangka, ramai pengunjung datang ke tempat menarik di Subang ini. Antara sukan yang ditawarkan adalah Banana Boat, GX4, Graphic Deck, Aqua Fly, Fifty Four, Turbo Blast, Fish Fly dan Evo Pro 3. Selain itu, terdapat juga aktiviti santai yang anda boleh lakukan bersama anak-anak anda iaitu bermain layang-layang ataupun berkayak.

3.  Farm In The City

tempat menarik di subang

Imej via [kuala-lumpur.ws]

Farm In The City ini terletak di Subang Jaya dan berkonsepkan ala-ala sebuah perkampungan zoo yang menempatkan seratus species haiwan yang pasti menarik minat anak-anak kecil anda.  Haiwan-haiwan ini diletakkan di dalam kandang kaca untuk memudahkan anda melihatnya. Bagi anda yang suka melakukan aktiviti yang membolehkan anda untuk berinteraksi dengan haiwan serta melihat kehijauan flora, tempat menarik di subang ini wajib anda kunjungi.

Terdapat pelbagai jenis haiwan yang comel serta jinak yang boleh disentuh tanpa ada apa-apa halangan. Antaranya adalah kura-kura gergasi, arnab, tikus belanda, rakun serta bermacam jenis lagi haiwan yang terdapat disini. Bagi anda yang mempunyai anak kecil, amat sesuai jika berkunjung disini untuk mengenali haiwan-haiwan yang sangat comel dan eksotik ini.

 

4.  RC Planet

tempat menarik di subang

Imej via [lerneseref]

Bagi anda yang gemarkan permainan ataupun hobi berkaitan permainan alat kawalan jauh, anda boleh datang ke sini.  Terdapat litar kereta kawalan jauh untuk latihan ataupun pertandingan yang seakan-akan litar sebenar di tempat menarik di Subang ini. Wah, menarik kan? Anda juga pasti tak sabar untuk melihat pertandingan kereta kawalan jauh secara lebih dekat. RC Planet ini juga turut menjual alat ganti permainan kawalan jauh. Cakap je, nak yang baru ataupun secondhand? Semuanya pasti ada di sini. Untuk pengetahuan anda, Rc Planet beroperasi pada pukul 11 pagi sehingga pukul 7 malam dan ditutup pada hari Ahad.

 

5.  TT Sport Park

tempat menarik di subang

Imej via [timeout]

Bagi anda yang meminati game player unknown battleground (PUBG) ataupun Counter Strike Go (CSGO) anda boleh mencubanya disini. Ajak sekali rakan-rakan anda ke tempat menarik di Subang ini. Daripada anda bermain game tersebut dan menghabiskan wang dengan membeli data internet seharian, lebih baik anda datang ke sini untuk merasai keseronokan sebenar di samping menyihatkan badan.  TT Sport Park ini merupakan antara destinasi yang dianggap lapangan paint ball terbesar di Selangor. Tempat ini dibahagikan dengan beberapa kawasan perang yang berlainan tahap cabarannya serta suasananya yang berbeza. Tahukah anda, TT Sport ini terletak berhampiran Taman Subang Ria dan jika anda seorang pelajar, harga istimewa akan diberikan kepada anda.

 

6.  Speedway Plus Go Kart

tempat menarik di Subang

Imej via [Tourism Selangor]

Speedway Plus Go Kart ini merupakan tempat yang sering dikunjungi oleh mereka yang meminati sukan permotoran Go Kart. Tempat menarik di Subang ini dibuka pada pukul 10 pagi sehingga pukul 6 petang setiap hari. Jika anda mahu merasai pengalaman menaiki Go Kart di sini pastikan anda semak tarikhnya terlebih dahulu kerana dikhuatiri tarikh tersebut bertembung dengan tarikh event-event yang dilakukan di sini. Untuk pengetahuan anda, track Go Kart yang memiliki pelbagai selekoh yang mencabar ini memiliki panjangnya adalah hampir 1 Kilometer.

 

7.  Taman Subang Ria

tempat menarik di Subang

Imej va [mapio]

Tadi kita cakap tentang TT Sport Park yang berdekatan Taman Subang Ria kan?  Inilah dia Taman Subang Ria! Taman Subang Ria juga merupakan salah satu tempat menarik di Subang kerana ia mempunyai tasik yang sangat menenangkan jiwa jika anda melihatnya. Taman Subang Ria ini amat popular dalam kalangan penduduk di sini kerana mereka boleh melakukan pelbagai aktiviti. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah jogging, berbasikal, beriadah ataupun berkelah di tepi tasik Taman Subang Ria ini. Selain itu, ramai pasangan mempelai yang melakukan sesi photoshoot gambar kahwin di sini kerana permandangannya yang begitu indah dengan fauna menghijau serta menenangkan hati.

 

8.  Kilang Coklat Beryl’s

tempat menarik di subang

Imej via [iamproudmama]

Siapa di sini merupakan penggemar coklat? Jika anda penggemar coklat, anda boleh datang ke sini. Di sini anda bukan sahaja dapat membeli pelbagai jenis coklat, tetapi anda juga boleh melihat proses pembuatan coklat serta pembungkusannya melalui cermin kaca khas yang disediakan. Di Kilang Coklat Beryl’s ini amat sesuai dikunjungi oleh pelbagai lapisan masyarakat, tidak kiralah tua atau muda. Memang ramai pengunjung di tempat menarik di Subang ini, keseluruhan pengunjung datang ke Subang hampir 2 juta! Sekiranya anda berkunjung di sini, anda boleh mengenali pelbagai jenis coklat di sini. Antara coklat yang ada di sini ialah coklat strawberi, coklat almond dan sebagainya. Jangan terkejut ya, coklat nangka pun turut ada di sini!

 

9.  Clay Expression

Imej via [lokalokal]

Clay Expression yang merupakan tempat menarik di Subang ini membolehkan anda sendiri mencuba buatan barangan seni berasaskan tanah liat. Clay Expression merupakan tempat pameran dan tempat workshop yang sesuai untuk semua individu. Bagi yang ada anak yang masih kecil disarankan untuk meluangkan masa di sini, pasti akan lebih berseronok sambil belajar.  Manalah tahu suatu hari nanti anda ataupun anak anda dapat menghasilkan satu masterpiece yang bernilai harganya.

Untuk makluman anda, Cindy Koh merupakan founder bagi Clay Expression ini. Kini, Clay Expression merupakan Galeri Kraftangan Malaysia yang melibatkan pembuatan seramik di negeri Selangor.  Pusat ini dibuka pada pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang pada hari Selasa sehingga hari Isnin.

 

10.  Core Design Gallery

tempat menarik di subang

Imej via [tripadvisor]

Core Design Gallery adalah sebuah galeri yang menempatkan pelbagai hasil karya yang eksklusif yang dihasilkan oleh Ali Nurazmal, Husin Hourmain serta Shafarin Ghani.  Mereka merupakan artis terkenal tanah air yang hebat. Selain karya yang hebat-hebat di sini, bangunan galeri ini juga sangat cantik dan elegan yang berkonsepkan reka bentuk Bali. Jika anda adalah seorang penggemar seni, tempat ini adalah satu tempat yang wajib anda kunjungi. Core Design Gallery dibuka pada pukul 10 pagi sehingga pukul 7 malam dan ditutup pada hari Sabtu dan Ahad.

 

11.  Subang Avenue

Imej via [iproperty]

Bagi anda yang amat suka shopping dan berhibur, saya sarankan anda ke Subang Avenue. Subang Avenue merupakan sebuah bangunan yang menempatkan apartment dan pasaraya. Terdapat pelbagai kategori outlet kedai yang menarik serta mempunyai tarikan hiburan keluarga yang sesuai dikunjungi pada cuti hari minggu. Antara yang paling terkenal adalah tempat hiburan tertutup untuk bermain roller blade ataupun skating, iaitu The Wheels. Jom berhibur di tempat menarik di Subang ini, pasti seronok untuk anda bersama keluarga.

 

12.  Empire Shopping Gallery

tempat menarik di subang

Imej via [edgeprop]

Pernahkah anda berkunjung ke Empire Shopping Gallery? Disini adalah tempat membeli belah yang menempatkan lebih 190 outlet kedai yang menarik menjual pelbagai barangan berjenama di dalam negara mahupun di luar negara. Antaranya Crocs, Guess, Gucci, Charles & Keith, Pandora mahupun Louis Voulton pun boleh didapati disini. Empire Shopping Gallery juga dikenali dengan ESG ini mempunyai bangunan setinggi enam tingkat dan seni bina landskap bangunan dalam dan luarnya yang elegan serta cantik. Memang best datang ke sini, banyak barang-barang eksklusif dan antarabangsa boleh anda dapatkan.

 

13.  The Summit Subang USJ

Imej via [propertyguru]

Mungkin anda sedang mencari sebuah pasaraya yang terbesar di Subang, anda boleh datang ke sini. The Summit Subang USJ ini merupakan sebuah pasaraya yang dianggap paling lengkap dan besar yang terdapat dalam kawasan Subang Jaya kerana bangunan ini mempunyai pelbagai jenis outlet barangan pakaian, fesyen, barangan sukan mahupun tempat hiburan bersama keluarga seperti panggung wayang, bowling dan pusat karaoke keluarga. Selain itu The Summit Subang USJ ini juga berhubung dengan Menara Summit dan juga The Summit Hotel Subang USJ.

tempat menarik di subang

Imej via [booking]

Kesimpulannya, di Subang ini terdapat tempat-tempat menarik yang anda boleh lawati bersama keluarga dan pastinya mengeratkan hubungan kekeluargaan anda. Selain itu, terdapat juga tempat-tempat menarik yang setaraf dengan tempat di luar negara. Jemput baca tempat menarik di Kuala Pilah dan tempat menarik di Cambodia.

 

Rujukan:

  1. Wikipedia
  2. IamProudMama
  3. propertyguru

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.