Sungai Petani merupakan sebuah bandar terbesar di Kedah dan terletak kira-kira 55 Kilometer ke selatan Alor Star, Kedah. Sejak tahun 1990-an, Sungai Petani telah menjadi salah satu tempat bagi perkilangan industri berat apabila beberapa syarikat antarabangsa seperti Jepun mula bertapak di sekitar bandar ini.

tempat menarik di sungai petani

Imej via [hassan1663]

Terdapat beberapa tempat menarik di Sungai Petani sesuai untuk anda lawati. Pastinya tempat menarik di Sungai Petani Kedah ini menajamkan lagi minda anda dengan maklumat dan pengalaman perjalanan. Anda juga boleh bersantai, menenangkan minda dan berhibur di tempat menarik di Sungai Petani yang bakal diperkenalkan ini.

 

1.  Lembah Bujang

tempat menarik di sungai petani

Imej via [arkib]

Tapak bagi kerajaan Hindu-Budha suatu ketika dulu di Lembah Bujang dan seakan-akan seperti di Bali letaknya di salah sebuah tempat menarik di Sungai Petani iaitu Lembah Bujang.

Terdapat peninggalan sekitar 50 buah kuil dan beberapa artifak peninggalan lama seperti manik, ukiran batu, lembing keagamaan, tembikar dan sebagainya. Tahukah anda, nama Lembah Bujang mengikut bahasa Sanskrit bermaksud ular, berkemungkinan kerana bentuk sungai Bujang yang bengkang-bengkok seperti ular.

Bagi anda yang tidak berkesempatan melancong ke Bali, anda boleh merasainya di Lembah Bujang ini. Nak feeling macam Tomb Raider atau Indiana Jones pun boleh kat sini.

 

2.  Tapak Arkeologi Sungai Batu

tempat menarik di sungai petani

Imej via [benarnews]

Tapak arkeologi lain selain Lembah Bujang yang turut dikategorikan dalam tempat menarik di Sungai Petani adalah Tapak Arkeologi Sungai Batu. Terletak kurang 10 kilometer daripada Sungai Petani, ia berada di dalam sebuah ladang kelapa sawit.

Pada sekitar 600 tahun sebelum Masihi, Tapak Arkeologi Sungai Batu ini agak meriah dengan pelbagai aktiviti perdagangan kerana ia merupakan kawasan daratan yang terdekat dengan laut di Sungai Petani ini.

Kawasan sekitar tapak arkeologi ini rupa-rupanya meninggalkan lebih daripada 10 binaan jeti, bangunan pentadbiran dan gudang malah pengkaji turut menemui belasan tapak peleburan besi yang dipercayai telah digunakan secara berterusan buat 2300 tahun lamanya.

Jika anda ingin melihat peninggalan era kegemilangan tapak perdagangan pada zaman sebelum masihi, anda boleh datang ke sini.

 

3.  Dataran Zero Kilometer

tempat menarik di sungai petani

Imej via [Bidadari]

Dataran Zero Kilometer merupakan tempat menarik di Sungai Petani yang penuh dengan keindahan cahaya lampu LED yang mewarnai bangunan di dataran ini. Anda boleh berbual ataupun berjalan bersama-sama insan yang tersayang di dataran meriah ini.  

Disini, anda boleh mengambil gambar yang cukup indah untuk dijadikan kenangan bersama keluarga, kawan-kawan atau pasangan. Kemudahan tempat letak kereta juga turut disediakan di tempat menarik di Sungai Petani ini.

 

4.  Muzium Paya Bakau

tempat menarik di sungai petani

Imej via [ izzuddinjanaton]

Pernahkah anda mendengar tentang Muzium Paya Bakau yang merupakan tempat menarik di Sungai Petani? Muzium Paya Bakau terletak di Semeling, Sungai Petani. Muzium ini bukan sahaja terdapat kawasan paya bakau tetapi terdapat juga tempat pembakaran arang serta lain-lain lagi.

Kemudahan lain yang disediakan adalah kaunter penerangan, kedai cenderahati, dewan dan sebagainya. Anda juga boleh mendapatkan pelbagai info berkaitan arkeologi, ekosistem dan banyak lagi.  Jom datang ke sini, tempat menarik di Sungai Petani ini pasti menanti anda!

 

5.  Pantai Merdeka

tempat menarik di sungai petani

Imej via [holidaygogogo]

Pantai Merdeka adalah antara lokasi terbaik untuk anda menikmati pemandangan mempesonakan, langit dan lautan yang biru. Jika anda inginkan pengalaman berbeza, anda boleh menaiki bot pelancong yang disediakan di sini untuk melihat pemandangan di sekitar pantai dari perspektif yang jauh lebih menarik.

Selain itu, anda juga boleh ke Tanjung Dawai menggunakan bot yang disediakan di sini dengan harga yang berpatutan.  Antara aktiviti yang anda boleh lakukan di tempat menarik di Sungai Petani ini adalah berkhemah, berkayak dan sebagainya.

Paling best, pasti anda tak sabar untuk menikmati makanan yang dijual di sini seperti cendol, mee ketam, mee udang serta banyak lagi juadah yang pastinya sedap-sedap.

 

6.  Menara Jam Besar Sungai Petani

tempat menarik di sungai petani

Imej via [memori-kedah]

Salah satu tempat menarik di Sungai Petani yang bersejarah adalah di Menara Jam Besar Sungai Petani. Ia didirikan pada tahun 1934 oleh seorang tauke Cina. Ia dicipta sebagai hadiah kepada penduduk kawasan ini untuk meraikan sambutan Jubli Perak King George V dan Queen Mary.

Apa yang menariknya ialah jam gergasi antik ini masih lagi berfungsi dan berbunyi pada waktu malam, jam ini akan disinari dengan cahaya lampu yang indah, justeru menjadikannya sempurna sebagai latar belakang gambar anda untuk koleksi gambar anda.

 

7.  Chalet Terapung Segantang Garam

tempat menarik di sungai petani

Imej via [labahlabahkenit]

Tempat menarik di Sungai Petani ini merupakan sebuah chalet yang unik! Anda boleh ke Chalet Terapung Segantang Garam yang terletak di PPK Merbok, Sungai Petani. Anda boleh memilih chalet mengikut dengan kesesuaian penginapan anda kerana chalet ini menawarkan 7 buah chalet yang terapung di atas Sungai Merbok.

Dua daripada 7 buah chalet di sini dilengkapi dengan penghawa dingin. Terdapat juga chalet VIP, chalet berkembar dan sebagainya.  Di samping itu, aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sini adalah memancing, melawat pulau-pulau berhampiran dan banyak lagi aktiviti menarik.

 

8.  Air Terjun Tupah

tempat menarik di sungai petani

Imej via [percutianbajet]

Air Terjun Tupah yang merupakan tempat menarik di Sungai Petani wajib anda lawati kerana terdapat keindahan flora dan fauna. Udara di sini juga amat segar dan nyaman.  Amat sesuai untuk anda kunjungi bersama keluarga dan melakukan aktiviti berkelah.

Lokasi tempat menarik di Sungai Petani ini tidak jauh dari Pekan Semeling dan amat terkenal dalam kalangan penduduk di sini.  Bagi anda yang mencintai bidang fotografi, anda boleh mengambil foto yang menarik berkonsepkan keindahan air terjun yang memukau di sini.

 

9.  Taman Jubli Perak

tempat menarik di sungai petani

Imej via [nurmuhamad89]

Salah satu tempat menarik di Sungai Petani yang bersempena untuk memperingati sambutan Jubli Perak Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ialah Taman Jubli Perak.  Taman ini dilengkapi dengan laluan pejalan kaki dan terdapat sebuah tasik yang indah di sini.

Anak kecil pasti menyukai taman permainan yang ada di sini.  Atmosferanya juga amat nyaman kerana dikelilingi oleh pokok-pokok besar yang segar.  Antara prasarana yang terdapat Taman Jubli Perak ini adalah masjid, perpustakaan awam, medan selera dan gimnasium rakyat.

 

10.  Jeti Sungai Semeling

tempat menarik di sungai petani

Imej via [nurmuhamad89]

Permandangan indah di Jeti Sungai Semeling ini pasti memukau sesiapa sahaja yang melihatnya.  Terdapat sebuah jeti dengan bot yang menghiasi permandangan di tempat menarik di Sungai petani ini.

Jeti Sungai Semeling yang terletak di Sungai Merbok ini membolehkan anda menaiki bot dan menghirup udara petang yang nyaman. Sepanjang jeti ini, terdapat laluan pejalan kaki sepanjang 1 Kilometer yang menjadikannya unik sekali.

Anda boleh melihat permandangan yang indah disamping mendengar siulan-siulan burung yang mengasyikkan di sini. Selain itu, panorama matahari terbenam juga amat menakjubkan untuk anda saksikan. Nak lagi best, anda ambil pakej river cruise, anda boleh rakamkan pengalaman dan memori indah anda di tempat menarik di Sungai Petani ini.

 

11.  Tanjung Dawai

tempat menarik di sungai petani

Imej via [Zakinah Ibrahim]

Tahukah anda Tanjung Dawai turut merupakan tempat menarik di Sungai Petani? Anda nak tahu tak apa yang menarik di Tanjung Dawai? Bagi penggemar makanan laut atau seafood, ini lah salah satu destinasi wajib anda kunjungi jika anda datang ke Sungai Petani.

Masakan di sini semuanya sedap-sedap belaka dan hasil lautnya sememangnya amat segar. Bak kata orang Sungai Petani “Sedap Baq Hang”. Antara menu yang boleh anda dapati di sini adalah mee udang, shellout, ikan bakar dan banyak lagi.  Harganya pula amat murah jika dibandingkan dengan tempat lain.

Selain itu, terdapat peniaga yang menjual ikan bilis, ikan masin, belacan dan macam-macam lagi. Keropok yang pelbagai perisa juga boleh anda beli di sini.

 

12.  Taman Rekreasi Sungai Petani

tempat menarik di sungai petani

Imej via [percutianbajet]

Tempat menarik di Sungai Petani ini amat sesuai untuk rekreasi.  Memang banyak port di taman ini untuk anda sekeluarga jadikan sebagai kawasan beriadah.  Taman Rekreasi ini adalah satu tempat yang terbaik dan terbaru yang menjadi tarikan bagi masyarakat khususnya warga Sungai Petani.

Taman Rekreasi Sungai Petani ini terletak di atas bukit dan pemandangan yang disajikan dari taman ini bakal membuatkan jiwa anda terpukau.  Bermacam aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti melihat pemandangan serta menggunakan fasiliti yang disediakan dan agak lengkap, menarik dan unik ini.

Antaranya adalah trek basikal, trek jogging dan lain-lain lagi. Anda boleh beraksi di hadapan dam haji dan chess bersaiz raksasa sebagai foto unik koleksi anda. Anda pasti akan berasa seolah-olah seperti dalam movie ‘Jack and The Beanstalk’, betul tak?

 

13.  Masjid Sultan Muzaffar Shah

tempat menarik di sungai petani

Imej via [mapsights]

Masjid Sultan Muzaffar Shah yang terletak di Jalan Sungai Layar ini boleh dikatakan sebagai sebuah masjid di dalam taman yang amat menarik. Sekaligus, ia adalah salah satu tempat menarik di Sungai Petani.

Tahukah anda kenapa ianya begitu menarik? Bagi saya, ianya amat menarik kerana lokasinya betul-betul bersebelahan dengan Taman Jubli Perak yang kita perkatakan tadi dan warnanya sangat indah.

Masjid indah ini terletak cukup dekat dengan kawasan pusat bandar yang memudahkan sesiapa sahaja yang ingin menunaikan solat 5 waktu ataupun untuk kunjungan orang ramai. Ia amat bersih dan dijaga rapi sesuai untuk anda sekeluarga beribadah dengan penuh selesa dan khusyuk.

 

14.  Gunung Jerai

tempat menarik di sungai petani

Imej via [mapsights]

Gunung Jerai merupakan salah satu tempat menarik di Sungai Petani berkonsepkan gunung dan bukit bukau.  Khas untuk anda yang meminati aktiviti hiking, pasti gunung ini menjadi taruhan.

Ajak rakan-rakan ataupun geng hiking anda untuk mencuba mendaki gunung ini, pasti lebih mencabar dan menyeronokkan.  Untuk mendaki gunung ini, ketahanan fizikal dan kekuatan mental amat diperlukan kerana laluannya yang amat mendebarkan dan menguji ketahanan mental anda.

Untuk pengetahuan anda, asal usul Gunung Jerai ini adalah sebuah pulau yang diberi nama Pulau Serai, namun akibat paras air laut menurun maka terjadilah gunung yang indah ini. Di puncaknya, anda dapat melihat permandangan sawah padi yang luas dan menghijau.

tempat menarik di sungai petani

Imej via [eg.flyin]

Sungai Petani yang tergolong dalam negeri utara ini mempunyai pelbagai tempat menarik untuk anda lawati bersama keluarga ataupun rakan-rakan.  Pastinya ia memberi sejuta memori indah untuk diukir bersama. Jadi, jangan lupa datang ke Sungai Petani Kedah ini. Banyak tempat menarik menanti anda. Jemput baca tempat menarik di Teluk Batik dan tempat menarik di Gombak pula. 

 

Rujukan

  1. Wikipedia
  2. maisinggah
  3. mapsights

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.