Cara untuk lebih jimat dalam bercuti adalah dengan memilih tempat percutian yang mempunyai kadar harga atau kos bajet yang rendah mengikut bajet anda. Sebenarnya, terdapat banyak cara untuk anda memilih percutian bajet rendah dan bukan hanya semata-mata melihat pada tempat atau destinasi percutian anda sahaja, sepatutnya banyak faktor yang perlu anda beri perhatian.

tempat menarik di sungkai

Imej via [peluangtercipta]

4 Tips Percutian Bajet Rendah!

tempat menarik di sungkai

Imej via [MyCribBooking]

Mari kita lihat bagaimana patut anda dapatkan percutian bajet rendah tanpa mengehadkan keseronokan percutian anda. Memilih percutian bajet rendah mempunyai manfaat yang tersendiri untuk anda kerana setiap percutian pastilah memberikan keseronokan apabila kita berada dengan yang tersayang.  Jadi, tak salah untuk anda gunakan tips percutian bajet rendah untuk kebaikan anda dan keluarga.  Jom lihat faktor-faktor anda perlu titik beratkan dalam menjimatkan kos percutian dan mendapatkan percutian bajet yang rendah.

 

  • Bandingkan Harga Penginapan

Anda perlu membandingkan harga penginapan seperti chalet, hotel, rumah tumpangan dan lain-lain lagi.  Kemudian, pilih tempat penginapan dan senaraikan dalam list anda tempat penginapan mengikut bajet anda.

 

  • Buat Bajet Perbelanjaan

Anda harus catat dan membuat bajet perbelanjaan anda terlebih dahulu untuk melihat perbelanjaan yang bakal anda gunakan nanti. Perbelanjaan termasuklah dari segi kos tambang perjalanan, kos makan, penginapan, beli barang dan lain-lain lagi. Masukkan kos yang bakal anda keluarkan untuk penggunaan kecemasan juga ke dalam list anda.

tempat menarik di sungkai

Imej via [cuti]

  • Pilih Kenderaan Awam Yang Kos Rendah

Ada orang bercuti dengan flight tetapi masih bajet tersekat-sekat. Lebih baik pilih bercuti di tempat yang boleh anda gunakan kereta sendiri ataupun kenderaan awam. Tidaklah ia memakan kos yang banyak bukan? Ataupun anda mungkin boleh memilih tempat yang tidak begitu jauh untuk anda bercuti, sekuran-kurangnya ia menggunakan bajet percutian yang rendah.

 

  • Pilih Tempat Menarik Bajet Rendah Untuk Percutian

Sebenarnya masih ada tempat percutian menarik yang menawarkan bajet rendah untuk anda kunjungi.  Malaysia bukanlah suatu negara yang menawarkan percutian kos besar untuk semua tempat. Masih ada lagi tempat menarik untuk bercuti dengan lebih santai dan bajet rendah.

 

10 Tempat Menarik di Sungkai Yang Santai Dan Bajet Rendah

tempat menarik di sungkai

Imej via [dasiatravels]

Sungkai adalah salah satu daerah dalam negeri Perak yang terletak di satu kawasan daerah Batang Padang, Tapah Perak. Ramai yang berkunjung ke Perak memandangkan Perak adalah tempat pelancongan yang terkenal di Malaysia. Pelancong luar dan dalam negeri pasti mengenali betapa besarnya negari Perak ini untuk anda lawati semua tempat menarik di sini.

Tak perlu pening memilih tempat percutian, hanya di satu daerah sahaja, sudah banyak tempat menarik yang boleh anda lawati di sini.  Anda boleh bercuti di Sungkai, Perak yang mempunyai tempat menarik lebih santai dan hanya menggunakan bajet rendah sahaja. Jom lihat tempat menarik di Sungkai yang santai dan bajet rendah.

 

 1.  Sungkai Deer Farm

tempat menarik di sungkai

Imej via [colourbox]

Sungkai Deer Farm adalah tempat menarik di Sungkai yang santai dan berbajet rendah boleh anda lawati. Taman ini mempamerkan haiwan seperti rusa dan lain-lain haiwan juga termasuklah harimau. Sebenarnya, anda boleh bersantai, berjalan-jalan dan melihat-lihat haiwan serta suasana ala-ala kampung di sini.

Sudah pasti ia memberikan ketenangan dan tidak memakan kos yang banyak untuk anda berjalan-jalan sekitar Sungkai Deer Farm ini.  Sungkai Deer Farm sesuai untuk anda lawati bersama anak-anak atau membuat rombongan sekolah.

Lokasi:  35600 Sungkai, Perak

Waktu Operasi:  8 AM – 4 PM

Hari Operasi:  Isnin – Ahad

2.  Sungai Klah Hot Spring Park

tempat menarik di sungkai

Imej via [Tourism Perak]

Ramai memilih Sungai Klah Hot spring Park sebagai tempat bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan bagi menjimatkan kos.  Tempat menarik di Sungkai ini menggunakan kos rendah sepanjang percutian di sini dari segi makanan, kemudahan, tiket masuk dan lain-lain lagi.

Anda boleh bermandi-manda di sini di beberapa buah kolam yang disediakan. Memang best dan santai. Selepas mandi, anda boleh ke Taman Terapi yang disediakan dan tempat makan. Anda sendiri juga berpeluang merebus telur menggunakan air hot spring sahaja dan menyediakan boiled egg atau telur nasi lemak untuk anda makan.

Lokasi:  35600 Sungkai, Perak

Waktu Operasi: 8 AM – 6 PM

Hari Operasi: Isnin – Ahad

3.  Felda Residence Hot Springs

tempat menarik di sungkai

Imej via [agoda]

Felda Residence Hot Springs merupakan sebuah penginapan bagi anda yang inginkan percutian santai di tempat menarik di Sungkai ini. Anda berpeluang menginap di Felda Residence yang merupakan sebuah hotel terkenal di Sungkai.

Pada pagi atau petang hari, anda boleh bermandi-manda dan bermain air di kolam mandi yang disediakan di sini.  Ruang dan saiz kolam yang terdapat di Felda Residence Hot Spring ini memang besar dan selesa untuk anda sekeluarga dan kawan-kawan.

Lokasi:  35600, Sungai Klah Sungkai Perak, 35600 Sungkai, Negeri Perak

Waktu Operasi:  8 AM – 6 PM

4.  Nasi Bamboo Sungai Klah

tempat menarik di sungkai

Imej via [broframestone]

Bercuti di Sungkai, jalan lupa singgah di Nasi Bamboo Sungai Klah. Restoran ini memang unik dan menarik di mana semua nasinya di masak dalam batang bamboo.  Nasi bamboo ini dimakan dengan aneka lauk-pauk seperti ayam, daging, lala, rebung, asam pedas dan lain-lain lagi. Anda boleh pilih apa sahaja lauk yang anda inginkan.

Masakan kampung juga terdapat di sini seperti sambal belacan, ulam-ulaman, gulai ikan masin. Selain itu, daging salai, ayam bakar, ikan bakar semuanya juga disediakan. Serious anda kena datang ke sini. Bak kata Paknil, macam-macam ada!

Lokasi:  Kampung Buloh Telor, 35600 Sungkai, Perak

5.  Masjid Jamek Felda Sungai Klah

tempat menarik di sungkai

Imej via [petikgambo]

Anda boleh singgah di Masjid Jamek Felda Sungai Klah untuk menunaikan solat atau singgah sebentar bagi melawat masjid ini. Tahukah anda, masjid ini menjadi tanda keagamaan bagi mereka yang ingin mencari tempat untuk beribadat di Sungkai.

Terdapat banyak aktiviti menarik anjuran Masjid Jamek Felda Sungai Klah ini seperti ceramah agama, aktiviti sempena Maulidur Rasul dan lain-lain juga. Alang-alang datang ke tempat menarik di Sungkai, jom singgah sebentar di  Masjid Jamek Felda Sungai Klah.

Lokasi:  Sungkai, Perak, 35600 Sungkai

Waktu Operasi:  10.30 AM – 6 PM

Hari Operasi:  Setiap hari kecuali jumaat

5.  Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL)

tempat menarik di sungkai

Imej via [smarti.myservices]

Selain tempat menarik di Sungkai yang boleh anda bersantai, anda juga berpeluang menambah ilmu pengetahuan berkaitan perlindungan haiwan. Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) yang diuruskan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) ini mempunyai keluasan 20 hektar dan menempatkan pelbagai jenis haiwan di sini termasuklah haiwan liar.

Berkunjung ke tempat menarik di Sungkai ini juga membolehkan anda menyaksikan sendiri bagaimana pelbagai jenis haiwan membiak dengan sistematik dan teratur di sini.  Sebagai contoh, anda boleh lihat haiwan mamalia yang diternak dan membiak seperti rusa sambar dan seladang. Oh ya, terdapat beberapa jenis burung di sini iaitu burung jenis kuang cermin, kuang raya dan juga merak pongsu.

Lokasi:  Bota Kanan, 32600 Bota, Perak

7.  National Wildlife Rescue Centre (NWRC)

tempat menarik di sungkai

Imej via [PlacesMap]

National Wildlife Rescue Centre (NWRC) juga dikenali sebagai Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan. Pusat ini merupakan tempat menarik di Sungkai yang amat santai dan juga dalam kadar kos rendah untuk anda datang. Walau bagaimanapun, pusat ini tidak sepenuhnya dibuka lagi kerana masih dalam proses pemindahan harimau dan haiwan dari Zoo Melaka.  

Ia ditubuhkan atas satu tujuan iaitu ingin menyelamatkan hidupan liar negara dan memelihara spesis harimau yang kian pupus. Mungkin suatu hari nanti jika anda ke sini, anda boleh melihat semua jenis haiwan yang kian pupus dipelihara di sini dengan baik. Tempat menarik di Sungkai ini juga akan didirikan kemudahan seperti pejabat, klinik, kuarters kakitangan, pembinaan bekalan air terawat dan lain-lain lagi.

Lokasi:  National Wildlife Rescue Centre (nwrc), 35600 Sungkai, Perak

Waktu Operasi:  24 Jam

Hari Operasi:  Setiap hari

8.  Mus Tomyam

tempat menarik di sungkai

Imej via [foursquare]

Mus Tomyam terkenal dengan menu eksklusifnya yang menarik minat ramai pelancong untuk singgah disini.  Menu eksklusifnya berupa daging burung unta yang dimasak sebagai sup, masak merah, masak halia, masak pedas, masak kicap dan goreng biasa ini adalah sesuatu yang unik dan jarang berada di kedai makan lain.

Masakan panas atau lauk-pauk yang lain juga boleh anda pesan di sini mengikut selera dan citarasa anda. Mus Tomyam dibuka pada 10.30 pagi sehingga 4.30 petang sahaja. Jadi, anda boleh menikmati makan tengahari lazat di sini setelah bermandi-manda atau bersiar-siar di tempat menarik di Sungkai.

Lokasi:  35600 Sungkai, Perak

Waktu Operasi:  10 AM – 4.30 PM

Hari Operasi:  Setiap hari kecuali ahad

9.  Pondok-Pondok Pool Villa

tempat menarik di sungkai

Imej via [airbnb]

Pondok-Pondok Pool Villa adalah sebuah penginapan yang boleh anda menginap jika anda bercuti di tempat menarik di sungkai. Tambahan pula Pondok-Pondok Pool Villa ini juga adalah salah satu tempat menarik di Sungkai yang boleh anda bercuti dan bermandi-manda di sini. Terdapat kolam mandi Villa yang boleh anda kunjungi dan menghabiskan masa.

Sudah tentu ia amat tenang sekali dan merupakan tempat menarik untuk anda bersantai. Anda boleh melepak di kawasan pondok yang disediakan sekitar Pool Villa ini. Kemudahan dan peralatan untuk berbeku juga disediakan bagi anda yang ingin mengadakan berbeku beramai-ramai.

Lokasi:  No 6, Kampong Klah Baru, 35600 Sungkai, Perak

10.  GREAT ESCAPE into the FOREST

tempat menarik di sungkai

Imej via [airbnb]

Terletak di Sungkai, ia merupakan sebuah tempat menarik di Sungkai yang boleh anda kunjungi sekiranya anda sukakan suasana alam semulajadi flora dan fauna. Namanya yang panjang tetapi tempatnya adalah sebuah penginapan villa berdekatan hutan hijau yang cantik dan selamat.  Great Escape diperbuat daripada kontena dan cabin kukuh sebagai tempat penginapan untuk anda yang sukakan tempat unik dan menarik sebegini.

Banyak tempat menarik di Sungkai berdekatan Great Escape untuk anda lawati seperti sungai Klah, tempat makan menarik dan lain-lain lagi.  Suasana di sini amat dingin pada malam hari, maklumlah terasa ketenangan dan kedamaian sumber tumbuh-tumbuhan berdekatan.

Lokasi:  GREAT ESCAPE into the FOREST, 35600 Sungkai, Perak

tempat menarik di sungkai

Imej via [citiestips]

Itulah 10 tempat menarik di Sungkai yang boleh anda lawati dan bersantai dengan kadar kos yang rendah.  Tempat menarik di Sungkai Perak ini telah berkembang dan menjadi pilihan ramai pelancong dalam dan luar negeri untuk berkunjung.  Selain dari tempat menarik di Sungkai, jom lihat tempat menarik di Alor Gajah dan tempat menarik di  Mukah pula.

 

Rujukan:

  1. Wikipedia
  2. Tripadvisor
  3.  Airbnb

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.