Surabaya yang mendapat julukan kota pahlawan ini sememangnya kaya dengan pelbagai tempat menarik dan unik untuk anda kunjungi.

tempat menarik di surabaya

Imej via [Zetizen]

Kota yang dinobatkan sebagai kota terbersih di Indonesia selama 7 tahun berturut-turut ini menawarkan kepada anda pusat membeli-belah, taman tema, tempat bersejarah dan banyak lagi tempat bercuti. Mari saya kongsikan 30 tempat menarik di Surabaya santai untuk anda kunjungi.

 

1.  Muzium House Of Sampoerna

tempat menarik di surabaya

Imej via [sejarahunik]

Muzium yang didirikan pada tahun 1862 ini dibina berkonsepkan seni bina Belanda. Pelbagai barangan bersejarah dipamerkan disini seperti koleksi mesin pencetak rokok yang antik, alatan berkaitan pembuatan rokok, jenis-jenis tembakau dan rokok serta banyak lagi.

  • Alamat: Taman Sampoerna No. 6, Krembangan Utara, Pabean Cantian
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm)

 

2.  Rumah Batik

tempat menarik di surabaya

Imej via [Lelungan]

Anda harus datang ke tempat menarik di Surabaya ini jika anda ingin melihat bagaimana proses menghasilkan batik. Pelbagai jenis corak batik yang berwarna-warni dan unik dipamerkan di sini. Batik-batik ini dihasilkan menggunakan teknik cap dan teknik tulis. Sebelum pulang, belilah satu untuk dibuat kenang-kenangan.

  • Alamat: Jl. Dukuh Bulak Banteng Tim. No. 94, Surabaya
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 8.00pm)

 

3.  Gunung Bromo

tempat menarik di surabaya

Imej via [web.travindotours]

Indonesia memang terkenal dengan struktur geografi alam semulajadinya yang indah. Gunung yang setinggi 2000 meter dari aras laut ini sememangnya sangat sesuai untuk melakukan aktiviti pendakian.

Jika tidak mampu untuk mendaki, anda boleh menyewa perkhidmatan jeep yang akan membawa anda untuk menikmati pemandangan indah. Selain itu, juga ada disediakan tempat penginapan disekitar kawasan gunung di tempat menarik di Surabaya ini..

  • Alamat: Podokoyo, Tosari, Pasuruan

 

4.  Surabaya Carnival Park

tempat menarik di surabaya

Imej via [cintaihidup]

Taman tema dengan konsep outdoor dan indoor ini pastinya mencabar kemampuan fizikal dan mental anda. Terdapat banyak permainan yang harus anda cuba di sini seperti ferris wheel dan roller coaster. Di samping itu, terdapat juga panggung wayang 4d, muzium 3d dan pameran patung lilin di tempat menarik di Surabaya ini.

  • Alamat: Jl. Ahmad Yani No. 333, Dukuh Menanggal, Gayungan
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (4.00pm – 11.00pm)

 

5.  Monumen Kapal Selam

tempat menarik di surabaya

Imej via [kilasdaerah.kompas]

Salah satu monumen tinggalan sejarah di Surabaya adalah kapal selam milik tentera Indonesia ini. Disini anda boleh melihat kapal selam hebat ini secara dekat dan bergambar dengannya. Bayaran masuk hanya sekitar 5000 rp.

  • Alamat: Jl. Pemuda No. 39, Embong Kaliasin, Genteng
  • Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.00am – 8.00pm) | Sabtu, Ahad (8.00am – 9.00pm)

 

6.  Monumen Bambu Runcing

tempat menarik di surabaya

Imej via [TripAdvisor]

Monumen berbentuk buluh ini dibina bagi memberikan penghargaan kepada para pejuang Indonesia suatu ketika dahulu. Monumen yang merupakan tempat menarik di Surabaya ini turut dihiasi dengan pancuran air yang cantik menjadikan kawasan ini sesuai untuk bersantai-santai di samping mengenang jasa pahlawan terdahulu.

  • Alamat: Jl. Panglima Sudirman, Embong Kaliasin, Genteng

 

7.  Muzium Sepuluh November

tempat menarik di surabaya

Imej via [indonesiakaya]

Mendengar namanya sahaja sudah kita tahu muzium ini dibina dengan tujuan menyemarakkan semagat kemerdekaan Indonesia. Muzium yang dikenal sebagai Bung Tomo ini mempamerkan dokumen, senjata dan video mengenai perjuangan rakyat Indonesia menentang penjajahan British.

  • Alamat: Jl. Pahlawan, Alun-alun Contong, Bubutan
  • Waktu Operasi: Ahad – Jumaat (8.00am – 3.00pm) | Sabtu Tutup

 

8.  Batu Secret Zoo

tempat menarik di surabaya

Imej via [syarifaumi]

Muzium Secret Zoo boleh dikatakan sangat unik kerana ia menggabungkan taman tema dan taman haiwan. Taman tema ini terbahagi kepada dua, iaitu Jatim Park 1 dan Jatim Park 2. Jatim Park 1 menempatkan banyak permainan yang bersesuaian untuk remaja, manakala Jatim Park 2 pula lebih sesuai untuk kanak-kanak. Bukan sahaja anda dapat melihat haiwan bahkan dapat berhibur sekali di sini.

  • Alamat: Jl. Oro-Oro Ombo No.9, Temas, Kec. Batu, Kota Batu, Jawa Timur 65315

 

9.  Masjid Muhammad Cheng Ho

tempat menarik di surabaya

Imej via [Beritagar]

Masjid agung ini dibina mengikut seni bina Tiongkok dan tradisional jawa.  Tempat menarik di Surabaya ini dibina bagi memberi penghargaan kepada Laksamana Cheng Hoo yang berasal dari China. Cheng Hoo datang ribuan batu dari China semata-mata menyampaikan dakwah kepada rakyat nusantara.

  • Alamat: Jl. Gading No.2, Ketabang, Genteng, Kota SBY, Jawa Timur 60272

 

10.  Hutan Bambu Dan Taman Sakura

tempat menarik di surabaya

Imej via [Daka Tour]

Lokasi bertemakan taman bandar dan hutan bandar ini amat sesuai dijadikan latar belakang untuk bergambar. Taman ini kaya dengan bunga berwarna-warni dengan pelbagai corak dan bentuk. Sangat tenang dan damai. Wajarlah ia dikatakan sebagai salah satu tempat menarik di Surabaya.

  • Alamat: Jl. Raya Marina Asri, Keputih, Sukolilo

 

11.  Muzium Surabaya

tempat menarik di surabaya

Imej via [IDN Times]

Tempat menarik di Surabaya ini membolehkan anda mengetahui sejarah mengenai kota ini, lawatlah Muzium Surabaya! Hampir 1000 jenis barang bersejarah dipamerkan di sini seperti mesin kira, wayang kulit, kerusi dan meja dari tahun 1950 dan macam-macam lagi. Disamping berhibur, dapat kita menambahkan ilmu pengetahuan.

  • Alamat: Jl. Tunjungan, Genteng
  • Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00am – 9.00pm)

 

12.  Trans Studio Mini

tempat menarik di surabaya

Imej via [duajurai]

Jangan terkejut jika anda masuk ke sini dan merasakan seperti berada di New York. Taman ini dibina dengan konsep bandaraya New York. Pelbagai tarikan boleh anda lihat di tempat menarik di Surabaya ini seperti Jurassic Park, patung Liberty dan permainan-permainan menarik.

  • Alamat: Jl. Raya Kalirungkut No.25, Kali Rungkut, Rungkut, Surabaya, Jawa Timur
  • Waktu Operasi: 8.00am – 10.00pm

 

13.  Wisata Citra Raya

tempat menarik di surabaya

Imej via [Travels Promo]

Bandar Wisata Citra Raya ini dibina dengan kosep bandaraya Singapore. Kota yang bersih dan moden ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti taman tema, gym, pasar, padang golf dan sebagainya. Menjejakkan kaki buat pertama kali ke tempat menarik di Surabaya ini pasti membuatkan anda tidak mahu pulang.

  • Alamat: Jl. Citra Raya, Surabaya

 

14.  Monumen Patung Gurbenur Soryo

tempat menarik di surabaya

Imej via [Lelungan]

Monumen ini dibina bagi memperingati jasa Gurbenur Soryo yang terbunuh ketika pemberontakan PKI pada tahun 1948. Ia dikelilingi dengan taman yang indah serta air pancur yang sentiasa mengalir.

  • Alamat: Jl. Gubernur Suryo, Embong Kaliasin, Genteng

 

15.  Monumen Suroboyo

tempat menarik di surabaya

Imej via [Monumen Surabaya]

Ditempat ini anda akan mengetahui makna dan sejarah nama Surabaya itu sendiri. Anda dapat melihat monumen dua ekor haiwan iaitu ikan jerung ataupun ‘sura’ dan buaya.  Dua ekor haiwan inilah yang menjadi inspirasi nama Surabaya. Jom ke tempat menarik di Surabaya ini!

  • Alamat: Jl. Setail, Darmo

 

16.  Kolam Renang Bukit Mas

tempat menarik di surabaya

Imej via [Wisata Tanahair]

Kolam renang ini direka dengan elegan sekali mengikut konsep koloseum Itali. Ia sesuai untuk semua lapisan umur. Kolam renang di tempat menarik di Surabaya ini memunyai pelbagai jenis saiz mengikut kesesuaian umur pelawat. Taman air buat anak-anak juga disediakan.

  • Alamat: Komplek Perumahan Wisata Bukit Mas, Jalan Raya Menganti Lidah Wetan, Wiyung, Lakarsantri
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00am – 5.00pm)

 

17.  Taman Pelangi

tempat menarik di surabaya

Imej via [pikniktrus]

Nak bersantai-santai di waktu malam? Inilah tempatnya. Tempat menarik di Surabaya yang ceria ini dihiasi dengan lampu berwarna-warni berbentuk daun yang pastinya memikat hati pengunjung. Suasananya sangat romantis buat pasangan yang ingin berbulan madu. Sesuai dengan namanya iaitu Taman Pelangi.

  • Alamat: Jl. Ahmad Yani No. 138, Gayungan

 

18.  Ciputra Waterpark

tempat menarik di surabaya

Imej via [InfoSurabaya]

Taman tema air yang terbesar di Indonesia ini mempunyai pelbagai tarikan yang tak seharusnya anda ketinggalan. Pelbagai aktiviti boleh anda lakukan di sini seperti Sirens river, Sinbad Playground, Roc Tower dan macam-macam lagi. Tempat menarik di Surabaya ini sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa.

  • Alamat: Kawasan Waterpark Boulevard Citraland, Sambikerep, Made
  • Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (1.00pm – 7.00pm) | Sabtu, Ahad (10.00am – 7.00pm)

 

19.  Klenten Sanggar Agung

tempat menarik di surabaya

Imej via [Tribunnews]

Klenteng Snaggar Agung merupakan tokong cina yang terletak ditepi pantai. Banyak patung dengan pelbagai bentuk unik dengan sejarahnya tersendiri disini. Bergambar pun cantik juga.

  • Alamat: JL. Sukolilo, No. 100, Kenpark (Pantai Ria) Kenjeran

 

20.  Taman Remaja

tempat menarik di surabaya

Imej via [jawapos]

Tempat menarik di Surabaya ini diwujudkan khasnya untuk pemuda dan pemudi untuk meluangkan masa dengan aktiviti menarik. Antara aktiviti yang menarik di Taman Remaja ini adalah kolam mandi, kiddy boat, boom boom car, roller coaster mini, flying fox, rumah hantu dan pelbagai lagi. Tetapi orang tua juga tak salah untuk cuba.

  • Alamat: Jl. Kusuma Bangsa No. 112 – 114, Tambaksari
  • Waktu Operasi: Jumaat – Rabu (3.00pm -10.00pm)

 

21.  Tugu Pahlawan

tempat menarik di surabaya

Imej via [welovesurabaya]

Tugu Pahlawan adalah tempat menarik di Surabaya yang menjadi kebanggaan ramai penduduk Surabaya.  Anda boleh masuk ke dalam monumen setinggi 41 meter ini dan melawat pameran di dalamnya. Pelbagai koleksi-koleksi patung, senjata dan model 3d pertarungan mengenai kisah-kisah pejuang dahulukala. Sekitar monumen juga sesuai untuk bersiar-siar.

  • Alamat: Jl. Pahlawan, Alun-alun Contong, Bubutan
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00am – 3.00pm)

 

22.  Coban Rondo Waterfall

tempat menarik di surabaya

Imej via [bromoexecutive]

Air terjun di sini memang amat sejuk dan jernih. Air setinggi 60 meter ini terdapat lagendanya yang tersendiri. Anda boleh datang berkelah sambil bermandi manda bersama keluarga di tempat menarik di Surabaya ini. Pasti amat seronok sekali.

  • Alamat: Jl. Coban Rondo, Pandesari, Pujon, Malang, Jawa Timur 65391

 

23.  Demata Trick Eye Muzium

tempat menarik di surabaya

Imej via [naturalrugs]

Muzium Demata Trick Eye yang dikatakan tempat menarik di Surabaya ini memaparkan lebih 200 karya 3D, 4D, 5D, ilusi dan augmented reality yang pelik dan menakjubkan. Jika anda berkunjung ke sini tetapi tidak bergambar, memang rugi besar! Helah ruang muzium ini pasti menipu mata anda.

  • Alamat: Surabaya Town Square Lt. 1, Jl. Adityawarman No. 55
  • Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (10.00am – 12.00am) | Sabtu, Ahad (10.00am- 2.00am)

 

24.  Perpustakaan Bank Indonesia

tempat menarik di surabaya

Imej via [Ayorek]

Perpustakaan ini banyak memuatkan jurnal dan buku mengenai ekonomi. Perpustakaan yang pada asalnya rumah gabenor ini direka dengan bentuk klasik yang cantik. Jadi, jika anda bukan ulat buku sekalipun anda tetap boleh melawat. Pasti tidak akan bosan!

  • Alamat: Jl. Taman Mayangkara No. 6, Darmo
  • Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.00am – 4.00pm) | Sabtu (8.00am – 5.00pm) | Ahad Tutup

 

25.  Jambatan Bitu Kenjeran

tempat menarik di surabaya

Imej via [Mai Singgah]

Pemandangan Jambatan Bitu Kenjeran ini pada waktu malam sungguh menakjubkan. Bayangkan ia dihiasi dengan lampu pelangi yang cantik, ditambah pula  air pancut yang dipersembahkan dengan pelbagai gaya pancuran air. Menarik kan?

  • Alamat: 600 Old Beach Road DS, Kenjeran, Kabupaten, Bulak
  • Waktu Operasi: Pertunjukan Air Pancut Sabtu (8.00pm – 9.00pm)

 

26.  Kebun Binatang Surabaya

tempat menarik di surabaya

Imej via [Pikniek]

Nak tengok lebih dari 2000 jenis haiwan? Datanglah ke Kebun Binatang Surabaya. Hampir 315 spesis fauna yang berbeza ditempatkan di tempat menarik di Surabaya ini. Mcam-macam ada di sini termasuklah kedai makan, kedai cenderahati dan juga ruang pendidikan. Tak rugi anda datang bersama keluarga dan rakan-rakan.

  • Alamat: Jl. Setail No. 1, Darmo, Wonokromo
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (8.00am – 5.00pm)

 

27.  Pantai Ria Kenjeran

tempat menarik di surabaya

Imej via [Wisata Pantai]

Selain menikmati keindahan laut tempat menarik di Surabaya ini, terdapat juga pelbagai fasiliti seperti taman permainan kanak-kanak, gazebo, kedai cendramata, kedai makan dan lain-lain lagi di Pantai Ria Kenjeran. Anda juga boleh menyewa perahu atau bot untuk bersiar-siar mengambil angin laut.

  • Alamat: Jl. Sukolilo No.100, Bulak

 

28.  Kebun Bibit Wanarejo

tempat menarik di surabaya

Imej via [intaninchan]

Kebun tenang ini kaya dengan floranya yang menghijau. Kebun Bibit Wanarejo terkenal sebagai tempat menarik di Surabaya. Anda boleh merehatkan fikiran ditasik buatan dan taman bunga yang disediakan. Aktiviti wall climbing dan alat untuk bersenam ada juga disediakan buat pengunjung.

  • Alamat: Jl. Raya Manyar No. 80A, Baratajaya, Gubeng
  • Waktu Operasi: Setiap Hari (7.00am- 5.00pm)

 

29.  Masjid Ampel

tempat menarik di surabaya

Imej via [Hidayatullah]

Masjid ini dinamakan bersempena dengan nama seorang wali songo yang terkenal di Tanah Jawa iaitu Sunan Ampel. Masjid ini merupakan tempat menarik di Surabaya yang banyak menyimpan peninggalan lama termasuklah makam Sunan Ampel sendiri. Disekitar kawasan luar masjid anda boleh mencuba makanan arab yang dijual.

  • Alamat: Ampel, Semampir

 

30.  Muzium MPU Tantular

tempat menarik di surabaya

Imej via [Detik Travel]

Muzium yang dibina pada tahun 1993 ini mempamerkan pelbagai koleksi arkeologi, biologi, emas, dan macam-macam lagi. Banyak info dan ilmu menarik yang boleh anda perolehi di tempat menarik di Surabaya ini.  Selain itu, terdapat juga perpustakaan dan ruang belajar di sini.

  • Alamat: Jl. Raya Buduran – Jembatan Layang, Prasung
  • Waktu Operasi: Selasa – Khamis (8.00am – 3.00pm) | Jumaat (8.00am – 2.00pm) | Sabtu, Ahad (8.00am – 12.30pm) | Isnin Tutup

tempat menarik di surabaya

Imej via [accorhotels]

Demikianlah 30 tempat menarik di Surabaya yang harus anda lawati.  Jom luangkan masa ke Surabaya bersama kawan dan keluarga! Jangan lupa untuk baca juga tempat menarik di Pulau Tioman dan tempat menarik di Pulau Langkawi.

Rujukan:

  1. Blog Reservasi
  2. Mai Singgah
  3. Aneka Tempat Wisata

 

 

 

 

 

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.