Bila sebut Sydney pastinya anda terbayangkan Sydney Opera House yang ikonik. Sydney merupakan destinasi perlancongan di Australia yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysia kerana terdapat banyak restoran yang menjual makanan halal di sana. Pendek kata, anda takkan kelaparan semasa di sana. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan 15 tempat menarik di Sydney yang wajib anda lawati.

tempat menarik di sydney

Sumber: Wikipedia

1. Sydney Opera House

Sydney Opera House merupakan tempat yang wajib anda kunjungi jika sampai ke Sydney. Bangunan ikonik yang terkenal di seluruh dunia dengan senibina yang unik ini terletak di Perlabuhan Sydney di Bennelong Point. Dianggap sebagai  salah satu daripada keajaiban pembinaan dunia moden. Sydney Opera House direka oleh Jorn Oberg Utzon, seorang arkitek dari Denmark.

Pada 28 Jun 2007, Sydney Opera House diwartakan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO. Jangan lupa untuk mengambil gambar dengan berlatar belakangkan bangunan ikonik ini, jika anda menjejakkan kaki ke Sydney.

2. Sydney Harbour Bridge

Selain Sydney Opera House, Sydney Harbour Bridge juga merupakan lokasi yang anda wajib anda lawati jika melancong ke Sydney. Sydney Harbour Bridge merupakan di antara jambatan keluli terbesar di dunia. Dikenali dengan nama Coathanger oleh penduduk tempatan, di jambatan inilah sambutan tahun baru dengan persembahan bunga api diadakan setiap tahun sempena tahun baru.

Oleh itu, anda boleh merancang untuk melawat Sydney pada malam tadun baru untuk menyaksikan jambatan Sydney Harbour Bridge berlatar belakangkan percikan bunga api yang meriah. Apa yang menarik, ada juga aktiviti memanjat jambatan yang boleh anda lakukan di sini.

tempat menarik di sydney

Sumber: Wikipedia

3. Sydney Tower

Terletak berhampiran dengan Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge, Sydney Tower juga merupakan bangunan ikonik yang tak patut anda lupakan sebelum menjelajah lebih jauh di Sydney. Dengan ketinggian 305 meter, Sydney Tower merupakan menara tertinggi di Sydney dan terletak ditengah tengah Central Business District (CBD).

Dari dek pemerhati, anda akan dapat melihat seluruh Bandar Sydney. Pada waktu malam, pemandangannya lebih memukau dengan kerlipan lampu yang menghiasi seluruh bandar. Harga tiket masuk ke dek pemerhati ialah AUD26.50 seorang untuk dewasa.

4. Bondi Beach

Tempat menarik di Sydney yang seterusnya ialah Bondi Beach. Bondi Beach merupakan pantai yang putih dan halus dengan air laut yang membiru. Pantai ini menjadi tumpuan para backpackers dan peluncur air dari seluruh dunia. Anda pasti terhibur melihat para peluncur beraksi melawan ombak setinggi berpuluh-puluh kaki. Pemandangan yang takkan ada di mana-mana pantai di Malaysia. Di sini juga sesuai untuk bermandi-manda. Kalau anda ingin bermalam di sini, terdapat banyak hotel yang boleh anda pilih. Soal makan pun tiada masalah, ada banyak restoran di Bondi Beach.

tempat menarik di sydney

Sumber: Mauritiusattraction

5. The Rocks

Jika anda sukakan sejarah, kami cadangkan anda pergi ke The Rocks yang merupakan sebahagian daripada sejarah Sydney. Ia terletak 5 minit dari Circular Quay dan terletak di hadapan Opera House. Di sini terdapat banyak bangunan dengan senibina eropah, lengkap dengan jalan raya berbatu-bata.

Anda juga boleh meluangkan masa di Justice and Polce Museum di mana anda boleh menyelusuri sejarah lampau Sydney semasa kedatangan penjajah British ke sini. Selain kaya dengan kesan sejarah, di sini juga terdapat banyak butik eksklusif dan galeri seni. The Rocks terletak berhadapan dengan Opera House dan salah satu tambatan Harbour Bridge.

tempat menarik di sydney

Sumber: Iproperty

6. Luna Park

Luna Park merupakan taman tema yang boleh anda kunjungi untuk berseronok selepas puas berjalan-jalan. Taman tema ini menyediakan permainan yang sesuai untuk anda seisi keluarga. Di antara permainan yang popular di sini ialah :

  • Tumble Bug
  • Joy Wheel
  • Wild Mouse
  • Rotor
  • Carousel
  • Mystery Manor
  • Hair Raiser
  • Mirror Maze
  • Dodgem City
  • Devil’s Drop
  • Moon Ranger
  • Tango Train
  • Spider
  • Whirly Wheel
  • Ferris Wheel
  • U-Drive
  • Conney Island
  • Barrels of Fun
  • Slides
  • Wonky Walk
  • Turkey Trot

7. Surry Hills

Surry Hills merupakan tempat untuk anda bershopping dan bersantai menikmati kopi dan pastri di cafe-cafe yang banyak terdapat di sini. Di sini terdapat banyak butik yang menjual pakaian trend  terkini dengan harga yang berpatutan. Dah penat jalan-jalan shopping baju, anda boleh berehat di  cafe sambil menikmati kopi yang lazat.

8. Wild Life Sydney Zoo

Di Wild Life Sydney Zoo, anda akan berjumpa dengan 5 binatang ikonik Australia iaiatu Koala, Kangaru, Buaya, Wombat dan Platipus. Zoo ini dibahagikan kepada 6 zon iaitu:

  • Walking Walk Kangaroo
  • Devils Den
  • Tropika Kupu Kupu
  • Gumtree Valley
  • Wallaby Cliffs
  • Nightfall
tempat menarik di sydney

Sumber: Groupon

9. Taronga Zoo

Kalau anda rasa tak puas melihat binatang di Wild Life Sydney Zoo, anda boleh meneruskan percutian anda di Sydney dengan melawat ke Taronga Zoo. Zoo ini lebih besar daripada Wild Life Sydney Zoo dan menempatkan 4000 ekor haiwan yang daripada 350 spesies. 5 haiwan ikonik Australia iaitu buaya, kangaru, koala, walabi dan platipus juga ada di sini.

Terdapat juga sebuah kolam persembahan penguin dan anjing laut. Kalau anda datang pada waktu persembahan, anda boleh melihat persembahan yang menghiburkan dari binatang comel dan cilik di sini. Bab makan, anda tak perlu risau. Terdapat cafe yang menjual fish anda chips di sini. Anda boleh makan sambil melihat pemandangan indah Bandar Sydney.

Jom kami kongsikan tips berguna untuk anda. Kalau nakkan tiket masuk ke Taronga Zoo dengan harga yang lebih murah, anda boleh beli secara online di laman sesawang  Taronga.org.au. Anda akan mendapat diskaun sehingga 20% dengan lembelian secara online dan tiket sah selama 6 bulan dari tarikh pembelian.

10. Darling Harbour

Darling Harbour adalah tempat yang paling sesuai untuk anda bersantai, berehat, berjoging, berbasikal, dan berjalan-jalan mengambil angin sambil melihat pemandangan perlabuhan yang menenangkan perasaan. Jika anda datang pada waktu malam, pemandangannya lebih memukau.

Tapi kami cadangkan anda datang semasa matahari terbenam. Pemandangannya tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Di sini juga terdapat pelbagai tempat menarik seperti  Wild Life Sydney Zoo, Australian National Maritime Museum, Sydney Aquarium, dan Chinese Garden of Friendship.

Di sini juga terdapat Hard Rock Cafe. Kalau anda suka mengumpul cenderamata Hard Rock Cafe, bolehlah ke sini. Soal makanan, anda tak perlu risau. Ada banyak restoran halal di sini.

tempat menarik di sydney

Sumber: Skyscrappercity

11. Sydney Aquarium, Darling Harbour

Tempat menarik di Sydney yang seterusnya ialah Sydney Aquarium yang terdapat di Darling Harbour. Pusat akuarium ini mempamerkan lebih daripada 12,000 haiwan akuatik daripada 650 spesies, dalam 60 tangki akuarium yang menarik.

Bukan sahaja terdapat hidupan laut yang dipamerkan di dalam akuarium, malah terdapat juga sungai-sungai yang penuh dengan ikan, rumah platipus dan kod Murray. Terdapat juga penguin, ikan laut, jerung dan ikan pari.

12. Royal Botanic Garden

Kalau anda nak tengok pokok-pokok unik yang hanya ada di Australia, kami cadangkan anda melawat Royal Botanic Garden. Taman seluas 30 hektar ini mempamerkan spesies tumbuhan yang sukar untuk ditemui di tempat lain seperti pokok Wollemi Pine yang lebih dikenali sebagai pokok dinosour.

tempat menarik di sydney

Sumber: Urbandrum

13. Art Gallery Of New South Wales

Galeri seni ini terletak di sebelah Royal Botanic Garden. Di galeri seni  unik ini dipamerkan karya seni kontemporari oleh beberapa european masters dan juga seniman-seniman dari Asia. Di sini juga terdapat koleksi seni orang asli terbesar di Australia. Masuk adalah percuma, namun anda perlu membayar untuk masuk ke pameran istimewa.

14. The Blue Mountains

Terdapat pelbagai tempat menarik dan aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Blue Mountains. Di antaranya ialah:

  • Melihat pemandangan indah Three Sisters di Echo Point Lookout
  • Menaiki kereta kabel berkantaikan kaca ke Scenic World
  • Melihat landasan keretapi tercuram di Australia
  • Menonton persembahan tarian puak orang asli di Waradah Aboriginal Centre
  • Menerokai Scenic World. Terdapat 4  tarikan di sini iaitu  Scenic Skyway, Scenic Cableway, Scenic Walkway dan Scenic Railway. Anda berpeluang untuk menaiki Scenic Railway iaitu kereta api funicular yang paling curam di dunia yang menjunam dengan kecondongan  mencecah 52 darjah melalui  hutan hujan purba di Jamison Valley Floor. Kemudian, anda juga boleh merasai pengalaman  menerokai hutan hujan Jurassic di Scenic Walkway dan melalui walk-way di dasar gaung.

15. Sydney The Gap Park

The Gap Park adalah tebing pasir yang boleh anda lawati untuk melihat pemandangan laut Sydney Harbour. Menurut sejarah, pada tahun 1857, berlaku satu kejadian menakjubkan di sini. Kapal layar Dunbar yang membawa 63 penumpang dan 59 anak kapal jatuh ke tebing berbatu di kaki The Gap. Semuanya mati kecuali seorang pelayar muda bernama James Johnson yang memegang tebing berbatu di bawah Gap selama 36 jam.

tempat menarik di sydney

Sumber: Sbs

16. Cockatoo Island

Cockatoo Island yang terletak di antara sungai Parramatta dan Lane Cove di Sydney Harbour, New South Wales Australia telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Masuk ke pulau ini adalah percuma. Di sini anda boleh menghabiskan berjalan-jalan menikmati pemandangan yang indah dan menenangkan.

17. Powerhouse Museum

Tempat menarik di Sydney yang seterusnya ialah Powerhouse Museum. Jika anda sukakan muzium, ini adalah muzium yang wajib anda lawati. Muziuam yang juga dikenali sebagai Museum of Applied Arts & Science menempatkan koleki seni dan sains. Luangkan masa anda untuk mempelajari budaya, sejarah dan cara hidup orang Australia.

18. Paddy’s Market, Hay Street

Paddy’s Market merupakan flea market yang terbesar di Sydney. Kalau anda nak membeli cenderamata sebagai kenangan atau sebagai buah tangan buat mereka yang tertinggal di Malaysia, inilah tempatnya. Terdapat berpuluh kedai cenderahati yang menjual barangan kraftangan, tshirt, topi dan keychain untuk anda pilih.

Pasar ini menjadi tumpuan pelancong untuk membeli cenderamata kerana harganya yang murah berbanding di tempat lain. Selain cenderamata, di sini juga ada dijual buah dan sayuran segar. Soal makan, jangan risau. Ada banyak restoran halal di sini. Namun, ingat ya. Pasar ini cuma dibuka pada hari Rabu hingga Ahad jam 10.00 pagi ke 6.00 petang.

tempat menarik di sydney

Sumber: Travelkompas

19. Fish Masket

Sydney Fish Market merupakan pasar basah yang menjual makanan lautsegar yang menjadi tumpuan utama penduduk di Sydney. Pasar ini dibuka pada jam 7 pagi hingga 4 petang setiap hari. Selain menjual makanan laut, di sini juga ada banyak restoran halal yang menjual makanan dari seafood segar. Kami cadangkan anda makan  di Fisherman’s Wharf Restaurant yang dibuka setiap hari sehingga jam 11 malam.

20. University of Sydney

Tempat menarik di Sydney yang terakhir ialah Universiti of Sydney. Universiti of Sydney mempunyai kampus yang menarik dengan senibina british yang membuatkan anda terasa seperti masuk ke alam Harry Potter. Anda boleh luangkan masa berjalan-jalan di sekitar kampus sambil melihat pemandangan yang menenangkan.
tempat menarik di sydney

Sumber: Dailytelegraph

Itulah dia 20 tempat menarik di Sydney yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat untuk anda. Kami doakan semoga percutian anda ke Sydney berjalan dengan lancar dan menjadi kenangan yang paling manis buat anda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.