Daerah Tambunan yang merupakan salah sebuah kawasan tanah tinggi yang letaknya di bahagian pedalaman, Sabah.  Daerah yang dikatakan mempunyai tempat menarik ini terletak 81 km dari Kota Kinabalu.  Ramai yang tidak tahu bahawa Tambunan adalah sebuah daerah di Sabah yang mempunyai tempat menarik untuk anda kunjungi.  Penduduk Tambunan majoritinya terdiri daripada Kaum Dusun.

tempat menarik di tambunan

Imej via [wikipedia]

Untuk pengetahuan anda, daerah Tambunan ini mempunyai 77 buah perkampungan. Banyak kan? Memang unik daerah ini. Anda boleh berkunjung ke tempat menarik di Tambunan, sabah yang juga dikatakan terbaik untuk tumpuan pelancong.  Mari kita lihat tempat menarik di Tambunan, Sabah wajib anda ketahui.

 

  1. Air Terjun Mahua

tempat menarik di tambunan

Imej via [youtube]

Air Terjun Mahua terletak di antara Ranau dan Tambunan yang merupakan sebuah tempat menarik di Tambunan.  Air terjun di sini amat jernih, sejuk dan bersih di mana ia mempunyai hutan yang belum diteroka oleh aktiviti lain.  Anda dapat menikmati keindahan flora dan fauna serta mendengar suara-suara unggas dan cengkerik. Anda boleh bermandi-manda di Air Terjun Mahua yang berketinggian 17 meter dan sedalam 1.2 meter ini.  Pasti sejuk dan menyeronokkan.

 

  1.  Gunung Trus Madi

tempat menarik di tambunan

Imej via [sabah]

Gunung Trusmadi yang terletak di Tambunan, Sabah ini adalah sebuah tempat menarik di Tambunan.  Selepas Gunung Kinabalu yang berlokasi di Sabah, ia adalah gunung kedua tertinggi di Malaysia yang mempunyai ketinggian 2,642 meter iaitu 8,669 kaki.  Anda boleh mendaki Gunung Trus Madi untuk melihat keindahan alam semulajadi yang pelbagai spesis di sini. Tumbuh-tumbuhan di sini kebanyakannya boleh digunakan sebagai ubat-ubatan dan rawatan tradisional.

 

  1.  Taman Sejadi Rafflesia Tambunan

tempat menarik di tambunan

Imej via [tripadvisor]

Anda boleh berkunjung ke Taman Sejadi Rafflesia Tambunan yang terletak di Sabah ini. Tempat menarik di Tambunan ini membolehkan anda melihat secara dekat dan memegang sendiri pokok refflesia yang merupakan bunga terbesar di dunia. Anda boleh melawat tempat menarik di Tambunan ini bersama keluarga, rakan-rakan serta tempat ini sesuai menjadi tumpuan pelajar untuk rombongan sekolah.

 

  1. Tasik Rekreiasi Tandarason TVRC

tempat menarik di tambunan

Imej via [yokuhazhen]

Tempat menarik di Tambunan terbaik untuk pelancong ini terletak kira-kira 1 km dari pekan Tambunan.  Tandarason Resort & Country Club Tambunan adalah kawasan rekreasi yang boleh anda kunjungi untuk melakukan pelbagai aktiviti. Antara aktiviti menarik untuk anda lakukan adalah Jungle Trekking, Padle Boat, permainan tradisional dan lain-lain lagi.  Untuk pengetahuan anda, banyak sukan rekreasi yang sering diadakan di tasik buatan manusia ini.

  

5.  Batu Gong, Kampung Solibog

tempat menarik di tambunan

Imej via [wikimedia]

Batu Gong dijumpai di Kampung Solibog dan uniknya, bunyi batu gong ini adalah sama seperti gong tradisional orang Dusun.  Mungkin hanya kebetulan sahaja, tetapi ia adalah keajaiban! Batu Gong ini boleh anda lihat sendiri di Kampung Solibog. Nak datang bersiar-siar di Tambunan, jom singgah sebentar di tempat menarik di Tambunan ini.

 

  1.  Kampung Tombotuon dan Kampung Minodung

tempat menarik di tambunan

Imej via [tombotuon]

Tempat menarik di Tambunan yang berkonsep tradisional boleh anda kunjungi di Sabah adalah Kampung Tombotuon dan Kampung Minodung. Kedua-dua kampung ini tidak membosankan kerana anda boleh melakukan aktiviti kampung seperti memancing di sini. Aktiviti memancing atau “manahu” sangat popular di Kampung Minodung.  Selain itu, anda boleh mempelajari cara membuat pelbagai barangan kraf tradisional di Kampung Tombutuon.

 

7.  Gunung Wakid

tempat menarik di tambunan

Imej via [mysabah]

Gunung Wakid terletak di Tambunan, Sabah dan mempunyai ketinggian 1,372 meter dari paras laut.  Bagi para pencinta alam dan para pendaki, Gunung Wakid merupakan tempat menarik di Tambunan yang pastinya memberi keseronokan buat anda dalam beraktiviti.  Gunung Wakid terkenal dengan aktiviti hiking khas untuk sesiapa sahaja yang berminat menyertainya. Anda boleh melihat suasana matahari dan suasana seluruh kawasan Tambunan tatkala mendaki gunung ini.

 

  1.  Salt Trail

tempat menarik di tambunan

Imej via [worldatlas]

Salt Trail adalah sebuah laluan perjalanan yang digunakan untuk mengangkut garam suatu masa dahulu. Disebabkan itu, laluan ini diberi nama Salt Trail. Untuk pengetahuan anda, laluan ini adalah jalan yang menghubungkan masyarakat pedalaman daerah Tambunan dengan kawasan Inobong Penampang.  Laluan yang dimaksudnya ini bermula dari kawasan Pos Kawalan Malunggung Tikolod sehinggalah ke Sub Stesen Inobong Penampang. Kira-kira ia adalah sepanjang 35.8 km. Anda juga akan melalui beberapa buah kampung seperti Kg Buayan, Kg Terian dan juga Kg Kionop.

 

  1.   Manglung

tempat menarik di tambunan

Imej via [livessharing]

Nak dikatakan tempat menarik di Tambunan, sememangnya setelah tiba di sini, anda turut merasai ketenangan yang anda cari selama ini. Pos Kawalan Manglung ini mempunyai kehijauan yang menenangkan. Anda boleh bersantai di sini sambil menambah ilmu pengetahuan baru berkaitan Salt Trail.  Dari sini, anda boleh ke Kg Buaya dengan merentasi sungai dan pondok Tikolod.

 

  1.  Gereja Kg Tikolod

tempat menarik di tambunan

Imej via [geragas]

Gereja Kampung Tikolod boleh anda kunjungi jika anda ke  Kg Tikolod atau jika melalui kawasan ini. Gereja Kg Tikolod adalah sebuah gereja yang tampak usang tetapi ia terjaga.  Tempat menarik di Tambunan ini dijadikan tempat persinggahan sekiranya anda ingin bermalam di sini. Selain itu, ia juga dijadikan tempat beribadat bagi penduduk kampung di sini.

 

  1.  Tugu Peringatan Mat Salleh

tempat menarik di tambunan

Imej via [daerahtambunan]

Tugu Peringatan Mat Salleh adalah salah satu tempat menarik di Tambunan yang menjadi tumpuan para pelancong.  Ramai yang datang ke Kampung Tibabar Tambunan kerana di sini letaknya Tugu Peringatan Mat Salleh. Tempat menarik di Tambunan ini dahulunya menjadi kubu pertaana dan tempat menyelamatkan diri daripada kuasa asing.  Bahan binaan yang digunakan untuk membina tugu ini adalah kayu, batu-bata, buluh dan lain-lain lagi dimana bahan ini tidak dapat ditembusi oleh peluru. Jalan bawah tanah dan terowong juga terdapat di sini.

 

  1.  Sistem “Tagal” Sungai Tambunan

tempat menarik di tambunan

Imej via [mysabah]

Tempat menarik di Tambunan juga dilengkapi dengan sistem “Tagal”.  Sistem Tagal adalah suatu keadaan dimana sungai yang di tagal dilarang untuk anda memancing atau mengambil. Ianya adalah untuk mengekal dan memulihkan ekosistem. Larangan ini akan dikecualikan dalam masa tiga hari setahun dimana masyarakat boleh memancing di sini. Anda pasti akan mendapat banyak ikan jika anda memang minat memancing!

 

  1.  Sub-Stesen Gunung Alab

tempat menarik di tambunan

Imej via [creminmuka]

Tempat menarik di Tambunan yang terletak di Banjaran Crocker ini adalah Sub-Stesen Gunung Alab.  Ia berada di atas Banjaran Crocker. Sub-Stesen Gunung Alab ini juga mempunyai kawasan kebun Neperthes, Rhododendron, Orkid dan Denai Mindud Sirung.  Aktivit seperti junggle trekking sesuai diadakan di sini. Suasana dan pemandangan di sekitar kawasan ini juga amat menakjubkan. Ia tidak terlalu panas untuk anda datang ke tempat menarik di Tambunan ini.

 

  1.  Sungai Kaingaran

tempat menarik di tambunan

Imej via [yokuhazhen]

Sungai Kaingaran terletak di dalam kawasan Kg. Kaingaran.  Sungai Kaingaran ini tidaklah jauh dari kampung-kampung yang lain seperti Kg. Domis, Kg. [email protected], Kg. Patau Sugut, Kg. Tomboliwan, Kg. Paka Sugut, Kg. Kawiyan, dan Kg. [email protected]  Anda boleh bermandi-manda di Sungai Kaingaran memandangkan sungainya amat bersih dan jernih malah ia juga mempunyai struktur yang cetek. Walau bagaimanapun, anda boleh menikmati udara segar kerana tempat menarik di Tambunan ini berdekatan dengan hutan.

 

  1.   Tamu Pisompuruan Square

tempat menarik di tambunan

Imej via [dorinasinto]

Sekiranya anda berada di sekitar Tambunan pada hari khamis, anda boleh berkunjung ke Tamu Pisompuruan Square di sini.  Ia merupakan tempat menarik di Tambunan yang berkonsepkan pasar. Tamu Pisompuruan Square menjual pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar dan pelbagai jenis. Pasar ini tidak asing lagi bagi penduduk setempat, anda yang bercuti di sini dialu-alukan datang ke sini.

 

16.  Tambunan Viewing Point (Sinurambi Tambunan)

tempat menarik di tambunan

Imej via [ceritaku]

Tempat menarik di Tambunan juga berkonsepkan dusun dimana Sinurambi Tambunan boleh anda kunjungi.  Sinurambi yang membawa maksud amat mempersonakan ini menggambarkan Tambunan Viewing Point yang disediakan di sini adalah untuk anda melihat pemandangan mempersonakan di sekitar Tambunan.

Tambunan Viewing Point adalah tempat menarik di Tambunan yang boleh anda naiki menaranya untuk melihat pemandangan di seluruh Tambunan.  Anda dapat melihat gunung-ganang dan bukit-bukau yang indah di dalam Banjaran Crocker ini. Menara Tambunan Sinurambi ini berbentuk wakid dan ia berketinggian 17 meter.  Insipirasi dari bentuk wakid iaitu bakul simpanan barang keperluan penduduk ini, maka lahirlah sebuah menara daripada aluminium dan besi yang diwarna mengikut konsep bambu.

 

  1.  Kembara Kampung Widu

tempat menarik di tambunan

Imej via [mytambunan2u]

Jangan terkejut jika tempat menarik di Tambunan ini kebanyakannya terdiri daripada kampung.  Pembangunan kampung-kampung di Tambunan tidak terkecuali dalam melahirkan Kampung widu yang menarik untuk anda kunjungi.  Apa yang menariknya tentang Kg Widu ini adalah kehijauan kampung yang segar dan nyaman ini pasti membuatkan anda berasa malas hendak pulang ke kota.

Di Kg Widu, anda juga dapat melihat pemandangan bukit bukau yang indah dan pemandangan kebun durian yang menghijau.  Ramai yang suka berkunjung semata-mata untuk mengambil angin di kampung ini. Terdapat juga sebuah kisah lagenda untuk anda ketahui di mana tempat menarik di Tambunan ini iaitu di Gantung Sorili (tajau  besar) dikatakan dimiliki oleh orang bunian.

 

  1.  Air Terjun Masakob

tempat menarik di tambunan

Imej via [wikimapia]

Air Terjun Masakob adalah sebuah air terjun yang berada di sekitar banjaran Kroker. Anda boleh melihatnya ketika dalam perjalanan turut dari banjaran Kroker.  Kawasan ini memang dingin dan seronok untuk anda beristirehat. Tiada masalah jika anda dan keluarga ingin bermandi-manda di tempat menarik di Tambunan ini. Air terjun Masakob ini amat bersih, segar dan sejuk kerana ia adalah air dari bukit dan dilengkapi dengan elemen suasana alam semulajadi.

 

19.  Pasar Tamu Tambunan

tempat menarik di tambunan

Imej via [Borneodihati]

Pasar Tamu Tambunan pula di buka pada hari rabu. Anda boleh datang melawat dan membeli-belah barangan makanan atau masakan untuk anda sediakan makanan di sini. Selain itu, anda boleh dapatkan terubuk ikan masin di sini untuk dibawa pulang ke rumah anda.  Hasil pertanian yang dijual disini amat beraneka dan anda pasti berpuas hati dengan barangan yang boleh anda beli di pasar ini.

 

  1.  Botanical Garden

tempat menarik di tambunan

Imej via [kotakinabalu]

Botanical Garden ini adalah tempat menarik di Tambunan yang membolehkan anda mengenali banyak jenis flora nan indah sambil mencuci mata melihat kecantikan bunga. Anda boleh datang bersama keluarga dan anak-anak untuk bersantai dan beristirehat di sini.

 

tempat menarik di tambunan

Imej via [toppeaktravel]

Itulah dia 20 tempat menarik di Tambunan Sabah sesuai untuk anda kunjungi. Sungguh ramai yang tidak ketahui bahawa tempat menarik di Tambunan ini boleh anda lawati.  Jom baca tempat menarik di Batu Kurau dan tempat menarik di Sungkai pula.

 

Rujukan:

  1. Yokuhazhen
  2. Garagas
  3. Mytambunan2u

 


Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis sepenuh masa yang aktif berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.